Liang Lahad.... |
- TAJUK-TAJUK AKHBAR YANG TIDAK MAHU KITA BACA SELEPAS PRU13!!!
- 55 TAHUN TANPA ELEKTRIK DAN AIR - MASIH MAHU KATA BN TIDAK PERNAH PINGGIR RAKYAT??
- UMUM BAGI REBET SMARTPHONE,TAPI KERAJAAN HINGGA KINI MASIH TAK TAHU APA ITU SMARTPHONE!!
- HUTANG KELUARGA SHARIZAT DAN HUTANG RAKYAT MARHAEN - RAKYAT MARHAEN DIDAHULUKAN!!!
- PASANG BENDERA PAS DITEMPAT LAIN,LINGKARAN BESI TIANG LETRIK NI KAMI PUNYA - PENGERUSI JKKK.
TAJUK-TAJUK AKHBAR YANG TIDAK MAHU KITA BACA SELEPAS PRU13!!! Posted: 01 Nov 2012 10:39 AM PDT Sebelum PRU.. rakyat tak perlu risau.. harga minyak tak akan naik punya... Malah perlaksanaan kamera perangkap AES pun kini mungkin akan ditangguhkan gara-gara pemimpin BN sudah mula bersuara meminta ianya ditangguhkan dengan alasan "masa yang sangat hampir dengan PRU13 adalah tidak sesuai laksana AES" Tetapi selepas PRU habis.. dan jika BN masih ditakdirkan menjadi kerajaan.. cerita-cerita media dalam negara akan tiba-tiba sahaja berubah.. Kita sebagai rakyat jelata ni yang ditatang bagai menantang minyak yang penuh sebelum PRU,secara tiba-tiba juga tidak lagi menjadi penting lagi kepada kerajaan BN.. Selepas PRU 13..sekiranya BN masih menjadi kerajaan (dengan bantuan warga asing dan pengundi hantu),maka kita mungkin akan dihidangkan dengan tajuk-tajuk berita yang tidak ingin kita baca... Kita akan dihidangkan dengan berita kenaikan harga minyak.. insiden yang berlaku selepas PRU 12 mungkin akan berulang kembali selepas PRU 13 nanti sekiranya BN masih diberikan mandat.. Selepas itu kita akan dihidangkan dengan segala macam panduan untuk penjimatan penggunaan petrol.. Kita juga akan diberikan petua.. Kerajaan juga akan meminta kita berkongsi kenderaan.. cara yang mudah bagi kerajaan menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat.. Percayalah.. kalau BN masih diberikan mandat,berita-berita seperti ini lah yang akan kita terima selepas PRU 13 nanti.. Mungkin kalau kita berkongsi kenderaan seperti ini baru kerajaan BN puas hati..? kah..kah..kah.. |
55 TAHUN TANPA ELEKTRIK DAN AIR - MASIH MAHU KATA BN TIDAK PERNAH PINGGIR RAKYAT?? Posted: 01 Nov 2012 08:18 AM PDT Tidak sangka pada tahun 2012 ini masih ada lagi rupanya rakyat Malaysia yang hidup tanpa bekalan letrik dan air yang bersih.. Kehidupan yang sedemikian diharungi selama 55 tahun tanpa mendapat perhatian Kerajaan BN yang Najib selalu kata tidak pernah meminggirkan rakyat tu.. Itulah keadaan yang terpaksa dilalui oleh 20 buah keluarga di Kuala Sangga, Kuala Sepetang,Perak.. Selama 55 tahun mereka tidak mendapat bekalan letrik dan air yang bersih.. mereka terpaksa menyimpan air hujan di dalam tong dan tangki air.. Manakala untuk minuman pula mereka terpaksa membelinya di Kuala Sepetang dan bagi bekalan elektrik,mereka terpaksa menggunakan penjana elektrik milik mereka sendiri.. Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng berkata, "Sejak sekian lama penduduk Kuala Sangga bertahan tanpa ada bekalan air bersih dan elektrik, oleh itu, usaha perlu dilakukan bagi membantu mereka. "Pulau Kuala Sangga yang berada dalam Dun Kuala Sepetang adalah salah satu pulau yang terpinggir kerana ketiadaan bekalan air dan elektrik," katanya selepas melawat kampung berkenaan, di sini semalam. Sing Ng berkata, pada 2008, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memperuntukkan sebanyak RM 25,000 bagi memasang sebuah penjana elektrik besar khusus untuk kegunaan seluruh kampung Kuala Sangga. Namun kini, jelasnya, penjana tersebut tidak dapat membekalkan jumlah elektrik yang mencukupi kerana penduduk semakin bertambah. "Setiap keluarga perlu membelanjakan RM100 hingga RM 200 sebulan bagi membeli minyak diesel untuk kegunaan penjana elektrik sendirian. "Oleh itu, saya cadangkan Exco Kerajaan Negeri datang ke sini untuk memahami dan menghayati kehidupan harian pulau terpinggir ini," katanya. Selain itu, kata beliau, penduduk turut berjanji kepada Kerajaan Negeri jika mereka sanggup membekalkan air percuma kepada Kuala Sangga, penduduk sanggup menampung kos pemindahan air tersebut. Penduduk sehingga sanggup mengeluarkan duit poket mereka sendiri bagi menampung kos pemindahan air asalkan kerajaan BN negeri Perak sanggup membekalkan mereka air yang bersih..? Bila dah sampai ke tahap macam tu.. kita pasti tertanya-tanya.. selama 55 tahun ini, apa usaha kerajaan negeri BN Perak untuk membekalkan letrik dan air ke kawasan tersebut..? 55 tahun ni satu tempoh yang amat lama.. kalau dulu bayi,sekarang ni dah tahap pencen dah.. |
UMUM BAGI REBET SMARTPHONE,TAPI KERAJAAN HINGGA KINI MASIH TAK TAHU APA ITU SMARTPHONE!! Posted: 01 Nov 2012 01:03 AM PDT Kerajaan telah membentangkan bajet 2013 pada 28 September 2012 yang lalu.. bermakna sudah sebulan lebih bajet 2013 dibentangkan untuk pengetahuan umum rakyat Malaysia.. Di dalam bajet 2013, kerajaan mengumumkan pemberian rebet untuk belia yang sudah boleh mengundi sebanyak RM200 bagi membeli smartphone.. Remaja yang belum cukup umur untuk mengundi tidak boleh kerana syarat kelayakan pemberian rebet tersebut adalah remaja yang berumur 21 tahun.. [PEMBERIAN REBET REMAJA 21 TAHUN] Apa yang peliknya di sini adalah... walaupun sudah sebulan lebih pembentangan bajet berlalu.. kerajaan masih belum jelas dan faham lagi apa itu smartphone.. sedangkan kerajaan sendiri yang menawarkan rebet untuk smartphone tapi kerajaan masih belum tahu apa itu smartphone... Penyediaan bajet tahunan ini bukannya boleh disiapkan dalam masa 3 hari.. penyediaan bajet ini makan masa berbulan-bulan lamanya... semua yang ditawarkan sepatutnya dikaji secara mendalam.. barang apa yang ditawar.. bagaimana perlaksanaan,berapa harga yang layak dan sebagainya.. Sepatutnya semasa pembentangan bajet 2013 yang lalu kerajaan sudah pasti apa yang ditawarkan oleh mereka kepada rakyat.. Bila jadi macam ni.. dah sebulan lebih dari tarikh pembentangan bajet baru nak teliti makna sebenar istilah smartphone.. seolah-olah kerajaan buat keputusan pada saat-saat akhir untuk menarik hati pengundi muda.. Pemberian smartphone ni pulak di bawah Menteri tua... yang entah tahu atau tidak apa itu smartphone.. entah-entah dia ingat blender cili agaknya... Macam-macam kerajaan kita ni... buang tabiat nak kalah gamaknya.. |
HUTANG KELUARGA SHARIZAT DAN HUTANG RAKYAT MARHAEN - RAKYAT MARHAEN DIDAHULUKAN!!! Posted: 31 Oct 2012 10:35 PM PDT Rakyat yang berhutang sewa rumah PPR tak sampai RM1,000 selama 8 bulan sudah dihantar notis ugut untuk dikunci rumah.. Sedangkan NFC yang berhutang pajakan sewa tanah dengan kerajaan Negeri Sembilan sebanyak RM200,000 sejak setahun yang lalu masih dibiarkan tanpa apa-apa tindakan... Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani memberikan contoh bagaimana sikap dan layanan kerajaan BN Negeri Sembilan terhadap dua darjat yang berbeza.. Kerajaan Negeri Sembilan boleh memberikan NFC keistimewaan yang sebegitu sedangkan seorang rakyat biasa yang susah diambil tindakan tegas..? Apabila seorang rakyat marhaen yang gagal membayar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) selama 8 bulan yang berjumlah RM992.00.. notis untuk mengunci rumah dihantar.. Ini sebagai contoh bagaimana BN melayan rakyat marhaen yang tiada jawatan dalam UMNO... sepatutnya berilah peluang yang sama adil kepada semua pihak.. Kalau NFC yang berhutang sampai RM200K boleh dibiarkan berlanjutan selama setahun tanpa ada notis mengunci permis kenapa tidak diberikan peluang yang sama kepada rakyat yang miskin..? Semalam Menteri Besar Negeri Sembilan menyatakan yang NFC berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM200K.. Kalau nak ikutkan RM200K ni jumlah yang kecik sahaja bagi keluarga Sharizat,Ketua Wanita UMNO tu.. Kereta Mercedes yang dibeli oleh keluarga Ketua Wanita UMNO itu sahaja pun sudah cecah angka setengah juta... Kondo di Singapura pun dah berjumlah RM10 juta... Sepatutnya Kerajaan Negeri Sembilan mengenakan tindakan yang lebih tegas kepada penghutang yang sebegini.. bukan kepada rakyat yang sememangnya miskin.. kalau dia tak miskin tidak lah dia tinggal di rumah PPR tu.. |
PASANG BENDERA PAS DITEMPAT LAIN,LINGKARAN BESI TIANG LETRIK NI KAMI PUNYA - PENGERUSI JKKK. Posted: 31 Oct 2012 12:32 PM PDT Selama ni, tak pernah sesiapa pun meminta bendera UMNO diturunkan dari tempat ianya digantung.. kecuali jika ianya digantung di dalam kawasan Masjid.. selain dari itu, UMNO dan BN nak gantung kat mana pun lantaklah.. tak siapa kisah.. Tak siapa yang akan hantar surat rasmi mohon bendera UMNO diturunkan.. Tapi berlainan sekali dengan Kampung Felda Pasir Jaya,Kulai, Johor ni.. Pengerusi JKKK siap hantar surat rasmi meminta Ketua Pas Cawangan Felda Pasir Jaya menurunkan bendera PAS yang digantung di lingkaran besi di tiang letrik... Pengerusi JKKK itu mendakwa lingkaran besi tersebut adalah hak JKKK kampung Felda pasir Raja dan hanya mereka sahaja yang boleh menggunakannya dan meminta PAS menggantungkan bendera di tempat lain... Tak sangka di Johor masih ada pemikiran yang macam ni.. Pengerusi JKKK,si Mohd Yatim ni mesti kaki pembaca tegar paper Utusan dan makan nasi lemak yang dibungkus menggunakan paper Utusan.. |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment