"tukanglawan"

"tukanglawan"


Rakyat Sabah Dapat Jalan Raya Terbaik Di Malaysia, Ini Betul.

Posted: 01 Oct 2012 08:21 AM PDT

Azmin Ali di dalam Dewan Rakyat telah mendakwa sebatang jalan yang dirasmikan oleh ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini menelan belanja pembinaan  keterlaluan.

Pembinaan sebatang jalan sepanjang 0.9km  yang dibinamenuju ke bangunan DUN Sabah itu dibina dengan kos RM14.9 Juta.

"Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwa Azmin ketika mengemukakan soalan tambahan.

Ala, apa nak pelik , itu adalah jalanraya terbaik pernah dibina oleh kerajaan bn, kalau nak tahu garisan tengah jalan tu dicat dgn cat emas, divider diperbuat dari Titanium bersalut white gold dan plat-plat pembalik cahaya dilapis dgn berlian, pasal tu leh mahal.

Kah..kah..kah... , biasalah, RM0.9 juta buat jalan, yang lebih tu bagi-bagi dekat kroni la... pelik ke.. malaysia ni tak pelik kalau projek harga tak munasabah, betullah kata Azmin Ali, 
perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur.

Jika ini betul.. ia betul-betul haram jadah..


 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib Benar-Benar Takut Dengan Najib, Debat Takut, Bahas Belanjawan Pun Takut

Posted: 01 Oct 2012 06:21 AM PDT


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Najib Razak Jumaat lalu.

"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.
Namun tambahnya, mereka (penyokong kerajaan itu) bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.

Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.


"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.

Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.


"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Rafizi Ramli Pula Jadi Mangsa Fitnah

Posted: 01 Oct 2012 05:10 AM PDT

Kalau tidak memfitnah bukanlah umno namanya,  budaya fitnah memfitnah ini sudah jadi darah daging umno, mereka tidak boleh hidup kalau tidak memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.

Kenapa umno dan bn suka memfitnah? , senang sangat untuk jawab soalan tu, kerana mereka kini sudah habis modal, untuk terus selamat mereka akan fitnah siapa sahaja yang dirasakan akan mengancam mereka.

Kali ini rafizi ramli pula difitnah, cuba lihat gambar dibawah.


Apa mahu jadi negara ini, budaya politik sudah busuk diacu oleh umno, mereka sejak zaman mahathir kutty mengaibkan orang, menyebar cerita-cerita bohong bagi menjatuhkan imej orang lain.

kebelakangan ini, politik samseng dan politik mafia bermaharajalela... apakah kita mahu benarkan politik seperti ini dicemari? dalam keadaan terdesak, politik ganas dan fitnah jadi mainan umno untuk meracuni pemikiran rakyat.

Mereka menuduh, tapi bila diminta bangun untuk beri bukti, mereka menyorokkan kepala dibawah meja.. masih mahu pilih umno mengepalai kerajaan negara ini?

Ubah segera kerana negara diambang kehancuran akibat rejim umno yang gila dan terdesak itu.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ezam dan Hassan Ali tersenarai Calon MB bn Selangor

Posted: 30 Sep 2012 10:31 PM PDT


Is Noh bin Omar kata Umno Selangor ada banyak tokoh yang boleh dilantik menjadi menteri besar. Ada tokoh korporat, ada tokoh agama, ahli akademi dan juga profesional. Jadi katanya Pakatan Rakyat tidak perlu heboh bertanya fasal siapa bakal dilantik menjadi MB Selangor. Yang penting katanya biar menang dulu. Iya tak iya juga kalau sebelum menang tak perlu heboh fasal siapa MB.

Mungkin mengikut firasat Is Noh sendiri bahawa sukar untuk Umno merampas balik Selangor. Penerimaan rakyat kepada Khalid Ibrahim dan simpati umum kerana selalu dipermainkan pihak tertentu menyebabkan kedudukan Khalid semakin kukuh dan mantap. Simpati tinggi dari rakyat diterima Khalid.

