Pahang Daily Online |
- Mahfuz Omar Di Ceramah PAS Paya Besar Hari Ini
- MB: Gagal Beri Khidmat Terbaik, Kerajaan Negeri Selangor Mahu Ambil Alih Urusan Air Dari Syabas
- Aktiviti: Terkini, Ceramah PAS Di Parlimen Bera !!
- Pekan: Anak Nekad "Selamatkan Ibu Bapa" Yang Sedang Terbakar Di Kg.Cenderawasih Pagi Tadi !!
- Hi-Tea Dengan Dayang Ku Intan Di Pekan Hari Ini
| Mahfuz Omar Di Ceramah PAS Paya Besar Hari Ini Posted: 16 Jul 2012 02:11 AM PDT |
| MB: Gagal Beri Khidmat Terbaik, Kerajaan Negeri Selangor Mahu Ambil Alih Urusan Air Dari Syabas Posted: 16 Jul 2012 02:09 AM PDT
[Elok benar Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih pengurusan air dari pihak Syabas. Ini kerana pihak Syabas terlalu banyak bermain politik sehingga tidak tahu membezakan yang mana sepatutnya didahulukan. Tindakan Syabas sengaja mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor kerana ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Maka itulah banyak tindakan yang sepatutnya diselesaikan dengan baik sengaja disusahkan. Tambahan pula Pengerusi Syabas itu sendiri ialah Tan Sri Rozali Ismail adalah merupakan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GEGF) yang mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Justeru, tidak hairanlah banyak tindakan Syabas lebih memihak kepada kerajaan UMNO BN. Maka, itu jika Kerajaan Negeri Selangor mahu krisis air di negeri itu diselamatkan sudah tiba masanya mereka ambil alih pengurusan air ini]. |
| Aktiviti: Terkini, Ceramah PAS Di Parlimen Bera !! Posted: 16 Jul 2012 02:10 AM PDT |
| Pekan: Anak Nekad "Selamatkan Ibu Bapa" Yang Sedang Terbakar Di Kg.Cenderawasih Pagi Tadi !! Posted: 16 Jul 2012 01:14 AM PDT PEKAN,16 Julai - Seorang pelajar tingkatan empat bertindak berani apabila menyelamatkan ibu bapanya yang sedang terbakar dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Cenderawasih, Pekan, awal pagi Isnin. Dalam kejadian 2.30 pagi itu, ibu kandung dan bapa tiri Mohd Amri Abu Bakar, 16, melecur teruk di seluruh tubuh selepas bilik tidur mereka terbakar. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan itu berkata beliau terhidu bau asap sebelum terdengar jeritan ibu bapanya. "Ayah tiri saya, Abdul Karim Mohamad dan ibu saya, Saidah Talib kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya. Abdul Karim, 39, yang bekerja sendiri dan isterinya, Saidah, 35, dihantar oleh jiran tetangga ke Hospital Pekan kira-kira 3.30 pagi tadi sebelum dipindahkan HTAA. Keadaan mereka dilapor agak kritikal. Menceritakan detik cemas itu, Mohd Amri berkata beliau melihat kepulan asap dari bilik tidur kedua ibu bapanya, sebelum bertindak menendang pintu bilik berkenaan. "Selepas menendang, saya lihat ayah sedang terbakar dari paras pinggang ke bawah, manakala ibu terbakar seluruh badan," katanya. Dia kemudiannya membawa kedua-dua adiknya, Nurazalina Abu Bakar, 11 dan Noraini Abu Bakar, 5, yang tidur di ruang tamu, keluar dari rumah berkenaan. Mohd Amri kemudiannya berlari ke dapur dan mengambil air di dalam baldi sebelum bertindak menyimbah air berkenaan ke atas kedua-dua ibu bapanya. Beliau kemudian mengheret kedua-dua orang tuanya keluar dari bilik yang sedang terbakar itu sebelum dibantu jiran tetangga. Bilik yang terbakar itu berjaya dipadamkan. Sementara itu, ketua kampung berkenaan Mohamad Karim berkata pasangan suami isteri itu sedang tidur ketika kejadian. "Katil dan kelambu di bilik berkenaan dipercayai terbakar sebelum api menjilat tubuh mereka, punca kejadian tidak diketahui," katanya. Sementara itu Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian dan akan menyiasat punca kebakaran tersebut. Bernama |
| Hi-Tea Dengan Dayang Ku Intan Di Pekan Hari Ini Posted: 16 Jul 2012 12:44 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



No comments:
Post a Comment