"tukanglawan"

"tukanglawan"


Gambar Pemimpin Pakatan Yang Anda Mesti Tengok

Posted: 30 Oct 2012 02:00 AM PDT

Pemimpin walau bagaimana tinggi pangkat sekalipun, kadang-kala melakukan juga apa yang kita sering lakukan, ini kerana mereka juga sedar mereka itu sama seperti kita.

Jom kita tengok gambar sempoi pemimpin Pakatan Rakyat sedang menjamu selera dengan nasi bungkus atau menghilangkan dahaga di warung milik rakyat biasa.


Tuan Guru Nik Aziz









Datuk Seri Anwar Ibrahim  
 




 




Ketua Menteri Pulau Pinang






Ustaz Haji Hadi




  
Sasterawan Negara A.Samad Said




Menteri Besar Selangor dan Pimpinan PAS

 



Pemimpin juga bila sudah tinggi pangkatnya boleh kita lihat samada dia masih ingat pada kehidupan rakyat atau tidak hanya dengan cara mereka makan atau minum.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Sempoinya Ada Pemimpin Macam Ini.

Posted: 29 Oct 2012 11:00 PM PDT

Bila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kunjungan hormat dari Ustaz Datuk Ismail Kamus di pejabatnya, mereka berdua hanya makan tengahari bersama bersama di pejabat itu dengan hidangan nasi bungkus yang dibeli oleh kakitangan pejabat MB.



 






















Perkara sama pernah dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, bila makan makanan yang hanya dibungkus dalam bekas polistrin, tanpa rasa janggal.

Sementara itu Datuk Seri Anwar pula tidak sedikit pun kekod menikmati secawan teh tarik bersama rakyat di warung tepi jalan.

Mereka tidak langsung kekok melakukan itu kerana mereka memang sudah biasa melakukannya, tapi apakah najib akan melakukan perkara sama di pejabatnya, dan apakah rosmah akan sanggup duduk minuh teh tarik di warung tanpa sedikit pun kekok?

Kita ada pemimpin yang sempoi , mengapa mahu pilih pemimpin yang nampak "kebaratan" mahu makan nasi pun guna sudu dan garpu?. kerana mereka yang sangat "kebaratan" itu tidak akan faham apa yang rakyat alami dalam kehidupan harian.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Rakyat Jangan Terpedaya Dengan Media umno - Anwar Ibrahim

Posted: 29 Oct 2012 09:00 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah.

Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.

"Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah," katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media.

Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar.

"Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab," ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.

Anwar sekali lagi mengulangi ikrar untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan menawan Putrajaya selain membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jelajah itu turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar.

Hadir sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Negeri, Shuhaimi Shafiei; Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.

Terdahulu, Jelajah Merdeka Rakyat mengunjungi penduduk Pekan Sungai Besi.

Selepas selesai di DUN Permatang, rombongan kemudian ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.

Jelajah diteruskan dengan solat dan tazkirah maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum bergerak ke Pekan Rasa. ( lihat koleksi gambar disini )

Pada jam 9 hingga 12 tengah malam, program diteruskan dengan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor. ( lihat gambar ceramah disini )

Penceramah terbabit termasuk Anwar, Khalid, Azmin, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden, N Surendran.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kemelut Pemandu Teksi. Tanda Umno Akan Rebah.

Posted: 29 Oct 2012 07:00 PM PDT

Tindakkan kerajaan dengan merasuh pemandu teksi dengan memberikan tayar percuma nampaknya tidak mendatangkan kesan, bila mereka berang dengan tindakan kerajaan yang dilihat tidak serius menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan memberi amaran, seluruh pemandu teksi Lembah Klang akan berhimpun di Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan kepada kerajaan jika Menteri Pengangkutan,  Datuk Seri Kong Cho Ha gagal memberi sebarang tindak balas  menyelesaikan kemelut dihadapi mereka dalam masa 3 minggu. .

"Kemelut pemandu teksi berterusan berpuluh tahun dan semakin tidak terkawal…Terbaru kami dikatakan pemandu teksi terburuk di dunia," kata Amran Janpada sidang media di Parlimen yang turut dihadiri Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat).

Pemandu teksi, Manoharan pula dalam sidang akhbar itu mengecam akhbar The Star kerana memburukkan reputasi pemandu teksi dalam laporannya.

"Rosak imej 100,000 pemandu, kami juga manusia dan ada maruah. Jika kami rosakkan imej negara, bagaimana dengan penindasan berpuluh tahun terhadap kami?" soalnya.

Sementara itu Amran menyifatkan, 'anugerah' pemandu teksi terburuk di dunia sebagaimana dinyata dalam akhbar tersebut berpunca dari pengurusan industri teksi paling teruk di dunia.

"Selepas penubuhan Spad (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat), Kementerian Pengangkutan tidak lagi ambil tahu tentang hal ehwal industri teksi.

"Pengerusi Spad, Tan Sri Syed Hamid Albar pula gagal laksana tanggungjawab dan hanya jadi malapetaka bagi industri teksi…beliau tidak minat untuk selesaikan masalah," katanya.

Menurut Amran lagi, setiap pertemuan antara pemandu teksi dan Spad gagal menyelesaikan apa-apa masalah.

"Kami diberi alasan lapuk seperti 'sedang kaji', 'akan dipertimbangkan' atau 'akan diambil tindakan'…Akhirnya masalah berterusan dan nasib kami masih tetap begini," katanya.
Kerajaan mula cemas, bayangkan jika semua pemandu teksi menyatakan bantahan kepada KERAjaan, dalam maa yang sama mereka akan berkempen untuk Memenangkan Pakatan Rakyat, sudah pasti Be end akan terus lumpuh.

Nampaknya Umno dan Be end hanya pentingkan kroni besar, manakala masalah yang dihadapai pemandu teksi mereka biarkan saja tanpa ada kesungguhan memperbaiki keadaan, itu perihal pemandu teksi, apakah anda fikir KERAjaan umno be end benar-benar fikir masalah rakyat lain?



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Menjawab Fitnah Umno, Selangor Telah Bina 6000 Buah Rumah Kos Murah

Posted: 29 Oct 2012 05:00 PM PDT

Umno main politik murahan bila mendakwaan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, mengenepikan pembinaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu.

Namun kebanyakkan tuduhan dan tohmahan umno itu sangat mudah dipatahkan dengan memberi  untuk menjawab tohmahan-tohmahan itu fakta-fakta.

Untuk menjawab tohmahan bahawa kerajaan Selangor mengabaikan golongan berpendapatan rendah, sila baca fakta dibawah.

Sejak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, Pakatan Rakyat sehingga tahun ini telah berjaya menyiapkan pembinaan lebih 6000 buah rumah kos rendah bagi manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah itu tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.

Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah disiapkan bagi daerah Petaling,  Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191).

Manakal
sejumlah 12,481 lagi masih dalam pembinaan di daerah Petaling (4,242), Hulu Langat (923), Gombak (3,871), Kuala Selangor (3,423) dan Sabak Bernam (22).

Bagi rumah kos sederhana pula, iaitu RM100,000 ke bawah, sejumlah 3,925 buah telah disiapkan iaitu Petaling (1,324), Klang (362), Hulu Langat (428), Gombak (642), Sepang (484), Kuala Selangor (512) dan Kuala Langat (173).

Nah, sekarang jelas tohmahan umno itu sengaja mahu mengelirukan rakyat, mereka hanya berharap akan dapat menawan kembali Selangor, mereka sebenarnya tidak langsung memperdulikan rakyat bila beri tohmahan murahan seperti itu.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment