Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Ramai Petugas SUKMA XV Pahang Kecewa Elaun "Di Janjikan" Masih Belum Kunjung Tiba !!

Posted: 10 Aug 2012 02:05 AM PDT

KUANTAN, 10 Ogos - Apa sudah jadi dengan "duit elaun" petugas Sukan Malaysia (SUKMA) XV Pahang 2012 yang baru berakhir sebulan lalu. Janji kini hanya terus tinggal janji, namun ramai petugas kini merungut apabila elaun yang dijanjikan masih tidak dibayar oleh pihak berkenaan malahan nasib mereka diperkotak-katikan mereka pula. Kini, masing-masing tertanya-tanya apakah mereka akan menerima elaun terbabit sebelum Hari Raya Aidil Fitri ini atau akan terus ditipu selepas kudrat dan tenaga mereka digunakan bagi menjayakan sukan terbesar negara yang berlangsung di negeri ini dari 7 hingga 14 Julai yang lalu. Banyak komen-komen yang kami terima pada ruangan komentar artikel Panas: 'Ibu Bapa Kecewa', Imbuhan Anak Mereka Sertai Persembahan SUKMA Belum Lagi Di Terima seolah-olah mengesahkan lagi permasalahan ini. Soalnya kenapa bayaran elaun yang sepatutnya dijelaskan selepas tamat acara sukan itu tiba-tiba boleh "sangkut"?. Malah, bila mereka hubungi ke pihak Sekretariat SUKMA di Wisma Belia Indera Mahkota pula berbagai alasan dan helah diberika seolah-olah mahu lari dari tanggungjawab ini. Demikian menurut pendedahan beberapa petugas yang kecewa dengan senario yang berlaku ini. Antara luahan yang dibuat ialah "Setuju seperti yang dikatakan. Bukan sahaja kanak-kanak sekolah di Taman Tas yang tak dapat lagi duit imbuhan SUKMA, malah kami kakitangan SUK, MPK dan lain-lain jabatan kerajaan yang terlibat juga masih belum lagi terima duit tersebut. Sukarelawan yg lain dah dapat. Entahlah ...bila kitaorang nak dapat , raya tak lama lagi... Siapakah sebenarnya yang manage elaun ni.apa kata harini kita pakat terjah mereka ni.ketua petugas silakan maksure lah apa sebenarnya masalah kelewatan ni.anak buah dah lama menunggu.group yang patut dapat awal kene lah diawalkan.tapi sebaliknya pulak yang berlaku.kepada yang telibat sila tepati janji anda. kita beri tempoh sehingga minggu ni.kalau takda jugak minggu depan kita berkumpul depan wisma belia.cakap dan janji manis saja..pirahhh...lepas jumaat ke jumaat nak bayar tp apapun takda..petugas2 LO yang sepatutnya diberi elaun sehari selepas kerja ni dah sebulan senyap tanpa berita.masa nak guna petugas kemain manis mulut bicara.apalah salahnya maklum pada ketua LO status terkini.bila call Wisma Belia .. pass sana sini", kata mereka.

Elaun, Sikap Pegawai Sekretariat SUKMA Di Kesali

Perkara ini turut diluahkan oleh petugas SUKMA dari Gymnastic Artistic Pahang. "Apa cerita pun kami petugas rasmi sukma pun kena tipu..bayar sepatutnya dibayar rm 100 jadi rm 50.00..xapa...kau makanlah duit tu semua.aku tak halalkan korang makan...duit yang korang makan tu mengalir dalam tubuh keturunan korang memang aku tak halal..aku tak halalkan dari yang makan duit sampailah keturunan dia..yang bagusnya...kita buat perhimpunan ramai2 kat tugu jam xsiap tu..kita himpun..pastu kita gerak pi jumpa ayahanda kita sultan pahang@tengku mahkota..kita luahkan masalah kita..nak tgk apa reaksi org suk..kalau tida reaksi jugak..lepas ni kalau pahang jadi apa2 tuan rumah sesuatu acara besar..kita pakatlah ramai2 jgn terlibat..alasan dia kaki tipu ramai. Pi tanya CC Ghazali kat seketeriat sukma.. yang bab pembayaran elaun sukma Pn Ruhaiza..dia yang bertanggungjawab..aku nie lagi panas hati pegawai teknikal bayaran dia sama dengan petugas..dah sajh kena tipu surat asal pembayaran tu aku ada simpan..berapa jumlah patut dapat setiap hari..nak mudah kau pi jer kat seketeriat sukma..tapi sah banyak songel...keringat kita nie dia ingat air longkang ker agaknya..dia tak tahu tinggal anak bini kat kg nak bertugas.mcm nie habuan kita dapat..yang bertanggungjawab sedap melaram kereta mini cooper mewah..kita kat gelanggang terkapai2 buat kerja..lepas nie apa jua funtion kita bagi org suk yang buat ..jgn panggil rakyat pahang bantu..cerita pahang untung berjuta2 sukma ni....memanglah untung..untung makan duit petugas..itu yg betul. tak pa harini kita kasi peluang akhir untuk seksetariat bg statemant..kalau tiada perubahan next week kita gempur.tak jumpa dipejabat kita cari kat rumah", kata mereka.


En. Ahmad Hairi Hussin, Pn.Ruhaiza Jusoh dan En.Ghazali Jusoh
digesa bantu selesaikan isu elaun petugas sebelum Aidil Fitri ini

[Kerajaan Negeri Pahang wajar mengambil tahu apa yang berlaku ini. Kami amat bersimpati dengan nasib para petugas terbabit. Sudahlah mereka dikerah bekerja siang malam dan terpaksa tinggalkan anak isteri, tiba-tiba elaun yang dijanjikan kepada mereka pula dinafikan. Senario yang berlaku ini sungguh memalukan dan boleh menjejaskan imej negeri Pahang sebenarnya. Tidak wajar nasib petugas SUKMA diperkotak-katikkan sedemikian rupa, tambahan pula menjelang Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Kenapa ada pihak yang gagal dan tidak bertanggungjawab menguruskan bayaran elaun berkenaan. Kami akan cuba menghubungi pihak Sekretariat SUKMA di Wisma Belia Indera Mahkota untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika tiada jalan penyelesaian sebelum raya ini, kemungkinan besar kes ini akan diajukan kepada Tuanku Sultan dan Tengku Mahkota Pahang. Rakyat tidak wajar diperlakukan sedemikian rupa dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka keadilan. Kenapa mereka boleh bermewah-mewah dengan duit SUKMA, sebaliknya orang lain menanggung derita apabila hak mereka dinafikan. Justeru, pihak sekretarian digesa bertindak segera sebelum gambar-gambar mereka disiarkan dalam blog ini jika keadaan memaksa. Ia bertujuan untuk mengajar mereka dan supaya orang lain tahu siapa mereka yang terlibat. Demi kepentingan semua pihak uruskan segera elaun sebelum Aidil Fitri].


Janji Potong Gaji Bayar Zakat , Tapi Ramai Kecewa Wang Tidak Digunakan Sepenuhnya Bantu Asnaf

Posted: 10 Aug 2012 02:17 AM PDT

KUANTAN, 10 Ogos - Orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan dan swasta di sini kecewa dengan pengurusan wang zakat di negeri Pahang. Rata-rata dikalangan mereka, tidak bersetuju dan kecewa dengan senario terbaru bila wang zakat digunakan untuk membeli aset, sedangkan tujuan asal wang tersebut adalah untuk dizakatkan kepada lapan asnaf yang memerlukan. Seorang kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi telah menghubungi PDO semalam untuk meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap semua ini. Beliau yang membuat potongan gaji untuk bayaran zakat secara tahunan berkata, wang zakat haruslah digunakan untuk tujuan asalnya dan tidak wajar pihak berkenaan menggunakan sewenang-wenangnya wang tersebut untuk pembelian aset berupa bangunan, hartanah dan ladang seperti yang berlaku sekarang. Di Pahang, pungutan zakat diuruskan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZ), manakala urusan pengagihan zakat pula oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Persoalannya sekarang, di ketika masih ramai asnaf terutamanya yang terdiri dari kalangan orang fakir dan miskin masih memerlukan tiba-tiba wang zakat lebih difokuskan kepada pembelian saham wakaf dan aset yang berbentuk komersial. Akibatnya, begitu ramai fakir miskin di negeri ini yang memerlukan bantuan zakat tersebut akhirnya dipinggirkan dan hidup mereka terus melarat sebenarnya. Inilah yang berlaku di negeri Pahang sejak sekian lama apabila wang zakat lebih diberi keutamaan untuk tujuan komersial serta keuntungan semata-mata daripada tujuan asal zakat itu.

Utamakanlah Asnaf Bukan Pelaburan Komersial

"Saya difahamkan, di MUIP terdapat satu bahagian yang dinamakan Unit Saham Wakaf yang antara lain tugasnya adalah Menjaga kepentingan umat Islam di dalama ekonomi dengan memperluas dan memperbanyakkan lagi harta-harta umat Islam. Unit tersebut juga kononnya bertanggungjawab untuk membuat pelaburan keatas harta wakaf demi kepentingan umat Islam dan manusia sejagat. Persoalannya, apakah benar apa yang dilakukan itu berlandaskan syariat yang dituntut oleh Islam itu sendiri. Malah ada laporan mengatakan MUIP turut membeli hartanah berupa ladang sawit yang mana keseluruhan pentadbirannya diserahkan kepada bukan Islam. Malah, PDO juga pernah mendedahkan MUIP membeli hotel MS Garden di bandar ini dengan harga mencecah RM50 juta, sedangkan harga asalnya dipercayai begitu jauh melambung dari harga asal yang ditawarkan. Masalahnya, ke mana pergi wang tersebut?. Sudah pasti ada pihak yang mendapat komisyen lumayan atas pembelian aset-aset berkenaan. Ini adalah satu perbuatan yang jelas bertentangan dengan matlamat asal zakat itu sendiri"
, katanya.


Pembelian hotel MS Garden Kuantan mencurigakan kerana harganya
melambung tinggi daripada harga tawaran asal dibuat pemiliknya

Malah katanya, beliau khuatir ada pihak-pihak tertentu yang "untung atas angin" atas pembelian aset-aset berkenaan. "Kita tidak marah jika MUIP membuat pusat rawatan atau sebagainya. Apa yang kita kesalkan ialah mereka membina dan membeli hotel serta lain-lain bidang yang tidak sepatutnya... Apakah fungsi MUIP ialah melaburkan wang zakat untuk tujuan komersial. Bagaimana jika ada aktiviti maksiat di hotel terbabit, bukankah kami juga dipertanggungjawabkan kerana terlibat, sebab kami potong gaji secara tahunan untuk membayar zakat", kata beliau lagi. Malah beliau turut berpendapat MUIP sepatutnya memainkan peranan yang lebih cemerlang dan berkesan dalam usaha membangunkan modal insan di negeri Pahang. Pembangunan sektor ekonomi dan hal-hal lain biarlah diuruskan oleh Yayasan Pahang dan lain-lain agensi yang lebih bertauliah. "Dari pemerhatian saya sejak sekian lama, anak-anak muda dan pelajar di negeri ini agak ketinggalan dari segi silibus pembelajaran sekolah agama berbanding negeri Selangor ataupun Johor. Seharusnya perkara seperti ini yang menjadi asas dan matlamat MUIP untuk memperkasakannya. Bukannya bidang perhotelan dan lain-lain perniagaan yang mereka bukan ahli dalam bidang tersebut. Akhirnya urusan berkaitan diserahkan kepada orang bukan Islam yang jelas telah gagal memainkan peranan penting untung menjadikan hotel dan aset berkenaan benar-benar Islamik", kata beliau lagi.


Akibat kecelaruan agihan zakat, ramai asnaf dinafikan hak masing-masing
sila klik untuk membaca laporan penuh dari akhbar Sinar Harian hari ini

[Difahamkan, ramai kakitangan kerajaan dan swasta sanggup potong gaji bulanan atau tahunan dengan hasrat wang zakat itu digunakan bagi membantu asnaf yang lapan. Malah kita memang memuji tindakan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang yang begitu bersungguh-sungguh mengadakan promosi bagi mengajak umat Islam berzakat. Namun, masalahnya pengurusan wang zakat itu memusykilkan sebahagian besar dari kalangan mereka. Susulan apa yang berlaku ini, ada diantara mereka yang mengambil keputusan menghentikan potongan gaji apabila melihat senario ini. Justeru, pihak berkenaan haruslah lebih memikirkan dan mementingkan golongan asnaf daripada mengejar keuntungan hasil pelaburan yang mereka lakukan. Jika sudah tiada orang fakir dan miskin di negeri ini, maka barulah pihak MUIP boleh gunakan wang tersebut bagi tujuan pelaburan walau pun MUIP memang dibenarkan boleh berniaga dalam enakmen. "Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang ditubuhkan pada tahun 1926 telah mengalami pelbagai perubahan dari tahun ke tahun. Sehingga ke hari ini Majlis Ugama Islam Pahang telah melangkah ke era pengkorporatan di mana Majlis Ugama Islam telah dibenarkan berniaga sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991, Seksyen 4(1)"].


No comments:

Post a Comment