Pahang Daily Online |
- Panas: Mantan PM Mahathir Dakwa Jika Kerajaan BN Tipu, Kenapakah Pembangkang Boleh Menang
- Al-Fatihah: Pelakon Bob Kuman Meninggal Dunia Di Kediaman Beliau Pada 'Jam 4.38 Petang' Tadi !!
- Panas: Tiga Hari Masuk ICU Gara-Gara Di Belasah Lebih 20 Orang Polis Di Perhimpunan Bersih 3.0 !!
- Panas: 'Wartawan Media Boikot', Kecewa Layanan Pegawai JAIP Di Majlis Santapan Bersama Tengku Mahkota Pahang Dekat Hotel MS Garden Kuantan
Panas: Mantan PM Mahathir Dakwa Jika Kerajaan BN Tipu, Kenapakah Pembangkang Boleh Menang Posted: 03 May 2012 05:45 AM PDT K.TERENGGANU, 3 Mei - Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) menyangkal dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pilihan raya di Malaysia sehingga mengundang bantahan daripada pembangkang. "Kalau benarlah ada penipuan, kenapa setiap kali diadakan pilihan raya ramai calon lawan dapat kemenangan besar? Tak pernah berlaku pula, kerajaan (Barisan Nasional) dapat semua undi, sebaliknya ada yang hanya menang tipis. "Kalau ada penipuan, maknanya bodoh sungguhlah kerajaan BN nak tipu pun tak pandai," katanya ketika berucap pada program Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk 'Cabaran Umat Islam Masa Kini: Persepsi dan Realiti' anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Pengajian Strategik dan Integriti Terengganu di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Dr Mahathir berkata rakyat negara ini perlu lebih rasional agar tidak terus diperbodoh dan diperalatkan pemimpin pembangkang yang tergamak menghalalkan demonstrasi ganas demi kepentingan dan cita-cita mereka untuk merebut kuasa. Jika rakyat terus-menerus terpedaya dengan usaha pembangkang itu, kata beliau mereka sebenarnya turut sama bersubahat kerana perbuatan sedemikian jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Dr Mahathir berharap umat Islam negara ini menggunakan akal fikiran yang waras dengan meneliti terlebih dahulu sama ada penglibatan mereka itu benar-benar mengikut ajaran Islam atau sebaliknya. "Saya harap rakyat tidak mudah diperalatkan orang lain. Jika tidak, rakyat pun bersubahat sama melakukan perbuatan keji (rusuhan ganas) yang bercanggah dengan ajaran Islam," kata Mahathir. [Kenyataan mantan PM ini menggambarkan betapa lemahnya mentaliti beliau sekarang ini. Sewajarnya Mahathir sudah insaf kerana "rumah kata pergi, kubur kata mari". Namun dek kerana mahu menunjukkan kepandaian beliau, maka akhirnya Mahathir memperbodohkan dirinya sendiri. Beliau merasakan rakyat ini semuanya bodoh seperti beliau agaknya. Apakah Mahathir fikir BN tidak tipu dalam tiap kali pilihanraya dengan alasan mereka tidak menang semua negeri?. Malah ada kerusi yang dimenangi oleh pembangkang?. Sebenarnya, BN tetap kalah walau pun menipu kerana suara rakyat untuk berubah itu lebih besar dari jumlah penipuan yang dibuat. Misalnya, mereka menipu pengundi hantu dan pos sebanyak 10,000 tetapi jumlah rakyat yang mahu berubah ada 15,000 maka jumlah itu lebih besar daripada penipuan yang dilakukan sebenarnya. Sebab itulah negeri-negeri yang jumlah rakyatnya mahu berubah dimenangi oleh pembankang. Ia tidak bermakna tiada penipuan. Mahathir "mudah lupa" dengan apa yang telah beliau lakukan. Dialah yang memulakan "kezaliman" terhadap rakyat terutamanya selepas memecat Anwar pada tahun 1998 dulu]. |
Al-Fatihah: Pelakon Bob Kuman Meninggal Dunia Di Kediaman Beliau Pada 'Jam 4.38 Petang' Tadi !! Posted: 03 May 2012 06:12 AM PDT PETALING JAYA, 3 Mei - Pelawak terkenal Bob Kuman (foto) atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, di sini. Kematian pelawak berusia 41 tahun itu disahkan sendiri oleh isterinya yang berada di sini ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Dengan pengesahan ini, maka ia menamatkan spekulasi orang ramai kononnya pelawak terkenal itu telah meninggal dunia pada 21 April lalu. PDO merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. [Bob Kuman dipengakhiran hidupnya sempat berprogram bersama Ustaz Azhar Idrus, sempat bertemu dengan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan mohon doa dgn Haji Hadi. Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) Doakan arwah diterima amalannya dan diampunkan dosa-dosanya yang lampau. Malah, Bob Kuman antara artis yang menyatakan keinginan yg bersungguh-sungguh untuk hadir ke satu program Soal Jawab Agama bersama artis, Ahad ini, walau dalam keadaan uzur. Petang Khamis hari ini beliau telah pun dijemput pergi oleh Allah. Akhir hayatnya Allah taufiqkan untuk bersama tuan-tuan guru dan mendapat doa dari mereka. Mudah-mudahan kita semua akan mendapat husnul khatimah di akhir hidup kita]. |
Panas: Tiga Hari Masuk ICU Gara-Gara Di Belasah Lebih 20 Orang Polis Di Perhimpunan Bersih 3.0 !! Posted: 03 May 2012 03:38 AM PDT KUANTAN, 3 Mei - Seorang mangsa di perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu Mohd Firdaus Azizi (foto) mendakwa beliau terpaksa di hantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama tiga hari akibat dibelasah teruk oleh pihak polis. Beliau yang ditemuinya di rumahnya dekat Felda Bukit Sagu Tiga di sini berkata beliau dibelasah oleh pihak polis sekitar jam 5.00 petang selepas himpunan sebenarnya sudah selesai dan beliau bersama beberapa orang anggota Unit Amal cuba untuk masuk ke Dataran Merdeka selepas memikirkan pihak polis sudah tidak melakukan operasi mereka lagi. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan beliau telah dibelasah teruk. "Saya ditangkap polis pada pukul 5.30 petang.. dan saya dipukul teruk oleh anggota polis tersebut saya kira seramai lebih daripada 20 orang. Pertamanya, sekumpulan polis lebih kurang lima orang (membelasah).... kemudian dia passing saya kepada group lain (polis) yang ada lebih kurang 10 hingga 15 orang... Saya disepak, saya diterajang .. dan muka saya dipijak oleh seorang anggota polis yang tidak tahu namanya sebab tiada lencana atau pun tiada nombor siri (polis) pada baju berkenaan. Yang pasti saya difahamkan itu adalah polis" kata Firdaus ketika di temui pada Majlis Tahlil dekat rumahnya malam tadi. Majlis yang turut disertai oleh Cikgu Sulaiman Md Derus (Naib Yang Di Pertua PAS Kuantan) dan Hj.Zahari Mamat (Ketua PKR Cabang Paya Besar) itu adalah sebagai tanda kesyukuran keluarga mangsa kerana beliau terselamat akibat tragedi tersebut. [Apa yang berlaku terhadap mangsa ini adalah sebahagia daripada rentetan peristiwa kezaliman yang berlaku terhadapa para peserta Himpunan Bersih 3.0 sebenarnya. Banyak lagi mangsa yang tidak berani mendedahkan apa yang berlaku terhadap diri masing-masing. Malah mereka juga gagal untuk membuat laporan polis susulan kad pengenalan (IC) mereka telah diambil lebih awal oleh pihak polis bagi menghalan hasrat tersebut. Apapun, ramai yang berpendapat tindakan polis pada hari itu sungguh mengejutkan dan amat memalukan. Malah, mereka juga hairan Polis Trafik juga boleh membelasah orang sedangkan selama ini mereka tidak berbuat demikian. Justeru, kini ramai yang menantikan bilakah Bersih 4.0 akan dijalankan. Mereka tidak sabar untuk berhimpun lagi, untuk menegakkan kebenaran]. |
Posted: 02 May 2012 10:48 PM PDT KUANTAN, 3 Mei - Orang ramai yang hadir ke Majlis Santapan Bersama Tengku Mahkota Pahang di Hotel MS Garden dekat sini pada 25 April lalu terkejut dengan sikap dan tingkah laku biadap seorang pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) terhadap sekumpulan wartawan media pada malam itu. Difahamkan, majlis tersebut diadakan bagi meraikan saudara baru dan dianjurkan oleh pihak JAIP sendiri. Pada awalnya program yang turut disertai oleh Menteri Besar Pahang dan lain-lain orang kenamaan itu berjalan lancar. Namun, sedikit kekecohan berlaku apabila ada perselisihan faham antara kumpulan wartawan media dengan seorang pegawai JAIP. Malam itu semua wartawan media arus perdana dari akhbar Berita Harian, The Star, Metro, NSTP, Sinar Harian, Bernama, Astro Awani, TV Al Hijrah, RTM dan lainnya telah datang untuk membuat liputan majlis berkenaan. Namun akibat tindakan biadap pegawai berkenaan yang tergamak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mereka maka kumpulan wartawan terbabit telah keluar dan berhenti membuat liputan. Menurut seorang saksi yang melihat kejadian berkenaan, beliau hairan kenapa dalam majlis yang dihadiri oleh Tengku Mahkota Pahang itu pun, ada pegawai agama yang bergelar Ustaz tergamak menunjukkan akhlak yang tidak baik kepada para wartawan. Tindakan menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada wartawan adalah tidak wajar kerana mereka hadir untuk melaporkan berita berkenaan kepada umum menerusi media masing-masing. "Saya difahamkan, pegawai JAIP terbabit dikenali sebagai Ustaz Noor Hamizi dan beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Dakwah JAIP", kata saksi itu. Lebih memalukan perkara ini berlaku selepas majlis yang dihadiri oleh Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang bermula. "Apabila Presiden Kelab Media (Nik Naizi Husin) tiba, dilihat beberapa wartawan hanya berdiri sahaja di bahagian pintu dewan kerana tiada tempat. Dewan yang sempit dan dipenuhi dengan meja. Presiden bertanya kepada seorang staff SUK yang kebetulan ada berhampiran. Diberitahu oleh beliau perkara meja untuk media sudah diingatkan kepada pihak JAIP tetapi nampaknya tiada tindakan. Kemudian dicadangkan media gunakan satu meja yang tekah dikhususkan untuk staff istana. Pihak media tak setuju kerana staff istana pula nanti yang tak ada meja. Cadangan lain pula ialah media pergi duduk di tingkat bawah!", kata saksi tersebut. Cadangan Yang Di Buat Tidak Kena Pada Tempat "Jika begitu, apa yang berlaku di dewan, macamana media nak tahu? Presiden pun berkata yang kami bukannya datang nak makan. Takkan nak turun naik turun naik!. Bila pegawai JAIP tu senyap, presiden pun cadangkan supaya buka satu meja disebelah luar dewan. Sementara tunggu meja dibuka, datang pembantu tengku mahkota dan bertanya. Lantas dicadangkan presiden duduk di meja VIP. Presiden menolak kerana rakan media lain masih tak ada tempat. Kemudian datang Encik Noor Hamizi mencadangkan agar media turun ke tingkat bawah dan tunggu disitu. Presiden pun mengulangi kata takkan kami nak turun naik turun naik. Encik Noor Hamizi pun respon dengan berkata saya boleh turun naik turun naik dari pagi tadi!!! Presiden pun respon itu adalah tugas awak. Awak orang JAIP, orang penganjurkan. Itu tugas awak. Awak memang tugas. Saya ni dijemput. Rupanya Encik Noor Hamizi tak suka presiden kelab media panggil dia awak-awak-awak...Awak jangan panggil saya 'awak'!! balas Encik Noor Hamizi. Apa awak-awak nih! Saya ni Ustaz!!!. dengan nada bengang dan amat kecewa maka Presiden Kelab Media pun berkata.. manalah dia tahu yang beliau tu Ustaz. Encik Noor Hamizi pun terus menunding jari tunjuk kopiah di atas kepalanya", katanya. Semua Pihak Terkejut Dengan Sikap Pegawai JAIP Selepas tu Encik Noor Hamizi tu menuduh Presiden Kelab Media Pahang, "awak mengajar saya jadi kurang ajar!!" Bila masa pulak saya kurang ajar? Awak panggil saya awak!! Ok ok ok tak pe lah .... Presiden Kelab Media pun meninggalkan Encik Noor Hamizi tu kerana tak nak berlanjutan. Rupa-rupanya Encik Noor Hamizi tidak habis disitu.. dia masih lagi berungutan dengan beberapa orang lain tanpa sedar seorang wartawan ada disebelahnya. Bila ditegur oleh wartawan tersebut apa yang tidak puas hatinya... Encik Noor Hamizi mula mengelak mengatakan orang lain yang teruk dan bukan wartawan tu. Bila sorang wartawan wanita bertanya siapa dia dan apa namanya.. Encik Noor Hamizi berkata dengan marah-marah "tak nak bagitahu nama saya", tambah saksi itu lagi. "Cuba bayangkan jika presiden kelab media menerima juga pelawaan pembantu Tengku Mahkota tadi, dan kesempatan digunanya untuk membisikkan masalah tak ada meja itu pada TM. Macamana agaknya? Tapi itu tak molek. Bimbang nanti ganggu periuk nasi Encik Noor Hamizi. Bayangkan seorang staff Jabatan Penerangan pun terkejut dengan tingkah lakunya sebagai seorang Ustaz. Bahasa yang diguna serta tindakan bodoh yang dibawanya. Rasionalnya media bukan nak makan sangat dan bukannya nak meja VIP pun. Keutamaan ialah mudah nak buat kerja semasa event berlangsung. Apabila press tidak diterima sebagai tetamu, respon dan tindakan yang munasabah ialah tinggalkan majlis. Status nya ialah Press dijemput. Sebagai tetamu adakah patut berdiri dibelakang tanpa siapa pun yang peduli?", kata saksi itu. [Apa yang berlaku kepada media dalam kejadian ini sungguh memalukan. Media sepatutnya dilayan secara adil apabila diundang ke sesuatu majlis tambahan pula yang berkaitan dengan kerajaan atau pihak istana seperti ini. Jika media arus perdana dilayan sebegini, apatah lagi jika ia melibatkan media pembangkang agaknya. Tidak sewajarnya dalam isu sebegini pihak terbabit menuduh media mahukan meja VIP dan menuduh media hanya mahu datang untuk punch card depan Tengku Mahkota Pahang dan bukannya mahu membuat liputan majlis berkenaan. Malah, tindakan pihak terbabit mengatakan mereka tidak perlukan media dan media tidak dijemput hadir untuk cover majlis berkenaan amatlah memalukan sebenarnya. Agensi kerajaan dan yang berkaitan perlulah memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak media, tambahan pula bagi program yang tidak berbaur politik seperti yang diadakan baru-baru ini. Media perlulah diberikan keistimewaan yang sepatutnya dalam apa jua majlis yang melibatkan pihak kerajaan. Ambillah iktibar diatas kejadian tersebut]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment