Pahang Daily Online |
- Panas: Mangsa 'Di Langgar Polis' Meninggal Dunia?
- Terkini: Chegubard, Tian Chua & Aziz Bari Di Tangkap
- Terkini: Chegubard, Tian Chua & Aziz Bari Di Tangkap
- Bersih 3.0: Laporan Sebenar Daripada TV Al-Jazeera
- Bersih 3.0: Polis Mengganas Terhadap Orang Ramai
- Bersih 3.0: Lautan Manusia Membanjiri Kuala Lumpur
- Bersih 3.0: Dua Parah Di Langgar Oleh Kereta Polis
- Terkini: Lebih 5,000 Peserta Hampiri Dataran Merdeka
- Terkini: Lebih 5,000 Peserta Hampiri Dataran Merdeka
- Laporan Bergambar Terkini Dari Himpunan Bersih 3.0
- Bersih 3.0: Ribuan Peserta Mula Berhimpun Dekat Dataran Merdeka Sejak Jam 9.00 Malam
Panas: Mangsa 'Di Langgar Polis' Meninggal Dunia? Posted: 28 Apr 2012 05:18 AM PDT Laporan tidak rasmi, diterima mengatakan salah seorang peserta himpunan Bersih 3.0 yang dilanggar oleh kereta Waja yang dipandu oleh seorang anggota polis yang berusia 24 tahun telah meninggal dunia sebentar tadi. Difahamkan, mangsa berkenaan berbangsa Cina dan kepalanya telah terperosok di bawah kenderaan polis yang melanggar beliau. Kejadian berlaku di hadapan Komplek Sogo dan melibatkan empat orang mangsa termasuk beliau yang parah ketika. Laporan media arus perdana mengatakan, peserta terbalikkan kenderaan polis keran tindakan ganas adalah tidak benar sama sekali, kerana mereka berbuat demikian untuk menarik mangsa yang tersepit di bawah kenderaan polis itu. Susulan kejadian ini, pihak polis dipercayai "teruja" dan mula menggila menahan sesiapa sahaja yang masih belum meninggal ibu negara pada masa ini. Mereka ditahan dan telefon bimbit pula dirampas. Pihak polis kini kemungkinan besar "trauma" dengan apa yang berlaku. Tindakan hingga menyebabkan kematian adalah sesuatu yang sukar dimaafkan oleh rakyat Malaysia sebenarnya. Difahamkan juga, dua orang lagi peserta cedera parah di muka, patah tengkok dan sebelah mata. Akibat kejadian ini, umum sudah mengetahui kemungkinan besar polis akan membuat bedah siasat dan mengatakan mangsa meninggal dunia kerana angin pasang, sakit jantung atau lain-lain. Kita tunggu laporannya! |
Terkini: Chegubard, Tian Chua & Aziz Bari Di Tangkap Posted: 28 Apr 2012 05:02 AM PDT Maklumat terkini dari Bersih 3.0 mengatakan, pemimpin muda Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) telah ditangkap oleh pihak polis. Turut ditangkap ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Profesor Abd Aziz Bari. Turut ditangkap ialah Saudara Sani (SAMM). Difahamkan, mereka berdua telah dibelasah dengan teruk oleh pihak polis (foto) dan kini berada di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak. |
Terkini: Chegubard, Tian Chua & Aziz Bari Di Tangkap Posted: 28 Apr 2012 04:59 AM PDT |
Bersih 3.0: Laporan Sebenar Daripada TV Al-Jazeera Posted: 28 Apr 2012 04:44 AM PDT |
Bersih 3.0: Polis Mengganas Terhadap Orang Ramai Posted: 28 Apr 2012 04:55 AM PDT Ramai peserta Himpunan Bersih 3.0 yang ditemui kecewa dengan sikap pihak polis terutamanya Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang tergamak menyerang mereka tanpa belas kasihan. Polis begitu menggila dan sanggup lakukan apa saja semata-mata diarahkan berhadapan dengan rakyat yang tidak berdosa. Mereka hadir dari seluruh negara untuk satu harapan iaitu bagi menyaksikan pilihanraya yang lebih bersih dan adil berlaku di negara ini. Malah kehadiran mereka bukanlah untuk menimbulkan keadaan huru-hara dan kacau bilau sebenarnya. Mereka hanya mahu "duduk bantah" di Dataran Merdeka seperti yang dirancang. Namun, dek kerana ketakutan pemimpin UMNO BN terutamanya Perdana Menteri, Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin Hussin maka polis diarahkan "berperang" dengan rakyat yang jumlahnya melebihi 100,000 orang itu. Ramai yang berpendapat, jika pun polis tidak benarkan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka, maka mereka tidak perlu menggempur para peserta. Tambahan pula mereka yang hadir terdiri dari orang tua, ibu mengandung, wanita, kanak-kanak dan termasuk juga orang kurang upaya (OKU). Maka, tindakan polis melepaskan gas pemedih mata dan water canon kepada para peserta yang berhimpun berhampiran Dataran Merdeka itu sungguh keterlaluan. Sepatutnya, polis membuka pagar dan kawad duri yang mereka letakkan demi keadilan dalam sebuah negara demokrasi. Kenapa takut untuk benarkan peserta berhimpun di Dataran Merdeka?. Apakah Najib gusar warna kuning menghiasi segenap sudut padang itu dan menyebabkan seluruh dunia akan percaya bahawa rakyat Malaysia mahukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang?. Maka itulah sebabnya, beliau tidak mahu mendedahkan kepada dunia situasi sebenarnya Bersih 3.0 agaknya. |
Bersih 3.0: Lautan Manusia Membanjiri Kuala Lumpur Posted: 28 Apr 2012 04:05 AM PDT |
Bersih 3.0: Dua Parah Di Langgar Oleh Kereta Polis Posted: 28 Apr 2012 04:30 AM PDT Satu kejadian yang tidak diingini berlaku dalam himpunan Bersih 3.0 hari ini. Ia berikutan tindakan pihak polis mellanggar empat orang peserta Bersih 3.0. Difahamkan dua diantara mereka cedera parah dikepala kerana termasuk ke bawah kereta polis yang langgar tersebut. Malah dalam kejadian yang berlaku di depan Komplek Sogo itu, dua orang lagi cedera patah tangan dan luka dikepala. Polis bertindak agresif dgn peserta Bersih 3.0 dengan melurukan kereta terus kepada peserta yang berada di tepi jalan. Tindakan polis yang tidak bertamadun ini harus diambil tindakan dan tidak sewajarnya berlaku. (video menyusul) |
Terkini: Lebih 5,000 Peserta Hampiri Dataran Merdeka Posted: 27 Apr 2012 08:34 PM PDT Terkini, dilaporkan lebih 5,000 peserta Himpunan Bersih 3.0 sedang menghampiri Dataran Merdeka sekarang. Kemeriahan juga dapat dirasai di lokasi lain seperti di Pasar Seni, Masjid Negara, KLCC, Brickfields, Jalan Sultan, Masjid India dan yang lain-lainnya. Macam-macam aksi ditunjukkan oleh peserta sementara menantikan acara sebenar jam 2.00 petang ini. Sementara itu difahamkan, pihak polis juga sudah mula "test panic siren" mereka. Mungkin ia akan dibunyikan menjelang petang ini. Apapun, semua pihak kini berhati-hati dan senantiasa berjaga-jaga untuk keselamatan mereka. |
Terkini: Lebih 5,000 Peserta Hampiri Dataran Merdeka Posted: 27 Apr 2012 07:38 PM PDT Terkini, dilaporkan lebih 5,000 peserta Himpunan Bersih 3.0 sedang menghampiri Dataran Merdeka sekarang. Kemeriahan juga dapat dirasai di lokasi lain seperti di Pasar Seni, Masjid Negara, KLCC, Brickfields, Jalan Sultan, Masjid India dan yang lain-lainnya. Macam-macam aksi ditunjukkan oleh peserta sementara menantikan acara sebenar jam 2.00 petang ini. Sementara itu difahamkan, pihak polis juga sudah mula "test panic siren" mereka. Mungkin ia akan dibunyikan menjelang petang ini. Apapun, semua pihak kini berhati-hati dan senantiasa berjaga-jaga untuk keselamatan mereka. |
Laporan Bergambar Terkini Dari Himpunan Bersih 3.0 Posted: 27 Apr 2012 07:06 PM PDT Ada maklumat, pihak polis memasang "Panic Siren" yang mengeluarkan bunyi yang kuat di lokasi terpilih. Siren dipasangkan pada lampu isyarat. Ia untuk menghalau peserta dengan bunyi yang teramat bising dan memekakkan telinga. Laporan seterusnya menyusul.... Pihak polis juga didapati berkawal dengan ramai di Masjid Jamek. Sementara itu orang ramai terus berbondong-bondong tiba dengan menaiki LRT turun di stesen Masjid Jamek. Keadaan masih terkawal. Begitu juga di lokasi lain termasuk Masjid Negara, KLCC dan sebagainya. Kini semakin ramai yang membanjiri Kuala Lumpur. Sekitar jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) bermula dari Komplek Sogo ke Dataran Merdeka pada awal pagi ini didapati suasana masih lengang dan terkawal. Kelihatan begitu ramai anggota polis dilihat sudah siap sedia berkawal untuk menghalang peserta himpunan Bersih 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka. Sementara itu beberapa buat trak polis dilihat lalu lalang dikawasan itu dengan membawa berpuluh-puluh lagi anggota mereka. [Laporan terkini ini adalah dibuat secara langsung oleh krew kami Blogger Cucumatkilau (CMK) yang turut berada di lokasi terbabit. Beliau dihantar khas oleh Pahang Daily Online (PDO) bersama krew-krew yang lain bagi mendapatkan laporan yang tepat dan jelas situasi di Dataran Merdeka. Kami amatlah berharap semua krew PDO berada dalam keadaan selamat dan terkawal. Mereka diarahkan tidak memakai baju kuning Bersih 3.0 untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku yang menyulitkan kami untuk mendapatkan maklumat berkenaan. Kepada anda yang mempunyai sebarang maklumat terkini bolehlah menghubungi beliau ditalian 012-3854400. Laporkan info terkini dari lokasi anda untuk dipaparkan kepada pembaca. Kami menyokong Bersih 3.0 untuk melihat sebuah pilihanrya yang adil dan bersih diadakan di negara ini pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Cukuplah dengan segala penipuan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka selama ini hendaknya]. |
Bersih 3.0: Ribuan Peserta Mula Berhimpun Dekat Dataran Merdeka Sejak Jam 9.00 Malam Posted: 27 Apr 2012 06:27 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 April - Orang ramai mula membanjiri sekitar simpan Jalan Tunku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka sejak jam 9.00 malam tadi. Difahamkan, sekitar jam 2.30 pagi kehadiran peserta mencecah antara 3,000 hingga 4,000 orang di lokasi terbabit. Sekitar jam 2.40 kelihatan beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat seperti Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) tiba dengan menaiki tiga buah kenderaan. Turut bersama beberapa orang lagi pemimpin termasuk aktivis Hishamuddin Rais. Pada awalnya kehadiran mereka dihalang oleh pihak polis yang menutup Jalan TAR bermula di persimpangan Komplek SOGO dan Pertama. Namun, selepas beberapa perbincangan akhirnya mereka dibenarkan masuk. Difahamkan, mereka kemudian cuba menenangkan orang ramai yang berada berhampiran Dataran Merdeka. Dalam ucapan ringkas Mat Sabu dan Chegubard dilihat mengarahkan para penyokong Bersih 3.0 agar bersurai buat sementara waktu untuk mengelakkan ketegangan di awal pagi itu. Suasana agak tenteram selepas itu, namun orang ramai terus berpusu-pusu membanjiri kawasan berkenaan. Mereka terdiri daripada berbagai bangsa Melayu, Cina dan India. Turut kelihatan berada di situ ialah beberapa orang penyokong anti Lynas (Himpunan Hijau). Dari tinjaun yang dibuat, pihak polis kelihatan mula menutup beberapa jalan utama menuju ke Dataran Merdeka. Walau bagaimana pun ia tidak menghalang orang ramai untuk hadir ke situ. Difahamkan, penutupan jalan berlaku berhampiran Jalan Kuching, Bulatan Pahang dan lain-lain jalan dari utara dan selatan. Apa yang jelas dapat dilihat, fenomena yang berlaku kali ini jauh lebih hebat dari Bersih 2.0 Julai tahun lalu. Ini kerana, kehadiran orang ramai sudah bermula sejak jam 9.00 malam, sedangkan pada himpunan terdahlu orang ramai mula membanjiri lokasi yang berkenaan sekitar jam 10.00 pagi ke atas. Ini memberi gambaran, sudah pasti jumlah rakyat yang akan hadir kali ini jauh lebih tinggi berbanding Bersih 2.0 dulu. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online :: PDO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment