Liang Lahad....

Liang Lahad....


EDISI DEDAH - KAMPUNG DI NEGERI BN INI GUNA AIR SUNGAI SEJAK PERANG DUNIA PERTAMA!!

Posted: 23 Jul 2012 11:59 PM PDT

Tak sangka aku..
selepas 55 tahun negara ini merdeka..
masih ada lagi perkampungan di bawah pentadbiran BN yang masih menggunakan air sungai bagi keperluan harian mereka...

sungai kampung poh,bidor perak.
Negeri yang dimaksudkan adalah Negeri Perak..
selama ini Perak diperintah oleh BN...
dan urus selia air di Perak ini pula berada di bawah
tanggungjawab Lembaga Air Perak.


Dan difahamkan juga bahawa Kampung itu sebenarnya merupakan kubu kuat UMNO...
yang rata-ratanya pembaca Utusan tegar...

Aku hairan...
bagaimanalah kerajaan UMNO Negeri Perak boleh melupakan penyokong-penyokong tegar meraka di kampung tersebut selama 55 tahun...?

Dan yang paling bangang bagi aku pula adalah bagaimana penduduk kampung tersebut masih lagi percaya dengan janji-janji  UMNO walaupun tidak pernah dapat bekalan air bersih sejak dari perang dunia pertama..?

Kampung yang dimaksudkan adalah kampung Poh....
yang hanya terletak 6.3KM dari pekan Bidor,Perak..

Bukan jauh pun dari pekan Bidor yang terkenal dengan jambu batu tu..

Penduduk kampung tersebut mendapat bekalan air dari hulu sungai nun jauh di dalam hutan..

Berpuluh tahun lalu...
penduduk membina sendiri satu takungan air di hulu sungai dan kemudian membuat saluran paip dari takungan tersebut bagi menyalurkan bekalan air ke hampir 400 keluarga di kampung tersebut...

Kebersihan bekalan air bergantung pada hujan atau tidaknya pada hari tersebut...

Jika tidak hujan dan air sungai jernih, maka dapatlah penduduk air yang nampaknya jernih tetapi masih lagi penuh dengan keladak-keladak hulu sungai...

Tetapi jika hari hujan dan air sungai keruh kerana tanah-tanah yang luntur dari lereng bukit...
maka beginilah keadaan air yang akan didapati...


Begitulah rupanya kualiti air yang digunakan penduduk Kampung Poh selama ini teutamanya bila hari hujan..

Korang bayangkanlah jika cipan atau babi hutan kencing di hulu sungai tu.... isshhh....

Tidak cukup dengan itu juga penduduk Kampung Poh itu juga kerap kali mengalami ketiadaan bekalan air,kerana takungan utama air sungai kerap kali terkambus oleh pasir sungai..
menyebabkan pangkal paip terkambus oleh pasir sungai...

Bila ini berlaku,penduduk tidak akan dapat bekalan air sehinggalah mereka menggali sendiri bagi membuang pasir-pasir yang menimbusi takungan air di hulu sungai...

Isu permohonan bekalan air bandar yang bersih sudah beberapa kali dibangkitkan oleh penduduk kampung Poh ini kepada kerajaan negeri... tapi semuanya hampeh!!

Sebab itulah sebelum Pilihanraya 2008 dulu..

pernahlah dagu penyokong-penyokong setia UMNO ni diusap-usap manja dengan dijanjikan bekalan air paip bandar..

Bagi menutup mulut orang kampung dan supaya mereka terus setia mengundi BN dalam Pilihanraya 2008 dulu...

Maka pada tahun 2007, Lembaga Air Perak mendirikan sebuah rumah pam di kampung tersebut bagi memberikan gambaran konon-kononnya masalah bekalan air bersih di Kampung Poh itu akan selesai...



Tetapi kini...
setelah 5 tahun didirikan...
rumah pam ini tidak pernah digunakan...
maka tumbuhan menjalar mula mengambil alih rumah pam ini dari Lembaga Air Perak..

 
Aku difahamkan bahawa Projek rumah pam ini di beri tender kepada sebuah syarikat kroni UMNO yang tiada kepakaran tentang urus selia tekanan air yang diperlukan..
maka jadilah ianya satu projek gajah putih...


Dan penduduk kampung ini kembalilah kepada kehidupan mereka dengan air yang keruh dan berkeladak sepanjang masa....


Inilah hasil daripada Janji DiTepati oleh BN!!

 

No comments:

Post a Comment