Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Dua Suspek Yang Di Dakwa Kibarkan Bendera Sang Saka Malaya Di Tahan

Posted: 07 Sep 2012 01:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Sept - Polis pada Jumaat menahan dua suspek yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka baru-baru ini. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek 24 tahun itu ditahan pada jam 2.35 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini. Menurut Aziz lagi, mereka disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan. "Kedua-dua suspek kini masih disiasat untuk tindakan susulan selepas mengibarkan bendera Sang Saka Malaya. "Berkemungkinan akan dibebaskan malam ini dengan jaminan polis. Kedua-dua mereka hadir bersama peguam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Polis sejak 2 September lalu menggesa individu itu dan saksi tampil membantu siasatan kerana ia dilihat serius kerana bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi. Salah seorang daripada mereka bagaimanapun sebelum ini menulis di blog bahawa mereka tidak berniat menggantikan Jalur Gemilang. Bagaimanapun, berdasarkan sejarah kemerdekaan tanah air, mereka merasakan Sang Saka Malaya layak dikibarkan bersama pada sambutan itu.


Pesawat Ringan "Terbabas" Di Lapangan Terbang Pulau Tioman, Namun Mangsa Di Dapati Selamat!

Posted: 07 Sep 2012 01:56 PM PDT

KUANTAN, 7 Sept - Seorang juruterbang yang bersama penumpang sebuah pesawat ringan milik persendirian terselamat apabila pesawat jenis Piper 34200 terbabas di Lapangan Terbang Pulau Tioman di sini, Jumaat. Jurucakap polis berkata juruterbang, Salem Ibrahim yang juga seorang peguam, dan Foo Shing Yng, kedua-duanya warga Singapura tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden yang berlaku pada 2.02 petang Jumaat. "Pesawat terbabit dipercayai terbabas semasa juruterbang melakukan pendaratan akibat tayar hadapan yang tidak berfungsi dengan baik. "Situasi itu menyebabkan pesawat berkenaan hilang kawalan dan terseret hingga ke tengah landasan," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat. Sepasukan anggota bomba dan penyelamat lapangan terbang bergegas ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kecemasan, katanya. "Kini pesawat berkenaan telah dialih dari tempat kejadian dan ditempatkan di kawasan lapangan terbang pulau peranginan itu," katanya.


No comments:

Post a Comment