Liang Lahad....

Liang Lahad....


49 PESERTA BERSIH 3.0 DICARI - POLIS GUNA KAEDAH REFORMASI 1998.

Posted: 03 May 2012 02:46 AM PDT

Polis sudah mengenal pasti 49 individu yang konon-kononnya bertindak ganas semasa Bersih 3.0 baru-baru ini...
polis menggunakan gambar-gambar yang sempat dirakam oleh anggota polis yang turut berada bersama dengan peserta Bersih 3.0 untuk mengenal pasti 49 individu berkenaan..

Kalau kita ingat..
kaedah ini juga digunakan semasa zaman reformasi 98..
waktu tu polis siap siarkan muka kita di dalam akhbar utusan lagi..

Waktu tu,ada yang pergi serah diri di balai polis dan
didakwa,ada juga yang hanya diambil keterangan mereka kemudian dibebaskan..
malah ada juga yang langsung tak pergi ke balai untuk serah diri dan sehingga kini langsung tiada dikenakan apa-apa tindakan walaupun muka dah disiarkan ke dalam media perdana...

Bagi aku bukan sahaja kaedah polis ini sama dengan cara zaman reformasi tahun 1998...
tetapi semangat peserta Bersih juga...
kekuatan jumlah yang hadir..
Bersih 3.0 adalah sama dari beberapa sudut jika mahu dibandingkan dengan reformasi 98 malah ianya lebih lagi jika dilihat dari sudut yang lain pula...

Bukan senang kita nak perjuangkan sesuatu yang baik di dalam satu sistem yang zalim yang dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin yang sudah kemaruk kuasa dan tidak mahu kehilangan kuasa...

errr...
polis yang secara ganasnye mencederakan peserta bersih dengan memukul,menyepak,menampar walaupun tangan mereka sudah terikat dan dipegang pulak oleh 20 anggota polis...
itu tak dikira ganas ker..?

Polis edar 49 gambar individu terlibat insiden keganasan Bersih 3.0


KUALA LUMPUR, 3 Mei — Lanjutan insiden keganasan ketika perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih 28 April lalu, pihak polis hari ini mengedarkan 49 keping gambar individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung keganasan sewaktu perhimpunan tersebut berlangsung.

Namun begitu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, antara 49 individu tersebut, tiada seorang pun daripada mereka dikenal pasti sebagai anggota polis.

"Pihak polis telah mengedarkan 49 keping gambar individu yang dipercayai terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 dan meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berhampiran.

"Kalau ada (pihak) polis, ia mudah. Kita senang nak kenal pasti mereka," katanya menjelaskan tiada polis terlibat dalam 49 individu terbabit.

Menurut Mohmad, pihaknya juga telah menerima 258 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk peguam, wartawan, peserta perhimpunan, peniaga, orang awam dan juga pihak polis berhubung insiden keganasan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka minggu lalu.

Selain itu, Mohmad turut menjelaskan, jumlah keseluruhan tangkapan perhimpunan Bersih 3.0 adalah seramai 513 individu dengan 22 daripadanya adalah pelajar.

"Kami juga mengharapkan individu yang terkilan dengan tindakan polis ketika perhimpunan untuk berhubung terus kepada Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7, ASP Azmi Aziz, di talian; 0122602344, 0193872344, atau emel azmiaziz@rmp.gov.my," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.

"Saya memberi jaminan, kesemua laporan polis ini akan diterima dan disiasat seadil-adilnya untuk memastikan proses perundangan di negara ini dapat ditegakkan sepenuhnya," katanya.

Tambah Mohmad, sekiranya ada pihak yang mempunyai bukti keganasan polis kepada perusuh, orang awam, dan juga wartawan, polis menyeru mereka tampilkan kepada pihak berkuasa berkenaan.

"Dakwaan sahaja tidak memadai. Sila tampil dengan bukti kukuh supaya pihak polis dapat menyiasat perkara ini," tegasnya menjawab pertanyaan wartawan berhubung keganasan polis terhadap pengamal media.
"Malah, polis juga sudah mengenal pasti alamat sebahagian daripada 49 individu ini," katanya mengesahkan tiada pemimpin mana-mana parti ataupun pertubuhan dalam gambar tersebut.
Mohmad turut menjelaskan, sepanjang penyiasatan pihak polis terhadap insiden keganasan Bersih 3.0 itu, tiada pihak polis yang ditahan.

"Buat masa ini, masih belum ada jumlah bilangan anggota polis yang ditangkap," katanya lagi.
Selain itu, Mohmad turut menegaskan, mana-mana pihak yang didapati bersalah mencetuskan keganasan ketika perhimpunan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 143 dan 188 Kanun Keseksaan.
"Mereka ini boleh didakwa di bawah banyak kesalahan di bawah Kanun Keseksaan," tambahnya.

malaysianinsider

SCORPENE - PENDAKWA PERANCIS KEMUKAKAN BUKTI NAJIB MEMINTA USD1BILLION DARI PEMBUAT KAPAL PERANCIS

Posted: 03 May 2012 12:36 AM PDT

Selepas perbicaraan mengenai skandal kapal selam scorpene di jalankan di Perancis baru-baru ini rakyat malaysia bakal mengetahui pelbagai penyelewengan melibatkan pemimpin tertinggi negara kita ini...

Terutamanya Perdana Menteri kita...
individu yang terlibat secara mendalam di dalam skandal pembelian kapal selam scorpene sehingga menyebabkan seorang warga monggolia,Altantuya mati dibunuh pada 2006 dan diletupkan pula dengan C4...

Hari ini mahkamah Perancis didedahkan pula bukti terbaru
yang melibatkan Najib Razak yang pada ketika itu merupakan Menteri Pertahanan meminta RM3 bilion (AS$1 bilion) daripada sebuah syarikat Perancis,DCNI untuk syarikat Perimekar...

Syarikat DCNI adalah anak syarikat pembuat kapal Perancis,DCN .

Malaysiakini
Jika Najib dan Zahid Hamidi enggan hadir sebagai saksi di mahkamah Perancis setelah disepina...
waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap mereka...

Menurut peguam Perancis, Joseph Breham (kanan), yang mewakili NGO Malaysia, Suaram, dalam aduan awam berhubung dakwaan
membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, "amaran merah" boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.

"Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d'amener, memaksa saksi hadir di mahkamah. Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

"Waran tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu."

Inilah isunya...
Beli kapal selam untuk negara,tetapi dorang semua ni ambik duit keuntungan haram dari pembelian tersebut...
bila kita bantah.. mereka mengelirukan rakyat dan mengatakan kita menolak kemajuan pertahanan negara pulak..

Isunya bukan kita bantah usaha untuk memajukan sistem pertahanan negara...
aku sokong kalau negara kita ni ada satelit yang macam star wars sekalipun...
tetapi janganlah rasuah sana sini untuk buat kemajuan negara kita...

Kalau dah kaut keuntungan dari hasil rasuah pembelian kapal selam sampai beratus-ratus juta sehingga berbilion-bilion takkan kita nak diam jugak..?

No comments:

Post a Comment