Liang Lahad.... |
9 BERHIMPIT DALAM SATU BILIK DI NEGERI PLET TERMAHAL!! Posted: 07 Sep 2012 12:23 PM PDT Ini di Johor.... Miskin,susah dan terpaksa berhimpit-himpit bersama 9 ahli keluarga didalam satu bilik waktu hujan kerana bumbung yang bocor menyebabkan air hujan membasahi ruang tamu di kediaman usang mereka... Yang menjadi "tidak sangka aku" tu adalah kerana Negeri Johor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai plet kereta termahal di dalam sejarah negara ini... Yup!! Plet kereta bernilai RM520,000... hanya untuk diletakkan dibumper kereta semata-mata... Pendapatan ibu tunggal ini,Ruziah Marzuki (40 tahun) yang hanya sebanyak RM600 sebulan "memustahilkan" beliau dan anak-anaknya untuk menyewa rumah lain yang lebih baik keadaannya.. maka rumah usang sahajalah "pilihan terbaik" buat mereka.. Jika harga rumah kos rendah di Johor berharga RM35,000 sebuah.. maka dengan wang sebanyak RM520,000... sejumlah 14 buah keluarga yang miskin seperti keluarga ini boleh dibantu dengan membelikan mereka sebuah rumah, yang sudah tentu bagi mereka sangat-sangat selesa.. Begitulah keadaannya nasib rakyat marhaen di negara ini... Rupa-rupanya tak semua rakyat Johor tu kaya raya... |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment