"tukanglawan"

"tukanglawan"

Kenyataan Media, AMK Desak Tangguhkan AES

Posted: 31 Oct 2012 10:21 AM PDT

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

AMK Desak Kong Cho Ha Tangguh AES

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha agar menangguh segera perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah kuat ditentang oleh pelbagai pihak termasuk pihak parti pemerintah sendiri.

Sejurus Pemuda UMNO dan CUEPACS yang ikut bersama Pakatan Rakyat yang mendesak agar AES ditangguh, Kong Cho Ha dinasihat supaya tidak lagi degil mempertahankan pendiriannya yang menswastakan kuasa penguatkuasaan yang jelas berpihak kepada syarikat swasta.

Walaupun Kong Cho Ha berjaya selamat diri daripada usul potong gaji menteri yang ditolak oleh Speaker Dewan, tetapi prestasi Kong dalam mentadbir Kementerian Pengangkutan memang lembap dan banyak dipertikaikan.

AMK berpendapat bahawa sejak Kong mengambil alih jawatan daripada bekas Presiden MCA Ong Tee Kiat, isu skandal PKFZ yang melibatkan billion ringgit tidak ditangani malah diabaikan. Dalam isu tender nombor pendaftaran kenderaan WWW pula, Kong tidak berupaya menunjukkan kelayakan seorang menteri yang berkaliber serta pro-rakyat. Lebih mendukacitakan adalah Kong hanya beria-ria dalam perlaksanaan AES.

AMK mempersoalkan kedegilan Kong untuk mempertahankan penswastaan penguatkuasaan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya. Apakah Kong tidak mengetahui faktor utama kemalangan jalanraya bukannya kerana kelebihan kelajuan? Mengapakah Kong tetap mempertahankan dua syarikat swasta yang jelas beroperasi berasaskan keuntungan? Akhirnya rakyat yang akan menderita daripada perlaksanaan AES.

AMK menegaskan bahawa penswastaan penguatkuasaan akan menimbulkan implikasi yang buruk. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, segala pengurusan awam serta ketanggungjawaban tidak wajar diswastakan kerana ia akan menjadikan Negara dikawal oleh syarikat swasta.

AMK mengalu-alukan keputusan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Tindakan tersebut bukan sekadar meringankan beban rakyat yang semakin berat, malah menghentikan sebarang usaha menswastakan kuasa penguatkuasaan.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, sesiapa yang ingin mendirikan sebarang struktur dan bangunan di dalam lingkungan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan mesti memperolehi kebenaran atau permit dahulu.

Maka AMK mencabar parti-parti UMNO/BN khasnya Pemuda UMNO untuk mengikuti jejak Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri pentadbiran UMNO/BN.

Oleh itu, AMK menyeru Pemuda UMNO dan parti-parti komponen BN agar tidak hanya mengaut publisiti politik murah dengan desakan tangguh AES, malah mencontohi negeri Pakatan Rakyat yang menangguh AES dan seterusnya mewujukan negeri yang bebas daripada cengkaman AES.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Selepas PRU13 akan berlaku darurat ?

Posted: 30 Oct 2012 11:31 PM PDT

Sebelum release stress dengan baca cerita kelakar ni,
sila play lagu ni.  Bersediakah anda untuk mengingati kembali Peristiwa Memali ? Peristiwa 13 Mei ?
Ops Lalang ?

Malaysiakini pada hari ini melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein bahawa terdapat banyak pengganas dalam kalangan rakyat tempatan dan luar dalam negara ini.

Beliau juga berkata bahawa Malaysia hanyalah pusat transit dan bukan sasaran pengganas.

NONEBercakap dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, Hishammuddin berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau dan bersiap siaga memberkas mereka sekiranya menjadikan Malaysia sebagai sasaran.

Menurutnya lagi, sekiranya negara asing pula menjadi sasaran, amaran akan dikeluarkan kepada negara berkaitan untuk mengambil tindakan.

Siasatan juga mendapati pengganas tidak menjadikan Malaysia sebagai pusat pengkaderan anggota baru, tambahnya.

Saya melihat ini petanda bahawa pilihan raya sememangnya hampir tiba dan ini adalah cara untuk menakut - nakutkan rakyat supaya tidak memilih calon selain lain Barisan Nasional.

Jika dilihat bagaiman terjadinya 13 Mei, Ops Lalang dan Peristiwa Memali, semuanya berkisar tentang pengaruh politik yang semakin merudum. Justeru, BN menggunakan alasan pengganas untuk menangkap sesiapa yang mereka rasa mengancam kuasa politik mereka.

Di sinilah ISA, Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan akan memainkan peranan. Jangan terkejut kalau PRU13 ini berlaku DARURAT !

TAPI SATU BENDA UMNO JANGAN LUPA,

INI PENGGANAS SIAPA MAU TANGKAP ?

Kah Kah Kah.

Rakyat Pasti Menang!

MEGAT HIDAYAT,

INSTITUT TEKNOLOGI MARA.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

MIC yang Buat Salah, Tapi Tuding Pada Pakatan.

Posted: 30 Oct 2012 10:56 PM PDT

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.

Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007. 

Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.

Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.

"Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu," kata Ketua Pembangkang.

"Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab," tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.

Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.

"MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini," kata Anwar.

Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.

"Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Cenangau@blogspot.com

Cenangau@blogspot.com

Mahfuz hasut rakyat supaya lawan polis?

Posted: 31 Oct 2012 10:53 AM PDT

Aku yakin majoriti rakyat Malaysia yang tau pasai berita ni akan termakan hasutan YB Mahfuz ni. Yang nak termakan dan kalut nak bayar kompaun tu pun mungkin cuma puak-puak bangang dari kalangan ahli dan penyokong tegar parti 'syaitan yang dikenali' saja. Harakahdaily melaporkan: KUALA LUMPUR: Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menerima

Peluang terakhir untuk rasa gas pemedih mata dan semburan air kimia?

Posted: 31 Oct 2012 09:20 AM PDT

Memang la tak sepatutnya Pakatan Rakyat yang mengaku memperjuangkan kebebasan bersuara gunakan jugak gas pemedih mata dan semburan air kimia untuk suraikan penunjuk perasaan. Tapi bukan boleh kira sangat, dalam Pakatan Rakyat pun ramai jugak pemimpin yang mentaliti mjacam pemimpin Umno.  Sinarharian melaporkan:  SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang

Lagi projek kaut duit terpaksa ditangguh takut kalah PRU13

Posted: 31 Oct 2012 05:25 AM PDT

Kalau tak pasai takut hilang undi takkan BBNBC sanggup nak persoal benda ni. Persoal keputusan kerajaan ni sama taraf macam persoal keputusan Perdana Menteri. Bila persoal keputusan PM ada harapan la nak hilang peluang jadi calon lagi. Sinarharian melaporkan: KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata,

Liang Lahad....

Liang Lahad....

KERAJAAN TETAP MAHU DUIT RAKYAT - RUJUK PEGUAM NEGARA 4 NEGERI PR YANG TANGGUH AES!!

Posted: 31 Oct 2012 09:36 AM PDT

Kerajaan nampaknya bukan main-main dalam perancangan mereka memerangkap rakyat dan mengambil duit rakyat..
tindakan empat negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang menangguhkan perlaksanaan AES di negeri masing-masing telah mengundang kemarahan kerajaan..

Kementerian Pengangkutan mengumumkan akan merujuk tindakan 4 negeri PR
tersebut kepada pejabat Peguam Negara..

4 negeri PR iaitu Kedah,Pulau Pinang,Selangor dan Kelantan membuat keputusan menangguhkan pemasangan AES bagi mendapatkan penjelasan lanjut dari Kementerian mengenai kos dan syarikat pengendali terlebih dahulu..

Hairan apabila kerajaan bersungguh-sungguh mahu laksanakan AES ni...
kalaulah kesungguhan kerajaan BN yang macam ni digunakan untuk ke arah kebajikan rakyat jelata kan ke bagus..

Ini bersungguh-sungguh dalam usaha menyaman rakyat..

Kerajaan menggunakan undang-undang ciptaan mereka sendiri dalam menekan negeri Pakatan Rakyat yang cuba menjaga rakyat dari teraniaya oleh projek kroni..

APABILA NAJIB BERBICARA SOAL HADITH RASULULLAH SAW.

Posted: 31 Oct 2012 06:20 AM PDT

Najib ni dah buang tabiat ke apa..?
ada ke dia suruh rakyat sokong pemimpin yang amanah dan tepati janji..?

Kalau macam tu samalah maknanya macam Najib meminta rakyat menolak pemimpin BN dan UMNO yang sememangnya kerap tidak menunaikan janji-janji mereka dan juga tidak amanah malah kerap pula seleweng wang rakyat..

Dari skandal PKFZ ,skandal Scorpene sehinggalah Skandal NFC,kesemua itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN dan UMNO..

Jadi tang mananya yang dikatakan menepati hadith Rasulullah SAW..?

Kalau nak cerita bab janji dan memungkiri janji dan memperbodohkan rakyat pulak..
tak payah cerita banyak..