Mengenai siapa MB, Noh sendiri disebut-sebut untuk dilantik menjadi MB Selangor. Kedudukannya sebagai timbalan pengerusi Umno Selangor adalah sesuai dan 'tanggung' untuk dilantik menjadi MB. Tetapi soalnya Is Noh sendiri tidak yakin dia dapat menang di salah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang.

Katanya dalam PRU 12 lalu nama Noh sudah dicalonkan untuk bertanding disalah satu kerusi DUN dalam parlimen Tanjung Karang dan diura-urakan untuk dilantik jadi MB, tetapi beliau tidak mahu. Mungkin Noh dapat merasai Umno akan kalah dan Selangor terlepas. Ternyata rasa hati kecil Noh itu benar apabila Umno tertumus makan pasir di Selangor.

Kalau dia bertanding DUN baru-baru ini dan menang paling tinggi kedudukannya sebagai ketua pembangkang di DUN Selangor sahaja. Jadi kerana masih dihinggap trauma itu menyebabkan Is Noh sendiri tidak begitu ghairah untuk bertanding DUN meskipun disebut-sebut akan dijadikan MB.

Apabila Is Noh mengatakan Umno Selangor ada tokoh untuk dilantik menjadi MB, kita dapat mengenali nama-nama atau tokoh itu. Ia tentu sekali bukan Mohd Zain Abdullah atapun ketua pembangkang di DUN sekarang ini yang bernama "bin Diman" itu. Kedua mereka ini jauh lebih rendah martabatnya dari Is Noh sendiri.

Nampaknya Mohd Zain Abdullah yang dikenali dengan nama Mohad Zain Badak di kalangan Umno seakan cuba capture dirinya untuk dijadikan MB Selangor. Acap juga dia bangkit membuat kenyataan akhbar mengkritik kerajaaan Selangor. Namun semua kritikannya tidak ada ummppp dan diketawa oleh budak-budak.

Selain Mohd Zain Badak, dan ketua pembangkang Bin Diman itu, ada dua lagi yang dilihat berhajat dan mempunyai nafsu besar untuk menjadi MB Selangor. Mereka merasakan layak kerana status dan juga latar belakang mereka. Secara tidak langsung dua orang ini juga termasuk dalam kategori disebut Is Noh itu.

Mereka ialah Mohamad Ezam Mohd Noor bekas ketua angkatan muda Keadilan dan seorang lagi Hasan Akidah. Ezam lebih tua berbanding Hasan dari segi tempoh menyertai Umno. Kononnya beliau menjadi harapan anak muda Selangor untuk dilantik menjadi MB. Manakala Hasan Akidah lebih muda bahkan masih pun belum menyerahkan borang Umno meskipun kalau sudah diisi.

Atau pun keahlian Hasan sebelum ini, sebelum dia menjadi ahli Pas masih ada atau dihidupkan semula. Elok kalau Umno mempertaruhkan Hasan Akidah untuk jadi MB. Kerana sebelum ini pun dia begitu terhingin untuk menjawat jawatan itu dan merasakan dia lebih layak kerana sedari kecil lagi sudah membaca khutbah Jumaat serta merasai lebih Islami dari orang lain.

Apakah bila Is Noh Omar mengatakan partinya ada tokoh dari berbagai bidang untuk dilantik menjadi MB itu ia termasuk dua tokoh politik imigran atau nomad ini? Ezam boleh dikategorikan sebagai seorang ahli pofesional. Kebijaksanaannya boleh dilihat bagaimana enam kotak kosong boleh dihidupkan menjadi isu. Namun usaha untuk membawa Ezam ke tempat itu nampaknya layu sebelum berkembang. Orang Umno Selangor tidak dapat menerima pelarian nomad seperti Ezam. Ezam sendiri sebenarnya tersalah lorong ketika masuk Umno kerana orang yang hendak dijadikan god father berundur lebih awal.

Sementara Hasan Akidah pula boleh dikategorikan sebagai ulama kerana betapa obsesnya dia hendak memperbetulkan dan memurni aqidah umat Islam. Tidak ada tokoh didalam Umno yang memiliki kepakaran seperti Hasah Akidah itu. Hanya orang berada di tahap mutakim saja boleh mencheck akidah orang lain.

Soal dia masih belum menjadi ahli Umno tidak menjadi masalah, Umno boleh mengambilnya menjadi winnable candidate di dalam pilihan raya akan datang dan letaklah bertanding di Gombak Setia kerusi yang dimenanginya atas tikit Pas sekarang ini.

Ezam hendak letak di mana pula? Kerusi paling sesuai bagi Ezam ialah Bukit Antarabangsa berdepan dengan Mohamed Azmin Ali yang juga antara orang yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi MB Selangor kalau Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kekuasaan di Selangor. Kalau Ezam dapat menewaskan Azmin lantiklah dia sebagai MB Selangor. Ezam juga merasakan dia lebih perfect dalam politik berbanding dengan Azmin. Urkhhhhhhh.... khabarnya Mat Said yang sakit telinga sudah beransur pulih.

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ahli Perlimen BN Keluar Dewan Ketika Pembentangan Belanjawan 2013?.

Posted: 30 Sep 2012 09:35 PM PDT

Cuba lihat gambar dibawah, gambar ini diambil ketika sesi pembentangan atau pembahasan Bajet 2013 oleh Dato Seri Anwar Ibrahim di Parlimen sebentar tadi.


Mana pergi ahli parlimen BN?  keluar sarapan ke?, sudahlah "tukanglawan: tak nampak najib hari ini, sekarang tersiar pulak gambar kerusi kosong... agaknya ahli parlimen BN nei memang halimunan agaknya....

Kah..kah..kah,.. apa sudah jadi nei.


 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Siaran Langsung Perbahasan Bajet 2013 Pakatan Rakyat Oleh Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 30 Sep 2012 08:03 PM PDT

Dato Seri Anwar Ibrahim akan berucap secara langsung dari parlimen untuk sesi Perbahasan Bajet 2013 hari ini, Isnin 1 Oktober 2012, Jam 11:30 pagi.

Sila klik Video dibawah untuk mengikuti siaran perbahasan langsung dari Parlimen Malaysia


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Anwar Cabar najib Dengar Perbahasan Bajet Pakatan 2013

Posted: 30 Sep 2012 07:38 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri hadir ke perbahasan Bajet 2013 yang akan dibentangkan olehnya pagi ini. 

 "Esok (hari ini) 11.30 pagi, saya sebagai Ketua Pembangkang akan hadir di Parlimen.

"Saya cabar Najib hadir bagi mendengar ulasan saya mengenai Bajet 2013. Dia nak cakap (mencelah), saya bagi peluang untuk dia berhujah, barulah boleh jadi pemimpin. Ini huha huha depan geng dia, depan aku hang tak berani," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin di Taman Medan, sempena Jelajah Merdeka Rakyat peringkat Selangor semalam.

Ia ekoran tindakan Najib memanipulasi pembentangan Bajet BN Jumaat lalu sebagai medan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Malah Ketua Umum KEADILAN itu bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran debat itu.

Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat yang berkesempatan hari ini agar hadir dan mendengar penjelasan beliau melalui saluran media alternatif .
 
Ini kerana ulasan beliau enggan dilapor media arus perdana termasuk RTM yang dibayar hasil wang pembayar cukai.

Dalam sesi itu, Anwar juga akan menyentuh mengenai pembatalan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penurunan harga kereta, isu air, dan dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lagu Tema PRU13 - Semarak Reformasi.

Posted: 30 Sep 2012 06:52 PM PDT

Mungkin ada kawan-kawan yang masih belum menonton video clip lagu tema PRU13 yang berjudul Semarak reformasi. 

Video clip yang enarik ini menyusuri kembali sejarah pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kewangan ketika itu. 

Bermula dari pemecatan tersebut Dato Seri Anwar telah difitnah dan dihumban selama 6 tahun ke dalam penjara, sebelum dibebaskan kemudian setelah didapati tidak bersalah. 

 Mari kita tonton video clip berkenaan, apa yang pasti lagu tema ini tidak akan buat anda muntah seperti lagu ciptaan rais yatim yang membodek umno. 


 Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment