"tukanglawan"

"tukanglawan"


Kenyataan Media, AMK Desak Tangguhkan AES

Posted: 31 Oct 2012 10:21 AM PDT

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

AMK Desak Kong Cho Ha Tangguh AES

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha agar menangguh segera perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah kuat ditentang oleh pelbagai pihak termasuk pihak parti pemerintah sendiri.

Sejurus Pemuda UMNO dan CUEPACS yang ikut bersama Pakatan Rakyat yang mendesak agar AES ditangguh, Kong Cho Ha dinasihat supaya tidak lagi degil mempertahankan pendiriannya yang menswastakan kuasa penguatkuasaan yang jelas berpihak kepada syarikat swasta.

Walaupun Kong Cho Ha berjaya selamat diri daripada usul potong gaji menteri yang ditolak oleh Speaker Dewan, tetapi prestasi Kong dalam mentadbir Kementerian Pengangkutan memang lembap dan banyak dipertikaikan.

AMK berpendapat bahawa sejak Kong mengambil alih jawatan daripada bekas Presiden MCA Ong Tee Kiat, isu skandal PKFZ yang melibatkan billion ringgit tidak ditangani malah diabaikan. Dalam isu tender nombor pendaftaran kenderaan WWW pula, Kong tidak berupaya menunjukkan kelayakan seorang menteri yang berkaliber serta pro-rakyat. Lebih mendukacitakan adalah Kong hanya beria-ria dalam perlaksanaan AES.

AMK mempersoalkan kedegilan Kong untuk mempertahankan penswastaan penguatkuasaan dapat mengurangkan kemalangan jalanraya. Apakah Kong tidak mengetahui faktor utama kemalangan jalanraya bukannya kerana kelebihan kelajuan? Mengapakah Kong tetap mempertahankan dua syarikat swasta yang jelas beroperasi berasaskan keuntungan? Akhirnya rakyat yang akan menderita daripada perlaksanaan AES.

AMK menegaskan bahawa penswastaan penguatkuasaan akan menimbulkan implikasi yang buruk. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, segala pengurusan awam serta ketanggungjawaban tidak wajar diswastakan kerana ia akan menjadikan Negara dikawal oleh syarikat swasta.

AMK mengalu-alukan keputusan kerajaan Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Tindakan tersebut bukan sekadar meringankan beban rakyat yang semakin berat, malah menghentikan sebarang usaha menswastakan kuasa penguatkuasaan.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, sesiapa yang ingin mendirikan sebarang struktur dan bangunan di dalam lingkungan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan mesti memperolehi kebenaran atau permit dahulu.

Maka AMK mencabar parti-parti UMNO/BN khasnya Pemuda UMNO untuk mengikuti jejak Pakatan Rakyat untuk menangguh perlaksanaan AES di negeri pentadbiran UMNO/BN.

Oleh itu, AMK menyeru Pemuda UMNO dan parti-parti komponen BN agar tidak hanya mengaut publisiti politik murah dengan desakan tangguh AES, malah mencontohi negeri Pakatan Rakyat yang menangguh AES dan seterusnya mewujukan negeri yang bebas daripada cengkaman AES.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Selepas PRU13 akan berlaku darurat ?

Posted: 30 Oct 2012 11:31 PM PDT

Sebelum release stress dengan baca cerita kelakar ni,
sila play lagu ni.  Bersediakah anda untuk mengingati kembali Peristiwa Memali ? Peristiwa 13 Mei ?
Ops Lalang ?



Malaysiakini pada hari ini melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein bahawa terdapat banyak pengganas dalam kalangan rakyat tempatan dan luar dalam negara ini.

Beliau juga berkata bahawa Malaysia hanyalah pusat transit dan bukan sasaran pengganas.



NONEBercakap dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, Hishammuddin berkata, pihak berkuasa sentiasa memantau dan bersiap siaga memberkas mereka sekiranya menjadikan Malaysia sebagai sasaran.

Menurutnya lagi, sekiranya negara asing pula menjadi sasaran, amaran akan dikeluarkan kepada negara berkaitan untuk mengambil tindakan.

Siasatan juga mendapati pengganas tidak menjadikan Malaysia sebagai pusat pengkaderan anggota baru, tambahnya.


Saya melihat ini petanda bahawa pilihan raya sememangnya hampir tiba dan ini adalah cara untuk menakut - nakutkan rakyat supaya tidak memilih calon selain lain Barisan Nasional.

Jika dilihat bagaiman terjadinya 13 Mei, Ops Lalang dan Peristiwa Memali, semuanya berkisar tentang pengaruh politik yang semakin merudum. Justeru, BN menggunakan alasan pengganas untuk menangkap sesiapa yang mereka rasa mengancam kuasa politik mereka.

Di sinilah ISA, Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan akan memainkan peranan. Jangan terkejut kalau PRU13 ini berlaku DARURAT !

TAPI SATU BENDA UMNO JANGAN LUPA,

INI PENGGANAS SIAPA MAU TANGKAP ?



Kah Kah Kah.

Rakyat Pasti Menang!


MEGAT HIDAYAT,

INSTITUT TEKNOLOGI MARA.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

MIC yang Buat Salah, Tapi Tuding Pada Pakatan.

Posted: 30 Oct 2012 10:56 PM PDT

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.

Mendedahkannya pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007. 

Beliau menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke atas Kerajaan Selangor.

Ia ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.

"Samy Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu," kata Ketua Pembangkang.

"Lepas itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid (Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab," tegasnya disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.

Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.

"MIC dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi pemimpin penipu seperti ini," kata Anwar.

Semalam di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.

"Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment