Nota Kecil |
- Hari Ulang Tahun ke-38 saksi MPSP dalam peta dunia
- Sebangsa, Senegara, Sejiwa: Cerminan Aspirasi Rakyat Malaysia.
- Usul Tidak Percaya: Cepatkan Muhyiddin sebagai PM
Hari Ulang Tahun ke-38 saksi MPSP dalam peta dunia Posted: 09 Aug 2012 06:44 PM PDT
HARi ulang tahun ke-38 penubuhan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam negara ini yang dimuatkan dalam peta dunia. Yang Dipertuanya, Maimunah Mohd. Shariff berkata, pengiktirafan peringkat global itu sekaligus menjemput wakil Majlis untuk menghadiri satu persidangan berprestij di Bacelona dalam tahun ini. "Kita sangat gembira kerana MPSP dimuatkan dalam peta dunia. Kita dijemput ke Bacelona untuk menyertai pembentukan jawatankuasa baru (mengenai PBT) di peringkat dunia. "Sesungguhnya kos menghantar wakil kita (MPSP) ke Bacelona bukanlah begitu murah. Maka, kita akan cuba mencari tajaan selain mendapatkan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) jika boleh," ujar beliau semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di Dewan MPSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam. Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow turut menyampaikan ucapan kemuncak seteresnya merasmikan majlis penuh istiadat itu. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Ir. Rozali Mohamud (Setiausaha Majlis MPSP) serta Ahli-Ahli Majlis lain turut hadir pada majlis tersebut. Kon Yeow turut melancarkan Laporan Setengah Tahun 2012 Penilaian Pencapaian FOKUS MPSP pada majlis tersebut. Beliau berkata, beliau yakin bahawa komitmen padu MPSP mampu mengubah persepsi umum kononnya 'Seberang' dipinggirkan dari arus pembangunan yang cuba diusahakan oleh Kerajaan Negeri. "Persepsi awam melihat 'Pulau' lebih maju tetapi saya percaya komitmen MPSP boleh memajukan 'seberang' sama maju dengan 'pulau'," ujar beliau. Pada majlis tersebut, para pegawai serta kakitangan sokongan majlis yang memberi perkhidmatan cemerlang turut dihargai melalui pemberian anugerah serta sumbangan. Kejayaan MPSP itu sekaligus menjadi satu lagi rekod kecemerlangan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tuan Lim Guan Eng yang kini berusia kira-kira empat tahun. -END | ||
Sebangsa, Senegara, Sejiwa: Cerminan Aspirasi Rakyat Malaysia. Posted: 09 Aug 2012 05:08 PM PDT Anuar Omar Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara Sejak sekian lama, Rakyat Malaysia tidak pernah mengkritik apa-apa slogan ciptaan kerajaan berhubung apa jua tema bagi apa sahaja acara. Malah, Rakyat Malaysia mengiyakan sahaja apa jua slogan di buat. Tetapi, pada tahun ini menjelang Hari Kebangsaan ke 55, Rakyat tiba-tiba bangun mengkritik slogan ciptaan pemerintah iaitu ' 1 Malaysia: Janji Ditepati'. Rakyat merasakan bahawa slogan tersebut lari dari maksud sebenar menyambut Hari Kemerdekaan. Hal ini menjadi tamparan hebat kepada pemerintah, lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan berakhir 'iddahnya' kurang tujuh bulan lagi. Kebangkitan rakyat pada hari ini tidak dapat dibendung lagi. Rakyat dari pelbagai kaum menentang pemerintah yang zalim, menindas dan mengamalkan rasuah. Keadaan ini seolah-olah sama seperti kebangkitan rakyat menuntut kemerdekaan pada era 40-an dan 50-an. Kebagkitan yang lahir daripada masyarakat Melayu, Cina, India serta masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak seolah-olah menunjukkan kesatuan seperti Malayan Union menentang penjajah british suatu masa dahulu. Rakyat sudah tidak tahan melihat 'kemungkaran' yang dilakukan pemimpin Barisan Nasional yang ternyata hanya mementingkan kedudukan mereka sehingga mengenepikan banyak hak rakyat. Bermula dengan Dasar Pecah dan Perintah, Rakyat dari ketiga-tiga bangsa utama negara cuba diasingkan mengikut etnik sehingga ianya menjadi barah apabila ketiga-tiga kaum ini sering berselisih faham sehingga terjadinya tragedi berdarah '13 Mei' dan tragedi 'Kampung Medan'. Rakyat yang berbilang kaum sering mencurigai diantara satu sama lain akibat dasar sempit dibawa oleh Umno, MCA, MIC dalam Barisan Nasional. Hasilnya, sikap cemburu dan dengki diantara satu sama lain tidak lagi dapat dibendung. Dalam suasana genting sebegitu, lahir Pakatan Rakyat (PR) yang dikongsi Pas, PKR dan DAP membawa harapan baru kepada Rakyat Malaysia. Mereka menjadi pemangkin kepada kebangkitan Rakyat pada masa ini setelah dinafikan BN sejak lebih 55 tahun dahulu. Hari ini juga, Pakatan Rakyat menawarkan kepada kita tema sambutan Hari Kemerdekaan sendiri. Tema dan slogan tersebut mencermikan aspirasi dan kehendak rakyat Malaysia sejak sekian lama. Pakatan Rakyat cuba menyelamatkan Rakyat Malaysia dari terus ditindas, dizalimi, ditipu dan lain-lain lagi oleh pemerintah. Mereka juga cuba memberi kembali 'hak rakyat' yang dirampas Umno dan BN. Sebangsa, Senegara, Sejiwa- membentuk idea baru penyatuan semua bangsa, kaum, agama dan latar belakang bagi membina sebuah negara bahu setelah lebih 55 tahun 'dihancurkan' pemerintah BN. Semua rakyat inginkan keamanan dan kemakmuran supaya ianya dapat dikongsi oleh setiap lapisan masyarakat dan bukannya dibolot oleh sesetengah pihak sahaja seperti yang berlaku di Malaysia pada masa ini. Rakyat juga bersatu menentang ketidakadilan, ketidaksamarataan dan pelbagai kehancuran yang dilakukan pemerintah. Negara yang aman dan makmur ini patut dikongsi oleh semua kaum berpandukan Perlembagaan Negara. Ayuh semua, kita tumbangkan Kerajaan Korup, pemerintah zalim dan pentadbir yang rasuah demi masa depan negara kita yang lebih aman dan makmur. Kita kongsi nikmatnya bersama dengan perasaan kasih-sayang sesama kita. Umno dan BN sudah hilang kredibiliti sebagai pemerintah, merakalah punca perpecahan sesama kita dan mereka jugalah yang merompak segala hasil 'kekayaan' kita. Jangan lagi kita percaya dan berharap dengan janji manis mereka. Kita lepaskanlah tanggungjawab memerintah negara kepada golongan yang lebih baik, amanah, jujur dan adil kepada rakyatnya. Kita sokonglah kerajaan Pakatan Rakyat kerana hanya merekalah harapan baru bagi kita. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-55. Malaysia Baru dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Kerajaan Rakyat untuk Rakyat Malaysia. Usul Tidak Percaya: Cepatkan Muhyiddin sebagai PM | ||
Usul Tidak Percaya: Cepatkan Muhyiddin sebagai PM Posted: 09 Aug 2012 04:28 PM PDT Hal ni bertambah kronik apabila BN mendapat seorang pengerusi yang 'takut bini' dan flip-flop menjadikan keadaan bertambah haru-biru. Pegerusi yang ada pada masa ini juga dikatakan tidak tahu mengawal keadaan. Ada juga yang melabel Pengerusi BN sebagai pembawa 'malang'yang besar kepada BN dengan pelbagai skandal dan sering dibayangi 'suami' beliau dalam setiap keputusan yang diambil. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedar dengan keadaan ini dan beliau menjangkakan bahawa Umno/BN tidak akan memenangi hati Rakyat jika Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak masih lagi mengetuai BN dan Kerajaan. Menurut seorang sumber Umno yang aktif di peringkat pusat menyatakan, Tun Dr Mahathir sedang mengatur startegi untuk menyingkirkan Najib dari mengetuai BN dan Kerajaan. Taktik sama yang dilakukan untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Perkara ini dijangka akan berlaku sedikit masa lagi sebelum seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'menawan' lebih ramai Ahli Parlimen BN terutamanya dari Sabah dan Sarawak. Sesuatu perlu dilakukan sebelum semua perkara idak diingini berlaku. Justeru, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pemimpin yang akan diangkat oleh Tun Mahathir untuk mengetuai BN dan Kerajaan. Antara masa sesuai untuk 'menurunkan' Najib dari takhta adalah sebelum pembentangan Bajet pada Oktober 2012. Caranya, usul tidak percaya akan dilakukan oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam mensyuarat khas Umno yang dijadualkan selepas Aidilfitri dan sebelum Aidiladha nanti. Strategi yang disusun memungkinkan TS Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri sebelum Parlimen dibubarkan. Menurut sumber tersebut lagi, ahli Umno sendiri sudah bosan mendapat seorang pemimpin yang sebegitu sehingga menjejaskan kempen mereka di akar umbi. Justeru, rata-rata mereka menyokong strategi yang telah disusun itu. Sama-samalah kita nantikan apa yang bakal terjadi kepada 'bangkai kapal karam' ini. Rakyat sudah tidak sabar lagi untuk mengundi dan rakyat juga tidak sabar untuk menjatuhkan Umno/BN dalam PRU akan datang. Artikel berkaitan: |
You are subscribed to email updates from faqar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment