"tukanglawan"

"tukanglawan"


Gempar, Kes terbaru Pijak Gambar Najib.

Posted: 07 Sep 2012 05:46 AM PDT

Kerajaan negara ini enetapkan bahawa perdana menteri sangat suci lagi maksum, memijak atau menghina perdana menteri malah melibatkan juga isteri perdana menteri adalah satu dosa cukup berat.

Dalam kes terdahulu, seorang pelajar yang belum dihadapkan ke muka "pengadilan" telah dibuang dari kolej serta "pinjaman" PTPTN ditarik balik, sementara itu beberapa orang yang dikatakan "terlibat" juga diburu ke lubang cacing.

Dalam kes berasingan beberapa "tua bangka" tidak dikenakan tindakan kerana menayang punggung dihadapan kediaman seorang peguam, malah beberapa "tua bangka" yang mengidap penyakit pundi kencing juga tidak diambil tindakan kerana kencing pada banner yang mempunyai gambar pemimpin Pakatan Rakyat, ini kerana tindakan mereka menghina pemimpin pakatan rakyat dilihat sebagai bukan satu jenis kesalahan.

Baru sebentar tadi tersebar satu lagi kes baru "memijak gambar perdana menteri" suspek tersebut mungkin akan ditangkap segera dan dihadapkan ke muka "pengadilan"



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Anggota Polis Popular Kerana Tiru Aksi Filem. (Video Aksi Didalam)

Posted: 07 Sep 2012 05:38 AM PDT

BUSAN, Korea Selatan - Seorang anggota polis trafik di sini digelar sebagai John McClane Korea Selatan selepas dia meniru aksi hero filem Die Hard itu ketika menangkap seorang penjenayah, menurut media semalam.

Saluran berita Amerika Syarikat, CNN melaporkan Kim Hyun-cheol, 33, disanjung sebagai wira kerana keberaniannya berpaut pada cermin hadapan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek selama 25 minit bagi menghalang lelaki berkenaan daripada melepaskan diri.

Hyun-cheol memperoleh ramai peminat di negara asalnya selepas klip video aksi lagak ngeri itu tersebar.

Menurut akhbar tempatan, Joongang Daily, Hyun-cheol pada mulanya meminta suspek berhenti selepas melihatnya membuat pusingan U secara haram di pusat bandar di sini.

Bagaimanapun semasa dia menulis saman untuk kesalahan tersebut, lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya, Jeong mula memecut kenderaannya.

Selama 25 minit kemudian, suspek itu memecut keretanya dengan anggota polis berkenaan berpaut pada cermin kenderaan itu.

"Dia (suspek) seperti takutkan sesuatu. Dia cuma membuka sedikit tingkap keretanya," kata Hyun-cheol menurut akhbar Joongang Daily.

Akhirnya, lelaki itu terpaksa menghentikan keretanya kerana kesesakan lalu lintas.

Dia kemudian ditangkap semasa cuba melarikan diri.

"Saya nekad berpaut kereta itu kerana saya mengesyaki dia seorang penjenayah," jelas Hyun-cheol.

"Saya ingat saya akan mati. Saya tetap berpaut kerana saya benar-benar mahu menangkap lelaki ini," ujarnya.

Jeong kemudian didapati dikehendaki polis kerana beberapa kes jenayah berkaitan dadah.



Menurut Hyun-cheol, dia mengalami luka kecil di dada dan kakinya dan memerlukan masa tiga minggu untuk sembuh sepenuhnya.

CNN melaporkan Hyun-cheol telah dinaikkan pangkat selepas kejadian itu.

Imej itu dirakamkan pada 26 Ogos lalu. - Agensi

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Dikriminasi Terhadap Atlit Paralimpik Yang Lebih Memerlukan.

Posted: 07 Sep 2012 05:37 AM PDT

Atlit Paralimpik ialah atlit yang diketegorikan sebagai OKU atau insan istimewa, tetapi mengapakah mereka ini seolah-olah didikriminasi walaupun mereka menunjukkan pretasi yang baik dalam acara sukan peringat antara bangsa?

Apakah kerana mereka kurang dikenali, maka mereka ini tidak mendapat imbuhan seperti yang dikecapai oleh atlit "superstar"

Seharusnya mereka atlit paralimpik ini perlu diberi lebih perhatian, mereka inilah seharusnya dapat lebih keistimewaan, tetapi itu tidka terjadi di negara yang diperintah oleh BN ini.

Pemenang pingat Perak Paralimpik, Hasihin Sanawi sekadar menerima imbuhan RM200k seperti yang diumumkan oleh Shabery berbanding Lee Chong Wei menerima RM500k imbuhan berserta skim pencen. 

Apakah ini semua gara-gara Rosmah tidak "selera" untuk memeluk Hasihin berbanding Chong Wei?, kita juga tahu Rosmah sehingga sanggup pergi ke London untuk menyaksikan Chong Wei bertarung dalam pertandingan akhir tempoh hari?,


 




Tiada pencen, dan jumlah imbuhan juga kecil... semuanya kerana Hasihin seorang atlit paralimpik, yang seharusnya dapat lebih bantuan dan perhatian lebih istimewa dari kerajaan... apakah ini dikriminasi bagi golongan  ini?.. fikir-fikirkanlah.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Mana Laporan Audit NFC?, Satu Lagi Janji "Dicapati"

Posted: 07 Sep 2012 05:36 AM PDT

Laporan audit mengenai projek kontroversi Pusat jagaan lembu khabarnya telah pun siap tetapi tidak diumumkam, itu dakwaan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.

Beliau memberitahu pemberita bahawa pihaknya tahu laporan Pricewaterhouse Coopers yang ditugaskan oleh Muhyiddin Yassin itu sudah siap.

"Kita tahu laporan itu ada, jadi mengapa lambat untuk mendedahkannya? " katanya sambil menambah rakyat menuntut supaya hasil penemuan skandal RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan itu dibentangkan di Parlimen.

Memetik "sumber-sumber" bagi menyokong dakwaannya, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata beliau juga berharap untuk mendapatkan laporan tersebut melalui Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), yang beliau merupakan salah seorang anggotanya.

"Tetapi PAC tidak mengadakan mesyuarat," kata Pua.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong pula berkata, Chua Tee Yong yang merupakan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani seharusnya mendesak supaya audit PWC tentang projek fidlot itu dibentangkan di Parlimen kerana ia berada dalam bidangkuasa kementeriannya.

Katanya, Chua seharusnya mengikut langkah kerajaan negeri Selangor, yang telah berjanji untuk membentangkan laporan audit mengenai Talam pada persidangan November DUN.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan bahawa juruaudit di KPMG mendapati bahawa kerajaan negeri telah membuat "keputusan komersial yang kukuh" dalam penstrukturan semula hutang Talam.

"Kotakan janji. Jangan tuding jari kepada kerajaan negeri Selangor, tetapi tunjukkanlah kepada kami yang anda akan melakukan perkara yang sama," kata Leong kepada kerajaan persekutuan BN.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Pelajar Dibuang Kolej Walaupun Mahkamah Belum Dapati Bersalah.

Posted: 07 Sep 2012 05:35 AM PDT

Tindakan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (Cybernetics) membuang pelajarnya yang terlibat dengan perbuatan menghina pemimpin dilihat seolah-olah mendahului mahkamah.

Ia berikutan pelajar terbabit masih tidak didakwa atau dibicarakan di mahkamah bagi mensabitkan hukuman terhadapnya.

"Tindakan membuang pelajar terbabit adalah satu perbuatan yang mendahului mahkamah.

"Begitu juga dengan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menarik balik pinjaman pelajar terbabit," tegas Koordinator Aksi Mahasiswa Peduli, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham kepada Harakahdaily, semalam.

Biarpun tidak bersetuju dengan perbuatan pelajar terbabit yang disifatkan sebagai 'budak nakal', tegas Ekhsan, perbuatan itu bermula dengan tauladan yang ditunjukkan sekumpulan veteran di hadapan kediaman seorang peguam, beberapa bulan lalu.


Dalam pada itu, Ekhsan berkata perbuatan pelajar itu juga boleh ditafsirkan sebagai tanda tidak puas hati, muak dan jelak anak muda terhadap pemimpin negara.

Semalam, Lembaga Disiplin dan Lembaga Akademik kolej itu memutuskan untuk membuang pelajar terbabit yang dikatakan menunjuk punggung pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, pada malam ambang merdeka lalu.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment