"tukanglawan" |
- Bila hassan ali Melawak Lagi, mca Bahayakan umno
- Mesti Baca!! Dosa umno Tertebus Dengan RM30
- Kroni Diutamakan, Peneroka Felda Diperbodohkan, Itulah Sikap umno.
- Kes Rayuan Pembunuhan Altantuya Ditangguhkan Sebab bn Takut Kalah.
- Pena Bercabang Si Madey Pelupa
- MAIPS Lemah, Itulah Padah umno Memerintah.
- Skandal RM40 Juta umno Sabah, Integriti Dan Reputasi Bank Negara Kini Dipertaruhkan
- Polis Tahan Suspek Buang Bayi Di Kangar
- Cina Pertahan Tok Guru, Melayu Umno Jadi Bisu
Bila hassan ali Melawak Lagi, mca Bahayakan umno Posted: 26 Oct 2012 10:37 AM PDT Bila pemimpin mca menghina-hina hudud, maka seluruh umat umno diam membisu, ularmak-ularmak muda dalam umno pun jadi batu, sepatah haram tidak mahu ulas isu presiden mca pelakon porno hina Islam. Bagaimana pemimpin umno dan ularmak muda umno nak tentang kata-kata soi lek, bila nak bersuara, nanti soi lek kata mahadey pun hina islam, jadi ularmak muda dan pemimpin umno rasa diam itu lebih baik, hina Islam tak apa, jangan hina melayu. Maka tidak boleh pula hassan ali al-akidaki diam , nanti nampak sangat hassan ali hanya pandai melaga-lagakan parti dalam pakatan rakyat, hassan ali nak menenpelak soi lek tak berani pula dia, taraf soi lek lebih tinggi dari hassan ali. Maka hassan ali pun cipta lawak sekali lagi, kali ini ikut kata-kata hatinya, hassan ali bercakap ikut firasat, mungkin juga ilham dalam mimpi. hassan ali dapat idea, mahu ketegangan dan tekanan perihal perangai buruk soi lek yang dari dulu, kini dan selamanya hina islam itu reda, maka hassan ali kata mca dan dap tiada bezanya. Harapan hassan ali nanti orang anggap DAP dan mca tu sama saja. Mana boleh sama, mca yang dari dulu bersama umno gagal memahami islam dalam negara yang agama rasminya islam, mana mahu faham bila umno pun wujud dari penjajah british semata-mata mahu menyambut kemerdekaan yang diperjuangkan golongan kiri dan meneruskan dasar british dinegara ini. Sedangkan pemimpin dalam DAP dan pemimpin bukan Islam dalam pakatan pula sedikit-demi sedikit sudah mula memahami Islam melalui kerjasama yang dijalin mereka. Kalaulah benar "firasat" dari gerak hati hassan ali al-akidaki bahawa mca itu sama seperti DAP, suruh saya soi lek bubur mca dan ajak ahli mca masuk DAP, itukan lebih mudah, lebih cepat umno itu roboh. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Mesti Baca!! Dosa umno Tertebus Dengan RM30 Posted: 26 Oct 2012 10:31 AM PDT Tak gunalah kalau kerajaan umno porno yang bodoh itu bila jalan raya segenap ruang, sebab kelak rakyat akan dikenekan tol. Tak guna juga canang kerajaan umum nak tingkatkan bekalan daging lembu untuk pasaran negara, kerana yang dapat projek tu "laki" si menteri, Tak guna juga kerajaan umum konon dia lah yang majukan negara bina bangunan tinggi-tinggi, walhal yang kita tahu yang bina bangunan tinggi-tinggi itu pelabur. Tak guna itu semua, sebab apa yang dibuat tak banyak mana manafaat pun pada rakyat, yang lebih dapat manafaat si kroni dan yang banyak duit, sebab itu dalam negara ni yang miskin tambah miskin, yang dah kaya jadi towkey gula. Kalau umno dan bn tu dipilih lagi, selamanya rakyat miskin akan petik pucuk ubi buat lauk, untung sedikit makan daging yang entah gred berapa, dan malangnya mereka berpuas hati dengan apa yang ada. Bukan kita tak mahu bersyukur, tapi bila ada peluang untuk ubah kehidupan kenapa tak mahu ubah. Kenapa bilaPakatan mempunyai beberapa pendekatan untuk ubah hidup rakyat kita tolak? sombong betul kita nei , atau bodoh kerana selalu dimomokkan media? Rafizi berkata, "Malaysia perlu bertukar daripada ekonomi yang bergantung kepada komoditi kepada negara modal insan yang inovatif dan kreatif. " Bagaimana tu, Pakatan akan mereformasi sistem pendidikan, memberi pendidikan percuma dan menghapus PTPTN, ini sekaligus dapat memberi lebih peluang kepada rakyat untuk mendapat kelulusan dan kemahiran yang tinggi bagi menyediakan mereka masuk ke alam pekerjaan, takkan kita berpuas hati bila sekadar lulus SPM yang sekarang pun dah tak ada nilai? Sementara itu untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, Pakatan berhasrat melaksanakan gaji minima RM1,100 yang dijangka dapat melepaskan rakyat daripada garis kemiskinan. Menurutnya, Pakatan juga akan mengurangkan kos sara hidup antaranya penurunan harga minyak, cukai kereta serta penghapusan tol. Pada fikiran "tukanglawan" eloklah tu, kerana kerajaan malaysia ni macam nak meniaga dengan rakyat, semua barang dinaikkan, sampai yang paling asas pun, alasan yang digunakan oleh kerajaan cuma alasan bodoh, konon " harga dinaikkan kerana " kerajaan nak rakyat jaga kesihatan" lebih baik cakap je "harga barangan dinaikkan sebab kerajaan nak lebih untung" itu kan lebih jujur. Duit poket rakyat tak pernah pun umno ni kisah, yang penting kroni kaya, lihatlah saman AES yang sekarang jadi rungutan, sekali lagi tukanglawan nak cakap, kereta zaman moden ini bukan lagi kuno, jadi letak speed limit dijalan yang boleh lari sampai 120 km/h dengan selamat bila diletak had laju 80 km/h itu sengaja la nak kenekan rakyat, hakis duit rakyat lepas ramai yang dibodohkan dengan BR1M Mengupas mengenai kebajikan wanita, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Pakatan berhasrat membelanjakan sehingga RM4.5 bilion peruntukan dalam Belanjawan 2013, merangkumi Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN) yang menelan kos RM3 bilion dan Skim Elaun Penjagaan Anak (SEPA) melibatkan peruntukan RM940 juta setahun. Menerusi SCWN, beliau berkata, Pakatan berhasrat memberi caruman sebanyak RM600 setahun kepada suri rumah sebagai persediaan keselamatan sosial termasuk kematian suami, penceraian atau kurang upaya Sekarang pilihlah nak terus hidup macam ini selamanya atau nak ubah, memang jika pakatan menang, untuk rapatkan jurang miskin kaya akan ambil sedikit masa, mungkin 10-15 tahun, tapi dalam tempoh itu rakyat akan mula menarik nafas lega bila bebanan hidup dapat dikurangkan. Tapi kalau masih nak jadi bodoh, berpuas hati dengan kehidupan sekarang dan masih nak guna alasan "tak apalah janji negara aman", hingga sanggup makan ikan kering berkuah kicap 16 hari sebulan, setakat mampu berangan-angan beli TV baru tapi masih tak mampu beli sampai sekarang, pilihlah lagi bn, Maka rakyat biasa jangan marah bila lihat ketua wanita beli kondo mewah, ketua wanita bahagian ada rumah besar, sedangkan rakyat masih hanya mampu menyewa rumah kecil 2 bilik, ketua pemuda bahagian beli kereta baru, dan rakyat masih naik bas untuk kehulu kehilir, kerananya rakyat tidak mahu berubah. Dan yang paling malangnya yang masih tak mahu berubah itu penyokong umno yang gembira bila diberi RM30 ringgit dan sehelai T-shirt untuk terus menyokong umno, bagi mereka semua dosa umno sudah tertebus dengan wang RM30 itu. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Kroni Diutamakan, Peneroka Felda Diperbodohkan, Itulah Sikap umno. Posted: 26 Oct 2012 05:03 AM PDT Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh ketika perbahasan di Parlimen hari ini mendedahkan terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham FGVH walaupun tiada kena mengena dengan pembangunan Felda. Sementara itu Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mahu kerajaan membuat siasatan menyeluruh dan mendalam tentang pengagihan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH). "Ia bukan soal Sabah atau di mana-mana, ia soal ketelusan," kata Ahli Parlimen Batu itu. "Saya turut terkejut dengan kenyataan Ghapur itu, jelas ada pilih kasih dalam pengagihan tersebut.,Justeru, kita juga perlu siasat di Semenanjung Malaysiaa sama ada perkara yang sama turut berlaku," katanya. Tengoklah Saham Felda ni dah dibuat maca harta mak bapak depa, suka-suka beri 1 juta unit saham pada yang diorang suka, sedangkan pakcik felda yang berhempas pulas dari muda sampai ke tua hanya dapat 800 unit saham felda yang dah nak lingkup tu. Patut la asyik turun je, niat tak jujur, kroni diutamakan, peneroka felda diperbodohkan. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Kes Rayuan Pembunuhan Altantuya Ditangguhkan Sebab bn Takut Kalah. Posted: 26 Oct 2012 04:32 AM PDT Pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, ditangguh berikutan pilihan raya umum ke-13 kian dekat. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berkata Umno BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut sokongan terhadap kerajaan menjunam jika kes rayuan itu diteruskan sebelum PRU 13. Apatah lagi, katanya, pendengaran rayuan itu mungkin mendedahkan dalang sebenar pembunuhan yang mendapat liputan di peringkat antarabangsa. "Ada kemungkinan dua anggota polis yang dihukum mati itu akan menggunakan peluang untuk membela diri mereka. Mereka dijadikan kambing hitam dan mungkin mahu tegakkan keadilan untuk mereka," katanya. Semalam, Mahkamah Rayuan menangguh pendengaran kes rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar yang dihukum mati kerana pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006. Sebelum ini, kes rayuan yang dijadual didengar pada Ogos ditangguh sebelum tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November lalu. Bagaimanapun, peguam, Hazman Ahmad yang mewakili Azilah Hadri ketika dihubungi Malaysia Kini, menyatakan tiada tarikh baru ditetapkan. Pada April 2009, Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari yang turut melibatkan Razak Baginda – rakan baik Perdana Menteri. Jasad Altantuya diletup mengggunakan C4 di kawasan belukar, Jalan Puncak Alam pada Oktober 2006. Bercakap kepada Keadilan Daily, Shamsul juga tidak terkejut jika kes rayuan itu ditangguh lagi selagi PRU 13 belum dijalankan. "Ini memperkukuh dakwaan betapa kes ini adalah perbicaraan politik bagi menutup dalang di sebalik pembunuhan," katanya. Beliau tidak menolak kemungkinan penangguhan itu sebenarnya alasan untuk menutup kes secara senyap dari pengetahuan rakyat. "Tengok skandal melibatkan Shahrizat. Mereka sengaja lengahkan perbicaraan. Begitu juga kes ini yang seakan-akan mahu menyelamatkan Perdana Menteri dan isteri," katanya. Bagaimanapun, kata Shamsul, penangguhan itu tidak berguna jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya kerana sesiapa jua yang bersalah bakal menerima hukuman setimpal. "Pakatan tak memandang remeh kes pembunuhan itu kerana ia melibatkan nama baik negara. Kita tidak teragak-agak untuk heret orang yang terlibat sekalipun Najib Razak," katanya. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Pena Bercabang Si Madey Pelupa Posted: 26 Oct 2012 04:33 AM PDT Pada 2001, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Malaysiakini sebagai "pengkhianat" negara. Waktu itu portal berita ini dituduh mengambil dana hartawan George Soros, spekulator yang dituduh dalang perosak ekonomi Asia susulan "kesan tom yam" keruntuhan mata wang bath. Lima tahun kemudian, mantan perdana menteri tidak semena-mena menerima penjelasan Soros bahawa beliau tidak terlibat meranapkan ekonomi negara dalam krisis 1997 selepas satu pertemuan di Kuala Lumpur. Padahal Soros dan Mahathir pernah menjalin permusuhan senyap sejak awal 1990-an. Dalam tempoh berbaik-baik dengan Soros itu, Dr Mahathir memberikan wawancara kepada Malaysiakini, media dalam talian yang didakwa "pengkhianat" sewaktu di puncak kuasanya. Mahathir mempergunakan Malaysiakini - seperti juga taktiknya berbaik-baik dengan Soros - waktu itu kerana beliau sedang berperang besar dengan pengganti pilihannya sendiri, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga parti dan media arus perdana membelakangkannya. Hanya Malaysiakini satu-satunya media alternatif yang sepadan dengan media besar arus perdana. Maka, beliau memilih Malaysiakini, selain pentas-pentas ceramahnya di serata negara. Tujuan rasmi (siapa tahu tujuan tidak rasmi pertemuan Soros-Mahathir?) berbaik-baik itu dilaporkan untuk bersama-sama menentang presiden George Bush yang mengamalkan dasar perang demi petroleum. Dana gelap kepada Abramoff Padahal, kemunculan awal Bush ini disambut positif oleh Umno dan media arus perdana atas kejayaannya menewaskan calon Demokrat, Al Gore pada tahun 2000. Mereka bergembira atas kenaikan Bush semata-mata dendam mereka pada Gore - sewaktu itu, 1998, naib presiden Amerika Syarikat - yang pernah melemparkan percikan sokongan pada Gerakan Reformasi dalam ucapannya di Kuala Lumpur. Susulan kemenangan Bush, Dr Mahathir secara senyap-senyap mengatur pula pertemuan dengan presiden Amerika Syarikat itu di Rumah Putih pada 2002. Maka tersebarlah foto kedua-dua pemimpin ini berjabat tangan sambil tersenyum ke serata dunia. Namun, kehebatan Dr Mahathir ini terbongkar apabila beliau dituduh menggunakan AS$1.2 juta (RM4.56 juta) kepada pelobi Jack Abramoff untuk membeli janji temu dengan Bush. Dana yang disalurkan secara gelap kepada Abramoff - bersama taktik gelap pelobi itu sendiri - menyebabkan Senat Amerika menyiasatnya. Abramoff akhirnya mengaku bersalah, dan pada waktu yang sama mendedahkan tembelang di sebalik makna jabat tangan Mahathir-Bush, empat tahun sebelum Mahathir-Soros berbaik-baik untuk menentang presiden tersebut. [Dr Mahathir akhirnya mengakui kewujudan dana ini tetapi menafikan ia dibayar oleh kerajaan Malaysia.] Bolak-balik perseteruan Dr M Seperti hubungan mesra Mahathir-Anwar Ibrahim dan Mahathir-Abdullah, semua imej indah beliau dengan Soros dan Bush berakhir dengan sikap perseteruan. Abdullah diangkat sebagai pengganti Anwar sewaktu bekas "anak didiknya" menjadi musuh nombor satunya. Kemudian Abdullah menjadi musuhnya pula. Di saat itulah, Mahathir mempergunakan Malaysiakini dalam empat wawancaranya, termasuk menjelang pilihan raya umum 2008, untuk menentang Abdullah. Selepas itu beliau tidak berminat lagi ditemubual akhbar portal ini. Sikap sebegini - berbolak-balik dalam persahabatan dan perseteruan - sudah lama mendarah daging dalam kelicikan politik Mahathir, seperti dilihat sejak 1980-an. Musa Hitam, seorang lagi bekas timbalannya, diangkat menjadi regu kuatnya sewaktu perlunya tokoh Johor itu dipergunakan untuk menentang kemaraan Tengku Razaleigh Hamzah. Musa akhirnya tersungkur dan sekali gus tersingkir dengan beban sejarah yang ditanggungnya hingga saat ini. Jadi tidaklah menghairankan apabila Mahathir menyerang Soros dan sekali gus Malaysiakini semula dalam artikelnya di New Sunday Times baru-baru ini. Padahal akhbar itu pernah juga menjadi kecaman utama beliau dan sekutu-sekutunya sewaktu berperang dengan Abdullah. Lidah orang politik Cuma, beliau mungkin terasa sasarannya (Malaysiakini) terlalu kecil dalam skema analisisnya dan tidak pula sepadan dengan status besarnya sebagai perdana menteri selama 22 tahun. Lalu, bagi menampakkan artikelnya itu besar setaraf dengan kenegarawanannya, maka diolah pula slogan "undi untuk pembangkang bermakna undi untuk Soros"! Dalam wawancara terakhirnya di Malaysiakini, hanya tiga hari sebelum 8 Mac 2008, Dr Mahathir menyokong penuh barisan pembangkang - perlunya pembangkang yang menunjukkan sisi-sisi hodoh wajah politik kerajaan. Orang kerajaan dan orang parti pemerintah hanya tahu membodek, tambahnya ketika berperang dengan Abdullah dan dengan New Straits Times empat tahun lalu. Negara kita akan jahanam jika pembangkang lembik seperti politik Singapura, katanya lagi, merujuk negara yang tidak pernah disenanginya itu. Tanpa sebarang perubahan, barisan pembangkang yang sama - dan "NGO seperti Malaysiakini" itu juga - kini dianggapnya "ejen Soros" untuk "menukar rejim" BN. Kita boleh faham lidah bercabang orang politik; hal itu tidak perlu dihairankan. Namun kita tidak pernah melihat mata pena bercabang-cabang seperti digunakan Dr Mahathir di dada akhbar pada Ahad itu. FATHI ARIS OMAR ketua pengarang Malaysiakini. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
MAIPS Lemah, Itulah Padah umno Memerintah. Posted: 26 Oct 2012 04:36 AM PDT Kita tahulah Negeri Perlis itu tidak besar mana, kalau nak kira kutipan Zakat pastilah tak besar macam negeri lain, tapi selalunyya organisasi yang jaga sebuah negeri kecil ni seharusnya bekerja lebih produktif, sebab tak banyak karenah. Tapi hasil laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) menerima sejumlah wang sebanyak RM630,000 tanpa mengeluarkan resit rasmi. Malah lebih teruk laporan itu juga menemukan "kelemahan" daripada majlis itu apabila cek berjumlah RM720,000 juta dan wang tunai berjumlah RM3,964 tidak dimasukkan ke dalam bank dengan segera, apakah tiada bank di negeri Perlis sampai nak masukkan cek pun tertunda?. Empat lagi kelemahan yang dikenalpasti daripada badan yang menguruskan hal ehwal Islam negeri itu antaranya:
Inilah akibatnya bila negeri diperintah oleh parti yang semata-mata berjuang pasal bangsa, sehinggakan MAIPS berada di tahap paling rendah memuaskan dengan penarafan sebanyak dua bintang, Seolah-olah kerana MAIPS tu badan yang uruskan hal agama tak apalah ada kekurangan sana sini. "Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis walaupun berjaya meningkatkan tahap prestasi pengurusan kewangannya tetapi masih di tahap memuaskan buat kali ke-5 berturut-turut," laporan itu dipetik. Nah, sekarang beri saja Pakatan memerintah, bukti dah jelas, Laporan Audit memuji semua negeri pakatan rakyat, kelak kalau Perlis bukan lagi negeri diperintah umno, Pasti MAIPS boleh dapat empat bintang sekurang-kurangnya. Nak harapkan Umno, Menteri Agama pun diam bila Hudud diperlekeh mca. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Skandal RM40 Juta umno Sabah, Integriti Dan Reputasi Bank Negara Kini Dipertaruhkan Posted: 25 Oct 2012 11:30 PM PDT Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli telah membuat laporan kepada Bank Negara menggesa bank pusat itu menyiasat hartawan balak Michael Chia dan beberapa pemimpin Umno berhubung dakwaan kemungkinan berlaku pengubahan wang haram. Beliau mahu Bank Negara menyiasat Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman, Menteri Undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz, seorang pemimpin Umno yang tidak dinamakan yang didakwa MP Tuaran Wilfred Bumburing telah menerima RM40 juta "sumbangan politik", dan mana-mana pemimpin Umno yang mengetahui tentang transaksi tersebut. Ditemui selepas membuat laporan tersebut di Bank Negara di Kuala Lumpur, Rafizi berkata integriti dan reputasi bank pusat kini dipertaruhkan. Kerana tindakan pantas Bank Negara sebelumnya berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang perbankan, maka Rafizi berkata, beliau merasakan orang ramai mengharapkan Bank Negara mengambil tindakan pantas yang sama mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang 2001, terutamanya apabila kesalahan itu lebih banyak memudaratkan reputasi negara. Rafizi sendiri telah didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana mendedahkan akaun kewangan yang berkaitan dengan National Feedlot Corporation, berikutan siasatan oleh Bank Negara. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Polis Tahan Suspek Buang Bayi Di Kangar Posted: 25 Oct 2012 08:00 PM PDT Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di Kangar awal hari ini. Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu. Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu. Katanya polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah dirujuk ke hospital itu kira-kira pukul 9.20 malam tadi. Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air. Zull Aznam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. - Bernama Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Cina Pertahan Tok Guru, Melayu Umno Jadi Bisu Posted: 25 Oct 2012 05:30 PM PDT Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam. Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu. "DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz. Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap". Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan. Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam. Hah, umno kata nak bela melayu, tapi bila orang melayu sendiri dihina, yang bangkit sampai tepuk meja ialah seorang cina, bukan melayu umno, apa nak hairan, pasal hukum agama ni, bekas pemimpin besar umno pun hina-hina agama. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment