"tukanglawan" |
- Zahid Hamidi Mesti puas Hati Dengan Jawapan Ni
- Mahasiswa UPSI dipaksa Menjual tudung
- Najib, Tak Perlulah Berbaiah...
- Kedah Sudah Multamadkan Tema Merdeka
- Libatkan Ghani Patail, Suruhanjaya Diraja Akan Gagal ?
Zahid Hamidi Mesti puas Hati Dengan Jawapan Ni Posted: 09 Aug 2012 06:07 AM PDT Ingat lagi tak cerita bangang pasal kononnya pakatan rakyat diserapi elemen komunis dan taliban.. kah.kah..kah, Maka kita kata yang sebenarnya ada hubungan dengan komunis bukan pakatan rakyat, tapi umno sendiri.. Maka terjerit-jerit la zahid hamidi kata mana bukti? "tukanglawan" pun bagi bukti umno dan komunis ni memang ibarat isi dengan kuku ( boleh semak di artikel ini ) tiba-tiba hari ini muyiddin pula bagi lagi setepek dekat muka zahid hamidi Muyiddin dengan senang hati dan bangga berjumpa dengan setiausaha CPC.. Apa CPC tu.. itu singkatan bagi ( Communist Party of China ) sila semak disini. Berita muyiddin jumpa setiausaha parti komunis tu keluar dekat Buletin TV3 suku, cumanya pembaca berita sebut CPC je, sekali dengar macam satu syarikat besar, tapi sebenarnya parti komunis. Jadi buat Zahid hamidi si menteri pertahanan yang masih menunggu ketibaan peluru terpedo kapal selam scorpean tu, sekarang dah dapat jawapan ke belum, hari tu sibuk mintak sangat bukti umno ada hubungan dengan komunis.... Kah..kah..kah.. Zahid cuba kaber.... Muyiddin pulak bagi pecah rahsia. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Mahasiswa UPSI dipaksa Menjual tudung Posted: 09 Aug 2012 03:14 AM PDT "Mulut kecoh" mendapat info sahih berkenaan segolongan mahasiswa Diploma Sains dan PAKK UPSI yang dipaksa untuk menjual tudung oleh seorang penyarah keusahawanan mereka... Alasan yang diberi oleh penyarah itu adalah kerana untuk menilai mereka dalam subjek keusahawanan. Yang tidak puas hati, penyarah yang sebagai PEMBORONG menjual tudung itu dengan harga tinggi iaitu RM10 sehelai kepada pelajar ... Padahalnya tudung itu dijual di pasar2 malam dengan harga kurang RM10 Cuba bayangkan, bagaimana pelajar2 ini hendak menjual tudung2 ini kepada orang luar jika pemborong itu sendiri telah menjual kepada mereka dengan harga yang tinggi. Bagi pandangan "Mulut Kecoh", tindakan Penyarah ini cuma mahu mengaut keuntungan dari pelajar2 dengan menggunakan alasan atas kehendak subjek... Pihak Pentadbiran UPSI perlu mengambil tindakan segera...Jangan hanya mendiamkan diri... JANGAN DITIPU UMNO LAGI, LIHAT VIDEO INI ( SILA KLIK) Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Najib, Tak Perlulah Berbaiah... Posted: 09 Aug 2012 03:11 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu sehingga meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan kerana tugas anggota polis sememangnya menjaga keselamatan awam dan negara. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, jika anggota polis memahami kerja mereka satu ibadah, mereka harus bekerja dengan jujur, amanah dan bersungguh-sungguh. "Itu hak perdana menteri untuk membuat seruan tapi sememangnya penjawat awam khususnya anggota polis yang faham konsep ibadah, mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh," kata beliau . Namun katanya, anggota polis harus faham bahawa mereka hanya bertanggungjawab terhadap kerajaan dalam soal tugas namun berhak membuat pilihan untuk memilih parti mana untuk menerajui kerajaan. "Memang kerja kena ikut pertauran yang ditetapkan oleh kerajaan tapi anggota polis kena tahu bezakan kerajaan dan parti. "Kalau bab mengundi, hak mereka untuk memilih parti mana yang difikirkan lebih baik," katanya yang menyertai PAS Mei lalu. Semalam, Najib berkata sekiranya kerajaan membantu PDRM, PDRM akan membantu kerajaan dan negara. ( baca sini ) Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Kedah Sudah Multamadkan Tema Merdeka Posted: 09 Aug 2012 03:10 AM PDT Semua negeri Pakatan Rakyat akan menggunakan logo dan tema yang sama dalam sambutan Merdeka ke 55 apabila Kedah memutuskan berbuat demikian hari ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan dimaklumkan kepada beliau hari ini. "Saya telah menerima panggilan telefon dari Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah memaklumkan keputusan itu hari ini," kata Mustafa. Menurut Mustafa yang merupakan Pengerusi JK Pemilihan Logo Hari Kemerdekaan ke 55 Pakatan Rakyat, beliau telah berbinacang dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak mengenai perkara ini semalam. "Alhamdulillah hari ini Kedah sudah membuat keputusan menggunakan logo bersama yang diputuskan Pakatan," kata beliau. Bagi Mustafa (gambar), keputusan Kedah ini menunjukkan betapa hebatnya demokrasi dalam Pakatan Rakyat. "Kami jawatankuasa peringkat pusat telah bersetuju menerima Kedah dan Kelantan menggunakan tema dan logo mereka sendiri untuk sambutan Kemerdekaan ini walaupun kita ada logo kita sendiri. "Ini kerana, mereka telah membuat keputusan awal dari keputusan Pakatan tentang pemilihan logo itu. "Sekarang, mereka (Kedah dan Kelantan) yang membuat keputusan sendiri untuk menggunakan logo dan tema yang sama," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Semalam Kelantan membuat keputusan untuk menggunakan logo dan tema merdeka yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' walaupun memutuskan tema mereka sendiri sebelum ini iaitu 'Kelantan Menerajui Perubahan'. Kedah telah membuat keputusan untuk menggunakan tema 'Terus Berbakti' sebelum ini kerana ia diputuskan sebelum Pakatan Rakyat memutuskan untuk mempunyai tema tersendiri. Pakatan memutuskan untuk mempunyai tema sambutan Merdeka ke 55 sendiri selepas tidak bersetuju dengan tema yang diputuskan oleh kerajaan pusat 'Janji Ditepati'. Ini kerana, tema itu selari dengan tema kempen BN sedangkan sambutan kemerdekaan adalah untuk semua rakyat negara ini. Tema Pakatan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' dihasilkan oleh satu penal yang diketuai oleh Datuk A Samad Said. Logo sambutan Merdeka ke 55 dan Hari Malaysia 2012 akan diperkenalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat esok. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
Libatkan Ghani Patail, Suruhanjaya Diraja Akan Gagal ? Posted: 08 Aug 2012 07:23 PM PDT Badan apa pun yang dibentuk, termasuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang di Sabah dan jawatankuasa mengkaji royalti minyak Kelantan akan gagal sekiranya melibatkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dakwa bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim. Beliau menyuarakan kebimbangannya itu melaluinya surat 'peringatannya' kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini. Setelah penantian beberapa bulan, Datuk Seri Najib Razak pada 3 Ogos lalu berkata, beliau akan mengumumkan terma rujukan bagi RCI Sabah pada 11 Ogos di negeri di bawah bayu itu sendiri. Manakala sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu royalti Kelantan pula diumumkan penubuhannya sehari selepas itu, bertujuan mengkaji tuntutan bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur. Dalam surat yang salinannya diperoleh Malaysiakini itu, Mat Zain mendakwa bahawa orang ramai muak dengan sikap Gani dalam mengendalikan RCI sebelum ini, antaranya berkaitan isu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan VK Lingam. Menyentuh isu RCI Sabah, Mat Zain mendakwa, biar apa pun terma rujukan yang diumumkan perdana menteri, rakyat tidak akan mendapat faedah kerana hasilnya akan tetap dirujuk kepada Gani. "Begitu juga dengan rakyat Negeri Kelantan. Mereka juga saya jangka akan diperdayakan dan dihampakan," kata Mat Zain yang amat meragui kewibawaan Gani dalam surat lima muka surat itu. Ini kerana, katanya, perdana menteri sudah pasti akan melibatkan Gani sekali dalam jawatankuasa itu. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment