Nota Kecil

Nota Kecil


al-Qardhawi: Menanam jenazah Muslim di perkuburan orang-orang Kristian

Posted: 12 Jul 2012 03:00 AM PDT

Soalan 
Apa hukum menanam jenazah Muslim di perkuburan orang-orang Kristian kerana ketiadaan kubur bagi orang-orang Muslim atau ada perkuburan orang-orang Muslim tetapi ia terletak jauh dari keluarga si mati sehingga tidak mudah bagi mereka untuk menziarahi si mati jika mereka mahu?

Jawapan Dr Yusof al-Qardhawi

Terdapat hukum-hukum syara' berkaitan dengan seorang Muslim jika ia meninggal dunia seperti memandikan, mengkafan dan solat ke atasnya. Di antaranya juga ialah menanamnya di perkuburan orang-orang Muslim. 

Yang demikian itu adalah kerana bagi orang-orang Muslim, cara tersendiri dalam menanam mayat dan menjadikan tanah sebagai tempat perkuburan dari segi saiz, arah yang menghadap kiblat, jauh dari menyerupai orang-orang Musyrik, orang-orang yang membazir dan yang seumpamanya.

Telah diketahui umum bahawa setiap penganut agama mempunyai tanah perkuburan mereka yang tersendiri.
Orang-orang Yahudi mempunyai tanah perkuburan mereka. Orang-orang Kristian mempunyai tanah perkuburan. Para penyembah berhala juga mempunyai tanah perkuburan. 

Maka bukan satu perkara yang pelik untuk orang-orang Muslim mempunyai tanah perkuburan mereka sendiri. 

Menjadi kewajiban setiap kelompok umat Islam di negara-negara bukan Islam untuk berusaha melalui kerjasama sesama mereka untuk mengadakan tanah perkuburan khas dan terpisah bagi umat Islam. 

Selagi ada jalan, mereka hendaklah berusaha untuk meyakinkan pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Jika umat Islam tidak mampu untuk mendapatkan tanah perkuburan khas dan tersendiri, paling kurang ialah mendapatkan sebahagian tanah di satu sudut dari tanah perkuburan orang-orang Kristian untuk menanam jenazah-jenazah mereka. 

Jika kesemua itu tidak boleh diperolehi, lalu meninggal seorang dari mereka, hendaklah mereka berusaha untuk memindahkan jenazah itu, jika boleh, ke bandar lain yang terdapat perkuburan orang-orang Muslim. 

Jika tidak boleh juga, maka tanamkanlah jenazah itu di perkuburan orangorang Kristian, mengikut apa yang mereka mampu dan sejajar dengan hukum dharurat.

Sesungguhnya Allah taala tidak mentaklif seseorang kecuali sekadar keupayaannya. Seorang Muslim soleh yang mati, tidak akan termudharat jika ditanam di perkuburan bukan Muslim dalam keadaan seperti ini. 

Apa yang memanfaatkan seorang Muslim di Akhiratnya ialah usaha dan amal solehnya, bukan tempat perkuburannya. Allah taala berfirman yang bermaksud;

"Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya." (An-Najm : 39)

Akhir sekali, saya ingin katakan kepada saudara yang bertanya bahawa jarak jauh perkuburan si mati bukan alasan bagi membolehkan jenazah di tanah di perkuburan orang bukan Muslim.

Sesungguhnya menanam seorang Muslim di perkuburan orang Muslim adalah satu kewajiban sebagaimana yang jelas dari Ijma' para ulama. Manakala menziarah si mati adalah sunat. 

Oleh itu, tidak boleh meninggalkan kewajiban kerana sesuatu yang sunat.

Saya juga ingin menerangkan bahawa pada dasarnya menziarah kubur disyariatkan untuk maslahat orang yang berziarah, agar dia mengambil iktibar dan pengajaran, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadits yang bermaksud;

"Aku dahulu melarang kamu menziarah kubur. Ziarahilah ia. Sesungguhnya ia melembutkan hati, menjadikan mata menangis dan mengingatkan Akhirat."

Seorang Muslim boleh mendoakan dan memohon keampunan bagi si mati. Dengan kelebihan dari Allah taala, pahala akan tetap sampai kepada si mati walau di mana sekali pun orang yang berdoa dan memohon keampunan itu berada.

__________
Terjemahan dari kitab Fiqh al-Aqalliyat al-Muslimah (Hukum Fiqh Bagi Minoriti Muslim) oleh Dr Yusof al-Qardhawi.

Filem Umno bakal huru-hara Malaysia di PRU13

Posted: 11 Jul 2012 10:23 PM PDT


LiHAT betul-betul idea youtube di atas.

Video ini dijangka akan meletup di pawagam menjelang PRU13 nanti.

Umno mungkin percaya video seperti ini akan mencetuskan huru-hara sungguhpun rakyat percaya perpaduan kaum melawan rasuah dan penyelewengan kuasa penting untuk negara.

Kena tanya Najib, nak guna tak Akta Keharmonian Nasional?

Nantikan...

Utusan burukkan imej Islam dengan isu cerai isteri sebab beza parti

Posted: 11 Jul 2012 10:03 PM PDT

Sumber: Utusan Online (11 Julai 2012)
BERiTA ini diharap tak benar sebab Mahkamah sendiri pernah mengakui 'niat jahat' Utusan.

Keistimewaan Islam antaranya memberi kebebasan secara penuh demokratik untuk manusia memeluk agama itu atau sebaliknya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Sesungguhnya tiada paksaan dalam agama..." (al-Baqarah:256)

Istidlal : Dalam soal agama pun, tak boleh dipaksa-paksa orang. Takkan dalam soal politik mesti dipaksa-paksa sampai cerai berai?

Sama ada waktu umat Islam minoriti atau semasa Islam berada pada gigi kekuasaan di Makkah-Madinah, Rasulullah s.a.w tidak pernah memaksa orang untuk mengikutnya.

Rasulullah s.a.w berdakwah secara hikmah, sederhana, rasional, ilmiah dan penuh dengan semangat demokrasi yang bebas.

Umat Islam, termasuk ahli PAS yang mempunyai faham Islam yang sebenar tak buat kerja-kerja tak demokratik seperti ini.

Tindakan pak cik ini (jika benar), bukan sahaja langsung tidak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, bahkan memburukkan imej Islam dan jamaah Islam PAS.

Faqar:  Ini Malaysia lah...Demokratik lah sikit....

Gambar intim Najib Razak yang harmoni...

Posted: 11 Jul 2012 09:36 PM PDT


Oleh: Ronasina

Pelajar UiTM P.Pinang dipaksa dengar celoteh Mukhriz, Umno?

Posted: 11 Jul 2012 09:49 AM PDT

HABiS anak-anak Kedah yang belajar di UiTM Permatang Pauh petang tadi dipaksa turun untuk mendengar celoteh Mukhriz Mahathir.

Ramai yang tak nak turun tak tahu sebab apa.

Bakal Menteri Besar Umno Kedah itu sebenarnya bukan nak celoteh, tapi nak ajak anak-anak Kedah di perantauan supaya daftar mengundi kot.

Mungkin sebab bosan nak dengar celoteh politik, banyak mereka tak turun.

Cuba Mukhriz buka dada selapang-lapangnya untuk dengar tuntutan pelajar supaya PTPTN dimansuhkan, kompom ramai yang turun.

"Mana ada orang yang suka dibebani hutang?"

No comments:

Post a Comment