Liang Lahad....

Liang Lahad....


"KALAU AKU BUNUH KAU TAK SIAPA TAHU TAU!!" KATA ANGGOTA POLIS PADA CHEGU BARD.

Posted: 03 May 2012 09:36 PM PDT

Semasa Bersih 3.0...
Chegubard sama seperti kebanyakan pejuang Bersih 3.0 yang lain,beliau tidak terkecuali dari menerima serangan dan tindakan ganas pihak polis yang menangkap dan memukul beliau bertalu-talu...
 
Tidak cukup dengan itu ada juga yang mengcukan pistol ke araah beliau malah ada juga yang dengan selamba mengeluarkan satu kenyataan ugutan bunuh terhadap Chegubard...
 
Semua itu dilaporkan oleh Chegubard di dalam satu laporan polis beliau di balai polis Dang Wangi baru-baru ini....
 

Balai           : Balai Polis Jln Dang Wangi / K.Lumpur
No. Report : Dang Wangi / 017106 / 12
Tarikh         : 30 April 2012 / 1719 PM
Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali. 
 
Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. 

Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit "Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !"

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. 
 
Saya jatuh terus dipijak dan disepak. 
Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Rayuan saya sia - sia kerana saya hanya merayu kepada manusia yang hatinya telah bertukar menjadi binatang. 
 
Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. 
Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. 
Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling).  
 
Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. 
Saya juga diludah.
Ada juga anggota polis yang sebut "kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau"

Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 
30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 
30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. 
 
Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? 
Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

Saya tegaskan walaupun dipukul  dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. 
 
Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali bayangkan jika Dataran Merdeka dibuka, semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan bayang – bayang sendiri kerana pilihanraya terlalu hampir tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. 
 
Keduanya kalau ada pun kesalahan,  ada beberapa peserta demonstrasi  tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. 
 
Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah. 
 
 Saya melihat sendiri kejadian sekumpulan anggota polis sekitar sejam setengah sebelum saya ditahan saya berada di hadapan Hotel Quality Jalan Raja Laut, bagaimana sekumpulan anggota polis bermotorsikal dan berkereta (termasuk MPV) memandu laju cuba melanggar demonstran dan berhenti serentak mengejar demonstran lalu menarik beberapa yang berjaya ditangkap untuk dibelasah di tengah - tengah kumpulan mereka. 
 
Saya yang kebetulan ada di situ bersama beberapa anak muda menegur seorang anggota polis yang menarik tudung seorang wanita tua. Malangnya saya dihalakan pistol dan dijerkah untuk diam.

Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. 
 
Umno Bn menipu dan 'brainwash' polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. 
 
Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.

Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan lagi. Namun itu bukan tujuannya. 
 
Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.  
 
Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ?  
 
Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Blog chegubard.

HAMPIR 20 TAHUN MASIH BELUM BALIK MODAL? - AMK DESAK TOL BATU 3 DAN TOL SUNGAI RASAU DIMANSUHKAN

Posted: 03 May 2012 09:05 PM PDT

Tol Batu 3 dan tol Sungai Rasau menjadi beban kepada ratusan ribu rakyat yang menggunakan lebuhraya persekutuan untuk ke tempat kerja setiap hari..
selain menyebabkan jalan sesak yang secara langsung menyebabkan lebihan penggunaan petrol ia juga turut membebankan rakyat dengan kadar tol yang semakin meningkat....

Bermula dengan kadar tol RM0.60 sen bagi tol Batu 3 dan RM0.50 sen bagi tol Sungai Rasau....
kini kadar tol yang perlu dibayar oleh rakyat meningkat kepada RM1.20 bagi tol batu 3 dan RM1.00 bagi tol Sungai
Rasau...

Jika diikutkan objektif tol ini diadakan suatu ketika dahulu..
ianya hanyalah bertujuan untuk memindah beban kos pembinaan pembesaran Lebuhraya Persekutuan yang berjumlah RM357 juta itu kepada rakyat....

Selepas 19 tahun tol ini mengutip hasil dari rakyat...
apakah masih juga tidak mampu menampung kos pembinaan pembesaran Lebuhraya tersebut..?

Berikut adalah gesaan dari ketua AMK Selangor yang juga Naib Ketua AMK Malaysia..
Saudara Azmizam Zaman Huri








MENUNTUT KERAJAAN PERSEKUTUAN MEMANSUH DAN MENUTUP PLAZA TOL BATU TIGA DAN PLAZA TOL SUNGAI RASAU DI SEPANJANG LEBUHRAYA PERSEKUTUAN

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor terkesan dengan keluhan dan permasalahan rakyat khususnya warga negeri Selangor yang saban hari dibebankan dengan kutipan tol setiap kali melalui Lebuhraya Persekutuan iaitu laluan yang menghubungkan Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur dan melibatkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga da Plaza Tol Sungai Rasau.

Lebuhraya Persekutuan yang dibuka pada tahun 1974 mulai membuka laluan bertol sepanjang 18 kilometer yang mula beroperasi pada 1992. 

Kutipan tol pula mula berkuatkuasa pada 15 November 1993 iaitu melibatkan dua plaza tol; Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau dengan kutipan tol permulaan bagi kenderaan Kelas 1 seperti kereta di Plaza Tol Batu Tiga sebanyak 60 sen dan 50 sen di Plaza Tol Sungai Rasau, manakala bagi lori/treler ialah RM1.20 di Plaza Tol Batu Tiga dan RM1.00 di Plaza Tol Sungai Rasau.

Selepas hampir 20 tahun beroperasi, kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol ini telah mencecah hampir dua kali ganda dari kadar kutipan asal iaitu sebanyak RM1.10 bagi kenderaan Kelas 1 di Plaza Tol Batu Tiga dan RM1.00 di Plaza Tol Sungai Rasau. 

Kutipan tol bagi lori/treler pula di Plaza Tol Batu Tiga adalah RM2.20 manakala RM2.00 di Plaza Tol Sungai Rasau.

Merujuk kepada Penyata Rasmi Parlimen bagi Dewan Rakyat ketika Parlimen Kelapan, Penggal Ketiga, Jilid III, Bilangan 43 bertarikh 10 November 1993 di bawah usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Klang YB Fong Kui Lun (kini Ahli Parlimen Bukit Bintang) bertajuk Kutipan Tol Di Lebuhraya Persekutuan 2 Di Antara Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau, dinyatakan bahawa kebenaran mengutip tol yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada pihak PLUS adalah sehingga tahun 2018.

Jika merujuk kepada penyata rasmi Parlimen yang sama, ternyata, operasi kedua-dua plaza tol ini adalah bertujuan untuk memindahkan beban pembayaran kos pembinaan pembesaran Lebuhraya Persekutuan berjumlah RM357 juta kepada rakyat. 

Ini seharusnya tidak terjadi memandangkan adalah menjadi tanggungjawab pihak Kerajaan menyediakan semua kemudahan termasuk lebuhraya untuk manfaat semua rakyat.

Jika dihitung secara terperinci keuntungan yang diperolehi oleh pihak PLUS menerusi operasi kedua-dua plaza tol ini, ternyata kos pembinaan pembesaran Lebuhraya Persekutuan sepanjang 18 kilometer berjumlah RM357 juta ini mampu selesai ditampung balik menerusi kutipan tol dalam tempoh lebih kurang tiga (3) tahun sahaja.

Merujuk kepada penyata rasmi Parlimen yang sama, kos purata untuk pembinaan lebuhraya bagi jarak satu (1) kilometer menelan belanja sebanyak RM20 juta. Sekiranya lebih 160,000 kenderaan melalui (pergi dan balik) kedua-dua plaza tol ini setiap hari, bererti sebanyak RM352,000 telah berjaya dikutip. 

Dalam tempoh sebulan, sebanyak RM10.56 juta akan berjaya dikumpul dan dalam tempoh lebih kurang tiga (3) tahun, nilai modal bagi kos pembinaan pembesaran lebuhraya sebanyak RM357 juta tersebut telah berjaya ditampung kembali.

Sehubungan dengan itu, memandangkan kini telah hampir 20 tahun kedua-dua tol tersebut beroperasi, adalah mustahil sekiranya kos pembinaan pembesaran lebuhraya yang siap pada 1992 ini masih belum berjaya dilunaskan. 

Ini dikuatkan lagi dengan fakta bahawa kadar kutipan tol di kedua-dua plaza tol tersebut telah meningkat sebanyak dua kali ganda dari kadar kutipan asal.

Setiap hari, ratusan ribu rakyat menggunakan laluan bertol di Lebuhraya Persekutuan ini untuk pelbagai tujuan terutamanya ke tempat kerja. 

Seandainya mereka menetap di Klang dan bekerja di Kuala Lumpur, maka setiap hari mereka terpaksa membelanjakan sebanyak RM4.20 bagi menampung kos bayaran tol (pergi dan balik) dari rumah ke tempat kerja

Kos ini tidak termasuk kos minyak petrol yang turut dijual pada harga tinggi dan membebankan.

Justeru, AMK Negeri Selangor merasakan telah sampai masanya untuk pihak Kerajaan memansuh serta menutup operasi kedua-dua plaza tol ini pada kadar segera. Rakyat tidak seharusnya dibebankan lagi dengan kutipan tol di kedua-dua plaza tol ini.

AMK Negeri Selangor dengan ini mendesak pihak Kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya supaya memansuh dan menutup operasi di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau dengan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

AMK Negeri Selangor dengan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan juga akan turut menggerakkan satu demonstrasi aman pada 13 Mei 2012 bagi menuntut pemansuhan dan penutupan kedua-dua tol ini.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua
Angkatan Muda KEADILAN
Negeri Selangor

merangkap
Naib Ketua
Angkatan Muda KEADILAN
Malaysia

No comments:

Post a Comment