Liang Lahad....

Liang Lahad....


TERKINI!! SAHAM FGVH TERUS MENJUNAM!!

Posted: 03 Sep 2012 11:24 PM PDT

Saham FGVH terus jatuh menjunam ke paras terendah sejak ianya diapungkan dua bulan yang lalu..
kini ia seakan-akan tidak mahu atau tidak berupaya untuk naik lagi...

Kalau mengikut kepada kata-kata Najib dulu ,apabila sahaja saham FGVH diapungkan,saham FGVH akan terus melonjak naik..
nampaknya,apa yang diramalkan oleh Najib tu tidak
menjadi..

Dan bagi aku tidak pelik pun..
kerana apa sahaja syarikat di negara ini yang melibatkan pengurusan dari kalangan kroni-kroni  UMNO, selalunya memang akan mengalami kerugian.. walaupun pada permulaannya mempunyai modal ratusan juta mahupun bilion ringgit..

Untuk tatapan para peneroka..
ini adalah graf terkini kedudukan FGVH...


Mahu terima kenyataan atau pun tidak...
nampaknya peluang semakin cerah untuk kita "kehilangan" Felda...

Najib dan UMNO perlu bertanggungjawab sekiranya Felda tergadai suatu hari nanti...

Kata-kata Najib sebelum Felda di senaraikan...
"Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, saya dan rakan-rakan berjanji tidak akan sekali-kali membiarkan kemudaratan bukan sahaja kepada warga Felda tetapi juga kepada generasi terkemudian dan negara.."

Sekarang apa cerita..?


No comments:

Post a Comment