Bukti dari Utusan ni pun dah cukup dah..

Najib kata "Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar"..????

Biar betul..?
hilang akal ke apa Najib ni..?

KAMERA AES DI JALAN KAMPUNG YANG HAD LAJUNYA DI BAWAH 60KM/J

Posted: 31 Oct 2012 12:02 AM PDT

AES dipasang di kawasan Jalan Kampung nak buat apa..?
takkan nak perangkap orang kampung yang kebanyakannya adalah petani dan nelayan..?

Kalau nak cari untung dengan perangkap rakyat jelata pun janganlah sampai ke pelusuk kampung..
agak-agak ler sikit..

Kalau jalan kampung yang had lajunya sekitar 30km/j hingga 60km/j itu pun dipasang kamera AES,memang niat sengaja nak "kenakan" orang kampung ler namanya..
Tindakan kurang bijak oleh pihak yang cuba mendapatkan hasil dari rakyat dengan perniagaan saman ini mengundang kemarahan penduduk Kampung Tanjung Piandang yang mengadakan demo aman bantahan pemasangan kamera AES di jalan Kampung mereka semalam..

Tanjung Piandang ini berada dalam daerah Kerian,Perak..

Penduduk menganggap pemasangan kamera AES itu sebagai perangkap automatik di mana alat itu tetap berfungsi seperti biasa walaupun keadaan trafik tidak sibuk.

Kamera AES dijalan tersebut dilihat benar-benar menganiayai penduduk kampung apabila ianya dipasang di laluan  had laju yang rendah...

Betul juga..
kalau dipasang dilaluan had laju dibawah 60 km/jam memang ramai ler yang akan kena saman..
"Sistem ini tidak seharusnya dipasang di tempat had laju di bawah 90 km/j untuk jalan-jalan Persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari yang turut bersama penduduk kampung di dalam demo bantahan pemasangan AES semalam, "Tindakan memasang AES di tempat yang ditetapkan kelajuan 30km/j dan 60 km/j adalah tidak munasabah," 

Memang tak munasabah ler..
itu memang nak jerat rakyat namanya..
bukan nak mendidik rakyat bagi mengelak kemalangan..

PEMIKIRAN KUNO UMNO - MB SELANGOR DIMAKI DAN DIHALAU DENGAN PARANG DITANGAN!!!

Posted: 30 Oct 2012 10:57 PM PDT

Tak sangka dalam tahun  2012 ini budaya politik sempit masih berlaku dikalangan masyarakat kita ini..
di saat orang melayu kini semakin ramai yang celik politik dan matang dalam berpolitik masih ada juga saki baki orang Melayu yang berfikiran seperti tahun 80an..

Memang betullah kalau orang kata UMNO ini adalah "parti dinasour"...
mereka ditakuk pemikiran lama...

Hasrat murni Khalid Ibrahim yang mahu beramah mesra dengan turut serta
bergotong royong bersama penduduk Kampung di Masjid Kampung Sungai Darah yang berada di dalam Dun Ijok tidak sepatutnya disambut dengan makian dan cacian serta menghalau MB Selangor yang hanya ingin bergotong royong dengan penduduk tempatan..

Klik untuk besarkan 

Lagi pun kedatangan Khalid Ibrahim itu adalah di luar jadual rombongan Program Korban Perdana di Kampung Harmoni,Ijok..
Khalid bersetuju hadir walaupun bukan dalam jadualnya kerana menghormati jemputan secara spontan pemimpin kampung tersebut...

Walaupun kehadiran Khalid Ibrahim dipersetujui oleh AJK Masjid Kampung Sungai Darah,namun sebaik sahaja rombongan MB Selangor tiba di Masjid berkenaan penduduk kampung mula menghalau MB Selangor serta isteri beliau,Puan Sri Salbiah Tunut..

Penduduk kampung menghalau dan memaki MB Selangor dengan parang ditangan mereka..

Namun provokasi dari penduduk yang mempunyai pemikiran tahun 80an itu disambuit Khalid dengan tenang dan sempat bersalaman dengan beberapa penduduk sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya..

Inilah lambang politik sempit..
penyokong Pakatan Rakyat tidak pernah menghalau MB Selangor sebelum ini iaitu Khir Toyo walaupun dia adalah pemimpim UMNO...
ini adalah kerana kita memahami kunjungan seorang pemimpin yang bertaraf Menteri Besar tidak sepatutnya dihalang dari menemui rakyat dibawahan di dalam negeri yang ditadbirnya..

Kita berasa pelik..
bagaimana spesis yang berfikiran 80an seperti itu masih lagi ada sehingga ke hari ini..

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online

Panas: Salahuddin, "Satu Calon Satu Kerusi" Hanya Untuk Parti DAP Dan Bukan Dasar Pakatan Rakyat!

Posted: 31 Oct 2012 06:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa dasar "satu calon satu kerusi" yang dicadangkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh bukanlah dasar bersama pakatan pembangkang. Sebaliknya, kata Salahuddin, ia hanya terpakai kepada DAP. "Tidak timbul masalah. Lagi pun kita telah lama mengamalkan satu calon satu kerusi kecuali dalam kes-kes tertentu seperti Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang ada dua kerusi (Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang)," katanya. Pakatan pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR. Salahuddin berkata, PAS tidak pernah menghalang mana-mana anggotanya untuk bertanding di dua kerusi iaitu satu kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), jika mereka diminta berbuat demikian oleh pimpinan tertinggi parti. "Kenyataan (pengerusi DAP) Karpal Singh supaya anggotanya tidak bertanding lebih daripada satu kerusi ialahkerana DAP kini telah pun mempunyai ramai calon yang boleh mereka ketengahkan dalam pilihan raya akan datang... lagi pun ia adalah urusan rumah tangga DAP," katanya. Pada Jumaat lepas, Karpal Singh dipetik sebagai berkata bahawa wakil rakyat DAP yang menyandang dua kerusi perlu memilih hanya satu kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun cadangannya mendapat bantahan beberapa pemimpin DAP. Cadangan "satu calon satu kerusi" ini juga bukanlah perkara baru kerana pada awal tahun ini, Karpal Singh pernah berkata calon DAP akan hanya bertanding satu kerusi pada pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada kawasannya jika mereka memenangi kerusi yang ditandingi.

"tukanglawan"

"tukanglawan"

Gambar Pemimpin Pakatan Yang Anda Mesti Tengok

Posted: 30 Oct 2012 02:00 AM PDT

Pemimpin walau bagaimana tinggi pangkat sekalipun, kadang-kala melakukan juga apa yang kita sering lakukan, ini kerana mereka juga sedar mereka itu sama seperti kita.

Jom kita tengok gambar sempoi pemimpin Pakatan Rakyat sedang menjamu selera dengan nasi bungkus atau menghilangkan dahaga di warung milik rakyat biasa.

Tuan Guru Nik Aziz

Datuk Seri Anwar Ibrahim  
 
Ketua Menteri Pulau Pinang

Ustaz Haji Hadi

Sasterawan Negara A.Samad Said

Menteri Besar Selangor dan Pimpinan PAS

Pemimpin juga bila sudah tinggi pangkatnya boleh kita lihat samada dia masih ingat pada kehidupan rakyat atau tidak hanya dengan cara mereka makan atau minum.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Sempoinya Ada Pemimpin Macam Ini.

Posted: 29 Oct 2012 11:00 PM PDT

Bila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kunjungan hormat dari Ustaz Datuk Ismail Kamus di pejabatnya, mereka berdua hanya makan tengahari bersama bersama di pejabat itu dengan hidangan nasi bungkus yang dibeli oleh kakitangan pejabat MB.

Perkara sama pernah dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, bila makan makanan yang hanya dibungkus dalam bekas polistrin, tanpa rasa janggal.

Sementara itu Datuk Seri Anwar pula tidak sedikit pun kekod menikmati secawan teh tarik bersama rakyat di warung tepi jalan.

Mereka tidak langsung kekok melakukan itu kerana mereka memang sudah biasa melakukannya, tapi apakah najib akan melakukan perkara sama di pejabatnya, dan apakah rosmah akan sanggup duduk minuh teh tarik di warung tanpa sedikit pun kekok?

Kita ada pemimpin yang sempoi , mengapa mahu pilih pemimpin yang nampak "kebaratan" mahu makan nasi pun guna sudu dan garpu?. kerana mereka yang sangat "kebaratan" itu tidak akan faham apa yang rakyat alami dalam kehidupan harian.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Rakyat Jangan Terpedaya Dengan Media umno - Anwar Ibrahim

Posted: 29 Oct 2012 09:00 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah.

Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.

"Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah," katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media.

Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar.

"Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab," ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.

Anwar sekali lagi mengulangi ikrar untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan menawan Putrajaya selain membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jelajah itu turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar.

Hadir sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Negeri, Shuhaimi Shafiei; Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.

Terdahulu, Jelajah Merdeka Rakyat mengunjungi penduduk Pekan Sungai Besi.

Selepas selesai di DUN Permatang, rombongan kemudian ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.

Jelajah diteruskan dengan solat dan tazkirah maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum bergerak ke Pekan Rasa. ( lihat koleksi gambar disini )

Pada jam 9 hingga 12 tengah malam, program diteruskan dengan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor. ( lihat gambar ceramah disini )

Penceramah terbabit termasuk Anwar, Khalid, Azmin, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden, N Surendran.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kemelut Pemandu Teksi. Tanda Umno Akan Rebah.

Posted: 29 Oct 2012 07:00 PM PDT

Tindakkan kerajaan dengan merasuh pemandu teksi dengan memberikan tayar percuma nampaknya tidak mendatangkan kesan, bila mereka berang dengan tindakan kerajaan yang dilihat tidak serius menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan memberi amaran, seluruh pemandu teksi Lembah Klang akan berhimpun di Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan kepada kerajaan jika Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Kong Cho Ha gagal memberi sebarang tindak balas  menyelesaikan kemelut dihadapi mereka dalam masa 3 minggu. .

"Kemelut pemandu teksi berterusan berpuluh tahun dan semakin tidak terkawal…Terbaru kami dikatakan pemandu teksi terburuk di dunia," kata Amran Janpada sidang media di Parlimen yang turut dihadiri Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat).

Pemandu teksi, Manoharan pula dalam sidang akhbar itu mengecam akhbar The Star kerana memburukkan reputasi pemandu teksi dalam laporannya.

"Rosak imej 100,000 pemandu, kami juga manusia dan ada maruah. Jika kami rosakkan imej negara, bagaimana dengan penindasan berpuluh tahun terhadap kami?" soalnya.

Sementara itu Amran menyifatkan, 'anugerah' pemandu teksi terburuk di dunia sebagaimana dinyata dalam akhbar tersebut berpunca dari pengurusan industri teksi paling teruk di dunia.

"Selepas penubuhan Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat), Kementerian Pengangkutan tidak lagi ambil tahu tentang hal ehwal industri teksi.

"Pengerusi Spad, Tan Sri Syed Hamid Albar pula gagal laksana tanggungjawab dan hanya jadi malapetaka bagi industri teksi…beliau tidak minat untuk selesaikan masalah," katanya.

Menurut Amran lagi, setiap pertemuan antara pemandu teksi dan Spad gagal menyelesaikan apa-apa masalah.

"Kami diberi alasan lapuk seperti 'sedang kaji', 'akan dipertimbangkan' atau 'akan diambil tindakan'…Akhirnya masalah berterusan dan nasib kami masih tetap begini," katanya.
Kerajaan mula cemas, bayangkan jika semua pemandu teksi menyatakan bantahan kepada KERAjaan, dalam maa yang sama mereka akan berkempen untuk Memenangkan Pakatan Rakyat, sudah pasti Be end akan terus lumpuh.

Nampaknya Umno dan Be end hanya pentingkan kroni besar, manakala masalah yang dihadapai pemandu teksi mereka biarkan saja tanpa ada kesungguhan memperbaiki keadaan, itu perihal pemandu teksi, apakah anda fikir KERAjaan umno be end benar-benar fikir masalah rakyat lain?

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Menjawab Fitnah Umno, Selangor Telah Bina 6000 Buah Rumah Kos Murah

Posted: 29 Oct 2012 05:00 PM PDT

Umno main politik murahan bila mendakwaan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, mengenepikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.

Namun kebanyakkan tuduhan dan tohmahan umno itu sangat mudah dipatahkan dengan memberi  untuk menjawab tohmahan-tohmahan itu fakta-fakta.

Untuk menjawab tohmahan bahawa kerajaan Selangor mengabaikan golongan berpendapatan rendah, sila baca fakta dibawah.

Sejak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, Pakatan Rakyat sehingga tahun ini telah berjaya menyiapkan pembinaan lebih 6000 buah rumah kos rendah bagi manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah itu tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.

Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah disiapkan bagi daerah Petaling,  Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191).

Manakal
sejumlah 12,481 lagi masih dalam pembinaan di daerah Petaling (4,242), Hulu Langat (923), Gombak (3,871), Kuala Selangor (3,423) dan Sabak Bernam (22).

Bagi rumah kos sederhana pula, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah telah disiapkan iaitu Petaling (1,324), Klang (362), Hulu Langat (428), Gombak (642), Sepang (484), Kuala Selangor (512) dan Kuala Langat (173).

Nah, sekarang jelas tohmahan umno itu sengaja mahu mengelirukan rakyat, mereka hanya berharap akan dapat menawan kembali Selangor, mereka sebenarnya tidak langsung memperdulikan rakyat bila beri tohmahan murahan seperti itu.