Liang Lahad....

Liang Lahad....


KEMALANGAN - MAKCIK RISDA TERBABAS KE DALAM LONGKANG BESAR [GAMBAR]

Posted: 22 Apr 2012 02:28 AM PDT

Sebentar tadi...
lebih kurang sekitar pukul 4pm..
satu kemalangan berlaku di Jalan utama di Persiaran Jubli Perak di Seksyen 20,Shah Alam...


Kereta yang dipandu oleh seorang wanita, anggaran usia dalam 40an telah terbabas melanggar pembahagi jalan
kemudian melanggar bahu jalan dan kemudian melanggar satu papan tanda dan berakhir dengan kereta beliau tercampak ke dalam longkang besar..

Nasib baik kerana kereta Toyota Avanza yang dipandu beliau mempunyai air bag...
kalau dilihat dari luaran fizikal beliau,tiada pendarahan luaran yang kelihatan... 

Dari tag nama yang dipakai oleh wanita tersebut dapatlah aku simpulkan bahawa beliau bekerja dengan Risda...

Sementara menanti ambulan tiba kelihatan wanita tersebut dalam keadaan lemah namun masih sedarkan diri...
tetapi tidak mampu bercakap walau sepatah,mungkin kerana sesak nafas atau pun masih terkejut...

Gambar berikut adalah susunan dari pelanggaran pertama pembahagi jalan sehingga kereta tersebut tercampak ke dalam longkang besar..
Permulaan -  Pembahagi jalan yang pertama yang dilanggar.

Kereta terus meluncur laju selepas melanggar pembahagi jalan.

Terus menuju ke bahu jalan seberang jalan arah keluar simpang

Selepas melanggar bahu jalan,kereta tersebut melanggar papan tanda namun tetap juga tidak berhenti
terus meluncur laju...




Gambar makcik tersebut tidaklah sanggup aku rakam kan...
ini pun aku ambik gambar selepas makcik tu telah selamat dibawa pergi ke hospital dengan pekhidmatan ambulan..

Apa pun...
berhati-hati dijalan raya...

28 TAHUN MEMOHON MASJID TIDAK DIENDAHKAN - KINI SELESAI DALAM TEMPOH 4 TAHUN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH

Posted: 21 Apr 2012 10:55 PM PDT

Sejak 28 tahun yang lalu...
penduduk di Seksyen 25, Shah Alam ataupun lebih dikenali sebagai "Taman Sri Muda" ternanti-nanti bilakah sebuah masjid dapat dibina di Seksyen 25 tersebut...

Ini kerana tapak masjid itu telah pun ada semenjak dari awal pembukaan Taman Sri Muda hampir 30 tahun yang lalu...

Sejak 28 tahun yang lalu..
permohonan untuk mendapatkan sebuah masjid sudah pun berkali-kali dihantar kepada Kerajaan UMNO dahulu dan juga kepada JAIS...

Namun..
penantian penduduk Taman Sri Muda selama ini hanyalah sia-sia kerana kerajaan negeri UMNO terdahulu kelihatan tidak berminat untuk mengusahakan pembinaan sebuah masjid...


Manakala,tapak masjid yang sekian lama sudah disediakan bagi mendirikan sebuah masjid disewakan pula kepada syarikat-syarikat kereta terpakai..
lihat gambar ini..

Tapak masjid yang selama ini disediakan disewa kepada used car.
Selama 28 tahun ini,
Apabila mahu mengerjakan solat jumaat,penduduk di seksyen 25,Shah Alam ini terpaksa pergi ke masjid-masjid yang berhampiran sehinggalah diputuskan solat jumaat diadakan di Madrasah Al-Falah yang mana kemudiannya dinaikkan taraf sebagai Masjid dan sejak itulah penduduk di Seksyen 25 ini menunaikan solat jumaat di situ....



kini bergelar masjid Al-Falah.
Pada ketika ini keadaan Madrasah Al Falah tidak begitu baik kerana ianya agak uzur,ada beberapa tempat di dalam masjid tersebut yang akan basah pada waktu hujan ekoran bumbung bocor..
walaupun dibaiki dari masa ke semasa,akan tetap juga berlaku kebocoran kerana madrasah ini sudah lama dan uzur...

Lihat gambar ini...
dan bayangkan bagaimana keadaannya jika tengah solat jumaat,tempat anda sujud di genangi air..

Kalau tengah solat jumaat hari hujan... basahlah jawabnya...





Namun..
semuanya berubah apabila Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Negeri Selangor..

Sewaan tapak perniagaan kepada syarikat kereta terpakai oleh MAIS tidak lagi disambung apabila perjanjian sewaan mereka telah tamat...

Syarikat-syarikat kereta terpakai diminta mengosongkan tapak masjid berkenaan supaya kerja-kerja pembinaan masjid Taman Sri Muda yang dinanti-nanti selama 28 tahun dapat dijalankan..
Tapak masjid yang telah dikosongkan oleh syarikat "used car"

pemandangan tapak masjid apabila syarikat used car memindahkan semua kereta mereka.
Dan..
sejak dari July 2011, pembinaan masjid Seksyen 25 ini giat dijalankan..



Masjid 2 tingkat ini memakan belanja RM6 juta yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri...
masjid ini dijangka mampu menampung seramai 1,500 jemaah dalam satu masa...
berikut adalah butiran mengenai masjid ini...



Aku juga dimaklumkan..
selepas masjid Seksyen 25 ini siap..
maka pembinaan masjid berhampiran yang seterusnya adalah di Kota Kemuning dan kemudiannya di Johan Setia,Klang.

Maka penantian 28 tahun penduduk seksyen 25,Shah Alam,Selangor ini berjaya diselesaikan dalam hanya tempoh 3,4 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat...

Lepas ni tidaklah sujud dalam keadaan "hidung dinaiki air" lagi...

1 comment:

  1. tak naik-naik lagi pun tiang kat tapak masjid ni, tapak sekadar tapak je

    ReplyDelete