Pahang Daily Online     |   
|    Panas: Salahuddin, "Satu Calon Satu Kerusi" Hanya Untuk Parti DAP Dan Bukan Dasar Pakatan Rakyat! Posted: 31 Oct 2012 06:49 AM PDT   KUALA LUMPUR, 31 Okt - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan   bahawa dasar "satu calon satu kerusi" yang dicadangkan Pengerusi   Kebangsaan DAP, Karpal Singh bukanlah dasar bersama pakatan pembangkang. Sebaliknya, kata Salahuddin, ia hanya terpakai kepada DAP. "Tidak timbul masalah. Lagi pun kita telah lama mengamalkan satu   calon satu kerusi kecuali dalam kes-kes tertentu seperti Presiden (Datuk   Seri Abdul Hadi Awang) yang ada dua kerusi (Parlimen Marang dan Dewan   Undangan Negeri Rhu Rendang)," katanya. Pakatan pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR. Salahuddin berkata, PAS tidak pernah menghalang mana-mana anggotanya   untuk bertanding di dua kerusi iaitu satu kawasan Parlimen dan satu   kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), jika mereka diminta berbuat   demikian oleh pimpinan tertinggi parti. "Kenyataan (pengerusi DAP) Karpal Singh supaya anggotanya tidak   bertanding lebih daripada satu kerusi ialahkerana DAP kini telah pun   mempunyai ramai calon yang boleh mereka ketengahkan dalam pilihan raya   akan datang... lagi pun ia adalah urusan rumah tangga DAP," katanya. Pada Jumaat lepas, Karpal Singh dipetik sebagai berkata bahawa wakil   rakyat DAP yang menyandang dua kerusi perlu memilih hanya satu kerusi   untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun cadangannya mendapat bantahan beberapa pemimpin DAP. Cadangan "satu calon satu kerusi" ini juga bukanlah perkara baru   kerana pada awal tahun ini, Karpal Singh pernah berkata calon DAP akan   hanya bertanding satu kerusi pada pilihan raya umum ke-13 bagi   memastikan calon terbabit dapat memberi perhatian penuh kepada   kawasannya jika mereka memenangi kerusi yang ditandingi.     |   
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment