Liang Lahad....

Liang Lahad....


PANAS!!! NAJIB AKUI PEMIMPIN BN DALAM KEADAAN TAKUT DAN TERDESAK.

Posted: 30 Sep 2012 03:09 AM PDT

Najib mengakui pemimpin-pemimpin BN kini dalam keadaan yang terdesak dan "takut turun padang", mungkin mereka tahu bahawa mood rakyat kini berada dalam mood menolak BN dari tampuk pemerintahan Malaysia..

Pengakuan Najib itu didedahkan semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 parti Gerakan..

Najib menggesa pemimpin BN jangan lagi takut untuk turun ke gelanggang..
dia juga menggesa supaya pemimpin BN "lawan apabila anda dalam keadaan terdesak".



Kalau kita lihat,memang ada kebenarannya..
kebanyakan ceramah-ceramah yang diadakan oleh BN kini selalu mempergunakan "katak-katak" menyampaikan fitnah...
menunjukkan pemimpin BN tidak lagi yakin ceramah anjuran mereka mampu menarik rakyat supaya datang mendengar..
tidak yakin untuk berhadapan dengan rakyat...

Itulah sebabnya kini..
kebanyakan majlis anjuran BN sentiasa disediakan hadiah-hadiah cabutan bertuah bagi menarik minat rakyat supaya datang..


MCA KAPAR ANGGAP NAZRI AZIZ LEBIH BAGUS DARI MUHYIDDIN,SOKONG NAZRI SEBAGAI MENTERI PELAJARAN.

Posted: 30 Sep 2012 02:23 AM PDT

MCA Kapar menganggap bahawa Nazri jauh lebih sesuai memegang jawatan Menteri Pelajaran berbanding Muhyiddin Yassin..

Malaysiakini

Ketua bahagian MCA itu Song Kee Chai berkata penerimaan Nazri terhadap penerimaan ke atas tuntutan Dong Zong berhubung pendidikan kaum Cina...
Malah satu banner menyokong nazri dilantik sebagai Menteri Pelajaran turut dipasang bagi menunjukkan kesungguhan sokongan kaum Cina terhadap Nazri..
Nampaknya Nazri juga seakan bergembira dengan gesaan MCA supaya dia dilantik sebagai Menteri Pelajaran,walaupun dia tahu jawatan Menteri Pelajaran itu kini disandang oleh "Bos" dia sendiri,Muhyiddin Yassin....

Ini boleh dilihat dalam reaksi Nazri,apabila menyatakan terima kasih terhadap sokongan itu dan menyatakan MCA Kapar perlu menyatakan sendiri perkara itu kepada perdana menteri...

Siapa yang tidak suka jika Jawatan dinaikkan ye tak..?

Cuma aku nak cai UMNO berfikir sikit..
korang fikirlah bagaimana kalau yang terima tuntutan Dong Zong tu adalah Anwar..?
mesti cai UMNO dan Utusan dah mainkan isu, "Anwar kuda tunggangan Cina" dan "Anwar khianat melayu" 


TAK PERLUKAN KERUSI MEWAH UNTUK DUDUK.

Posted: 29 Sep 2012 08:17 PM PDT

Sultan yang merendah diri..

Tak kisah dengan status beliau boleh bercampur dengan sesiapa sahaja..

Beliau boleh duduk sama rendah dengan rakyat jelata dan tak perlukan kerusi kuning dan mewah....
dimana rakyat duduk,disitulah beliau duduk..

Gambar Sultan Muhammad V bersama Nik Aziz di hadapan rumah Nik Aziz ketika
melawat Nik Aziz di rumahnya semalam..


Berita Sultan lawat Nik Aziz di rumahnya semalam ada [DI SINI]

kemaskini

ANWAR CERITAKAN BAGAIMANA GELAGAT NAJIB CABUT LARI BILA DIAJAK DEBAT

Posted: 29 Sep 2012 06:40 PM PDT


SHAH ALAM 30 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menolak cabaran debat dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan bajet 2013 dibuatnya di Parlimen Jumaat lalu.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR).

"Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).


"Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah," katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.

Beliau berkata, selaku Ketua Pembangkang dia akan mengulas secara panjang lebar mengenai bajet 2013 yang dibentangkan Najib dalam sidang dewan pada Isnin ini serta berharap Perdana Menteri menghadirinya.

"Saya masih ingat semasa saya jadi Menteri Kewangan, saya tidak pernah tidak hadir ulasan awal Ketua Pembangkang walaupun pedih telinga (mendengar). Masa itu YB Lim Kit Siang jadi Ketua Pembangkang.

"Bukan senang nak dengar tetapi saya fikir oleh kerana dia dengar ucapan kita selaku Menteri Kewangan maka wajarlah untuk menghormati sistem demokrasi dan memuliakan Parlimen," lata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Selangorku.

No comments:

Post a Comment