"tukanglawan" |
Politik Mafia - Kereta Dicalar, Cermin Dipecah dan Tayar Ditoreh Di Pengerang Posted: 30 Sep 2012 08:18 AM PDT Dua tayar kereta yang dinaiki Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ditoreh manakala dua kereta lain dipecahkan cermin depan dan disimbah asid dalam satu kejadian tengah hari tadi di Sungai Rengit, Pengerang. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau menaiki kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang turut bersamanya bagi menghadiri Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit, yang diadakan untuk membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid). "Dua tayar kereta itu ditoreh manakala kereta yang diparkir bersebelah kereta berkenaan turut ditoreh dua tayarnya dan cermin depan turut dipecahkan. "Selain itu, kereta yang dinaiki aktivis Hishamuddin Rais pula disimbah asid," katanya, yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, ketika dihubungi Sinar Harian Online, lewat petang ini. Menurut Salahuddin, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), kejadian itu membabitkan tiga kenderaan termasuk kereta dan kejadian disedari ketika hendak menunaikan solat Zohor di masjid berhampiran. Salahuddin sebelum ini mengumumkan akan bertanding di Johor pada PRU13. Ketika ditanya sama ada laporan polis sudah dibuat mengenai kejadian, Salahuddin berkata, beliau tidak mahu berbuat demikian kerana ingin membiarkan orang ramai menilai sendiri perkara itu. "Apa yang berlaku merupakan lanjutan daripada budaya gengsterisme yang diamalkan apabila politik hujah tidak boleh dijawab oleh pihak tertentu. "Kami terpaksa mengambil masa lama untuk menukar tayar dan membaiki serba sedikit sebelum meneruskan perjalanan pulang kerana esok saya perlu menghadiri beberapa program lagi," katanya yang menganggap kejadian sebagai "ujian kecil." Ujar beliau, apa yang berlaku langsung tidak menjejaskan usahanya untuk meneruskan perjuangan dan memberi pembelaan secukupnya kepada penduduk di Pengerang. Katanya, beliau turut tidak berkecil hati dan sesiapapun tidak boleh mengharap beliau akan berundur ke belakang. "Sejak menyertai politik 30 tahun lalu, sudah banyak perkara telah saya tempuhi. Kebelakangan ini saya turut menerima ugutan pukul dan ancaman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), namun itu semua saya hadapi dengan tenang. "Saya juga bersyukur kerana isteri dan anak-anak faham dengan tugasan saya malahan mereka juga turut memberikan sokongan kepada saya untuk meneruskan perjuangan ini," jelas beliau lagi Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Politik Mafia Cuba "takutkan" Penganjur Himpunan Pengerang Posted: 29 Sep 2012 10:13 PM PDT Nampaknya "puak" seblah sana sangat takut sebenarnya dengan himpunan Hijau Lestari Pengerang. Kurang 24 jam sebelum perhimpunan menentang projek petrokimia di Johor, seorang penganjur menemui sebuah beg plastik berisi bangkai ular di depan rumahnya. Jelaslah mereka yang melakukan ini sedang dalam ketakutan yang amat sangat, bukankah kebiasaan mereka yang cuba "menakut-nakutkan" orang lain hanyalah manusia yang sudah tidak dapat mengawal ketakutan dalam diri sendiri. Bangkai ular yang kepalanya hampir terputus itu ditemui diletakkan bersama risalah yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu di Pengerang esok. Bendahari gabungan NGO Pengerang Chua Peng Sia berkata, timbalan setiausaha kumpulan itu Goh Wan Ting ketika menjumpai beg itu tetapi tidak berani membukanya. Goh kemudiannya menghubungi seorang lagi anggota jawatankuasa r Hong Thian Hwa untuk membantu meneliti kandungan beg itu. "Goh hanya beritahu saya beg itu lembut dan lembab ketika disentuh. "Apabila saya buka beg itu, ada ular sawa dan beberapa keping risalah perhimpunan," katanya. Bukankah tindakan meletakkan bangkai ular ini boleh dilihat sebagai satu "ugutan", kita tahu rata-rata rakyat menolak politik murahan dan bersifat ala "mafia" seperti ini. Persoalanya apakah polis akan mengambil tindakan, menyiasat dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab, atau merelakan sahaja politik kotor ini berlaku kerana mereka dikuasai "tangan-tangan" ghaib yang mereka sifatkan "itulah tangan yang menjamin perut mereka berisi, menjamin mereka hidup atas bumi ALLAH ini?". Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... Atau kita akan terus melihat politik ala "mafia" terus subur dinegara kita kerana BN sedang dalam "nazak" menghadapi detik kematian. AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment