"tukanglawan"

"tukanglawan"


Dibelasah Kerana Rakam Polis Belasah Orang

Posted: 24 Jul 2012 11:41 AM PDT

Seorang peserta yang sempat merakam pelbagai bentuk kezaliman polis dalam himpunan 28 April lalu turut dibelasah hingga terpaksa menerima jahitan di telinganya.

Lee Teck Yew, 39, hadir sebagai saksi kedua dalam sidang kelima siasatan awam Bersih 3.0 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

"Saya sedang merakam aksi beberapa polis membelasah orang awam, tiba-tiba polis itu perasan, lalu mereka terus datang menyerang saya," kata Lee.

Isteri Lee yang turut hadir dalam himpunan itu ditolak ketepi oleh polis lantas membelasah dan membawa Lee ke Dataran Merdeka sebelum ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

"Saya dibebaskan dari Pulapol lebih kurang jam 1.00 pagi dan saya terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan," jelasnya.

Lee menerima empat jahitan di belakang telinga dan menderita sakit siku hingga sekarang akibat ditolak polis ketika dalam perjalanan ke Dataran Merdeka.

TV3 suku dan Utusan tak pernah siarkan cerita polis belasah rakyat, sedangkan rakyat semua dah tahu, nampak benar tak adilnya media massa negara ni,"tukanglawan" masih tunggu video yang polis kata nak siarkan tu.... belum siap edit lagi ke?


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

AIC Desak menteri Dalam negeri Mohon Maaf Isu Bersih

Posted: 24 Jul 2012 05:31 AM PDT

Kenyataan Akhbar Untuk Hebahan Segera
AIC Malaysia

24 Julai 2012

Keputusan Mahkamah Bersih 2 : Menteri Dalam Negeri Wajar Memohon Maaf

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang adalah satu tamparan hebat buat Kerajaan Barisan Nasional khasnya.

AIC Malaysia ingin mengulas keputusan Hakim Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan. Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai 'tercemar'.

AIC Malaysia merasakan Hishammuddin seharusnya bersama-sama Kerajaan Malaysia memohon maaf atas kesilapan pengisytiharan itu, dan juga tindakan ganas serta tidak masuk akal terhadap pertubuhan, peserta dan rakyat yang menyokong Bersih 2.0 termasuk mereka yang menyertainya pada 9 Julai.

Umum mengetahui bagaimana Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Hishammuddin telah bertindak melabel Bersih 2 sebagai pengkhianat negara, merampas t-shirt Bersih 2.0 serta tindakan-tindakan di luar standard operasi biasa , sebelum dan semasa Perhimpunan Bersih 2.0

Justeru tidak ada alasan lebih konkrit serta ruang untuk berdolak-dalik atas ketidak upayaan Hishammuddin yang bukan sahaja gagal menangani tuntutan rakyat dengan baik, malah bertindak sebaliknya dengan mentakrifkan pertubuhan Bersih 2.0 sebagai haram serta melabel jutaan rakyat yang mendukung tuntutan itu dengan pelbagai istilah negatif

AIC Malaysia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Hishammuddin serta Kerajaan Malaysia, serta percaya NGO serta jutaan rakyat lain juga menunggu mereka bersikap positif serta menerima keputusan Mahkamah Tinggi itu dan bertindak profesional.

Tidak perlulah menyemarakkan permusuhan dengan rakyat yang jelas telah lebih matang dan berani untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap sebarang bentuk penindasan. Mungkin inilah juga peluang terbaik Kerajaan Barisan Nasional dan Hishammuddin untuk mengotakan slogan Janji Ditepati , dengan mengangkat aspirasi rakyat kembali kepada tempatnya.

Memetik kata-kata Bapa Kemerdekaan dalam Permasyuran Kemerdekaan

"Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa"

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
AIC MALAYSIA


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Siapa Rosmah Boleh Suka-Suka Guna Jet Negara?

Posted: 24 Jul 2012 02:20 AM PDT

Betul ke rosmah bini najib guna jet rasmi negara untuk tujuan peribadi??, kalau betul kes berat dah nei, ni dah sama macam penyalahgunaan kuasa. sebab ikut peraturan rosmah tak boleh guna ikut suka.

Kalau Penyalahgunaankuasa, siapa yang salahguna kan kuasa tu?

Dah tentulah najib yang salahguna, rasanya dialah laki kepada rosmah FLOS (first lady of shooping) . rosmah kan belum lagi dilantik sebagai perdana menteri, mana boleh guna jet negara ikut suka hati.

Kalau semua harta negara rosmah nak guna hebatlah dia, dialah agaknya bini perdana menteri paling hebat dalam sejarah abad kini, dari manusia biasa, jadi bini menteri sekarang berlagak macam ""pemansuri"".

Banyak-banyak bini menteri, rosmah la paling hebat bergaya dan kaya , dikatakan oleh ramai orang rosmah itu lebih kaya dari perdana menteri ini negara.

Mungkin rosmah ada projek dan bisnes luar negara, oleh sebab itulah dia jadi kaya, mungkin sebab duit tabung rosmah dah najib banyak guna, kalau begitu terpaksa la benar rosmah guna  apa saja harta negara. walaupun dia tahu rosmah tak boleh guna ikut suka. kah..kah..kah



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pakatan nak kurangkan harga kereta ?

Posted: 23 Jul 2012 10:46 PM PDT


Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Statistik menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan
perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

Kita dapat lihat bagaimana hutang sebuah isi rumah melambung tinggi disebabkan harga kereta. Justeru, rakyat sila tunggu! Tumbangkan BN dahulu baru beli kereta. 
Kah Kah Kah~

MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.




JANGAN DITIPU UMNO LAGI, LIHAT VIDEO INI ( SILA KLIK)   
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Hisyam Keris Dimalukan di Mahkamah.

Posted: 23 Jul 2012 08:45 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.

Empat belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai responden.

Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Tengok, menteri dalam negeri pun tak tahu satu pertubuhan itu sah atau tak sah,  apa lagi puak umno yang diupah untuk menyerang dan memfitnah kat internet ni, lagi la tak tau apa benda, ikut je cakap bos.. bos cakap halal.. dia jawab halal.. bos cakap 5000 je datang.. dia puncanang 5000 je datang himpunan bersih...

Boss kata lembu NFC hensem dia kata lembu NFC hensem, dia cakap Panda datang dari Brazil.. diorang pun percaya. Kah.kah..kah..


P/S orang umno je percaya negeri selangor ni tak cukup air.. kah..kah..kah

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

GEMPAR !!! Saham Felda ( FGVH) Sudah Rugi

Posted: 23 Jul 2012 07:38 PM PDT

Baru berapa jam "tukanglawan" siarkan artikel berkenaan saham Felda yang kita sangat risau akan jatuh.

Harga saham tersebut semalam ditutup pada harga pembukaan, beberapa jam selepas diurus niagakan ianya telah mendadak turun dan kini saham itu telah berada dibawah paras rugi. (baca sini)

Isa samad dan orang bertuah memang dapat durian runtuh, Isa samad sendiri dapat percuma 180 000 unit tanpa ada apa-apa cagaran.

Tapi pakcik peneroka?.. sedarkah mereka risiko yang ditanggung... doakan saham ini naik semula demi pakcik Felda., bukan untuk Isa samad.





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment