"tukanglawan" |
- Fan Page Kementerian bernilai 1.8 juta vs Fan Page Free (mesti baca)
- MIC Parti Yang Tidak Lagi Releven.
- Apakah Ini Sebab Rafizi Diganggu Dan Diugut?
- Rafizi Ramli Digangu Lelaki Tak Dikenali
- Surat Dari Warga Felda Kepada Rakyat Malaysia
- GEMPAR, Pemimpin Pakatan Mahu Disimbah Asid
- Noh Omar Tak Reti Undang - Undang ke?
- Gempar, Rosmah Nak Rebut Jawatan Menteri
Fan Page Kementerian bernilai 1.8 juta vs Fan Page Free (mesti baca) Posted: 11 Jul 2012 02:34 PM PDT Korang masih ingat lagi tak kegemparan tentang isu kerajaan membazirkan lagi wang rakyat dengan membelanjakan sebanyak RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebook KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA. Kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada sebuah syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013. Wakil rakyat Parlimen Rasah Anthony Loke setahun lepas telah mengulas, katanya "sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma". Semakan terakhir wakil rakyat dari DAP itu pada tahun lepas mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat setakat june tahun lepas. ( sila baca sini ) Setahun sudah berlalu, apa yang terjadi kini?. Hasil semakan "tukanglawan" sebentar tadi mendapati, dari sejumlah 20,308 peminat laman facebook Kementerian Pelancongan Malaysia yang berharga RM1.8 juta itu ianya telah menurun kepada hanya seramai 17,050 sahaja. Berbanding dengan laman facebook percuma milik kerajaan negeri pulau pinang, jumlah peminatnya naik dari 100, 000 orang kepada 145,658 orang. Apakah ini nilai wang rakyat yang dibazirkan semata-mata mahu salurkan wang yang kita tidak tahu entah kemana, pemberian kontrak sebanyak itu tidak mampu menyaingi sebuah lagi facebook page yang matlamatnya sama iaitu mempromosikan pelancongan. Apakah syarikat yang dilantik itu tidak serius menjalankan kerja yang diamanahkan. kenapa tukanglawan kata begitu, lihat gambar dibawah sebagai perbandingan. Sebagai sebuah fan page untuk menarik minat ramai, sepatutnya gambar diletakkan diatas page tersebut seperti yang dilakukan di page facebook milik kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi syarikat yang dilantik mengabaikan ruangan tersebut dengan dibiarkan kosong. Lagi perkara tidak kena dalam fan page Kementerian Pelancongan Malaysia. Tiada tajuk diletakkan pada beberapa album gambar, sila perhatikan facebook page milik kerajaan negeri Pulau Pinang pula. Beberapa perkara "tukanglawan" perhatikan antara kedua-dua page ini, kebanyakkan artikel didalam laman page facebook Kementerian kebanyakkannya disalin dari portal berita, sedangkan fan page milik kerajaan Pulau pinang kerap di kemaskini dari sumber yang dekat. Dan lebih menarik bila kita buka album gambar milik kerajaan Pulau Pinang, kita nampak mereka serious mahu promosikan industri pelancongan, manakala milik kementerian lebih banyak mempromosikan Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen iaitu menteri pelancongan. Inilah nilai RM1.8 juta lebih yang dibazirkan, laman facebook yang sebenarnya boleh dibuat percuma itu dikontrakkan dengan jumlah tak masuk akal, ianya lebih memaparkan aktiviti menteri pelancongan dari menarik pelancong. Apa sudah jadi, satu lagi projek pembaziran wang rakyat hasil transformasi najib. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini . . |
MIC Parti Yang Tidak Lagi Releven. Posted: 11 Jul 2012 01:29 PM PDT MIC hilang relevannya dalam politik dan masyarakat India sejak tahun 1974 lagi, kata Pengerusi Pasukan Bertindak India Nasional (NIAT), Datuk Thasleem Mohd Ibrahim. "Ia mula menjadi tidak relevan lebih awal lagi, tetapi (Bekas Presiden MIC) Datuk Seri S Samy Vellu mempunyai cara sendiri membuat parti itu nampak relevan," kata Thasleem dalam satu wawancara . dengan Malaysiakini . Thasleem, yang sudah lama menjadi aktivis pendidikan Tamil, mendakwa MIC telah menyerah satu memorandum kepada Jawatankuasa Kabinet mengenai Pendidikan pada tahun 1974, tetapi cadangannya tidak sampa ke mana-mana. Memorandum itu, katanya, menggesa supaya dinaik taraf sekolah dan sukatan pelajaran sekolah Tamil, latihan guru yang lebih baik dan menyediakan sekolah berasrama penuh bagi "membolehkan pelajar India mengatasi kesan melemahkan dalam persekitaran sosio-ekonomi mereka." "Jika jawatankuasa kabinet tidak bersetuju dengan (cadangan) ini, mengapa (Presiden MIC ketika itu) Tun V Manickavasagam tidak meninggalkan Parti Perikatan?" soalnya, sambil menambah bahawa masa itu adalah yang paling sesuai (untuk berbuat demikian) kerana MIC ketika itu tidak mempunyai persaingan untuk mendapatkan sokongan kaum India. Menjawab soalannya sendiri, Thasleem berkata, MIC berdiam diri dan terus bersama Perikatan - semua kerana untuk survival kepimpinannya. "Mereka beranggapan bahawa yang lebih penting ialah mereka okay dan keluarga mereka okay," katanya. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini . . |
Apakah Ini Sebab Rafizi Diganggu Dan Diugut? Posted: 11 Jul 2012 08:29 AM PDT Sebentar tadi "tukanglawan" kongsikan satu status dari tweeter saudara Rafizi Ramli, Seorang anak muda yang sering membongkar isu-isu penyelewengan Umno dan Barisan Nasional. Beliau menerima ugutan dan diganggu oleh satu nombor yang tidak dikenali, (sila baca disini ) budaya ugut mengugut ini sudah jadi budaya, terdahulu 3 orang pemimpin PKR juga diugut mahu disimbah asid kepada mereka. sebelum ini juga kita sudah saksikan bagaimana gerombolan upahan umno sering mengganggu ceramah-ceramah pakatan rakyat, kerana rakyat sudah muak dengan mainan jahat dan kotor umno itu, kini mereka mengalih serangan kepada pemimpin pakatan dengan ugutan demi ugutan. Namun apakah punca sebenar saudara Rafizi diganggu dan diugut, apakah ianya berkaitan dengan pendedahan sklandal terbaru seperti yang didedahkan beliau baru-baru ini, mari kita ikuti pendedahan beliau. Video ini disimpan dalam Arkib Media tukanglawan ( sila klik untuk lebih video ) Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini . . |
Rafizi Ramli Digangu Lelaki Tak Dikenali Posted: 11 Jul 2012 08:03 AM PDT Rafizi Ramli, Anak muda yang menggemparkan negara dengan mendedahkan salahlaku dana ternakan lembu dalam syarikat NFC milik Suami kepada ketua wanita umno,shahrizat jalil, hari ini diganggu dan diugut oleh lelaki misteri. Menulis dalam Tweeternya, Rafizi mendedahkan perkara tersebut. Sejak akhir-akhir ini budaya mengugut pemimpin Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi, terdahulu 3 orang pemimpin PKR juga telah diugut akan disimbah asid, melalui SMS ( sila baca sini ) , apakah jenis budaya ugut mengugut ini akan kita biarkan sehingga menjadi budaya?. Menggunakan nombor seperti diatas rafizi berkata dia dikacau dan diugut, dan meminta sesiapa yang kenal nombor tersebut memaklumkan kepadanya ianya milik siapa. Seorang pengguna facebook telahpun memberi komen, menurutnya dia telah menghubungi nombor tersebut, ianya diangkat oleh seorang lelaki, naum bila ditanyakan namanya lelaki itu tidak menjawab. Seorang lagi pengguna menyarakan supaya kita mendail dan sms no tersebut sehingga dia menamatkan talian tersebut. Apakah rafizi akan melaporkan perkara ini kepada pihak polis?, jika ianya dilaporkan, apakah polis masih gagal mencari individu berkenaan, kerana seperti yang kita tahu, sim card telah diwajibkan untuk didaftarkan atas nama individu, jika begitu, mustahil nombor tersebut tidak didaftarkan. Ianya milik siapa?, kita nantikan, budaya politik ugut ini harus dihentikan segera. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini . . |
Surat Dari Warga Felda Kepada Rakyat Malaysia Posted: 11 Jul 2012 05:07 AM PDT Daripada: Seorang Warga Felda yang Prihatin Kepada: Seluruh Rakyat Malaysia surat ini ku persembahkan untuk seluruh rakyat malaysia yang prihatin.. Saudaraku, ku mohon terimalah surat ini, dengarkanlah suara hatiku terdalam yang ku tuliskan lewat surat ini Tarikh 28 jun 2012 telah mencatat satu sejarah hitam kepada kami, warga felda. Pada tarikh ini, tanah kami dalam proses untuk digadaikan oleh puak2 yang tidak bertanggungjawab.. ini kerana pada tarikh itu, felda telah menyenaraikan saham2 yang tak berguna ke bursa saham yang belum tentu ada hasilnya.. tetapi tanah kami menjadi mangsa... Kemudian, sebelum ini Najib Razak pernah berjanji kepada kami, bahawa pihak FGV akan memberi saham sebanyak 15 ribu unit kepada kami... tetapi itu hanya satu pembohongan kepada kami..Kami hanya dapat 800 unit sahaja... sedangan tanah yang dipajak ialah tanah kami, iaitu tanah plantation, tanah tapak kedai kami, tanah jalan kami... orang tak berkenaan iaitu Isa Samad mendapat 180 ribu unit saudara... ini telah membuat kami lebih tidak berpuas hati.... Saudara ku sekalian, jika saham itu jatuh saudara, felda pula yang menanggung hutang itu... bagaimana felda hendak membayarnya... sedangkan felda kini menghadapi masalah kewangan... kami pula juga terpaksa menanggung untuk menyelamatkan tanah2 10 ekar kami dari diambil oleh bank... kasihani lah kami warga felda...kami teraniaya... mengapa perlunya penyenaraian ini saudara.. sedangkan dahulunya felda sudah cukup kaya....jika ini terus berlaku... saya yakin felda akan terus tergadai... kami tidak mahu ini berlaku....kami sayang felda...sebabkan felda..hidup kami berubah...kami banyak terhutang budi dengan felda..... saudara yang saya kasihi, saya memohon kepada semua... ayuh kita turun ke jalanraya demi menyelamatkan syarikat kelapa sawit terbesar di dunia ini sebelum tergadai...kami warga felda adalah suara kecil yang langsung tidak didengari oleh mereka.... Saya merayu seluruh rakyat malaysia dapat turun bersama kami.... Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini . . |
GEMPAR, Pemimpin Pakatan Mahu Disimbah Asid Posted: 10 Jul 2012 08:35 PM PDT Tiga pemimpin PKR, Naib Presiden Keadilan, N Surendran, Ketua Cabang PKR Puchong, S Murali dan Setiausaha PKR Cabang Puchong, S Gobi Krishnan menerima ugutan simbah asid menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira jam 10 pagi, semalam. Surendran mendakwa beliau percaya SMS diterima ketiga mereka daripada nombor sama itu adalah daripada pesaing politik berikutan kritikannya terhadap sebuah parti yang dipaparkan muka hadapan beberapa akhbar Tamil, semalam. "Mesej tersebut mengugut saya supaya jangan cabar parti itu dan jika saya kutuk parti terbabit, mereka akan simbah asid ke muka saya. Mesej tersebut juga berunsur lucah dan kesat," dakwanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Traves, Bangsar, di sini, semalam. Hadir sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Latifah Koya. Surendran berharap polis menjalankan siasatan secara bebas dan adil berhubung kes berkenaan. Dakwanya, ia berikutan insiden pada Mei lalu di mana pihaknya diserang kumpulan yang tidak senang tindakannya membawa isu kerakyatan masyarakat India di Putrajaya namun masih belum ada sebarang tindakan diambil. "Sebelum ini pemimpin dan ahli PR diugut, diserang ahli parti politik berkenaan namun masih belum sebarang tindakan diambil. "Saya bimbang mengenai peningkatan keganasan politik terhadap PR oleh pihak berkenaan dan saya percaya kesalahan serius dilakukan di bawah Seksyen 506 & 507 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah dan ugutan jenayah (anonumous)," katanya memetik daripada laporan polis dibuat. Sementara itu, Murali menyifatkan mereka bertiga kini menjadi sasaran pihak berkenaan seperti yang berlaku di Putrajaya pada Mei lalu. "Saya percaya ini didalangi pihak sama," katanya. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini . . |
Noh Omar Tak Reti Undang - Undang ke? Posted: 10 Jul 2012 07:38 PM PDT Siapa yang tak kenal dengan Noh Omar, ada yang kata dia ni samseng, tak tau la pulak "tukanglawan" betul atau tak dakwaan tu, mungkin betul, mungkin juga khabar angin saja. Noh Omar ni dilihat orang paling hebat menghentam kerajaan PR negeri selangor, apakah dia memasang angan-angan mahu jadi menteri besar Selangor nanti, kalau difikir-fikir balik , putrajaya yang sekarang bukan lagi tempat selamat untuk umno bertahan itu mungkin membuatkan noh omar cuba-cuba mahu jadi MB selangor pulak. Masalahnya ada ke orang nak Selangor ni sudi berMB kan Noh Omar ni?, nak ke berMB kan Noh Omar yang tak reti undang-undang nei?, belum jadi MB dah suka-suka langgar undang-undang. Noh Omar didakwa melakukan promosi dirinya dengan memasang billboard secara haram di beberapa kawasan di daerah Kuala Selangor yang memaparkan wajahnya bersama Najib Razak, Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, hasil semakan dilakukan didapati terdapat tujuh billboard berkaitan yang dipasang secara haram di Tanjung Karang dan Kuala Selangor yang semuanya melanggar peraturan dan tanpa kebenaran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) "Jika undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pun tidak boleh dipatuhi, adakah rakyat Selangor rela menerima Noh sebagai calon Menteri Besar jika Umno-BN menang pada pilihanraya akan datang? Perdana Menteri sepatutnya berfikir 10 kali tentang perkara ini," katanya dalam satu kenyataan media. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini . . |
Gempar, Rosmah Nak Rebut Jawatan Menteri Posted: 10 Jul 2012 06:15 PM PDT Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan untuk mewajibkan guru-guru taman asuhan kanak-kanak mengikuti kursus anjuran permata membuktikan beliau cuba mengambil alih jawatan Menteri wanita yang di pegang suaminya. Demikian kat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Halimah Ali kepada TVS hari ini. "Pertamanya, apa jawatan Datin Sri Rosmah itu? Kenapa dia pula yang umum nak wajibkan kursus Permata? Adakah dia Menteri Pelajaran atau apa? "Yang jadi Menteri Wanita dan Kebajikan ni adalah suami dia bukannya dia, jadi kenapa dia pula yang nak jadikan ia sebagai satu dasar? "Orang yang buat dasar mewajibkan kursus atau apa sahaja mestilah seseorang yang medapat mandat rakyat, bukannya berdasarkan kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri," kata beliau ketika ditemui apabila Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berhenti rehat tengahari tadi. Menurut Halimah, pengalaman panjang dan pengetahuan pengusaha taska di negara ini juga boleh dijadikan sumber rujukan oleh kerajaan untuk melaksanakan sesuatu dasar. "Kementerian perlu mencari orang yang pakar mengkaji secara menyeluruh apa yang patut dilakukan, bukannya kerana desakan politik atau hendak menonjolkan Permata itu. "Ada banyak pengusaha taska yang telah beroperasi berpuluh tahun dan mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini. "Kenapa kita tidak kumpulkan mereka ini dan mereka boleh berikan input terbaik daripada mereka, jadi sebab itulah saya tanyakan tadi adakah Menteri yang mendapat mandat rakyat untuk buat dasar ini arahkan atau siapa? Soal Halimah. Halimah juga tidak menolak kemungkinan bahawa 'pengumuman' Rosmah tersebut sebagai salah satu usaha beliau untuk meraih publisiti dari masyarakat umum. Kah, Kah, Kah tak payah la rosmah, tak tahu kah, majoriti tak suka rosmah, termasuk la orang umno sendiri. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment