Liang Lahad....

Liang Lahad....


SYSTEM AES YANG PALING KELAKAR,BAYANGKAN KALAU AES MALAYSIA MACAM NI

Posted: 26 Oct 2012 09:03 AM PDT

Tengah-tengah hangat cerita sistem AES kat malaysia ni..
muncul pulak video AES yang kelakar..

Aku terbayangkan kalau pegawai JPJ duduk dalam kotak AES ni..
mau berpeluh pegawai JPJ tu..
kah..kah..kah..

Sempena Hari Raya Korban ni..
korang terimalah video AES ni...

hehehe..


Kalau guna sistem ni..
mesti tak sampai RM120 ribu satu kamera...
kah..kah..kah..

BAKAL MB SELANGOR BERJAYA DIPERBODOHKAN!

Posted: 26 Oct 2012 08:05 AM PDT

Baru-baru ni Noh Omar dengan gembira sekali mengadakan sidang akhbar dan mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa Kerajaan Negeri Selangor mahu menjual 5 aset utama milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Lima aset yang didakwa oleh Noh Omar yang dikatakan akan dijual tu adalah:
Shah Alam Convention Centre Mall (SACC Mall) kononnya mahu dijual pada harga RM97 juta,

Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta),
bangunan PKNS Shah Alam (RM85 juta),
bangunan PKNS Bangi (RM42 juta) dan
bangunan Wisma Yakin, Jalan Masjid India (RM7 juta).

Aku tak tahulah siapa yang nak membodohkan Noh Omar ni dengan maklumat yang tidak tepat..
mungkin si pemberi maklumat tersebut mahu Noh Omar kelihatan bodoh apabila mengumumkan perkara yang salah kepada rakyat Malaysia..

Apa yang berlaku sebenarnya adalah..
5 aset PKNS yang dikatakan akan dijual itu oleh Noh Omar tu sebenarnya dipindah milik kepada sebuah syarikat milik penuh PKNS, Private Real Estate Company (PREC)..

Pemindahan aset ini adalah supaya PKNS dapat memfokuskan kepada pelaburan dan pengurusan hartanah sekaligus menjana pendapatan kepada PKNS..

Apabila aset PKNS dipindah milik kepada syarikat milik PKNS,maka tiadalah sebarang aktiviti penjualan aset dilakukan..

Dakwaan Noh Omar telah dinafikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Korporat) PKNS, Datin Paduka Hajah Norazlina Zakaria..


Kesian Noh Omar..
niat hati nak serang Kerajaan Negeri Selangor..
tapi "peluru" yang diberi hanyalah peluru kapur...
syok dengar bunyi je lah...

Noh Omar kena cari balik orang yang telah membodohkan dia...


UMNO BAHAGIAN KANGAR PANGGIL SHARIZAT LEMBU?

Posted: 25 Oct 2012 09:32 PM PDT

Memang tak dinafikan bahawa kebelakangan ini sejak isu NFC timbul..
Wanita UMNO kerap dipanggil sebagai "lembu"..
pencacai UMNO juga kerap dipangil sebagai "lembu"..
malah pemimpin UMNO sendiri juga apabila mengeluarkan kenyataan yang ntah apa-apa orang akan panggil mereka "lembu"..

Sehinggakan kalau kita nampak lembu kita akan terbayangkan UMNO..

bukan mengutuk,tapi realiti masakini..
sebab kepala kita dah diasak di alam maya sebegitu lama, UMNO = lembu..

Tapi yang tak boleh blah adalah bila ada banner untuk raya korban yang menggandingkan nama Ketua Wanita UMNO,Sharizat dengan perkataan lembu...
akhirnya jadilah "DATO' SERI SHARIZAT LEMBU"

Lihat banner ni...


Mungkin tersilap cetak atau pun mungkin ada orang yang sengaja hendak memerli Sharizat tidaklah diketahui....

Tapi nampak macam sesuai jer... kah..kah..kah..

No comments:

Post a Comment