Pahang Daily Online |
- Protes Lynas Di Pintu Masuk Kilang Itu Di Gebeng
- 'Bersih 3.0' Turut Akan Menganjurkan Himpunan Tersebut Di Padang Kemunting Pada 28 April Ini !!
- Himpunan Rakyat Di Pintu Masuk Ke Kilang Lynas Buktikan Mereka "Tetap Menolak" Projek Tersebut
- Hishamuddin: Kerajaan Benar 'Bersih 3.0' Kerana Di Anggap 'Tidak Menggugat Keselamatan' Negara!
- Nyawa Terancam, Blogger Cucumatkilau Terpaksa Buat Laporan Polis Untuk Jamin Keselamatannya!
- Panas: Bekas Pengerusi Tetap PKR Cabang Indera Mahkota Akhirnya Keluar Parti Dan Sertai UMNO !
- Hampir "100 Orang Anak Muda" Sertai Himpunan Pra Bersih 3.0 Di "Taman Esplanade" Malam Tadi !
Protes Lynas Di Pintu Masuk Kilang Itu Di Gebeng Posted: 22 Apr 2012 09:18 AM PDT |
'Bersih 3.0' Turut Akan Menganjurkan Himpunan Tersebut Di Padang Kemunting Pada 28 April Ini !! Posted: 22 Apr 2012 09:13 AM PDT KUANTAN, 22 April - Satu perhimpunan Bersih 3.0 juga akan diadakan di sini pada 28 April ini. Himpunan anjuran NGO Bersih 3.0 Kuantan itu bakal diadakan di Padang MPK 4 (Kemunting) iaitu tapak Himpunan Hijau 2.o bulan Februari lalu. Program akan bermula jam 2.00 petang iaitu serentak dengan Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada hari yang sama. Menurut Pengerusi Bersih 3.0 Kuantan, Mohd Suhaimi Ismail (foto) program itu didadakan di Kuantan bagi menyahut seruan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mahu ia diadakan serentak di seluruh negara. "Pilihanraya yang bersih, adil dan telus adalah asas kepada sebuah kerajaan yang dikehendaki oleh rakyat serta melambangkan erti demokrasi. Banyak negara di dunia memilih dan mengekalkan pemerintahan berdemokrasi adalah kerana ia memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih pemerintahnya dan sekaligus menentukan arah pembangunan negara. Tiada sesiapa pun yang boleh menentukan nasib rakyat, jika ia dibenarkan, maka ia tidak melambangkan erti demokrasi", kata Suhaimi. "Demokrasi mesti dikaitkan dengan perkataan BERSIH kerana perkataaan BERSIH melambangkan kesucian, keharmonian dan kebebasan. BERSIH 3.0 melambangkan hasrat rakyat seperti kami ini, di mana kami ingin menyeru pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk menjalankan tugas mereka yang diamanahkan oleh rakyat untuk memastikan pilihanraya dilakukan secara bersih, adil dan telus", kata beliau. Suhaimi bergambar bersama Ahli Jawatankuasa beliau yang baru ditubuh Suhaimi turut menegaskan pihaknya hanya akan mengunakan rangkaian sosial seperti Facebook, risalah-risalah, halaman rasmi BERSIH 3.0 dan lain-lain untuk menyebarkan hasrat tersebut. Malah mereka juga tidak akan mengunakan sistem pesanan ringkas atau SMS untuk mewar-warkan aktiviti berkenaan. Beliau turut menasihatkan kepada mana-mana pihak yang terima SMS tersebut, maka dinasihatkan supaya abaikan SMS berkenaan kerana ia bukanlah dari mereka. [Himpunan Bersih 3.0 kini nampaknya mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk NGO yang berkaitan. Jika ini keadaannya, maka pasti ramai juga yang akan turun berhimpun di Padang MPK 4 (Kemunting) pada 28 April ini terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai masa dan kesempatan untuk bersama yang lainnya di Dataran Merdeka. Namun, ada juga timbul persoalan apa akan terjadi kepada Himpunan Bersih 3.0 di KL nanti jika semua negeri mengadakan perhimpunan masing-masing. Akhirnya hanya segelintir pihak sahaja yang akan turun ke sana dan ini akan menyebabkan kehadiran sudah pasti berkurangan daripada apa yang dijangkakan. Inilah yang pasti akan timbulkan kemusyikalan. Apapun, di mana saja himpunan ini dijalankan sudah pasti ia tetap dapat sambutan]. |
