"tukanglawan"

"tukanglawan"


Terdesak Memang Terdesak.

Posted: 03 Jun 2012 10:22 PM PDT

PKR Cabang Bagan Serai kesal tindakan pihak bertindak mengoyakkan empat bendera Pas dan satu bendera PKR di sepanjang jalan ke Kampung Parit Haji Ismail, dekat sini.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Parlimen Bagan Serai, Jamaluddin Masri berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 pagi dua hari lalu apabila seorang ahli PKR melihat beberapa bendera Pas dan PKR ditemui di atas jalan raya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) rugi hampir RM600 dan pihaknya kini menyerahkan tindakan selanjutnya kepada Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak.

"Susulan insiden itu, saya bersama lebih 50 ahli pemuda PKR cabang Bagan Serai memprotes pihak yang sengaja mengoyakkan bendera kami.

"Tindakan itu seolah-olah menunjukkan ada unsur provokasi yang cuba melagalagakan kami dengan Barisan Nasional (BN) dan saya tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan polis sekiranya mendapat restu MPN PKR Perak," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, kejadian itu bukan yang pertama berlaku dalam Parlimen Bagan Serai kerana banyak poster dan bendera PR yang dipasang, dikoyak atau ditampal dengan poster parti lawan sebelum ini.

"Kami enggan membuat dakwaan melulu, tetapi saya harap pihak terbabit menghentikan perbuatan tidak bermoral itu. Jagalah kesucian demokrasi negara ini," katanya.

Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .

No comments:

Post a Comment