"tukanglawan"

"tukanglawan"


Terdesak, BN Makin Nampak Bodoh Di Selangor.

Posted: 15 Jul 2012 08:31 AM PDT

Tontong live himpunan hijau peringkat negeri selangor, klik pada bar ( streaming TV) di atas atau klik sini

Ingat tak lagi peristiwa bila stesen keretapi dipergunakan oleh Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang merupakan koordinator BN selangor untuk meraih sokongan, maka bersepah la bendera timbang zaman kuno dipasang. takpe la, itu boleh tahan lagi.
Kali ni leboh terdesak lagi, mereka buat kerja bodoh pernah dilakukan,"tukanglawan" cuma nak tahu, siapa yang beri idea paling bodoh tu. Kah..kah..kah..
Semua stesen komuter di selangor umno dengan kerjasama KTM (bila ktm ni jadi balaci umno) dok pasang segala jenis poster yang mempamerkan wajah najib yang penakut terima cabaran debat tu.

Iklan dan poster tersebut kelihatan dipasang di tiang besar di stesen, eskalator malah memenuhi gerabak, cuma didalam toilet kita tak tahu ada atau tidak (bayangkan anda kecing dan depan anda ada gambar najib tersenyum)

Tahukah anda idea paling bodoh ini sebenarnya menambah kebencian rakyat pada najib dan BN sebenarnya, mungkin lukisan mural atau pun grafiti ( lukisan pada dinding menggunakan cat sembur ), lebih enak dipandang.

Memaparkan iklan dan poster mengugkit dan memberitahu kononnya umno dan BN ini kononnya perihatin membuktikan umno dan Bn sangat terdesak dan sudah tidak lagi releven, sebagai langkah kempen pilihanraya (spr tak bising pulak BN kempen awal macam ni) , rata-rata pengguna komuter meluat dengan iklan begini.

Seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang hanya mahu dikenali sebagai Mat berkata, beliau merasakan iklan itu tidak perlu diletakkan kerana "tidak seimbang" tanpa memaparkan gambar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Inikan kempen Sayangi Selangor. Sepatutnya ada gambar Khalid baru seimbang. Sebab macam pelik, kempen sayang Selangor tapi gambar perdana menteri," katanya ketika ditemubual
Mat, 22, juga berkata, iklan yang menyatakan sumbangan kerajaan juga dilihat tidak wajar kerana ia memang tanggungjawab piak itu.

Selain itu, pelajar institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mahu dikenal sebagai Amirul pula mengaitkan perkara itu dengan tarikh pilihan raya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Kalau betul mereka ini membela rakyat, kenapa baru sekarang nak buat iklan ini? Mungkin
 kempen nak dekat pilihan raya umum," katanya sinis.

Sementara itu, Liana, 26, seorang pekerja swasta pula berkata, iklan sedemikian tidak perlu diletakkan kerana hampir semua orang tahu apa yang telah kerajaan lakukan.

"Iklan ni dah banyak dah. dekat TV pun ada. Saya rasa semua orang tahu yang kerajaan ada bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), bagi baucer dekat pelajar dan macam-macam lagi. Jadi saya rasa tak perlu iklan macam ni. Yang penting ketelusan," katanya lagi.

Sekali lagi "tukanglawan" nak tanya siap la yang bodoh sangat terfikir iklan macam ni, sudahlah rakyat muak, kini makin benci pulak dekat BN,
Dengan memasang poster dan iklan begini, apakah Pengerusi KTM telah menyalah gunakan kuasanya dengan sewenangnya membenarkan KTM mempromosikan Najib dan BN atau ini projek kapo duit rakyat lagi, mungkin BN membayar sekian harga yang dipersetujui kepada individu tertentu untuk membolehkan KTM mempersetujui untuk iklankan gambar najib dan BN.

Apa pun, dalam keadaan umno makin lemah di Selangor, ini jelas la idea sangat bodoh, rakyat tidak tertarik dengan apa yang cuba disampaikan, tapi rakyat makin benci, kenapa tidak letak sahaja gambar rosmah, mungkin lebih ramai yang tertarik untuk lihat sebelum tersenyum sinis. kah..kah..kah



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Hari Koperasi, ni ape cerita ni?

Posted: 14 Jul 2012 09:24 PM PDT

Umno semakin tertekan, dalam usaha menarik sokongan rakyat mereka sanggup melakukan apa sahaja, gambar digunakan untuk menipu rakyat dan Utusan lah balaci paling tidak bermoral dalam menyiarkan berita-berita tidak tepat, itu telah diakui sendiri oleh orang kuat utusan (baca sini)

Bercakap dalam konvension Media 1Malaysia, Mohd Zaini Hassan yang menyangkakan semua yang berada disana adalah orang umno telah terpecah rahsia. katanya Utusan boleh "Spin" untukmendapatkan gambaran yang diingini.

Hari ini utusan sekali lagi memutar belit fakta, mereka menggambarkan himpunan hari koperasi mendapat sambutan, Utusan menyiarkan gambar dibawah untuk "mendapatkan gambaran yang diingini"


Hakikatnya sambutan tersebut hambar, hanya bahagian hadapan dipenuhkan, dengan teknik dan sudut gambar yang baik, kamera trik boleh menampakkan seolah-olah stadium itu dipenuhi ramai orang, menggunakan gambar lama yang tiada kaitan dengan majlis juga boleh diguna pakai, itu salah satu cara "mengspin" cerita.

Hakikatnya sebenar apa yang berlaku adalah seperti gambar dibawah, tak perlu sudut yang terbaik, ianya sekadar gambar biasa yang menceritakan segalanya, sesuatu yang Utusan tak mampu lakukan.


Jauh sekali dengan apa yang dicanang mereka, kononnya rakyat monyokong kerajaan BN, hakikatnya tidak sama sekali.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Sebab Habuan Kurang, Kualiti Fitnah Umno Makin Teruk

Posted: 14 Jul 2012 06:32 PM PDT

Memang la benar agaknya kata orang, nak jadi Cybertrooper umno ni cukuplah sekadar boleh menipu dan setia pada umno, (selain selalu cium tangan YB umno) tak bijak pun tak apa, sebab umno nei mana ada orang bijak dalamnya.

Untuk nampak hebat kerana nak kejar habuan, Cybertrooper umno buat apa saja lah, termasuk bodohkan diri sendiri. jom tengok gambar bawah ni, betapa fitnah umno nampak sangat bodohnya, menggambarkan kebodohan Cybertrooper umno.



Pernah "tukanglawan" dengar ramai kata jadi cybertrooper umno ni lumayan, Jadi blogger umno sahaja dibayar RM3,000 hingga RM5,000  tiap bulan (blogger elit lain harga), malah ada yang diserap jadi kakitangan kerajaan, padahal masuk pejabat pun tak pernah, Kata orang "makan gaji buta"  (Cybertrooper umno yang dapat gaji cikit tu sah kene tipu ketua korang la).

Sebab kejar habuan ni la cybertrooper umno berpuak-puak,. PapaGomo Vs Tun Faisal, PapaGomo Vs Parpukari, dan entah banyak sangat lagi team lain, dulu kecoh la cerita ade ketua blogger ni bawak lari duit, ingat tak?... Try Google tgk.

Bila Umno fitnah mereka nampak sangat bodoh. bila ajak main fakta, mereka merapu dan meraban,

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Lagi Artis Sertai PAS

Posted: 14 Jul 2012 04:08 PM PDT


Nampaknya AC Mizal makin pening. Sokongan untuk Abby Abadi makin bertambah. Kini Noryn Aziz bersama PAS. 



Dia menjadi tetamu Santai Bersama Selebriti 13 Julai 2012. Tahniah kerana sudi bersama PAS, semoga makin bersemangat.

Juga AC Mizal terpaksalah mendapat semangat Jamal dan Amy Search untuk berdebat dengan Abby Abadi.

Lagu-lagu Jamal Abdillah dan Amy Search masih sedap didengar walaupun mereka Umno. Kalau dari AC Mizal, bolehlah kita dengar debatnya.

Tahniah Noryn. Kini ingin menunggu giliran Nasha Aziz bersama PAS, insyaallah…dia tak akan seksi lagi!!

http://www.ekeleh.com/

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

No comments:

Post a Comment