"tukanglawan" |
- Polis Guna Gelombang bunyi, Bawa penutup telinga (SEBARKAN)
- Letak La Pagar 13 Lapis pun, Kami Akan Rempuh
- BERSIH 3.0 52 Negara 70 Lokasi (Pecah Rekod Dunia)
- 50, 000 Mahasiswa sertai BERSIH 3.0
- Dataran Merdeka Telah Ditutup
Polis Guna Gelombang bunyi, Bawa penutup telinga (SEBARKAN) Posted: 27 Apr 2012 12:04 PM PDT semakin hampir detik BN akan diusung ke kubur, semakin gila puak Kera-jaan, polis cuba bersifat konon-konon tidak memusuhi peserta bersih, tangkapan kurang, semua pun kurang, mereka sedang cuba bermain jahat. DBKL dijadikan "lauk" kali ini. DBKL dijadikan kambing hitam, ini kerana pada bersih 2.0 rakyat telah menyatakan suara mereka, polis bertindak keterlaluan sehingga polis makan caci tak habis-habis hingga hari ini. Rakyat memang mahu berhadapan dengan "topi merah"ada dendam yang masih belum terlunas, pada BERSIH 2.0 polis bermain kasar di padang tidak rata, mereka menggunakan pakaianuntuk melindungi diri mereka, rakyat dibelasah seperti batang pisang. Mereka tahu kali ini Peserta bersih akan balas dendam, tidak mustahil "topi merah" akan pecah muka, tidak mustahil topeng atau helmet mereka akan dijadikan trofi. dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Mereka kali ini bertindak cara lain, keganasan mungkin dikurangkan, Umno begitu takut sebenarnya, kecaman dari dalam dan luar negara kali ini pasti buat mereka akan mati dan takkan bangkit lagi. jadi cara terbaik mereka berlakon tidak mahu kasari peserta. supaya umno boleh merompak lagi 5 tahun akan datang. CS gas mungkin akan masih digunakan, tangkapan dan belasahan juga akan "topi merah"lakukan. selain dari bawa garam... "tukanglawan" dengar mereka guna teknologi baru. Menghalau peserta dengan LRAD - long Range Acoustic Device, satu alat yg mengeluarkan bunyi, buat peserta pening dan hilang kawalan. jadi selain garam, bawa kapas atau penutup telinga, jika anda ada hp, bawa earphone dan pasang ayat suci Al-Quran, atau ceramah. Ingat , apa pun kali ini, kita tidak lagi boleh mereka perlaku seperti lalu, kali ini KUASA RAKYAT LEBIH HEBAT... SEBARKAN segera dan pada semua secepat mungkin.... Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
Letak La Pagar 13 Lapis pun, Kami Akan Rempuh Posted: 26 Apr 2012 09:11 PM PDT "tukanglawan" memang suka sangat baca blog kawan "tukanglawan" sorang ni, macam mana dia boleh dapat cerita-cerita hot pon "tukanglawan" tak tahu. tambah pulak ulasan yang dia buat memang sangat-sangat best la. Bercerita tentang tindakan "strategik" yang tak berapa bijak oleh DBKL dengan meletak 3 lapisan pagar di keliling dataran merdeka bagi menghalang kemaraan rakyat yang mahu turun pada esok hari memang la agak lawak dan kelakar. Betullah kata sahabat Blogger "tukanglawan" tu, letak la 10 lapis pun tak siapa yang heran, cuma kami ni agak hairan kerana setakat itu saja ke DBKL mampu fikir, kah..kah..kah. Cuba la gali parit keliling dataran tu, atau bina tembok macam tembok yang Israel bina nak pisahkan palestin dengan Israel tu, baru la tak boleh lompat?. kah..kah..kah. Kalau setakat 3 lapisan pagar macam DBKL bubuh tu, budak kecik pun boleh alih. Ehhh kenapa KDN tak tunjuk muka erk kali ni, kalau tak sana sini dah tangkap?, kalau tak dah ada kawat berduri kat dataran untuk halang orang datang, kalau tak malam nei start la roadblok sana sini. Ala, korang tak kan tak tau, Sebab Hishamuddin takut kene tembak lagi dengan rakyat la tu. lagi-lagi DBKL yang jadi kambing hitam. Buat Penguatkuasa DBKL, jangan jadi bodoh dengan patuh dan tak tentu hala je, bos korang tu nak jaga kepentingan, korang apa dapat, takkan la nak tuntut pendidikan percuma untuk anak korang pun korang terpaksa halang? Ni bersih ni, korang pon dah tau macam mana rosaknya SPR, pengerusi dengan timbalannya ahli Umno, hai, takkan korang nak sokong diorang kot? Takpe, esok korang bagi kerjasama je dekat Peserta BERSIH, lagi kami respect kalau korang pakai baju kuning, atau ikat reben kuning di lengan, Jadi penguatkuasa korang kene juga ade pendirian, Jangan bongok dan patuh tak tentu pasal. Ingat, Indon dah banyak sgt di negara ni, kerja sapa, Kerja BN, kami bangun mahu bersihkan sistem Pengundian, sebab tu kalau pagar 13 lapis pun kami sanggup rempuh, sebab kami tak bodoh. ini cerita masa depan, tentang rakyat yang cintakan negaranya. Ok, Soalan "tukanglawan" buat peserta, anda nak langgar pagar ni ke nak alih baik-baik?. masih nak berlembut atau nak tunjuk KUASA RAKYAT?, Jangan lupa jahatnya "topi merah" pada 2.0 lepas. cukuplah rakyat dizalimi. Ni link blog kawan "tukanglawan" yang kelakar tu. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
BERSIH 3.0 52 Negara 70 Lokasi (Pecah Rekod Dunia) Posted: 26 Apr 2012 07:35 PM PDT Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga. Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini."Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia," katanya. "Dalam Bersih 2.0, perhimpunan peringkat global meliputi kira-kira 30 lokasi sahaja. Kali ini saya yakin dapat mengumpul 500,000 orang di 70 lokasi yang menyertai perhimpunan Duduk Bantah di seluruh dunia," katanya lagi. Di Malaysia, katanya, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang. Di luar negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia (Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart). Selain itu, Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus, Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal), New Zealand (Auckland,Wellington, Motueka). Ia turut diadakan di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh, Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva), Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai, Beijing). Selain itu, Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki), Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu'tah), Bangladesh (Dhaka), Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town). Jadi, apakah anda masih mahu berfikir dulu?, Apakah anda tidak mahu jadi sebahagian dari Sejarah. jika BN tumbang selepas ini, tidak ada lagi himpunan BERSIH, Ini adalah buat akhir kalinya. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
50, 000 Mahasiswa sertai BERSIH 3.0 Posted: 26 Apr 2012 06:16 PM PDT Sejak pengumuman secara rasmi dibuat oleh pihak Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) tentang penganjuran himpunan Bersih3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka, bermacam-macam respons dibuat oleh pelbagai pihak. Kini, hanya berbaki kurang 1 hari 20 jam 30 minit untuk acara itu berlangsung dan respons-respons itu masih berterusan. Di pihak Pakatan Rakyat (PR), dari Ketua Pembangkang sehinggalah kepada ahli dan penyokong bawahan, semuanya menyatakan sokongan dan memberi komitmen penuh untuk menjayakan siri ke-3 himpunan seumpama itu sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2006. Sikap Kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, atas semangat 'menghormati' Akta Himpunan Amam 2011, memberi reaksi yang sangat berbeza berbanding ketika penganjuran Bersih 2.0, awal-awal lagi mengumumkan tiada halangan untuk himpunan itu diadakan. Malangnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bersikap 'proaktif' sebagaimana KDN dalam mendepani permohonan daripada pihak Bersih. Barangkali juga KDN dan DBKL sedang bermain wayang. Ketegasan Bersih untuk tetap berhimpun di Dataran Merdeka menyebabkan Bersih dan penyokongnya dilabel sebagai degil dan didakwa cuba mendoktrin rakyat Malaysia untuk tidak menghormati perlembagaan negara serta tidak menghargai keamanan yang sedang dinikmati kini. Media (TV3, Utusan Malaysia) pula mengambil posisi terpenting untuk mempengaruhi persepsi seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan penuh dan 'bersuara' oleh beberapa orang menteri, agamawan, ilmuan dan rakyat disiarkan setiap hari untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa himpunan Bersih 3.0 adalah haram, akan mengancam keselamatan negara, mengganggu kehidupan warga ibu kota, doktrin sesat pembangkang dan tidak rasional. Tidak lain tujuannya melainkan untuk menjatuhkan political mileage lawan politik kerajaan atau sekurang-kurangnya mengurangkan sokongan dan kehadiran rakyat ke Bersih 3.0. Mahasiswa selaku kunci penting dalam pembinaan dan pembangunan masa depan Malaysia juga pasti punyai pendirian. Mahasiswa Generasi Y adalah mahasiswa yang berfikir dengan akal, berbicara dengan fakta, mendengar dengan cakna dan memerhati dengan bijaksana pasti akan berekspresi secara rasional. Penilaiannya adalah bukan soal BN atau PR, kerajaan atau pembangkang. Tetapi asas pertimbangan mahasiswa adalah kebenaran dan keadilan, lebih-lebih lagi dalam soal proses pemilihan kepimpinan negara yang menjadi penentu kepada substance pembinaan dan pembangunan negara pada masa hadapan. Jika silap langkah, padah! Jika betul, bertuah! Saya yakin dan percaya, serta memberi jaminan bahawa tidak kurang 50,000 mahasiswa dan anak muda akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu ini. Penulis ialah Pengerusi Inspirasi Anak Muda Malaysia (Inspirasi) dan Naib Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
Posted: 26 Apr 2012 05:17 PM PDT Bagi menghalang kemaraan rakyat yang akan mula membanjiri dataran merdeka hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula menutup sekeliling Dataran Merdeka bermula jam empat pagi tadi. Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, kira-kira 30 mahasiswa termasuk orang awam lain yang berada di padang dihalau keluar oleh penguatkuasa DBKL sebelum sekeliling padang diletakkan pagar besi dan penghadang. "Kami cakap pada DBKL, notis mengosongkan Dataran Merdeka jam enam pagi, kenapa jam empat pagi dah halau. Kami kata, kami cuma duduk, tak buat apa-apa pun. Tapi DBKL minta kami keluar juga," katanya Selepas dihalau keluar, mereka berkumpul dan meletakkan barang-barang di seberang jalan, bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad. Mereka bertekad untuk kekal di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan Bersih 3.0, esok. Kali ini DBKL menjadi balaci Umno, Hishamuddin keris lepas tangan kerana tidak mahu lagi menerima kritikan dan kutukan seperti apa yang terjadi pada BERSIH 2.0 Kerajaan lepas tangan, BDKL Jadi Mangsa, kan lebih mudah kalau DBKL bagi saja dari terus jadi Proksi Najib dan sekutu. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah . . |
You are subscribed to email updates from "tukanglawan" To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment