"tukanglawan" |
Kes Baling Batu Dipejabat DAP, Pelaku Jangan Tidur Lena. Posted: 25 Oct 2012 03:30 PM PDT Individu yang dipercayai membaling dua ketul batu besar di pejabat DAP Perak di Ipoh semalam pasti tidak boleh tidur lena, apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning Wong Kah Woh kata rakaman CCTV termasuk milik jiran akan disemak dan jika terdapat bukti ianya akan diserahkan kepada polis. Dalam kejadian semalam beberapa tingkap kaca pecah setalah dibaling batu emasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang. Laporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh telah dibuat. Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat. AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Selamat Hari Raya Aidiladha, Berapa Ekor Lembu NFC jadi Korban? Posted: 25 Oct 2012 01:38 PM PDT Selamat Hari Raya Aidildaha "tukanglawan" ucapkan kepada sahabat semua. Di antara hikmat dari pensyariatan ibadah korban itu ialah : Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya, wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menjawab dengan sabdanya maksudnya : "Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya". Mereka bertanya lagi : "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : " Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya". Kedua : Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain. Ketiga : Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha. Keempat : Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah Subhanahu Wata'ala. "tukanglawan" terfikir alangkah bagusnya jika projek ternakan lembu NFC dulu berjaya, tander diberikan kepada orang yang betul dan hari ini lembu boleh diberi dengan harga yang sedikit murah, maka dengan cara itu ibadah korban akan lebih mudah, maka ramai yang akan membeli lembu untuk dikorbankan. Tapi NFC nyata gagal. Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment