Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Gempar: Orang Ramai Terkejut, "Babi Mengamuk" Dalam Pusat Bandar Kuantan Tengahari Semalam

Posted: 06 Jul 2012 03:45 AM PDT

KUANTAN, 6 Julai - Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat "Babi Hutan" tiba-tiba mengamuk di pusat bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin binatang terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang. Difahamkan, babi (khinzir) yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota. Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarulzaman Mohamed Yunus (foto) berkata "Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor babi hutan sedang melintasi Jalan Mahkota dan menuju ke ke kedai Hamid Bros, babi tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding cermin kedai seterunya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat pelancungan dalam kedai tersebut, selepas itu lebih kurang jam 12.35 babi tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke Masjid Negeri dan masuk ke dalam masjid, dihalau seorang India babi menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar". Kamarulzaman yang juga dikenali sebagai Pak Long turut menegaskan beliau amat hairan dengan kejadian ini. "Apakah peristiwa ini ada kaitan dengan pembaziran SUKMA atau kenyataan Mufti Pahang mengenai Himpunan Bersih, kemarahan rakyat mengenai kilang Lynas atau tanda awal mula kejatuhan UMNO BN di negeri ini (Pahang)", kata beliau. "Selama ini kita memang selalu menengar babi mengamuk di dalam kawasan kampung. Tapi, bila ia terjadi kepada bandar seperti Kuantan, ia sesuatu yang sungguh menakjubkan. Apatah lagi Kuantan kini sedang menyambut ketibaan tetamu-tetamu dari luar sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dirasmikan esok. Situasi ini amat memalukan dan tidak pernah berlaku di Kuantan sebelum ini", tambah beliau lagi.


Babi "mengamuk" sehingga memasuki ke dalam kedai agensi pelancongan

Orang ramai berpusu-pusu mahu menyaksikan babi di dalam kedai terbabit

Bukti, kaca bertaburan pecah akibat disondol oleh babi di dalam kedai terbabit

[Kejadian yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Di saat Pahang berbangga sebagai tuan rumah SUKMA yang akan dirasmikan esok, tiba-tiba binatang ini boleh pula berkeliaran di dalam bandar Kuantan di siang hari?. Apakah musibah yang melanda agaknya. Adakah babi itu mahu menggantikan "gajah" sebagai Maskot Sukan Malaysia kali ini agaknya. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) harus bertanggungjawab akal hal ini. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar yang berhutan di malam hari, mungkin kita boleh menerimanya. Tapi, bila ia berlaku pada siang hari ia sungguh memusykilkan. Dari mana datang babi itu?. Bayangkan jika binantang berkenaan berjaya masuk ke dalam Masjid Negeri yang berhampiran, maka sudah pastilah lebih kecoh. Mujurlah ia berjaya dihalau oleh orang ramai. Apakah kejadian ini adalah kerana tindakan MPK mengadakan "Nite Zoo" setiap minggu, tapi apa yang berlaku konsert hiburan yang lebih diutamakan ketika acara itu dijalankan. Mungkin ini menyebabkan binatang-binatang jadi takut dan kecewa, lantaran membawa diri ke tengah bandar. Difahamkan, sebelum ini sudah beberapa kali binatang berkenaan berkeliaran di dalam bandar Kuantan, malah ada yang masuk ke dalam pasaraya hingga menakutkan orang ramai. Apapun, pasti ada satu musibah akan berlaku atas kejadian ini sebenarnya. Berhati-hatilah dan ambil ikhtibar di atas segala kejadian yang menakjubkan ini].


Panas: Mantan Ketua UMNO Jengka 11 Masuk PAS !

Posted: 06 Jul 2012 04:22 AM PDT

MARAN, 6 Julai - Seorang bekas pemimpin UMNO kini mengisytiharkan dirinya menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau yang dimaksudkan ialah Nawi Mat Deris (foto) 70, yang merupakan mantan Ketua UMNO Felda Melati Jengka 11 dekat ini. Beliau yang menjadi Ketua UMNO dan Ketua Kampung sejak 20 tahun lalu membuat keputusan itu kerana menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Nawi yang juga sempat menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran berkata beliau akhirnya memilih untuk berjuang bersama PAS kerana perjuangan parti itu berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah. Beliau juga berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke-13 akan datang. Beliau merayu rakan-rakanya yang masih bersama UMNO supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS. Difahamkan beliau adalah merupakan pemimpin UMNO yang bertanggungjawab menjadi penaja UMNO Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya beberapa tahun yang lalu.


Nawi, sempat berucap ketika kunjungan Mat Sabu ke Jengka baru-baru ini



Lynas: SMSL Anjur Lagi Demontrasi Aman Bantah Kilang Memproses Rare Earth Itu Pada 12 Julai Ini

Posted: 06 Jul 2012 03:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai - Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) akan menganjurkan demonstrasi aman pada 14 Julai ini bagi membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas (Lynas) di Gebeng, Pahang. Pengerusi (SMSL), Tan Bun Teat (foto), berkata demonstrasi itu akan diadakan serentak di 30 lokasi terpilih di seluruh negara. "Sudah tiba masanya kita memberitahu kerajaan bahawa isu Lynas bukan sahaja melibatkan kepentingan orang Kuantan malah masyarakat di tempat lain juga perlu tahu betapa bahayanya kesan radioaktif. "Jadi dengan penganjuran demonstrasi secara bersepadu di seluruh negara kita dapat memberi gambaran yang jelas kepada kerajaan bahawa ramai yang menentang Lynas," katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini. Mengulas lanjut, Tan berkata, demonstrasi tersebut akan bermula pada pukul 5 petang Sabtu dan akan berakhir satu jam setengah selepas itu. "Bagi demo di Kuantan kita akan berkumpul di Bukit Roga, Kuantan selepas itu kita akan mendaki bukit berkenaan selepas mendaki peserta akan mengundi sama ada menyokong atau menentang Lynas. Di akhir program kita akan umumkan pihak mana yang menang. "Ini sebagai simbolik kepada kerana kita mahu memberitahu kerajaan bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk mengundi dan menentukan kerajaan pada pilihan raya umum ke-13. Sekiranya apa yang rakyat mahukan kerajaan tidak dapat penuhi sedia ada perlu menerima hakikatnya ketika itu," katanya. Beliau berkata, kumpulan SMSL juga ingin menegaskan bahawa mereka akan menyokong kumpulan yang berjaya menghentikan Lynas tanpa mengira latar belakang politik. "Kita akan sokong pihak yang boleh hentikan Lynas, tidak kira mereka kerajaan mahupun pembangkang," katanya. Berhubung dengan demonstrasi berkenaan, Tan berkata, pihaknya akan menghantar jemputan kepada pemimpin daripada pelbagai parti politik untuk turut serta dalam perhimpunan berkenaan.

[Difahamkan, demontrasi ini juga akan diadakan di seluruh negara pada hari tersebut. Antara lokasi-lokasi yang dipilih ialah di Pahang (Kuantan, Temerloh, Jerantut, Raub, Sri Jaya, Triang); Terengganu (Kuala Terengganu); Kelantan (Kota Bharu); Pulau Pinang (Georgetown); Perak (Ipoh, Kampar, Bukit Merah); Selangor (Cheras Mahkota, Rawang); Melaka (Bandar Melaka); Negeri Sembilan (Seremban, Air Itam); Johor (Segamat, Pengerang, Batu Pahat, Jementah, Tangkak, Simpang Renggam, Kluang, Kulai, Bekok, Yong Peng, Johor Bahru, Labis, Muar); Sabah (Kota Kinabalu). Turut akan diadakan ialah di Australia iaitu di Perth, Sydney, dan Melbourne. Dijangkakan kira-kira 15,000 hingga 20,000 orang akan menyertai rali ini diseluruh negara. Bagi setiap lokasi kita sasarkan lebih kurang 500 hingga 1000 orang akan turut serta nanti].


Nik Aziz Bantah Hasrat Anwar Untuk Bersara Dari Dunia Politik Sekiranya Pakatan Gagal PRU-13 Ini!

Posted: 06 Jul 2012 03:44 AM PDT

PETALING JAYA, 5 Julai - Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersara daripada dunia politik sekiranya pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dibantah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto). Malah pemimpin utama sekutu pembangkang itu mahu Anwar meneruskan perjuangannya dalam bidang politik. "Saya kurang bersetuju dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat," katanya menerusi laman facebook di sini, Khamis. Beliau mengulas kenyataan Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times yang mengakui menimbang untuk bersara dan kembali kepada kerjaya asalnya sebelum menyertai politik iaitu menjadi pendidik. Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Mengulas lanjut Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Anwar tetap boleh menggunakan medan politik untuk teruskan minatnya sebagai pendidik. "Hakikatnya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar. Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik (universiti) mengajar mahasiswa," kata beliau.

[Kenyataan Tuan Guru Nik Abd Aziz ini pasti mengundang berbagai persepsi di kalangan rakyat terutamanya para penyokong UMNO BN sebenarnya. Ramai yang berpendapat, PAS sendiri mempunyai ramai pemimpin yang berwibawa untuk menggantikan Anwar sebagai "leader". Maka, tidak perlu mana-mana pihak merayu andainya Anwar mahu bersara dari politik. Namun, apa yang pasti kenyataan Anwar juga adalah gimik semata-mata. Dulu pun, ketika melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding, isyterinya Dr.Wan Azizah mengatakan mahu bersara dan memberi tumpuan kepada anak cucu dan keluarga. Namun, apa yang berlaku sehingga ke hari ini beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Maknanya, bukan senang bagi orang yang sudah lama berjuang membela rakyat tiba-tiba mahu bersara dari kancah politik. Kemenangan dan kegagalan adalah adat resam dalam politik, maka tidak perlu terburu-buru untuk bersara terutamanya kepada pemimpin tersohor seperti beliau itu].


No comments:

Post a Comment