Liang Lahad....

Liang Lahad....


MOTOR ADA STICKER USTAZ AZHAR IDRUS PUN KENA SAMAN?

Posted: 09 Aug 2012 09:59 PM PDT

Semua tahu fenomena Ustaz Azhar Idrus kat Malaysia ni...
ramai anak muda yang mengikuti siri ceramah dan perkembangan Ustaz Ahar Idrus tak kira dimana saja..
samada di masjid,di Youtube mahupun di Facebook...

Ini bagi aku satu perkembangan yang baik dan hebat...

Bagus lah bila ada anak muda mahu pakai baju "berlatarkan" nama ustaz,gambar ustaz Azhar ni..


Motor dan kereta dorang pun siap dilekatkan dengan pelekat Ustaz Azhar Idrus...
iyelah,daripada mereka letak gambar yang ntah apa-apa tu..

Tapi di UiTM Pahang ni..
motor ada sticker Ustaz Azhar Idrus pun kena saman jugak..?
Yer...
memang pelajar ni kena tahan sebab motor tiada pelekat UiTM sesi 2012..
tapi yang tick sekali ruang tambahan dan siap tulis kesalahan,
"MEMPUNYAI PELEKAT USTAZ AZHAR IDRUS" tu apahal..?

Agak-agak le beb...

Adakah satu kesalahan sekiranya ada pelekat Ustaz Azhar Idrus di motor mahupun kereta..? 

Update 12:46pm 

Berikut adalah update mengenai isu ini..

Seseorang telah memaklumkan di FB Canselor UiTM dan ini jawapan naib Canselor UiTM , Datuk Profesor Ir Dr SaholHamid Abu Bakar...

  

Dan ini adalah jawapan beliau...


Kita sama2 nantikan...
hasil siasatan UiTM ni..
 

DEWAN ORANG RAMAI DIKUASAI UMNO-BN.

Posted: 09 Aug 2012 06:31 PM PDT

Masih ada dewan di Selangor ini yang masih dan cuba dikuasai oleh UMNO...
Seolah-olah dewan orang ramai tersebut milik UMNO,sehinggakan ada program-program yang mahu diadakan di dewan yang dikuasai mereka tersebut terpaksa dibatalkan hanya kerana ahli UMNO tidak membenarkannya..

UMNO mungkin tidak dapat menerima kenyataan bahawa Negeri Selangor ini kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat,dan mereka kini adalah pembangkang di negeri Selangor..

Dan fakta yang jelas yang cuba dinafikan oleh UMNO adalah dewan itu adalah milik orang ramai..
bukan milik UMNO...

Sewaktu UMNO memerintah Selangor dahulu,Pakatan Rakyat tidak dibenarkan sama sekali menggunakan dewan untuk apa acara sekali pun..

Kini,bila Pakatan Rakyat mentadbir Selangor dan UMNO jadi pembangkang,UMNO masih nak tunjuk hero dalam soal "pemilikan" dewan ni...? 
come on lah...


BESTARI JAYA 10 OGOS : Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa bertindak tegas terhadap tindakan  Umno-BN yang didakwa mempergunakan kemudahan awam seperti Balai Raya Taman Pancaran di sini untuk kepentingan politik mereka sendiri.

Tinjauan yang dijalankan TVSelangor mendapati  Umno-BN kawasan ini menaikkan bendera parti sedangkan dewan itu adalah untuk kegunaan semua.

Pegawai Penyelaras Pejabat Kerja Datuk Menteri Besar di DUN Ijok, Abdul Rahman Umar berkata peruntukan pembinaan dewan itu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di atas tanah Kerajaan Negeri yang diselenggara oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

"Kita sudah membuat aduan kepada pihak majlis daerah dan mereka sudahpun mengambil tindakan dan sudah menurunkan bendera parti itu semua tetapi apabila sebelah pagi diturunkan, sebelah petang naik lagi.
"Jadi, pada saya dewan itu adalah hak untuk kegunaan semua pihak dan bukan hak parti," kata Abdul Rahman ketika ditemui di pejabat  DUN Ijok di sini.

Menurut beliau lagi, sudah beberapi kali pihaknya berhasrat untuk menggunakan kemudahan dewan itu untuk program kemasyarakatan namun tidak dibenarkan.

"Mereka kata ada program dan sebagainya, tetapi apabila diselidiki tidak ada, pada saya itu satu kesalahan kerana ia adalah hak awam," katanya.

Abdul Rahman menjelaskan, setiap taman perumahan mempunyainya sendiri untuk digunakan menjalankan aktiviti kemasyarakatan, justeru tindakan menghalang menggunakan dewan itu adalah dikesali.

Beliau mengharapkan kerjasama agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik dan berhemah antara semua pihak demi kepentingan masyarakat di situ.

"Yang sepatutnya mengambil tindakan adalah Pihak Majlis Daerah kerana bangunan itu di bawah seliaan mereka," ujarnya..


Selangorku.

No comments:

Post a Comment