Nota Kecil

Nota Kecil


FGVH: Mahfuz dah lomoq taik atas kepada kita semua demi Azizan

Posted: 16 Jul 2012 06:46 AM PDT

"Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang 
yang zalim." (Surah Al-Ma'idah : 51)
MAHFUZ Omar hari ini tak tahu nak persalah siapa dalam isu PKNK milik 500,000 FGVH.

Azizan Razak orang politik macam dia. Sanusi SetPol pun macam dia.

Kalau nak persalah pun, persalah pentadbiran PKNK tiada apa-apa sebab mereka ini bukan Menteri Besar Kedah.

Mereka ini bukan Pesuruhjaya PAS KedahMereka ini bukan ahli Majlis Syura Ulama PAS Kedah.
"Mereka (kakitangan) PKNK itu bekerja dengan profesional. Mereka mungkin telah biasa dengan sistem yang melangkaui keputusan lembaga pengarah yang diamalkan ketika pemerintahan Umno. 
"Bagaimanapun saya tidak menyalahkan mereka. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan, bukannya pegangan politik kerajaan negeri.
"Saya tidak lihat wujud unsur sabotaj dalam perkara ini ... kakitangan ini telah biasa mendahului lembaga pengarah dalam membuat keputusan, amalan biasa pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)...kita perlu ambil sedikit masa untuk mengubah amalan mereka," kata Naib Presiden PAS itu di The Malaysian Insider.
Buat apa dipertikai pengkhianatan kerajaan Umno BN pusat penyenaraian FGVH di Bursa Saham? 

Tujuan Najib Razak dan Isa Samad buat semua ini pun semacam yang Mahfuz kata, iaitu "Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan..."

Peduli apa dengan nasib peneroka Felda. Mazlan Aliman ini tak ghetiii hormat ulamak macam Azizan Razak, sebab itu dia konsistan lawan rejim melalui ANAK.

Sia-sia rakyat, Pakatan Rakyat, semua pemimpin serta ahli PAS berpecah peluh di bawah terik panas menyertai himpunan Oren dari Masjid Jalan Duta, KL ke Istana Negara bagi bantah Umno BN khianat peneroka Felda.

Mahfuz kata,  "Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan..." 

Mahfuz bukan setakat khianat perjuangan rakyat, malah macam lomoq taik atas kepada semua kita.

Semoga Allah mendengar doa orang-orang yang zalim dan berikanlah hidayah kepada saya yang hina-dina ini, Mahfuz, Azizan Razak, Sanusi dan seluruh pejuang Islam di tanah air ini supaya jauh dari kezaliman pemerintah.

Firman Allah yang bermaksud, "Jangan kamu cenderung pada orang-orang yang melakukan kezaliman, kelak kamu disambar api neraka..." [Surah Hud: 113]

SEBARKAN!

[Pendapat] Kumpulan ‘Rakan Kongsi’ UMNO dalam Pas masih wujud?

Posted: 16 Jul 2012 02:13 AM PDT


Anuar Omar 
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara

SEJAK Penubuhan Pas pada 1951, Umno/Barisan Nasional merupakan satu-satunya musuh yang nyata kepada Pas dalam wadah politik Negara. Hal ini jelas kerana Umno juga merupakan pencabar Pas dalam setiap pilihanraya di semua kerusi DUN ataupun Parlimen.

Selain Pilihanraya, Pas juga menentang Umno disebabkan Dasar yang dibuat oleh mereka yang dilihat bercanggah dengan Islam, malah ada kalanya dasar yang digubal semata-mata untuk menindas rakyat.

Atas dasar itu juga, Pas menolak untuk 'bekerjasama' dengan UMNO dari dulu sehingga sekarang. Cuma, ketika krisis kepimpinan Pas pada tahun 1974-1978 dimana Pas dibawah kepimpinan Dr Asri Muda 'terpedaya' dengan janji manis UMNO ketika itu.

Hasilnya, krisis kepimpinan paling 'parah' yang diterima Pas sehingga kehilangan Kelantan dan hilangnya pengaruh dikalangan rakyat di seluruh Negara kerana rata-rata ahli dan rakyat menolak 'kerjasama' tersebut.

Pada ketika itu, dalam keadaan Pas semakin kuat dan Umno semakin lemah, Umno telah berjaya 'meyakinkan' kepinpinan Pas bahawa 'kerjasama' tersebut membawa kebaikan kepada Melayu dan Islam.

Padahal, pada waktu itu Umno kehilangan kepercayaan rakyat sehingga kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Kelantan serta Terengganu kerana Dasar mereka yang menzalimi rakyat pada ketika itu.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982.

Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kewajipan tersebut.

Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC).

Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih,

Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Malah, ketika Pas 'dikhianti' Umno Pada 1978, ramai ahli-ahli Pas yang ditangkap dibawah Ordinan Darurat 1974 (ISA) . Ramai yang diseksa dan dizalimi oleh Kerajaan ketika itu setelah mendapat kuasa yang kukuh setelah PRU 1978.

Kemuncak kepada kezaliman Umno terhadap Pas adalah di dalam Peristiwa Memali 1985 dimana seramai 13 pengikut Ustaz Ibrahim Mahmood atau Ibrahim Libya ditembak syahid oleh polis.

Rentetan daripada itu, skrip kekejaman Umno terhadap Pas tidak pernah berhenti. Ada sahaja pemimpin Pas yang ditangkap, didera, diseksa samada secara mental atau fizikal bagi melemahkan semangat mereka melawan Umno.

Kezaliman dan kekejaman UMNO kepada Pas tidak pernah 'padam' sehingga sekarang. Terbaru siri kekejaman terhadap ahli Pas dalam Bersih 1.0, 2.0, 3.0. Ada yang buta, cedera, cacat dan paling menyedihkan ada yang meninggal dunia.

Ketika Rakyat membicarakan tentang kezaliman Umno dan rakyat bangkit menolak UMNO, tiba-tiba muncul gerakan dalaman Pas yang berusaha untuk membentuk Kerajaan Perpaduan selepas PRU 2008.

Kumpulan ini diakatakan aktif bergerak didalam jemaah untuk 'mencantas' pemimpin-pemimpin yang pro kepada Pakatan Rakyat sehinggakan kumpulan ini menerima 'tawaran lumayan' dari Umno.

Malah kumpulan ini juga secara terang-terangan melakukan penentangan ke atas setiap dasar Pakatan Rakyat menghentam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan beberapa negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Kemunculan bekas pemimpin Pas di Pentas UMNO juga dilihat semakin rancak. Nama-nama seperti Dr Hassan Ali, Ust Hassan Basri, Ust Hafiz Nordin dan beberapa pemimpin lagi sering memenuhi ceramah jemputan UMNO.

Di sudut yang lain, Pemimpin Pas yang masih mempunyai jawatan juga dilihat sedang 'mengatur' strategi untuk menumbangkan pemimpin Pas yang menolak kerjasama dengan UMNO.

Malah, lebih dasyat lagi, ada pertemua sulit diantara kepimpinan Pas semasa dengan mereka yang mengangotai NGO seperti JATI, BADAI dan lain-lain lagi yang 'sibuk' menghentam Pas dan Pakatan Rakyat.

Apakah benar masih wujud 'Kelab Penyokong Umno' dalam Pas seperti yang diuar-uarkan sebelum ini?. Jika ada, adakah pemimpin atasan tidak mengambil peduli dengan perkara ini?

Sebelum menjadi parah, eloklah kepimpinan atasan melihat perkara ini dengan lebih serius supaya ianya tidak menjadi barah dalam Pas. Lihatlah pengorbanan dan penderitaan ahli Pas dan Rakyat sebelum krisis kepimpinan dan hilang kepercayaan seperti tahun 1974 berulang menimpa Pas semula.

SEBARKAN!

Polis lagu niii yang aku suka sekarang!

Posted: 16 Jul 2012 01:47 AM PDT


DULU, saya memang anggap 'Polis Raja Di Malaysia'.

Polis lagu nihhh yang aku suka sekarang!

Muhyiddin cadang PRU13 tahun ini untuk bantu Dr.M 'selamatkan' Petron?

Posted: 16 Jul 2012 01:29 AM PDT

Gambar hiasan
TiDAK mungkin Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan pada tahun ini seperti yang dicadangkan oleh Muhyidin Yassin.

Sumber pejabat Timbalan Perdana Menteri yang diteroka berpendapat, cadangan itu mungkin sekadar mengusik moral Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tentu ada motif di sebalik itu semua. Takkan timbalan perdana menteri bercakap dulu baru berfikir?

Sumber berkata, Muhyiddin mungkin sedang melorong peluang mendekati kerusi perdana menteri semasa Najib dijerut dengan pelbagai skandal seperti Scorpene dlll belakangan ini.

Mungkin sebab itu juga, Muhyiddin berkata, tahun ini masa paling baik adakan PRU13.
"Saya tak fikir ia akan berlarut sehingga tahun depan tahun 2013, wallahua'lam. Tetapi itu terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Tapi saya bagi tahu, saya kata yang paling baik adalah tahun inilah.
 
"Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa (Ramadan). Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya? Saya kata apa salahnya. Bulan raya (Aidilfitri), apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos), apa salahnya. Masuk September (sambutan) Hari Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia (pilihan raya)," katanya di Malaysiakini.com.
Semua kita tahu bahawa Tun Dr Mahathir sendiri sebelum ini telahpun memberi cadangan kepada Najib supaya memanfaatkan sebaik mungkin mandat menjadi kerajaan pusat sehingga Mac tahun depan.

Najib mengambil nada yang sama dengan Dr Mahathir kerana apa yang diluahkan Dr Mahathir seakan dituruti oleh perdana menteri sekarang.

Namun sekarang, mengapa Muhyiddin pula meluahkan pendapat yang berbeza dengan Dr Mahathir sendiri sekarang ini?

Selalu kita dengar Muhyiddin memberi pendapat berbeza dengan Najib. Itu, lumrah yang biasa bagi orang nombor dua dengan orang nombor satunya.

Muhyiddin pernah beberapa kali mempersoal konsep 1Malaysia yang dipopularkan oleh Najib demi servival akar umbi Umno sebelum ini.

Itu bukan biasa. Itu luar biasa bagi seorang "perdana menteri dalam penantian".

Sumber di pejabat Timbalan Perdana Menteri berkata, itulah kehebatan Muhyiddin dan Dr Mahathir.

Muhyiddin nampak seperti ke Selatan walhal Mahathir ke Utara.

Najib sendiri sedar hakikat ini akibat kerap kali diberitahu bahawa beliau bakal senasib dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi aka Pak Lah, iaitu dianggap liabiliti pada Umno dan Barisan Nasional kelak selepas pilihan raya umum kelak.

Ada perkara lain sebenarnya berlaku di sebalik semua ini.

Khabarnya, Petron yang dikaitkan dengan anak Dr Mahathir sedang mengalami dibelenggu krisis kewangan serta dijangka menemui kegagalan seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Banyak faktor di sebalik masalah Petron. Salah satu masalahnya adalah suntikan dana RM830 juta ditarik balik oleh CiMB Bank Bhd.

Semua kita tahu, adik Najib bernama Nazir Razak memegang kepentingan terbanyak dalam bank swasta itu.

Kalau tidak kerana CiMB ini milik adik perdana menteri, mungkin tidak berlaku komplikasi politik sebegini.

Untuk memahami isu Petron ini, sila baca Lagi projek berdepan kerugian bilion ringgit ala PKFZ.

Tindakan Muhyiddin mencadangkan PRU13 diadakan pada tahun ini sebenarnya sekadar mendorong Najib untuk membantu Dr Mahathir menyelamatkan Petron dari menyembah bumi seperti skandal PKFZ. -END

SEBARKAN!

Umno tanya 50 soalan dalam DUN Kedah, PAS jawab 5 saja

Posted: 15 Jul 2012 11:04 PM PDT

Sila baca cerita Sanusi di sini, di sini dan di sini.
SiDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini mungkin mencatat sejarah kerana ia dijalankan hanya 1 jam 18 minit.

Ketua Pembangkang DUN, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, kerajaan negeri PAS Kedah berbuat demikian kerana tidak mahu menjawab isu-isu besar yang timbul sekarang ini.

Katanya, daripada lebih 50 soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat, hanya lima soalan yang dijawab.
"Soalan-soalan `heavy weight'seperti pembalakan, dia letak belakang kerana satu taktik tidak mahu menjawabnya.

Sebaliknya soalan-soalan remeh seperti pihak berkuasa tempatan dan bazar Ramadan diutamakan.

"Kita buat rayuan supaya dilanjutkan masa supaya lebih banyak soalan dijawab ditolak oleh Speaker, Datuk Dr Abd Isa Ismail," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Sidang DUN Kedah hari ini bermula jam 9 pagi dan berakhir pukul 10. 18 pagi. -END

SEBARKAN!

Bicara Karpal Singh guna Akta Hasutan bukti 'Janji Ditepati' Najib bohong

Posted: 15 Jul 2012 07:55 PM PDT

Gambar hiasan
Pengerusi DAP, Karpal Singh yang didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 dan bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Julai ini meletakkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tanda tanya.

Gambar kenangan Jagdeep (kanan) dan ayahnya, Karpal
ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo berkata, Najib yang juga Presiden Umno sepatutnya jujur dan konsisten semasa cuba menggantikan akta tersebut dengan Akta Keharmonian Nasional sekarang.

"Saya memang berpuas harti dengan Perdana Menteri kita kerana langkah menilai semua Akta Hasutan itu adalah langkah yang betul.

"Tapi, kalau masih menggunakan Akta (Hasutan) itu dengan mengheret mana-mana pihak, Perdana Menteri nampak tidak konsistan.

"Kalau jujur dan ikhlas, tarik balik semua dakwaan dan hukuman yang menggunakan Akta (Hasutan) ini," tegas beliau semasa dihubungi wartawan.
Perkembangan terbaru ini sekaligus menjadi satu lagi rekod "janji ditepai" yang dilaungkan Najib adalah kosong serta mengelirukan rakyat. 

Terdahulu, Hakim Azman Abdullah menetapkan Timbalan Pendakwa Raya, Noreen Badaruddin berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap kes Karpal. Pihak pembelaan diketuai oleh Jagdeep.

Karpal didakwa lantang mempersoal tindakan Sultan Perak melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Walhal, ahli politik veteran itu dikatakan mempertika proses kudeta  yang dilakukan oleh pentadbiran Najib. 

Seramai 19 saksi memberi keterangan pada perbicaraan kes itu termasuk Timbalan Pengarah Berita TV RTM Roslan Ariffin dan wartawan Utusan Malaysia Nizam Mohd Yatim.

Karpal Singh pada 17 Mac tahun lepas, minta dibicarakan terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak pada sidang akhbar di pejabatnya Tetuan Karpal Singh & Co, Jalan Pudu Lama, di sini antara pukul 12 tengah hari dan 12.30 petang, 6 Feb lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan menghadapi hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan -END

SEBARKAN!

FGVH: Betulkah Sanusi SetPol MB Kedah bohong orang Pas?

Posted: 15 Jul 2012 06:56 PM PDT

"Sanusi sengeh"
JANGAN lah kata Sanusi bohong apabila disiar Azizan Razak dapat tau lewat bab PKNK beli saham FGVH, kata Sanusi SetPol.

Sanusi bercakap macam itu mungkin sebab nak pertahan Bukit Uhud

Sesekali difikir, nampak Azizan dan ahli lembaga pengarah PKNK yang lain macam tiada kuasa sampai Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim sendiri boleh buat business decision konon-kononnya.

Pemilikan 500,000 unit saham FGVH itu bukan sikit, banyak.

Kalau orang kata Sanusi yang catur semua ini pun kita tak boleh nak kata apa-apa sebab Azizan Razak dan BOD lain macam tak ada kuasa secara moral untuk halang semua ini pun.

Kenapa PAS Pusat dan ANAK bermati-matian melawan usaha PM Najib Razak menyenarai FGVH dalam Bursa Malaysia?

Kalau kita faham moral PAS berjuang mempertahan hak Felda, tak belaku semua ini dalam kerajaan PAS di Kedah.

Sanusi lebih tahu sama ada beliau bohong dengan semua ahli PAS atau sebaliknya.

'Orang dalam' PKNK tanya, "betulkah pemilikan 500,000 unit saham tuuu dengan tak payah tanya Azizan Razak ikut prosedur dan garis panduan?"

Persoalan-persoalan sebegini mungkin membantu Sanusi memberi penjelasan menganai  Azizan Razak tolak aspirasi PAS, Oren selamatkan hak peneroka Felda?

SEBARKAN!

PRU selepas Bujet 2013 serlahkan Najib, BN lemah

Posted: 15 Jul 2012 06:05 PM PDT

Najib Razak
KETUA Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sejurus selepas perbentangan Bajet Malaysia 2013.

Pendapat itu diluahkan semasa rata-rata rakyat masih berteka-teki mengenai tarikh PRU13.

Namun, banyak pihak menduga, Bajet 2013 akan menjadi "senjata penting" bagi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membendung kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya nanti.
"Pada saya elok lepas bajet. Secara peribadi, sebab kita ini jenis kerajaan yang menepati janji dan bajet yang lepas kerajaan telah tepati janji-janjinya.
"Jadi kalau kerajaan bentang lagi bajet, rakyat akan tahu bajet itu akan ditepati. Jadi untuk apa kita perlu awal-awal. Ya tak? Kalau kita tahu 28 September itu (hari) bajet, kenapa kita perlu melepaskan peluang kita ini... ini pandanagn peribadi sayalah, tapi masih lagi terpulang kepada Perdana Menteri," kata beliau dipetik dari Sinar Harian online.

Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu sekaligus seakan menyerlahkan Najib bukan sahaja tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap pentadbirannya, malah menunjukkan bahawa Presiden Umno itu terpaksa mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan memanggil pilihan raya. -END

SEBARKAN!
Klik gambar

Wan Azizah tanding DUN Penanti, jadi TKM1 P.Pinang di PRU13?

Posted: 15 Jul 2012 05:47 PM PDT

Kak Wan
Dr. Wan Azizah Wan Ismail disebut-sebut sebagai calon Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang selepas Presiden PKR itu menyatakan hasrat untuk bertanding di peringkat DUN.

Desas-desus itu tersebar semasa kerusi nombor dua dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih disandang oleh Naib Presiden PKR merangkap ADUN Penanti, Datuk Mansor Othman.

Lanjutan itu, timbul spekulasi berantai bahawa Mansor bertanding di Parlimen Nibong Tebal seperti yang dicadangkan oleh Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi laluan kepada Dr. Wan Azizah ke DUN Penanti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) - sayap parti PKR - yang turut disebut-sebut mengintai kerusi Penanti dalam reaksi spontan berkata, jawatan itu mungkin boleh diberikan kepadanya sekiranya Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah negeri.
Amir yang juga Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkata, cadangan itu boleh dikemukakan sekiranya tiada calon ternama lain yang sesuai untuk mengisi kerusi jolokang 'pemimpin utama Kerajaan Negeri Pulau Pinang' itu.

"Setakat ini PKR negeri belum pernah membincangkan tentang perkara ini namun sekiranya ada peluang dan mengambil kira tiada calon lain yang ternama yang sesuai apa salahnya kita berikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepadanya bagi mewakili PKR," katanya pada Sinar Harian, semalam.

Amir bagaimanapun berkata, cadangan itu tergantung pada ketetapan yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti sama ada mahu mencatur tokoh wanita itu di Pulau Pinang atau negeri-negeri lain.

AMK, menurut beliau, memang amat mengalu-alukan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk kembali ke Pulau Pinang dan beliau yakin momentum sokongan rakyat kepada isteri Ketua Pembangkang,

Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih lagi kuat.

Mengulas mengenai kenyataan Adun Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendakwa tindakan Dr Wan Azizah yang mahu bertanding di kerusi Pulau Pinang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi selain bukan mahu berkhidmat kepada masyarakat, Amir berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Menurutnya, tindakan Dr Wan Azizah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya adalah satu strategi PKR bagi menghapuskan Umno di kawasan berkenaan. -END

SEBARKAN!
Klik gambar

Azizan Razak dapat tau lewat bab PKNK beli saham FGVH, kata Sanusi SetPol

Posted: 15 Jul 2012 05:42 PM PDT

SETPOL Menteri Besar Kedah kata, Azizan Razak dapat tau lambat mengenai PKNK beli 500,000 saham FGVH.

Jawapan ini sekaligus menjawab persoalan Azizan Razak tolak aspirasi PAS, Oren selamatkan hak peneroka Felda?

Alasan ini diharap boleh cover line serta boleh membatalkan niat FGV: Patutnya orang PAS Kedah demonstrasi depan pejabat MB depa  seperti yang dicadangkan oleh Pak Bakaq Haq aka Penarik Beca sebelum ini.

Setuju?


SEBARKAN!
Klik gambar

200 tuntut 'janji ditepati' Najib bebas 45 tahanan ISA

Posted: 15 Jul 2012 12:26 PM PDT

Gambar ihsan dari FB Wak Balun
HiMPUNAN anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kemunting, Perak yang masuk minggu ketiga berturut-turut pagi semalam disertai kira-kira 200 rakyat Malaysia.

Mereka menuntut pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membebaskan 45 tahanan ISA berbaki selari dengan hasrat kerajaan Umno Barisan Nasional pusat kononnya memansuhkan akta draconion itu.

Penyelaras Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syukri Abdul Razab berkata, perhimpunan aman itu dijangka menerima penyertaan kira-kira 500 orang jika tiada sekatan jalan raya oleh polis.

Perhimpunan yang bermula jam 11 pagi itu berlangsung hampir dua jam sebelum diikuti lawatan anggota keluarga tahanan.

Menurutnya lagi, perhimpunan itu turut disertai anggota dan penyokong PAS sekitar Perak.

"Kami berjaya membawa kumpulan besar kerana mereka (PAS) menyertai. Jika tidak kerana sekatan jalan raya, angka ini akan jauh lebih besar," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Pengerusi GMI, Said Ibrahim Said Noh, Nasruddin Hassan at-Tantawi (Ketua Pemuda PAS Malaysia) dan Aiman Athirah al-Jundi (Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia) turut hadir pada himpunan aman tersebut.

Seramai 45 orang, termasuk 25 warganegara asing masih ditahan di kem Kamunting atas pelbagai alasan termasuk penyeludupan manusia, aktiviti keganasan dan pemalsuan dokumen.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan bahawa slogan 'Janji Ditepati' yang diselokakan oleh pentadbiran Najib demi membeli kembali kepercayaan rakyat semata-mata. -END

SEBARKAN!
Klik gambar

Main karom sorang-sorang jadi hobi terbaru Hasan Ali?

Posted: 15 Jul 2012 06:59 PM PDT

Sumber: Facebook
Penat-penat menyelamatkan akidah, Hasan Ali @AkidahJATi main karom sorang-sorang.

Kesian....seluuuuuuurruuhhhh rakyat tak ada yang sudi main karom dengan bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini kah?

Baca di sini dan di sini.

Punca Mansor Othman diserang 100 ahli PKR P.Pinang

Posted: 15 Jul 2012 10:15 AM PDT



DiFAHAMKAN berita 100 ahli PKR - majoriti India - mendesak Datuk Mansor Othman melepas jawatan sebagai pengerusi PKR negeri dan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang ini seperti yang dilaporkan dalam TheSundaily turut dilaporkan dalam Buletin TV3 malam tadi.

Informasi yang diteroka di Cabang PKR Bukit Mertajam memberitahu, grup PKR yang diketuai R.Chandran sebenarnya tidak berpuas hati dengan mutu kerja JKKK Taman Sentosa.

Pengerusi JKKK Taman Sentosa, Rajendran a/l Raja Gopal dikatakan melantik anak bini serta kaum keluarganya mengisi jawatan penting dalam jawatankuasa setempat.

Unsur nepotisme mengakibatkan segala aduan dan pendapat penduduk setempat, termasuk akar umbi parti langsung tidak didengar.

Malah, pasukan Rajendran sekeluarga termasuk kenalannya Rynu a/p Shanmugam (Ahli Majlis MPSP merangkap Setiausaha Cabang Bukit Mertajam) didakwa lebih banyak 'politiking' berbanding melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada rakyat setempat.

[sila saman, biar saya bawa bukti rakaman konspirasi mereka nak menjatuhkan ADUN Machang Bubuk pada PRU13 nanti ke muka pengadilan kelak]

Perkara ini telahpun dipanjangkan oleh Datuk Tan Hock Leong (Pengerusi Cabang, ADUN Machang Bubuk merangkap Timbalan Speaker DUN P.Pinang) kepada Manssor sebelum ini, tetapi dilihat tiada tindakan lanjut diambil oleh pihak berwajib.

Akhirnya Mansor menjadi sasaran amarah rakyat serta akar umbi parti selepas pemimpin utama Melayu Pulau Pinang itu menerima serangan hendap grup pro PCM.

Semasa saya mendedahkan konspirasi grup Rajenderan dilihat mahu membunuh karektor politik Mansor, saya sendiri menerima ancaman bunuh.

Penentuan sikap sebenarnya di tangan Mansor dan akar umbi PKR negeri sendiri.

SEBARKAN!

No comments:

Post a Comment