Himpunan Rakyat Di Pintu Masuk Ke Kilang Lynas Buktikan Mereka "Tetap Menolak" Projek Tersebut Posted: 22 Apr 2012 09:16 AM PDT KUANTAN, 22 April - Seramai hampir 100 orang dari kumpulan Stop Lynas Coalitation (SLC), Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) dan Himpunan 3.0, telah berhimpun di pintu masuk kilang Lynas di Gebeng baru-baru ini. Mereka melakukan protes aman dengan mengambil kesempatan ketibaan rombongan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) beserta sekumpulan wartawan asing dan dari Kuala Lumpur, datang memasuki kilang tersebut pada pukul 2.30 petang. Beberapa anggota polis juga turut berada dilokasi bagi mengawasi keadaan serta beberapa kali menasihat supaya tidak berdiri ditengah jalan yang mungkin membahaya keselamatan. Sekumpulan wartawan tempatan merungut kerana tidak dibenarkan masuk menghadiri sidang media yang diadakan. Adalah dipercayai sidang media yang dibuat oleh AELB itu adalah pertama kali diadakan diluar kawasan mereka. Kumpulan yang melakukan protes aman terbabit juga membawa tiga buah keranda sebagai simbolik mangsa radioaktif Lynas. Mereka juga ingin menyampaikan sejambak bunga kepada wakil Lynas tetapi tiada sambutan. Dalam cuaca yang panas terik, mereka bersurai sekitar jam tiga petang itu. |
Hishamuddin: Kerajaan Benar 'Bersih 3.0' Kerana Di Anggap 'Tidak Menggugat Keselamatan' Negara! Posted: 22 Apr 2012 07:34 AM PDT KUALA LUMPUR 22 April - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini membenarkan sebarang perhimpunan aman pada masa akan datang termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan di ibu negara pada 28 April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat keselamatan negara. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto) berkata, hasil pemantauan awal kementerian menunjukkan perhimpunan aman tersebut tidak memerlukan kehadiran secara keterlaluan pihak polis seperti menggerakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kerana ia tidak menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan. "Sungguhpun begitu, FRU dan polis akan sentiasa dalam keadaan siap siaga 24 jam, tujuh hari seminggu... kita akan mengadakan perbincangan dan meminta persetujuan daripada kedua-dua belah pihak, dari segi apa yang nak dilakukan di lokasi perhimpunan yang sesuai dalam jangka masa yang realistik dan untuk perkara-perkara yang selamat. "Kalau ada kehadiran polis pun hanya untuk mengalu-alukan peserta perhimpunan ke kawasan yang akan ditetapkan kelak," katanya pada sidang media di Program Ceria Gagasan Anak-anak Sembrong di Perantauan (GAASP) di Bukit Kiara, di sini hari ini. Menyentuh mengenai isu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi perhimpunan Bersih 3.0, Hishamuddin berkata, masyarakat perlu memandang rasional keputusan tersebut. "Jadi saya harap semua pihak perlu bersikap positif mengenai pemilihan lokasi kerana kementerian sentiasa bersikap terbuka namun penganjur perlu pastikan perhimpunan dibuat mengikut setiap prosedur yang ditetapkan dan bertanggungjawab ke atasnya," katanya. Hishammuddin berkata, pihaknya juga tidak menghalang penganjur perhimpunan aman untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka sebagai kawasan untuk berhimpun namun mereka perlu membuat permohonan kepada pihak pentadbiran stadium berkenaan terlebih dahulu. "Saya yakin dengan cara kerajaan kini yang bersikap lebih terbuka terhadap isu dan bantahan yang ingin disuarakan oleh pihak tertentu dan saya harap perhimpunan aman tersebut dapat dibuat dalam keadaan yang rasional dan realistik dan bukan untuk politikkan atau memecahbelahkan rakyat", katanya lagi. [Kenyataan Hishamuddin ini terkadang ada baiknya, tetapi banyak yang menyindir sebenarnya. Alasan kerajaan benarkan perhimpunan ini dibuat mungkin bertujuan mahu menunjukkan seolah-olah kerajaan akur dengan kehendak rakyat terhadap perhimpunan aman. Mungkin juga mereka takut apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih 2.0 akan terjadi lagi kali ini. Lantaran itulah Hishamuddin terpaksa membuat kenyataan yang agak longgar kali ini. Namun, harus diingat dulu PM Najib Razak juga benarkan penggunaan stadium untuk rakyat berhimpun. Namun apa yang terjada, mereka meletakkan begitu ramai FRU untuk menggasak rakyat yang tidak berdosa. Gas pemedih mata dan water canon dihalakan kepada peserta himpunan. Itu belum termasuk yang dikejar dan ditangkap sesuka hati oleh pihak polis. Kini, ayatnya nampak berlembut tetapi kita harus ingat bahawa ini hanyala satu strategi dan tipu helah mereka semata-mata. Akhirnya apa yang berlaku tetap sama seperti yang sebelumnya. Maka, berhati-hatilah]. |
Nyawa Terancam, Blogger Cucumatkilau Terpaksa Buat Laporan Polis Untuk Jamin Keselamatannya! Posted: 22 Apr 2012 04:39 AM PDT KUANTAN, 22 April - Susulan kejadian pergaduhan akibat isu "bendera parti" yang berlaku di Jalan Mahkota, berhampiran Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I kelmarin, maka satu laporan polis akan dibuat oleh Blogger Cucumatkilau @ Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) dalam masa terdekat ini. Laporan dibuat atas tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam keselamatan beliau pada malam kejadian tersebut. Difahamkan, lebih dari sepuluh orang "samseng" cuba untuk mengasari beliau gara-gara tidak berpuas hati dengan kes itu. Menurut Shukri, demi keselamatannya maka beliau terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga. "Ini bukan kali pertama saya diancam. Sebelum ini pun sudah dua kali saya mengalami nasib yang sama akibat perbezaan pandangan dan ideologi masing-masing. Kali pertama saya hampir-hampir dipukul oleh lebih 30 puluh orang penyokong UMNO ketika hadir ke kediamaan MB Pahang di Jalan Teluk Sisek untuk mendengar penerangan Isu Lynas oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Dato' Sri Mustapa Mohamed. Saya cuba dikepung oleh kumpulan terbabit selepas program itu tamat. Namun, Alhamdulillah saya berjaya meloloskan diri walau pun mereka cuba mengejar. Kali kedua saya hampir dipukul ketika Himpunan Hijau di Taman Gelora. Saya telah dikepung dan dikasari oleh beberapa orang penyokong kuat UMNO yang marah dengan pendedahan panas yang saya lakukan selama ini. Saya kenal semua yang berkenaan namun demi persahabatan saya tidak tergamak untuk mengambil apa-apa tindakan. Kejadian terbaru malam kelmarin adalah kemuncaknya dan saya rasa sudah tiba masanya saya membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan", kata Shukri. Susulan beberapa kejadian berkenaanlah maka sudah sewajarnya beliau perlu melakukan tindakan itu. Laporan akhbar Nanyang Siang Pau hari ini tentang insiden malam kelmarin antaranya melaporan beliau hampir diserang kumpulan samseng berkenaan Tambahan pula melihat kumpulan terbabit kini semakin "mengganas" dan bila-bila saja kejadian yang tidak diingini pasti akan berlaku. "Saya bukanlah nak cari gaduh dengan sesiapa. Saya hanya seorang penulis blog (blogger) yang dipertanggungjawab melaporkan apa jua pandangan berkaitan politik semasa di negeri ini. Biasalah ada kalanya ia akan tajam, pedas dan panas apabila terkena kepada batang hidung masing-masing. Namun, apakah dengan cara keganasan semua ini dapat diselesaikan. Saya kenal semua pihak yang berkenaan, tetapu bagi saya mereka semua adalah sahabat saya dan tidak timbul perasaan berdendam dengan pihak berkenaan. Laporan polis hanyalah untuk tunjuan berjaga-jaga andainya ada lagi sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas saya lagi", katanya. [Politik menjelang pilihanraya umum ini nampaknya semakin kritikal bila ada pihak yang mula menggunakan kekerasan dan bertindak ganas untuk menghalang pihak lain. Tindakan menggunakan tindakan "samseng" untuk tujuan mencetus pergaduhan adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku. Tambahan pula bila melibatkan dua parti politik yang dinaungi oleh orang Melayu itu sendiri. Kadangkala perjuangan itu memerlukan pengorbanan, namun bila sudah wujud ancaman yang boleh mengganggu keselamatan seseorang maka sudah sewajarnya jalan terbaik ialah mengadu kepada pihak berkuasa agar mereka mengambil tindakan. Senario yang berlaku ini membuktikan politik kita kini semakin tercemar malah dicemari dengan budaya samseng yang tidak sesuai di sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Semoga insiden keganasan tidak seharusnya menjadi satu tabie kepada rakyat di negara ini. Berjuanglah secara sihat dan harmoni]. |
Panas: Bekas Pengerusi Tetap PKR Cabang Indera Mahkota Akhirnya Keluar Parti Dan Sertai UMNO ! Posted: 22 Apr 2012 01:06 AM PDT KUANTAN, 22 April - Tamparan hebat buat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi apabila beberapa orang lagi "penyokong kuat" dan "orang kanan" parti itu di Cabang Indera Mahkota bertindak keluar parti itu semalam. Menurut laporan media, seramai 122 anggota PKR Cabang Indera Mahkota bertindak keluar parti itu untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN). Daripada jumlah itu, 90 orang menyertai UMNO manakala 32 lagi MIC. Satu majlis penyerahan borang kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Hazmi Yusof telah diadakan di Cenderawasih. Tindakn keluar parti diketuai oleh Bekas Pengerusi Tetap PKR Indera Mahkota iaitu Abdul Hamid Ibrahim (foto) atau lebih dikenali dengan gelaran "Pak Hamid". Dalam kenyataannya beliau berkata dia telah jemu dan muak dengan perjuangan yang ditunjukkan oleh PKR. "Kebanyakan yang mengikuti saya keluar daripada PKR bukan kerana pujuk rayu parti komponen BN tetapi dengan kerelaan hati masing-masing berdasarkan apa yang telah dinilai oleh mereka sendiri," katanya. Senario yang berlaku ini merupakan satu masalah besar buat PKR Indera Mahkota selepas Ahli Parlimennya Azan Ismail dilantik menjadi Pengerusi PKR Terengganu. Sebelum ini, Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Ibrahim Sidek yang merupakan orang kuat Azan juga telah bertindak meninggalkan parti itu. Dengan perkembangan terbaru ini, maka ia membuatkan lebih ramai rakyat semakin hilang kepercayaan kepada PKR cabang itu selepas ini. Soalnya, sekarang apakah PKR dapat bertahan di Parlimen Indera Mahkota selepas kontroversi ini dan Azan sendiri. Nampaknya harapan BN untuk merampas kembali kerusi parlimen itu semakin cerah dengan bersandarkan kepada apa yang berlaku sekarang ini. Ceria, Pak Hamid serahkan borang sertai UMNO kepada Dato' Hazmi Yusof Dato' Hazmi juga menerima kemasukan Ibrahim Sidek ke UMNO sebelum ini Sejarah, kini hanya tinggal Lee Cheang Chung selepas Azan dan Pak Berahim meninggalkan PKR Indera Mahkota, apakah Azan juga akan sertai UMNO? [Keputusan yang dibuat oleh Pak Hamid dan rakan-rakannya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sememangnya selepas Pemilihan 2010 yang lalu, PKR Cabang Indera Mahkota terus bergolak. Malah, paling mengejutkan apabila kemenangan YB Azan Ismail di cabang itu telah dipertikaikan oleh kumpulan Razali Alias (lawannya bagi jawatan Ketua Cabang). Pak Hamid ketika itu adalah Pengerusi Tetap yang mengendalikan majlis terbabit. Beliau sememangnya berada dalam keadaan serba salah untuk melaksanakan tanggungjawab beliau selepas itu. Tambah parah apabila Azan dihantar ke Terengganu oleh PKR Pusat untuk memimpin parti di negeri tersebut. Tempatnya digantikan oleh Timbalan beliau, Ibrahim Sidek (Pak Berahim). Namun, Pak Berahim pula bertindak keluar PKR bersama Ketua Wanita (Kak Zura) dan lain-lainnya pada awal tahun ini. Tempatnya kemudian diambil alih oleh Naib Ketua iaitu Lee Cheang Chung. PKR Indera Mahkota senantiasa dilambung ombak dan badai yang tidak berkesudahannya. Kini dilaporkan, PKR akan menghantar "orang luar" untuk mengambil alih tempat Azan bertanding di situ. Jika ia berlaku, maka harapan BN untuk merampas kembali kerusi tersebut bakal menjadi kenyataan jika mereka bijak berkerja. Apapun, segalanya masih ditangan rakyat untuk menentukannya. Apapun, sama-sama kita tunggu PRU-13 ini]. |
Hampir "100 Orang Anak Muda" Sertai Himpunan Pra Bersih 3.0 Di "Taman Esplanade" Malam Tadi ! Posted: 21 Apr 2012 11:30 PM PDT KUANTAN, 22 April - Seramai hampir 100 orang anak muda telah berkumpul secara aman malam tadi untuk bersama-sama dalam himpunan Pra Bersih 3.0 di Taman Esplanade dekat sini. Mereka yang kebanyakannya berbaju T-Shirt Kuning Bersih 3.0 berada di situ sejak jam 10.30 malam dan kemudiannya telah beredar sekitar jam 11.45 malam. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku, cuma peserta terbabit diberi arahan oleh pihak polis agar tidak "duduk bantah" beramai-ramai di satu kawasan lapang di situ. Larangan itu dibuat atas alasan lokasi berkenaan adalah tempat irang lain "cari makan". Tambahan pula, ramai yang hadir kerana ingin melawat gerai-gerai jualan di tapak "up town" yang beroperasi malam tadi. Tidak jauh dari kawasan itu ada aktiviti hiburan karaoke disajikan kepada orang ramai. Selepas dilarang duduk bantah, semua peserta terbabit kemudiannya berhimpun di kawasan lapang di laluan keluar dari taman terbabit. Kelihatan beberapa orang anggota polis Cawangan Khas (SB) memantau keadaan. Terdapat juga Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang ditugaskan mengawal keadaan di situ. Para peserta kemudiannya beramai-ramai ke sebuah restoran berhadapan dengan Masjid Al-Fatah untuk menjamu selera "ikan bakar". Secara keseluruhannya, himpunan agak lesu kerana tiada sebarang ucapan dan kata-kata semangat seperti kebiasaannya. Semua peserta hanya duduk dan berbual-bual antara satu sama lain akibat dihalang duduk di satu kawasan lapang di situ oleh pihak polis. Apapaun, ia berjaya menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di situ. [Himpunan aman Pra Bersih sepautnya diadakan dengan lebih banyak lagi bagi melatih rakyat untuk turun beramai-ramai di Dataran Merdeka pada 28 April ini nanti. Nampaknya, rakyat kini sudah mula bersemangat untuk turun membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terus berkompromi dengan UMNO BN untuk menipu rakyat. Biar pun SPR akui Daftar Pemilih di Malaysia adalah yang terbaik di dunia, tapi rakyat kini sudah tidak percaya dengan omongan kosong SPR. Malah, mereka lebih tahu begitu banyak penipuan dan penyelewengan daftar pemilih yang dilakukan oleh SPR untuk memastikan BN terus berkuasa selepas PRU-13 ini, walau pun majoriti rakyat sudah menolak mereka. Inilah hakikat sebenar yang berlaku dalam amalan demokrasi di negara kita. Tindakan SPR ini jelas sekali mengkhianiti kepercayaan rakyat. Maka itu, mereka harus bertindak daripada menghadapi satu pilihanraya yang jelas sekali penuh dengan penipuan itu sebenarnya. Jom "duduk bantah" 28 April ini]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment