Liang Lahad.... |
- KERAJAAN TETAP MAHU DUIT RAKYAT - RUJUK PEGUAM NEGARA 4 NEGERI PR YANG TANGGUH AES!!
- APABILA NAJIB BERBICARA SOAL HADITH RASULULLAH SAW.
- KAMERA AES DI JALAN KAMPUNG YANG HAD LAJUNYA DI BAWAH 60KM/J
- PEMIKIRAN KUNO UMNO - MB SELANGOR DIMAKI DAN DIHALAU DENGAN PARANG DITANGAN!!!
KERAJAAN TETAP MAHU DUIT RAKYAT - RUJUK PEGUAM NEGARA 4 NEGERI PR YANG TANGGUH AES!! Posted: 31 Oct 2012 09:36 AM PDT Kerajaan nampaknya bukan main-main dalam perancangan mereka memerangkap rakyat dan mengambil duit rakyat.. tindakan empat negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang menangguhkan perlaksanaan AES di negeri masing-masing telah mengundang kemarahan kerajaan.. Kementerian Pengangkutan mengumumkan akan merujuk tindakan 4 negeri PR tersebut kepada pejabat Peguam Negara.. 4 negeri PR iaitu Kedah,Pulau Pinang,Selangor dan Kelantan membuat keputusan menangguhkan pemasangan AES bagi mendapatkan penjelasan lanjut dari Kementerian mengenai kos dan syarikat pengendali terlebih dahulu.. Hairan apabila kerajaan bersungguh-sungguh mahu laksanakan AES ni... kalaulah kesungguhan kerajaan BN yang macam ni digunakan untuk ke arah kebajikan rakyat jelata kan ke bagus.. Ini bersungguh-sungguh dalam usaha menyaman rakyat.. Kerajaan menggunakan undang-undang ciptaan mereka sendiri dalam menekan negeri Pakatan Rakyat yang cuba menjaga rakyat dari teraniaya oleh projek kroni.. |
APABILA NAJIB BERBICARA SOAL HADITH RASULULLAH SAW. Posted: 31 Oct 2012 06:20 AM PDT Najib ni dah buang tabiat ke apa..? ada ke dia suruh rakyat sokong pemimpin yang amanah dan tepati janji..? Kalau macam tu samalah maknanya macam Najib meminta rakyat menolak pemimpin BN dan UMNO yang sememangnya kerap tidak menunaikan janji-janji mereka dan juga tidak amanah malah kerap pula seleweng wang rakyat.. Dari skandal PKFZ ,skandal Scorpene sehinggalah Skandal NFC,kesemua itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN dan UMNO.. Jadi tang mananya yang dikatakan menepati hadith Rasulullah SAW..? Kalau nak cerita bab janji dan memungkiri janji dan memperbodohkan rakyat pulak.. tak payah cerita banyak.. Bukti dari Utusan ni pun dah cukup dah.. Najib kata "Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar"..???? Biar betul..? hilang akal ke apa Najib ni..? |
KAMERA AES DI JALAN KAMPUNG YANG HAD LAJUNYA DI BAWAH 60KM/J Posted: 31 Oct 2012 12:02 AM PDT AES dipasang di kawasan Jalan Kampung nak buat apa..? takkan nak perangkap orang kampung yang kebanyakannya adalah petani dan nelayan..? Kalau nak cari untung dengan perangkap rakyat jelata pun janganlah sampai ke pelusuk kampung.. agak-agak ler sikit.. Kalau jalan kampung yang had lajunya sekitar 30km/j hingga 60km/j itu pun dipasang kamera AES,memang niat sengaja nak "kenakan" orang kampung ler namanya.. Tindakan kurang bijak oleh pihak yang cuba mendapatkan hasil dari rakyat dengan perniagaan saman ini mengundang kemarahan penduduk Kampung Tanjung Piandang yang mengadakan demo aman bantahan pemasangan kamera AES di jalan Kampung mereka semalam.. Tanjung Piandang ini berada dalam daerah Kerian,Perak.. Penduduk menganggap pemasangan kamera AES itu sebagai perangkap automatik di mana alat itu tetap berfungsi seperti biasa walaupun keadaan trafik tidak sibuk. Kamera AES dijalan tersebut dilihat benar-benar menganiayai penduduk kampung apabila ianya dipasang di laluan had laju yang rendah... Betul juga.. kalau dipasang dilaluan had laju dibawah 60 km/jam memang ramai ler yang akan kena saman.. "Sistem ini tidak seharusnya dipasang di tempat had laju di bawah 90 km/j untuk jalan-jalan Persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari yang turut bersama penduduk kampung di dalam demo bantahan pemasangan AES semalam, "Tindakan memasang AES di tempat yang ditetapkan kelajuan 30km/j dan 60 km/j adalah tidak munasabah," Memang tak munasabah ler.. itu memang nak jerat rakyat namanya.. bukan nak mendidik rakyat bagi mengelak kemalangan.. |
PEMIKIRAN KUNO UMNO - MB SELANGOR DIMAKI DAN DIHALAU DENGAN PARANG DITANGAN!!! Posted: 30 Oct 2012 10:57 PM PDT Tak sangka dalam tahun 2012 ini budaya politik sempit masih berlaku dikalangan masyarakat kita ini.. di saat orang melayu kini semakin ramai yang celik politik dan matang dalam berpolitik masih ada juga saki baki orang Melayu yang berfikiran seperti tahun 80an.. Memang betullah kalau orang kata UMNO ini adalah "parti dinasour"... mereka ditakuk pemikiran lama... Hasrat murni Khalid Ibrahim yang mahu beramah mesra dengan turut serta bergotong royong bersama penduduk Kampung di Masjid Kampung Sungai Darah yang berada di dalam Dun Ijok tidak sepatutnya disambut dengan makian dan cacian serta menghalau MB Selangor yang hanya ingin bergotong royong dengan penduduk tempatan.. Klik untuk besarkan Lagi pun kedatangan Khalid Ibrahim itu adalah di luar jadual rombongan Program Korban Perdana di Kampung Harmoni,Ijok.. Khalid bersetuju hadir walaupun bukan dalam jadualnya kerana menghormati jemputan secara spontan pemimpin kampung tersebut... Walaupun kehadiran Khalid Ibrahim dipersetujui oleh AJK Masjid Kampung Sungai Darah,namun sebaik sahaja rombongan MB Selangor tiba di Masjid berkenaan penduduk kampung mula menghalau MB Selangor serta isteri beliau,Puan Sri Salbiah Tunut.. Penduduk kampung menghalau dan memaki MB Selangor dengan parang ditangan mereka.. Namun provokasi dari penduduk yang mempunyai pemikiran tahun 80an itu disambuit Khalid dengan tenang dan sempat bersalaman dengan beberapa penduduk sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya.. Inilah lambang politik sempit.. penyokong Pakatan Rakyat tidak pernah menghalau MB Selangor sebelum ini iaitu Khir Toyo walaupun dia adalah pemimpim UMNO... ini adalah kerana kita memahami kunjungan seorang pemimpin yang bertaraf Menteri Besar tidak sepatutnya dihalang dari menemui rakyat dibawahan di dalam negeri yang ditadbirnya.. Kita berasa pelik.. bagaimana spesis yang berfikiran 80an seperti itu masih lagi ada sehingga ke hari ini.. |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment