"tukanglawan"

"tukanglawan"


Belanjawan 2013, Najib Ciplak Idea Pakatan Rakyat Lagi

Posted: 28 Sep 2012 09:50 PM PDT

Kaum wanita berumur 40 tahun ke atas yang selalunya menangguhkan pemeriksaan mamogram disebabkan tidak mampu menanggung kos kini boleh buat pemeriksaan tersebut secara percuma,  apabila peruntukan sebanyak RM25 juta disediakan dalam Belanjawan 2013.

Ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Najib berkata insentif berkenaan termasuk di bawah peruntukan keseluruhan berjumlah RM50 juta bagi memperkasa peranan wanita dalam pembentukan keluarga bahagia dan pembangunan ekonomi negara.

Kah..kah..kah,  ingat tak najib nei kata, kalau ikut apa yang kerajaan pakatan rakyat buat "negara boleh Bangkrap". kah..kah..kah.

Tapi korang sedar tak, apa yang najib umumkan ni dicedok dari apa yang Kerajaan Pakatan Rakyat dekat selangor yang BN kata tak pandai urus negeri tu berikan.

Baca fakta bawah nei.

Skim Kesihatan Wanita ialah  '1 Juta Wanita Selangor Sihat' -- menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun ke atas.  

Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) telah dilancarkan oleh Y.B. Rodziah Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri Selangor, pada 6 November 2010, di Daerah Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor, adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor. Baca penuh disini

Kah..kah..kah. najib ciplak lagi, kalau ciplak tentu la tandanya benda tu bagus, nampaknya najib terlewat 2 tahun untuk buat tu semua, tak apalah, pegi je buat pemeriksaan tu, bukan duit najib atau duit bn yang diorang pakai, tapi dari duit cukai rakyat, termasuk la duit cukai beli prepaid dan makan mcD.

Jangan kena "gula-gula" cikit nak cium terus tangan pemimpin, rezeki itu ALLAH yang beri, bukan najib atau rosmah yang bagi.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Al-Fatihah, Raja Bola Meninggal Dunia.

Posted: 28 Sep 2012 08:55 PM PDT

Raja bola, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di institut itu.

NONEAllahyarham, 77, menjalani pembedahan itu Selasa lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 10.34 semalam, kata adik iparnya, Datuk Nik Kamaruddin Ismail.
    
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid Kampung Baru, sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya.
    
Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak, dua lelaki dan wanita.
    
Di zaman kegemilangannya di sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an, Allahyarham yang bermain sebagai 'inside forward', merupakan pemain yang licik dan lincah dan sering menggerunkan pihak lawan.
        
Walaupun dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan pada 1935, Allahyarham banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor.
    
Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.
    
Allahyarham pernah merangkul anugerah pemain bola sepak terbaik kebangsaan pada 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lukisan Zunar DIlelong Dengan Harga RM32,000 Malam Tadi.

Posted: 28 Sep 2012 06:56 PM PDT

Sebuah lukisan kartun yang dilukis secara "Live" oleh Zunar di atas pentas majlis makan malam untuk mengisi tabung PRU13 Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi, berjaya dilelong dengan harga RM32,000.

Kesemua wang itu disumbangkan kepada tabung "Pakatan Rakyat ke Putrajaya". 

"Saya tak ambil sebarang komisyen. Menyumbang kepada Pakatan Rakyat adalah satu kehormatan buat saya", jelas Zunar didalam laman facebooknya.




 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment