"tukanglawan"

"tukanglawan"


#CeritaBersih3.0 - Polis sepak tag media saya

Posted: 03 May 2012 09:03 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Chen Shaua Fui Assistant Editor MerdekaReview (edisi bahasa Cina)  telah membuat laporan polis bahawa dirinya dikasari anggota polis ketika membuat liputan dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Meskipun telah menyatakan identitinya sebagai seorang wartawan, namun Chen Shaua Fui tidak dikecualikan daripada dikasari.

 Menurut Chen Shaua Fui (gambar kiri, sebelah kiri), empat orang anggota polis menuju ke arahnya apabila beliau menangkap gambar di tempat kejadian di mana polis menangkap orang. 

Anggota polis tersebut cuba merampas bagnya. Tag media yang dipakai pun ditarik sehingga putus. Kemudian tag itu disepak oleh polis.

Chen berkata, tujuannya membuat aduan polis adalah supaya polis yang mengasarinya diambil tindakan. 

Chen menegaskan bahawa polis seharusnya menjamin keselamatan pengamal media ketika menjalankan tugas, bukan mengugut dan mengancam wartawan di sebaliknya.

Beliau menggesa agar polis mengambil tindakan segera terhadap polis yang mencederakan pengamal media pada 28 April 2012, untuk menunaikan janji kerajaan yang mahu mewujudkan ruang media yang bebas.

Tidak kurang pengamal media yang tercedera ketika membuat liputan dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012. Antaranya jurugambar dari Guan Ming Daily, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Daily dan Oriental Daily. Wartawan media lain turut dikasari, sehingga ada yang cedera parah.

Yang berikut adalah kandungan aduan polis yang dibuat oleh Chen Shaua Fui pada 29 April 2012:

Pada 28 April 2012, lebih kurang pukul 7.20 malam, semasa saya bertugas di Jalan Hang Lekiu, berdekatan dengan Segi College, bertentangan dengan Hussain Cafe, saya nampak lebih daripada sepuluh anggota polis yang berpakaian seragam sedang membuat tangkapan di Hussain Cafe.

Saya pun berdiri di sana untuk menangkap gambar, beberapa daripada kumpulan anggota polis tersebut telah nampak saya dan berjalan menuju ke arah saya. 

Empat orang anggota polis lelaki telah menuju ke arah saya dan saya telah mengatakan saya adalah seorang wartawan, dan anggota polis tersebut, seorang telah memegang tangan kiri, seorang lagi memegang tangan kanan saya, seorang lagi cuba merampas bag saya. Saya memegang kamera saya di tangan kanan dan telefon bimbit di sebelah kiri saya, 

saya menanya kepada salah seorang anggota polis bahawa adakah saya ditangkap, tetapi beliau tidak memberi apa-apa jawapan.

Lepas itu, mereka cuba merampas kamera saya, dan tag media saya yang dipakai dengan tali telah ditarik putus dan tag media saya telah terjatuh di atas lantai, salah seorang anggota polis telah menyepak tag media tersebut ke sebelah saya, 

saya berjaya membebaskan diri daripada genggaman anggota polis tersebut, dan pergi mengutip tag media saya. Lepas itu,anggota polis tersebut telah meninggalkan tempat tersebut. 

Tujuan saya membuat laporan ini adalah ingin menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap kekerasan yang dilakukan oleh anggota polis tersebut. Ini adalah kerana sebagai seorang wartawan saya berdiri di tempat kejadian adalah semata-mata untuk menjalankan tugas.
Baiklah, sedikit ulasan dari "tukanglawan" apakah wartawan masih tidak mahu bersatu dan terus akur dan tunduk pada perintah si penguasa kejam yang mengarahkan anggota polis ini bertindak kasar ke atas mereka?.


Ketika rakyat sudah bersatu bangun menentang kerajaan yang zalim, apakah wartawan masih mahu berdiam diri bila media massa arus perdana berat sebelah?
Dan apakah polis mampu menyiasat tindakan ganas rakan mereka sendiri?, laporan boleh dibuat, namun apakah tindakan serius akan diambil dalam menangani tindak tanduk tak beretika anggota polis yang sepatutnya lebih melindungi rakyat dari melindungi penguasa kejam?.

Buat rakyat yang masih tercari-cari dan masih tertipu dengan dakyah media arus perdana, apakah wartawan ini berbohong tentang tindakan kejam polis terhadap mereka?.

Sekarang semua sudah jelas, siapa yang ganas sebenarnya.


5- #CeritaBersih3.0 - Wajah teruja anakku berubah... 
6- #CeritaBersih3.0 - Cerita Aziz Bari 
7- #CeritaBersih3.0 - Polis sepak tag media saya



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Siaran langsung Forum Pasca BERSIH Dari KLCH

Posted: 03 May 2012 06:48 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Mengapa himpunan BERSIH 3.0 diadakan, Apa yang kita inginkan selepas BERSIH 3.0, mari kita sama-sama mengikuti penjelasan dari forum pasca Bersih 3.0 yang dianjurkan oleh akademi Pak Sako.

Didalam Forum tersebut juga akan diulas serba sedikit apa yang terjadi kepada pihak media.

Klik Gambar dibawah untuk mendengar Forum tersebut


Antara Panel yang bersama kita ialah


1. Hishamuddin Rais (Aktivis BERSIH / blogger TukarTiub)

2. Fathi Aris Omar (Editor laman berita Malaysiakini.com)

3. Latheefa Koya (Peguam hak asasi manusia, Lawyers for Liberty)

4. Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI)

5. Haijan Omar (peguam yang dibelasah sewaktu himpunan Bersih 3.0)








Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Ni Nama Bangla Ke Melayu?, SPR Sila Jawab

Posted: 03 May 2012 05:43 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Seronok tinggal kat negara ni, melayu diasuh supaya benci cina, benci india dan hunus keris pertahan ketuanan melayu yang lapuk tu, apa yang mahu dipertahankan entahlah,

Yang bangangnya puak-puak melayu umno, masih tak sedar-sedar lagi ke, bangla, indon, aceh, burma, nepal myamar, kampucia nanti gantikan tempat orang-orang melayu ni, yang kononnya dipertahankan sangat oleh pemimpin umno.

Kalau indon boleh pulak bagi IC, kalau melayu tanah kene rampas, rumah kene roboh, sudah la, jangan kene kencing lagi, sedar la ( tengok bukti kat sini )

Pertahan sangat, tu yang duit NFC kene sebat tu, pemimpin korang kalah nanti cabut luar negara, ditinggalkannya bangsa sesat jadi warganegara,  1 malaysia, najib kelentong semua. harga minyak pon korang kene kelentong

Tadi pagi tukanglawan kongsikan dah nenek usia 159 tahun masih wujud, korang dah baca ke belum fakta sangat "hebat" nenek tu, kalau belum jom baca sini

Ni kali ni korang tengok gambar kat bawah ni,

ok, kalau tak tahu, atas ni ialah mycard, kalau yang warna biru tandanya dia warganegara, dia ada hak atas apa pun, so korang puak umno jangan memekak pulak kalau jiran korang bangla, dia ada hak beli rumah, dan kalau korang pcari peluang meniaga , jangan la marah pulak kalau kedai semua bangla dan indon yang ade benda nei dah sapu, korang nak cakap apa?,,, Warganegara ma..

Paling best jom tengok gambar bawah ni, hah, sesama la ye beratur masa mengundi nanti.


Terbaik la , SPR Suruhanjaya Penipu rakyat, kini suara anda sudah tiada, Pilihanraya di negara ini hanya pesta. tahniah pada anda yang pangkah BN, anda sudah gadai masa depan anak anda.

Ni Bangla ke melayu


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

#CeritaBersih3.0 - 10 Polis Pukul Siswa Undang-Undang

Posted: 03 May 2012 05:07 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Mahasiswa undang-undang 26 tahun mengalami lebam dan bengkak badan selepas dipukul oleh sekurang-kurangnya 10 pegawai polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0, menyebabkannya separuh sedar ketika ditahan.

Kenny Wong Kit Lee mendakwa, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu lalu, ketika sedang mencari sepupunya yang terpisah dalam lautan manusia di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Saya cuba membuat panggilan kepada sepupu untuk mengetahui lokasinya, tiba-tiba sekumpulan pegawai polis tidak berseragam menyerang saya tanpa alasan atau amaran," dakwa Wong dalam laporan polisnya di balai polis Setapak semalam.

Dalam laporan itu, beliau juga mendakwa disepak, ditampar dan ditumbuk kepala beberapa kali. 

5- #CeritaBersih3.0 - Wajah teruja anakku berubah... 
6-#CeritaBersih3.0 - Cerita Aziz Bari


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

#CeritaBersih3.0 - Cerita Aziz Bari

Posted: 03 May 2012 03:29 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
 "tukanglawan" kongsikan kepada anda semua pengalaman Dr Aziz Bari yang ditangkap semasa menyertai humpunan BERSIH 3.0 pada sabtu lepas, beliau adalah pakar perlembagaan dan bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)


Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."
Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng


Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang
Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasukan polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.


5- #CeritaBersih3.0 - Wajah teruja anakku berubah... 
6-#CeritaBersih3.0 - Cerita Aziz Bari





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Al-fatihah, Bob Kuman telah meninggal Dunia (Sah)

Posted: 03 May 2012 02:42 AM PDT

 KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Al-Fatihah, "tukanglawan" baru mendapat khidmat pesanan ringkas dari rakan yang sedang mengaturkan friendly match safee frens vs Super Spontan  untuk mengutip dana bagi membantu meringankan beban Bob Kuman.

masej ringkat dari sahabat yang boleh dipercayai itu berbunyi

"Al-Fatihah, Bob Kuman telah kembali ke ramatullah, kali ini saya yakin berita itu benar walaupun kita tidak mengharapkannya"


Hasil carian"tukanglawan" mengesahkan berita ini. Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawitelah kembali ke ramatullah pada jam 4.38 petang tadi, Sama-sama kita memohon semoga diberikan keampunan kepadanya, dan semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin...



#Info awal dari seseorang yang sedang atur perlawanan persahabatan untuk kumpul dana buat Bob Kuman


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Najib minta RM 3.8 Billion untuk Perimekar, kata peguam Perancis

Posted: 03 May 2012 01:22 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..


Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN


Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

Ok, Najib, sila jawab, jangan buat-buat demam, Perimekar itu syarikat kepunyaan siapa, dan wang yang diminta itu untuk apa?




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Najib ketaq lutut, sudah silap langkah

Posted: 03 May 2012 01:13 AM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Waran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan.

NONEMenurut peguam Perancis, Joseph Breham (kanan), yang mewakili NGO Malaysia, Suaram, dalam aduan awam berhubung dakwaan membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, "amaran merah" boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.

"Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d'amener, memaksa saksi hadir di mahkamah. Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

"Waran tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu
."

Bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau atau sesiapa sahaja dari kementeriannya, tidak akan membantu siasatan di Perancis itu.

Zahid dinamakan dalam senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh Suaram, yang telah diterima oleh hakim siasatan Perancis, Roger Le Loire.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Media Blackout - Awas Najib, Wartawan Sudah Bersuara

Posted: 02 May 2012 11:57 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, sekumpulan wartawan hari ini berkumpul di Kuala Lumpur bagi membantah kekasaran terhadap mereka sewaktu menjalankan tugas, terutama dalam himpunan BERSIH Sabtu lalu.

NONEDalam perhimpunan kira-kira jam 12 tengah hari tadi di hadapan pejabat Malaysiakini di Bangsar, pelbagai wakil media pelbagai organisasi dan bahasa hadir memberikan sokongan.

Mereka hadir berpakaian hitam tanda gelapnya kebebasan media di Malaysia dan riben kuning mewakili kebebasan media di negara ini.

Jalan Kemuja yang biasanya hanya menyaksikan kereta dan motosikal lalu-lalang pada tengah hari tadi bertukar menjadi seolah-olah pesta apabila pengamal media bersorak mengutuk keganasan terhadap wartawan.

Mereka memegang kad dan kain pemidang yang antaranya bertulis 'Hands Off Journalist at Work' (jangan ganggu, wartawan sedang bertugas), 'Stop Violence Against Journalist' (hentikan keganasan terhadap wartawan) , 'You Have Guns, We Have Cameras' (kamu ada pistol, kami ada kamera) bagi menyuarakan bantahan.

NONEKetua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan, menegaskan himpunan ringkas itu diadakan untuk memperingati keganasan yang dilakukan polis terhadap petugas media hujung minggu lalu.

"Di sesetengah negara wartawan dibunuh atau dipenjarakan. Kini kita lihat semakin banyak keganasan terhadap wartawan berlaku.

"Ini (pas media) juga adalah 'lencana kehormatan'. Kami harap mereka (polis) juga menghormati 'lencana' ini.

"Kita perlu mengambil pendirian tegas dan keganasan ini perlu dihentikan," tegasnya.

'Bukan beg penumbuk'
Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar pula mengingatkan orang ramai bahawa wartawan yang bertugas pada hujung minggu lalu bukan 'beg penumbuk' tempat melepaskan kemarahan.

"Wartawan melakukan perkara yang patut dilakukan. Kami bukan melakukan provokasi.
"(Kini) masih ada wartawan yang dirawat di hospital kerana kecederaan," katanya.

NONEBeliau turut menggesa agar polis mengembalikan bahan-bahan berita seperti kad memori berisi gambar dan keratan video kepada organisasi media tanpa sebarang ubah suai.

Beliau kemudian mengetuai peserta himpunan melaungkan "stop violence against journalist", "hidup media" dan "hidup wartawan' dan disambut meriah peserta himpunan.

Jurugambar Malay Mail, Arif Kartono yang pecah bibirnya antara mangsa keganasan yang turut kelihatan pada himpunan tadi.

Sementara itu, empat harian Cina utama hari ini turut tampil dengan penggunaan banyak warna hitam di muka depan, termasuk riben kuning sebagai membantah perkara sama.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

( Wajib Baca) SPR Menipu lagi, Nenek 159 Tahun dijumpai, 7 Fakta lawak

Posted: 02 May 2012 10:42 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Gempar, malaysia ada warga emas paling tua dalam dunia, nenek Wong Kwan Moy, lahir pada 23 Ogos 1853, nenek ini yang kini menetap di jalan ayer Penuh, setiawangsa , Kuala Lumpur, merupakan orang paling istimewa yang "tukanglawan" ketahui.

Sebelum ini rekod manusia paling tua adalah seorang warga amerika syarikat yang bernama Besse Cooper berumur 115 tahun, walaubagaimana pun mengikut daftar pemilih  nenek wong adalah lebih tua dari Bess Cooper, nenek wong berumur 159 tahun.

Baca fakta ini, 7 keajiban nenek Wong.

1- Besse Cooper berumur 115 tahun dari Amerika Syarikat diiktiraf sebagai manusia paling tua di dunia oleh Guiness World Book Of Recor, tapi hakikatnya kita perlu berbangga kerana manusia paling tua tinggal di Kuala Lumpu, bukan di Amerika Syarikat

2- Nenek Wong berumur lebih 100 tahun apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957,

3- Nenek ini lebih tua dari Mustafa kamala (nathan) artartuk, beliau lahir pada 1853 manakala mustafa kamal artartuk pula lahir pada 19 mei 1881, setelah 74 tahun mustafa kamal artartuk mati iaitu pada tahun 1938, nenek ini masih dipanjangkan usianya.

4- Beza umur nenek ini dengan Samsiah Fakeh ialah 71 tahun, ini berdasarkan catatan bahawa samsiah fakeh dilahirkan pada tahun 1924, manakala nenek ini pada tahun 1924 sudah sama usia dengan "moyang" samsiah fakeh, (ini berdasarkan rata-rata orang zaman itu berkahwin dalam usia muda)

5- Mengikut cacatan sejarah, Tok janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Munas dilahirkan 3 tahun lebih awal dari Nenek Wong, ini bermakna mereka lebih kurang sama usianya, jadi pasti nenek Wong boleh digazetkan sebagai penyimpan sejarah, kerana beliau hidup sezaman dengan zaman kebangkitan pahlawan melayu menentang penjajah ( err malaysia dijajah ke?)

6- Nenek wong berumur 86 tahun bila perang dunia ke-2 bermula di benua eropah pada 3 september 1939, setahun kemudian kerajaan siam menandatangani perjanjian dengan jepun pada 1940 bagi membolehkan jepun mara ke tanah melayu, nenek ini pasti ingat peristiwa itu.

7- Pada Usia 92 tahun iaitu tahun 1945, sebuah pesawat pengebom yang dikendali Paul w. Tibbets yang diberinama "Enola Gay" tela menggugurkan Bom atom ke atas hirosyima, radiasi dari negara matahari terbit itu telah terkena sedikit pada nenek ini, lalu nenek ini menjadi mutasi dan masih hidup sehingga kini.perkara itu berlaku 67 tahun lepas.

Jadi Pendapat "tukanglawan' tidak salah jika Nenek ini "KERAjaan Malaysia " cari dan beri penghargaan negara, kerana nenek ini khazanah, penyimpan semua fakta sejarah, kerana nenek ini satu-satunya dipercayai manusia yang telah menempuh banyak zaman, zaman kesultanan melayu, zaman penjajahan british, perang dunia ke 2, jepun menyerang, british lagi, kemudia komunis , pasca merdeka, pasca lepas merdeka. dari perdana menteri pertama hingga PM dan Rosmah sekarang, dari zaman polis dihormati hingga polis diludah, dari zaman utusan perjuangkan rakyat sehingga utusan jadi pencacai umno. dari zaman TV hitam putih sehingga zaman LCD 4C TV. dari zaman berjalan kaki hingga zaman pesawat terbesar dunia.

Mengapa malaysia tidak berbangga?, apakah kerana nenek ini berbangsa cina?, ohh rasisnya kita.
Kalau tak clear, sila klik pada gambar

Tapi persoalannya, Apakah nenek ini wujud?.. kah..kah..kah.. SPR Menipu lagi. susah oo tukanglawan bukak semua buku dan kaji fakta diatas, rupanya SPR bohong lagi....puiiiii

Sebab ini lah bersih diadakan, ni nak bagitau kat orang umno, kita tuntut senarai undi dibersihkan. jangan dok nak menipu je kerja SPR, tak malu ke menipu rakyat malaysia.

OK.. Dah baca, sebarkan ke segenap alam, dengan fakta tu je boleh buat org lain berfikir, bantu "tukanglawan" sebar, untuk malaysia lebih baik tanpa umno.




Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Media Blackout - Astro Memang buat hal la.

Posted: 02 May 2012 09:38 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Korang kenal astro tak?, ala, kononnya syarikat tv satelit no 1 di nagra ni la, kononnya astro ni memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat, kononnye la, terbaik ke benda?, memang la boleh letak no 1, sbb ada 1 je sekarang ni stesyen Tv setelit kat negara nei.

Dah la cerita kat astro asyik ulang-ulang je, untung bukan main besar, tapi cerita tak abis-abis telenovela, cerita indon, telenovela cerita indon, woi... ko nak bagi rakyat negara mana tengok sebenarnya?, bodoh.

Dah la ulang cerita sama je, kalau tak percaya dok la depan astro, tahun lepas punya cerita pun ade lagi, 2 taun lepas punya cerita pun ulang lagi, tu cerita pasal rancangan yang asyik dok ulang je. belum cerita pasal.....

Hah.. pasal BERSIH nei, apa dah jadi dengan Astro ni, kene kawal dengan kerajaan jugak?, atau pemilik astro tu kawan karib bekas pemimpin negara?, sampai siaran berita yang sepatutnya telus pun dikerat-kerat?, sorok keadaan sebenar dari pengetahuan rakyat?.

Astro, baru - baru ni dikecam BBC kerana menyunting berita yang dikeluarkan oleh mereka, bila dah sunting, maklumat sebenar tak sampai la, itu lah nanti akan diguna pemerintah kejam untuk menipu rakyat. sembunyi hakikat sebenar yang rakyat perlu tahu.

Hari ini pula rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu telah ditapis.

Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibupejabat
Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.

"Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia," katanya.

Astro, apa nak jadi ni, bikin malu media la Astro, kerat sana-kerat sini, berita sebenar kerat-kerat, tapi rancangan yang dedah, yang tak sesuai untuk anak-anak kecil tengok tak kerat pulak...

Astro pun ikut sama gila, angkara sapa nei, angkara penguasa kejam, senang je, jom tukar kerajaan. kerajaan sekarang dah jadi bangkai, busuk dan najis.


Lagi artikel penyelewengan media





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Ali Rustam Betul Tak Faham, Meh sini Ali, Baca Sini

Posted: 02 May 2012 08:33 PM PDT

KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..

Sebelum ini, telah pun "tukanglawan" siarkan tentang berita Ali Rustam meroyan-royan kerana ketua Wanita MCA ada akal cikit dan cikit bijak berbanding orang umno, kerana jelas pada apa yang dibawakan BERSIH, Ketua Wanita MCA itu turut serta dalam perhimpunan BERSIH di Banda Hilir Melaka pada sabtu lalu. (baca sini)

Tapi Ali rustam yang tak tahu apa-apa ini, seperti melayu-melayu umno lain, cuba memutar belitkan fakta untuk terus menipu orang umno yang tak tahu apa-apa pun pasal BERSIH ni.

Meh kita dengar kenapa Ketua wanita MCA melaka hadir ke himpunan BERSIH, lepas tu kita dengar Ali rustam nak jawab apa.

Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har mempertahankan tindakannya serta tidak akan meletak jawatan dalam parti kerana menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada Sabtu lepas.

Katanya beliau menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadi dan sebagai warganegara yang prihatin.(cukup besar tak?)

"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya menyokong dua perkara penting yang diketengahkan dalam perhimpunan itu iaitu menghapuskan rasuah dan supaya pilihan raya umum akan datang ini berlangsung dalam keadaan adil dan bersih.

"Perkara ini baik untuk rakyat keseluruhan dan saya menghadirinya kerana saya rasa dua perkara sebagai isu nasional ini perlu disokong," katanya ketika dihubungi Bernama semalami.

Kian diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta beliau meletak jawatan sebagai Ketua Wanita MCA kerana penglibatannya dalam perhimpunan yang disokong pembangkang itu. ( tuntut perkara baik pun tak boleh ke ali?)

Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka menyifatkan tindakan pemimpin veteran MCA itu sebagai satu sabotaj dan menikam BN dari belakang yang akan menyusahkan MCA dan BN.

Mengulas lanjut, Kian berkata tindakannya itu tidak sama sekali dilihat sebagai anti kerajaan. ( sbb kalau kerajaan betulx2 rasa bersih, apa mau takut, itu pengerusi SPR bila dgn timbalan dia bila mau letak jawatan?)

"Saya berasa saya tidak bersalah dalam hal dan kehadiran saya sebagai warganegara yang prihatin dalam isu nasional ini," kata bekas senator itu. ( bekas sanator ckp macam ni, bukan ketua cawangan umno yang tak tau apa-apa kecuali cari projek )

Nampak sangat Ali rustam tu bodoh,  tak faham kenapa himpunan BERSIH diadakan, tu la, lain kali baca banyak cikit la.

huh, hampir terlupa sekejap "tukanglawan" Ali rustam dan sekutu mana suka pilihanraya yang Adil dan BERSIH.... kalau dia sokong .. dah tentu la dia turun. betul tak?, tapi kalau dia sokong pilihanraya yang Adil dan BERSIH, dah tentu la BN cepat mampus... puiii



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment