Liang Lahad.... |
- NAJIB AKUI BUDAYA FITNAH TIADA DALAM PAKATAN RAKYAT
- SIAPA SEBENARNYA TINDAS MELAYU - KONTRAKTOR MELAYU P. PINANG MAMPU BERSAING BERBANDING ERA BN
- NAJIB TIDAK HADIR DEWAN RAKYAT - MUNGKIN AMALKAN NASIHAT ORANG TUA-TUA.
NAJIB AKUI BUDAYA FITNAH TIADA DALAM PAKATAN RAKYAT Posted: 01 Oct 2012 09:24 AM PDT Najib tidak sedar.. dalam dia mahu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.. secara tidak langsung Najib telah mengakui satu perkara, iaitu... Pakatan Rakyat tidak mengamalkan sikap fitnah memfitnah di dalam berkempen... Walaupun Najib cuba memburukkan Pakatan Rakyat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa senjata pembangkang hanya Kutuk,Hasut dan Janji... Tetapi Najib langsung tidak menyentuh tentang fitnah... Ini kerana Najib tahu... Pakatan Rakyat tidak menjadikan fitnah sebagai budaya seperti partinya sendiri,iaitu UMNO... segala dakwaan dan pertuduhan yang dikemukakan PR ke atas salah laku pemimpin BN adalah benar dan sememangnya ada kes.. Baca ni.. tidaklah bermakna kita setuju dengan "senjata Kutuk,Hasut dan Janji" yang dimaksudkan Najib tu... itu bukanlah senjata utama kita... Pakatan Rakyat berjuang atas prinsip keadilan untuk semua dan berlandaskan kebenaran.. itulah senjata kita sebenarnya,bukan seperti apa yang Najib nyatakan itu.. Namun... jika kita diminta huraikan apa yang Najib nyatakan tu pun boleh.. tak ada masalah... mudah sangat.. Pertama : Kutuk - Kita mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang mengaut harta rakyat untuk kepentingan diri sendiri,kita mengutuk sesiapa yang makan rasuah,seleweng dan tidak amanah... seperti kes skandal NFC,Scorpene dan PKFZ. Kedua : Hasut - Kita menghasut dan mengajak rakyat supaya berubah dari sesuatu yang buruk,zalim dan korup kepada sesuatu yang lebih baik dan adil untuk semua.. Ketiga : Janji - Kita berjanji kepada rakyat jelata bahawa kezaliman di dalam sistem negara kita ini akan diubah kepada satu sistem yang adil dan yang lebih baik untuk semua.. kita berjanji,BN pun berjanji,semua orang berjanji kerana janji itu adalah ikatan kepada hari ini kepada sesuatu yang bakal dilaksanakan pada hari esok.. Tapi yang penting... Najib dah sahkan kepada cai-cai UMNO bahawa fitnah memang tiada dalam kamus perjuangan Pakatan Rakyat.. Kah..kah..kah.. | ||
SIAPA SEBENARNYA TINDAS MELAYU - KONTRAKTOR MELAYU P. PINANG MAMPU BERSAING BERBANDING ERA BN Posted: 01 Oct 2012 05:03 AM PDT Memang pelik.. tetapi pelik yang benar... Kontraktor Melayu yang selama ini tertindas di Pulau Pinang ketika era pemerintahan BN,kini mereka diberikan peluang bersaing secara adil dan mereka juga kini mampu memenangi tender besar sehingga berpuluh-puluh juta... dan mereka ini bersaing di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang mana Ketua Menterinya adalah dari pimpinan DAP yang selalu difitnah oleh UMNO sebagai musuh kaum melayu.. Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng.. Malahan dalam tender terbuka ini,ada kontraktor Melayu yang telah berjaya mendapatkan tender membuat jalanraya yang bernilai RM20 juta walaupun bersaing dengan kontraktor bukan melayu yang lain.. Itulah.. melalui sistem yang adil,kita akan dapat hak kita dengan seadilnya.. Namun,jika melalui sistem yang diamalkan oleh UMNO,sesuatu kontrak itu diberi melalui rundingan terus.. dan rundingan terus ini sudah tentulah tidak diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang tidak dikenali,ianya hanya diberikan kepada sahabat-sahabat baik pemimpin Kerajaan BN,atau kata lain, "kroni". Jangan jadi melayu yang bodoh yang takutkan perubahan.. akibat dah terlalu lama makan ikan bilis dan ikan masin... apabila orang nak bagi ayam masak merah yang sedap pun kita jadi takut nak terima... Kontraktor Melayu P. Pinang Mampu Bersaing, Dapat Projek Berjuta-juta.KUALA LUMPUR, 1 OKT : Keupayaan daya saing kontraktor Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat adalah satu kebanggaan kerana mereka mampu mendapat kerja-kerja infrastruktur yang besar.Jika sebelum ini kontraktor Melayu hanya dapat hidup dengan kontrak class F di bawah nilai RM 200,000, sekarang dengan sistem tender terbuka mereka mampu mendapat kontrak yang besar. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kebanyakkan kontraktor Melayu memenangi kontrak pembangunan negeri hasil daripada langkah tander terbuka sekarang berbanding sistem 'kabel Umno' sebelum ini. Beliau yang juga MP Bagan menjelaskan, kontrak kerja jalan terbesar di Pulau pinang dengan nilai lebih RM 20 juta dibawah persaingan tender terbuka dimenangi oleh kontraktor Melayu. Kontrak pembangunan jalan bernilai RM 20 juta di Jalan Son Ban Kheng, Bukit Mertajam yang dilebarkan dari dua lorong kepada empat lorong dan pembinaan dua jambatan. "Ini merupakan suatu perkara yang perlu diraikan di Malaysia kerana dia bersaing dengan kontraktor Cina dan bukan Melayu tapi dia boleh menang kerana harganya paling rendah. "Kita buktikan bahawa kontraktor Melayu kelas A, B dan C boleh bersaing. "Dari jumlah yang diberikan 70 peratus bukan sahaja daripada jumlah tapi nilai," katanya dalam sidang media di luar Dewan Rakyat hari ini. Isu kontraktor Melayu Pulau Pinang dibangkitkan oleh MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyatakan mengikut garis panduan projek kurang RM 200,000 perlu diberi kepada kontraktor bumiputra kelas F. Guan Eng berkata kerajaan negeri telah mengamalkan sistem berkenaan. Selangorku. | ||
NAJIB TIDAK HADIR DEWAN RAKYAT - MUNGKIN AMALKAN NASIHAT ORANG TUA-TUA. Posted: 01 Oct 2012 04:35 AM PDT Najib tidak datang ke Dewan Rakyat sewaktu Anwar Ibrahim membahaskan Bajet 2013 pagi tadi... Jumaat lalu ketika membentangkan bajet 2013.. Najib menggunakan kesempatan yang ada untuk menyindir Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Dan oleh kerana itu Anwar meminta Najib hadir pada hari ini untuk mendengar perbahasan Bajet 2013 dan mempertahankan bajet yang dibentangkannya.. "Saya cabar Najib hadir bagi mendengar ulasan saya mengenai Bajet 2013, dia nak cakap (mencelah), saya bagi peluang untuk dia berhujah, barulah boleh jadi pemimpin. Ini huha huha depan geng dia, depan aku hang tak berani," katanya di Taman Medan, sempena Jelajah Merdeka Rakyat peringkat Selangor semalam. Ketika di Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam pada Jumaat lalu pula Anwar berkata, selain mengharapkan ahli Parlimen Pekan itu hadir, beliau turut akan memberi ruang kepada Najib untuk mengulas dan mencelah semasa beliau berucap. "Semasa saya jadi menteri kewangan, saya tak pernah tak hadir ulasan awal ketua pembangkang. Saya fikir oleh kerana ucapan dia kita dengar, maka wajar hormati sistem demokrasi. "Saya nak nasihat Najib untuk hadir dan saya akan bagi ruang untuk dia ulas dan sanggah sepenuhnya pada masa itu," kata Anwar lagi. Namun seperti yang telah diduga oleh rakyat marhaen,bahawa PM mereka memang benar-benar seorang yang pengecut dan hanya berani bertempik ketika orang lain tidak boleh mencelah atau menanyakan soalan..
Anwar pun memang sudah mengetahui sikap pengecut Najib ini.. itulah sebabnya pada jumaat lalu Anwar "cabar" Najib untuk hadir pada pagi tadi.. sebab memang dah tahu dia tidak akan hadir punya... Kita tak menyangka cakap-cakap orang bahawa PM kita ni pengecut dan bacul itu rupa-rupanya memang benar.. Dengan bini dia takut.. ajak debat pun takut.. nak berbahas dalam dewan rakyat pun takut... Kalau setakat berani jerit di perhimpunan UMNO je tak payah ler.. kalau setakat macam tu,Ibrahim Ali pun boleh... Mungkin Najib mendengar nasihat orang tua dulu-dulu kot.. orang-orang tua kata "kalau kita tahu kita ni bodoh,kita jangan berbahas dengan orang yang lebih pandai dari kita,nanti malu kita.." Mungkin juga najib ambil kata-kata orang tua tu sebagai pegangan hidup dia... |
You are subscribed to email updates from liang lahad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment