Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: SUKMA XV Pahang Hancur Gara-Gara Ada Pihak Yang Berbalah "Rebut Projek" Untuk Kroni!

Posted: 12 Jul 2012 02:39 AM PDT

Apa sudah jadi dengan Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang 2012 yang sedang berlangsung di sini sekarang. Biar pun kejohanan sudah bermula 7 Julai lalu dan akan berakhir beberapa hari lagi, kini timbul berbagai cerita panas berkenaan sukan terbesar di Malaysia itu. Kemurkaan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj.Amad Shah terhadap Komplek Akuatik Indera Mahkota yang dikatakan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan kini bagai menguatkan lagi kisah betapa SUKMA XV kali ini telah gagal sebenarnya. Apa masalah yang berlaku hingga banyak masalah timbul sepanjang kejohanan ini. Pahang bukan kali pertama menjadi tuan rumah, sebelum ini iaitu pada tahun 1996 sukan yang sama pernah diadakan di negeri ini. Maknanya, Pahang merupakan salah sebuah negeri yang mempunyai pengalaman penganjuran kali kedua sukan ini. Persoalannya, kenapa banyak masalah timbul. Cerita panas tentang kebocoran bumbung pusat media di Wisma Belia Indera Mahkota, kelewatan menyiapkan padang golf di Pekan hingga memaksa acara itu berpindah lokasi dan banyak lagi. Pendek kata macam-macam isu timbul dan ia sedikit mencalarkan imej sekreteriat SUKMA XV kali ini. Malah ada cerita mengatakan kenapa banyak vanue sukan gagal disiapkan menjelang sukan tersebut ialah kerana perubatan projek oleh pihak yang memilih kontraktor. Difahamkan ada tiga pihak yang masuk campur untuk memilih kontraktor hingga menyebabkan ada yang telah disenaraikan akhirnya ditukar dengan yang lain oleh pihak berkenaan. Bukan sahaja vanue sukan gagal disiapkan, malahan juga banyak kemudahan yang tidak sepatutnya lewat seperti pintu gerbang, menara jam serta yang lainnya juga gagal disiapkan. Kenapa ini harus berlaku di negeri Pahang iaitu negeri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri?. Bukankah senario ini telah memalukan Kerajaan Negeri Pahang, Menteri Besar Pahang termasuk Perdana Menteri sebenarnya. Wajarkan pihak berkenaan berebut projek hingga memberikannya kepada kontraktor yang tidak berwibawa hanya kerana mempunyai pertalian rapat (ahli keluarga dan saudara) pemimpin tertentu. Inilah masalah yang berlaku dan telah menjejaskan imej Pahang Darul Makmur selaku tuan rumah pada kali ini.


Bukti, Menara Jam di hadapan Komplek Teruntum kini terbengkalai terus

Laporan kemurkaan Tengku Mahkota Pahang terhadap vanue sukan renang
[Sebagai pengajaran, semua pihak tidak sepatutnya berebut projek-projek SUKMA XV yang akhirnya menyebabkan "payment lambat" dan banyak projek gagal disiapkan. Perbalahan gara-gara berebut tender inilah yang menyebabkan masalah lain berlaku. Itu belum termasuk projek-projek yang harganya melambung tinggi dari anggaran asal, gara-gara perlu disiapkan "last minute". Paling memalukan, ada projek yang sepatutnya sudah lama disiapkan masih gagal dan terus terbengkalai sampai sekarang, sedangkan ribuan wang rakyat telah digunakan untuk fasa awal pembinaannya. Paling menarik, ada kontraktor dan pemimpin tertentu yang mahu "keluar parti UMNO" gara-gara kecewa dengan sikap pemimpin tertentu yang membolot projek untuk kroni-kroni mereka. PDO akan membuat siasatan rapi, pihak manakah yang telah memainkan peranan untuk memporak perandakan SUKMA XV ini. Rakyat tidak harus berkompromi dengan mereka kerana ia jelas telah memalukan negeri Pahang. Selaku pemimpin utama kerajaan, Menteri Besar harus menyiasat perkara ini dan memainkan peranan untuk memperbetulkannya. Jika tidak, sudah pasti SUKMA XV akan diingati sebagai sejarah SUKMA Terburuk setakat ini. Apapun, ambillah pengajaran atas apa yang berlaku].


Husam Musa: Penerangan Isu Lebuh Raya Rakyat

Posted: 11 Jul 2012 11:32 PM PDT


No comments:

Post a Comment