Cenangau@blogspot.com

Cenangau@blogspot.com


Lagi bukti SPR beraksi macam 'si anjing Umno'?

Posted: 30 Sep 2012 11:12 AM PDT

Keadilandaily melaporkan: SHAH ALAM 29 September: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur. "Audit mendapati ada penipuan besar-besaran dari daftar pemilih. Penemuan 64,100 pemilih pos dimasukkan dalam daftar pada 9 April 2010, berkemungkinan besar tidak melalui

"tukanglawan"

"tukanglawan"


Politik Mafia - Kereta Dicalar, Cermin Dipecah dan Tayar Ditoreh Di Pengerang

Posted: 30 Sep 2012 08:18 AM PDT


Dua tayar kereta yang dinaiki Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ditoreh manakala dua kereta lain dipecahkan cermin depan dan disimbah asid dalam satu kejadian tengah hari tadi di Sungai Rengit, Pengerang.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau menaiki kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang turut bersamanya bagi menghadiri Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit, yang diadakan untuk membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid).
"Dua tayar kereta itu ditoreh manakala kereta yang diparkir bersebelah kereta berkenaan turut ditoreh dua tayarnya dan cermin depan turut dipecahkan.

"Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid," katanya, yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, ketika dihubungi Sinar Harian Online, lewat petang ini.

Menurut Salahuddin, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), kejadian itu membabitkan tiga kenderaan termasuk kereta dan kejadian disedari ketika hendak menunaikan solat Zohor di masjid berhampiran.

Salahuddin sebelum ini mengumumkan akan bertanding di Johor pada PRU13.

Ketika ditanya sama ada laporan polis sudah dibuat mengenai kejadian, Salahuddin berkata, beliau tidak mahu berbuat demikian kerana ingin membiarkan orang ramai menilai sendiri perkara itu.

"Apa yang berlaku merupakan lanjutan daripada budaya gengsterisme yang diamalkan apabila politik hujah tidak boleh dijawab oleh pihak tertentu.

"Kami terpaksa mengambil masa lama untuk menukar tayar dan membaiki serba sedikit sebelum meneruskan perjalanan pulang kerana esok saya perlu menghadiri beberapa program lagi," katanya yang menganggap kejadian sebagai "ujian kecil."

Ujar beliau, apa yang berlaku langsung tidak menjejaskan usahanya untuk meneruskan perjuangan dan memberi pembelaan secukupnya kepada penduduk di Pengerang.

Katanya, beliau turut tidak berkecil hati dan sesiapapun tidak boleh mengharap beliau akan berundur ke belakang.

"Sejak menyertai politik 30 tahun lalu, sudah banyak perkara telah saya tempuhi. Kebelakangan ini saya turut menerima ugutan pukul dan ancaman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), namun itu semua saya hadapi dengan tenang.

"Saya juga bersyukur kerana isteri dan anak-anak faham dengan tugasan saya malahan mereka juga turut memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini," jelas beliau lagi

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Politik Mafia Cuba "takutkan" Penganjur Himpunan Pengerang

Posted: 29 Sep 2012 10:13 PM PDT

Nampaknya "puak" seblah sana sangat takut sebenarnya dengan himpunan Hijau Lestari Pengerang.  Kurang 24 jam sebelum perhimpunan menentang projek petrokimia di Johor, seorang penganjur menemui sebuah beg plastik berisi bangkai ular di depan rumahnya.

Jelaslah mereka yang melakukan ini sedang dalam ketakutan yang amat sangat, bukankah kebiasaan mereka yang cuba "menakut-nakutkan" orang lain hanyalah manusia yang sudah tidak dapat mengawal ketakutan dalam diri sendiri.

Bangkai ular yang kepalanya hampir terputus itu ditemui diletakkan bersama risalah yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu di Pengerang esok.

Bendahari gabungan NGO Pengerang Chua Peng Sia berkata, timbalan setiausaha kumpulan itu Goh Wan Ting ketika menjumpai beg itu tetapi tidak berani membukanya.

Goh kemudiannya menghubungi seorang lagi anggota jawatankuasa r Hong Thian Hwa untuk membantu meneliti kandungan beg itu.

"Goh hanya beritahu saya beg itu lembut dan lembab ketika disentuh.

"Apabila saya buka beg itu, ada ular sawa dan beberapa keping risalah perhimpunan,
" katanya.

Bukankah tindakan meletakkan bangkai ular ini boleh dilihat sebagai satu "ugutan", kita tahu rata-rata rakyat menolak politik murahan dan bersifat ala "mafia" seperti ini.
pengerang himpunan hijau logo 
Persoalanya apakah polis akan mengambil tindakan, menyiasat dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab, atau merelakan sahaja politik kotor ini berlaku kerana mereka dikuasai "tangan-tangan" ghaib yang mereka sifatkan "itulah tangan yang menjamin perut mereka berisi, menjamin mereka hidup atas bumi ALLAH ini?".

Atau kita akan terus melihat politik ala "mafia" terus subur dinegara kita kerana BN sedang dalam "nazak" menghadapi detik kematian.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Liang Lahad....

Liang Lahad....


PANAS!!! NAJIB AKUI PEMIMPIN BN DALAM KEADAAN TAKUT DAN TERDESAK.

Posted: 30 Sep 2012 03:09 AM PDT

Najib mengakui pemimpin-pemimpin BN kini dalam keadaan yang terdesak dan "takut turun padang", mungkin mereka tahu bahawa mood rakyat kini berada dalam mood menolak BN dari tampuk pemerintahan Malaysia..

Pengakuan Najib itu didedahkan semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 parti Gerakan..

Najib menggesa pemimpin BN jangan lagi takut untuk turun ke gelanggang..
dia juga menggesa supaya pemimpin BN "lawan apabila anda dalam keadaan terdesak".



Kalau kita lihat,memang ada kebenarannya..
kebanyakan ceramah-ceramah yang diadakan oleh BN kini selalu mempergunakan "katak-katak" menyampaikan fitnah...
menunjukkan pemimpin BN tidak lagi yakin ceramah anjuran mereka mampu menarik rakyat supaya datang mendengar..
tidak yakin untuk berhadapan dengan rakyat...

Itulah sebabnya kini..
kebanyakan majlis anjuran BN sentiasa disediakan hadiah-hadiah cabutan bertuah bagi menarik minat rakyat supaya datang..


MCA KAPAR ANGGAP NAZRI AZIZ LEBIH BAGUS DARI MUHYIDDIN,SOKONG NAZRI SEBAGAI MENTERI PELAJARAN.

Posted: 30 Sep 2012 02:23 AM PDT

MCA Kapar menganggap bahawa Nazri jauh lebih sesuai memegang jawatan Menteri Pelajaran berbanding Muhyiddin Yassin..

Malaysiakini

Ketua bahagian MCA itu Song Kee Chai berkata penerimaan Nazri terhadap penerimaan ke atas tuntutan Dong Zong berhubung pendidikan kaum Cina...
Malah satu banner menyokong nazri dilantik sebagai Menteri Pelajaran turut dipasang bagi menunjukkan kesungguhan sokongan kaum Cina terhadap Nazri..
Nampaknya Nazri juga seakan bergembira dengan gesaan MCA supaya dia dilantik sebagai Menteri Pelajaran,walaupun dia tahu jawatan Menteri Pelajaran itu kini disandang oleh "Bos" dia sendiri,Muhyiddin Yassin....

Ini boleh dilihat dalam reaksi Nazri,apabila menyatakan terima kasih terhadap sokongan itu dan menyatakan MCA Kapar perlu menyatakan sendiri perkara itu kepada perdana menteri...

Siapa yang tidak suka jika Jawatan dinaikkan ye tak..?

Cuma aku nak cai UMNO berfikir sikit..
korang fikirlah bagaimana kalau yang terima tuntutan Dong Zong tu adalah Anwar..?
mesti cai UMNO dan Utusan dah mainkan isu, "Anwar kuda tunggangan Cina" dan "Anwar khianat melayu" 


TAK PERLUKAN KERUSI MEWAH UNTUK DUDUK.

Posted: 29 Sep 2012 08:17 PM PDT

Sultan yang merendah diri..

Tak kisah dengan status beliau boleh bercampur dengan sesiapa sahaja..

Beliau boleh duduk sama rendah dengan rakyat jelata dan tak perlukan kerusi kuning dan mewah....
dimana rakyat duduk,disitulah beliau duduk..

Gambar Sultan Muhammad V bersama Nik Aziz di hadapan rumah Nik Aziz ketika
melawat Nik Aziz di rumahnya semalam..


Berita Sultan lawat Nik Aziz di rumahnya semalam ada [DI SINI]

kemaskini

ANWAR CERITAKAN BAGAIMANA GELAGAT NAJIB CABUT LARI BILA DIAJAK DEBAT

Posted: 29 Sep 2012 06:40 PM PDT


SHAH ALAM 30 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menolak cabaran debat dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan bajet 2013 dibuatnya di Parlimen Jumaat lalu.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR).

"Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).


"Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah," katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.

Beliau berkata, selaku Ketua Pembangkang dia akan mengulas secara panjang lebar mengenai bajet 2013 yang dibentangkan Najib dalam sidang dewan pada Isnin ini serta berharap Perdana Menteri menghadirinya.

"Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah tidak hadir ulasan awal Ketua Pembangkang walaupun pedih telinga (mendengar). Masa itu YB Lim Kit Siang jadi Ketua Pembangkang.

"Bukan senang nak dengar tetapi saya fikir oleh kerana dia dengar ucapan kita selaku Menteri Kewangan maka wajarlah untuk menghormati sistem demokrasi dan memuliakan Parlimen," lata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Selangorku.

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Himpunan Bantahan Hina Nabi Muhammad SAW

Posted: 15 Sep 2012 01:07 PM PDT


"tukanglawan"

"tukanglawan"


Belanjawan 2013, Najib Ciplak Idea Pakatan Rakyat Lagi

Posted: 28 Sep 2012 09:50 PM PDT

Kaum wanita berumur 40 tahun ke atas yang selalunya menangguhkan pemeriksaan mamogram disebabkan tidak mampu menanggung kos kini boleh buat pemeriksaan tersebut secara percuma,  apabila peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan dalam Belanjawan 2013.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Najib berkata insentif berkenaan termasuk di bawah peruntukan keseluruhan berjumlah RM50 juta bagi memperkasa peranan wanita dalam pembentukan keluarga bahagia dan pembangunan ekonomi negara.

Kah..kah..kah,  ingat tak najib nei kata, kalau ikut apa yang kerajaan pakatan rakyat buat "negara boleh Bangkrap". kah..kah..kah.

Tapi korang sedar tak, apa yang najib umumkan ni dicedok dari apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat dekat selangor yang BN kata tak pandai urus negeri tu berikan.

Baca fakta bawah nei.

Skim Kesihatan Wanita ialah  '1 Juta Wanita Selangor Sihat' -- menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun ke atas.  

Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) telah dilancarkan oleh Y.B. Rodziah Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri Selangor, pada 6 November 2010, di Daerah Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor, adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor. Baca penuh disini

Kah..kah..kah. najib ciplak lagi, kalau ciplak tentu la tandanya benda tu bagus, nampaknya najib terlewat 2 tahun untuk buat tu semua, tak apalah, pegi je buat pemeriksaan tu, bukan duit najib atau duit bn yang diorang pakai, tapi dari duit cukai rakyat, termasuk la duit cukai beli prepaid dan makan mcD.

Jangan kena "gula-gula" cikit nak cium terus tangan pemimpin, rezeki itu ALLAH yang beri, bukan najib atau rosmah yang bagi.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Al-Fatihah, Raja Bola Meninggal Dunia.

Posted: 28 Sep 2012 08:55 PM PDT

Raja bola, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di institut itu.

NONEAllahyarham, 77, menjalani pembedahan itu Selasa lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 10.34 semalam, kata adik iparnya, Datuk Nik Kamaruddin Ismail.
    
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid Kampung Baru, sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya.
    
Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak, dua lelaki dan wanita.
    
Di zaman kegemilangannya di sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an, Allahyarham yang bermain sebagai 'inside forward', merupakan pemain yang licik dan lincah dan sering menggerunkan pihak lawan.
        
Walaupun dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan pada 1935, Allahyarham banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor.
    
Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.
    
Allahyarham pernah merangkul anugerah pemain bola sepak terbaik kebangsaan pada 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lukisan Zunar DIlelong Dengan Harga RM32,000 Malam Tadi.

Posted: 28 Sep 2012 06:56 PM PDT

Sebuah lukisan kartun yang dilukis secara "Live" oleh Zunar di atas pentas majlis makan malam untuk mengisi tabung PRU13 Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi, berjaya dilelong dengan harga RM32,000.

Kesemua wang itu disumbangkan kepada tabung "Pakatan Rakyat ke Putrajaya". 

"Saya tak ambil sebarang komisyen. Menyumbang kepada Pakatan Rakyat adalah satu kehormatan buat saya", jelas Zunar didalam laman facebooknya.




 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Cenangau@blogspot.com

Cenangau@blogspot.com


Najib akan ponteng sidang parlimen Isnin ni pasai takut nak berdebat dengan Anwar?

Posted: 29 Sep 2012 03:08 AM PDT

Keadilandaily melaporkan: KUALA LUMPUR 28 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini. "Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam