"tukanglawan"

"tukanglawan"


Rempuh Khemah Mahasiswa di Pagi hari , Cerita Dari Saksi

Posted: 21 Apr 2012 08:09 PM PDT

Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.

Wanita muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak 61 daripada 61 khemah itu ke dalam trak DBKL.

Wong yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.

"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.

Kumpulan siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi percuma.
Kumpulan yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas konsert itu berakhir malam tadi.

Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.

Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.

Fahmi berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan bertanya sebab penahanan Fahmi. 


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Video DBKL Roboh Khemah, SB Tangkap Fahmi Reza

Posted: 21 Apr 2012 07:23 PM PDT

Pada jam lebih kurang 8 pagi tadi , DBKL dan Polis telah bekerjasama untuk menggagalkan usaha mahasiswa menuntut pendidikan percuma, semua ini telah pun dijangkakan, kerana situasi ini memberi tekanan kepada Kerajaan zalim umno.

Mereka bertindak pada jam lebih kurang 8 pagi kerana ketika itu orang ramai kurang datang ke dataran , dan ini memudahkan kerja mereka, kerana mahasiswa tidak mungkin akan dapat melakukan apa-apa untuk melindungi diri mereka.

Dibawah adalah Video pada pada pagi tadi jom lihat


Berita lanjut akan dikongsikan dalam masa terdekat. sila baca update disini

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

GEMPAR !!!!! POLIS DAN DBKL Rampas Khemah, Tangkap 2 Aktivis (Update 10 pagi)

Posted: 21 Apr 2012 07:25 PM PDT


Mereka sedang terdesak, seperti apa yang "tukanglawan" sebutkan dalam artikel yang lepas, Kerajaan sangat takut dengan kebangkitan mahasiswa, baru sebentar tadi DBKL melakukan serbuan pada pagi ini.

sebanyak 64 buah khemah telah dirampas oelh pihak DBKL, selain itu bekaln makanan dan kelengkapan mereka juga telah dirampas.

2 orang Aktivis iaitu fahmi reza dan Oma telah ditangkap dan dibawa ke balai polis Dang Wangi, dapat berita orang ramai kini sedang berkumpul di Dang wangi.

"Tukanglawan" akan update lagi.



Update 9 pagi...

Serangan oleh DBKL dikatakan dilakukan pada jam 8 pagi tadi, sebanyak 64 khemah dan lain-lain kelengkapan dirampas, 2 aktivis telah ditangkap dan dibawa ke dang wangi....

Mereka perlu pertolongan anda supaya berhimpun di IPD Dang wangi secepat mungkin.

Mereka juga perlukan khemah, cat pelaka, mounting board/kain putih, coloured tapes, duck tapes, masking tapes, canopy


Gambar terbaru


Update 10 pagi

#occupydataran akan mengadakan sidang media khas pada jam 1130 pagi nanti., dalam laman twitternya mereka menyeru lebih ramai lagi aktivis dan mahasiswa berkumpul di dataran merdeka.

Pegawai polis yang menangkap Fahmi reza memakai pakaian biasa dan tidak memperkenalkan diri mereka ketika menangkap dan membawa Fahmi reza ke balai, apakah itu normal?, sepatutnya pada pandangan "tukanglawan" pihak polis perlu memperkenalkan diri mereka sebelum "mengambil" sesiapa pun.

Keadaan di dataran merdeka sekarang dipenuhi ramai penyokong, mereka datang membawa bantuan dan bekalan makanan.

Video pagi tadi disini


Tukanglawan akan update lagi dalam masa terdekat
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

AL-Fatihah, Pelajar Maut Nekad Terjun Bangunan

Posted: 21 Apr 2012 04:53 PM PDT

Al-Fatihah, "tukanglawan" ada terbaca satu artikel mengenai kejadian terjun bangunan di UPSI, jadi "tukanglawan" mahu kongsikan sebagai renungan bersama. (Artikel di edit sedikit supaya tidak mengaibkan mangsa)

TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Menurut sumber, pelajar berkenaan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan.

"Terdapat kesan darah pada dinding koridor di tingkat empat bangunan di mana pelajar terbabit dipercayai terjun.

"Kesan itu menunjukkan pelajar ini telah cedera dan nekad terjun bangunan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika kebanyakan pelajar tamat kuliah tambahan,  mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki.

"Menurut rakan-rakannya, sebelum ini pelajar  itu dilihat murung dan sering bercakap sendirian dan berkemungkinan menghadapi tekanan," katanya.


Sekali lagi Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa, dan ucapan takziah "tukanglawan" ucapkan buat keluarga mangsa, kita tidak tahu ape sebab sebenar mangsa terbunuh, oleh itu sepatutnya tidak timbul spekulasi bukan-bukan. jika mangsa mengalami tekanan perasaan sebelum ini... apa sebabnya?, itu juga perlu kita fikirkan,

Disini nampak beberapa kegagalan telah berlaku, jika benar mangsa sedang mengalami tekanan, mana rakan-rakan yang seharusnya membantu, pihak pengurusan juga perlu sering perihatin dengan masalah tekanan pelajar seperti ini.

Kita tidak mahu perkara sama berulang, bagaimana jika ahli keluarga anda sedang belajar dan juga menghadapai tekanan perasaan?.. fikirkan lah.


Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Zahid Takmo Pegi Mahkamah Sebab Zahid Segan Kot

Posted: 21 Apr 2012 04:10 PM PDT

Zahid hamidi tak mahu pergi mahkamah di Perancis berhubung kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu.

Kes Kapal selam ini sebenarnya melibatkan wang rakyat yang lebih besar dari NFC, tapi rakyat susah nak faham sebab orang kampung ada yang tak pernah pun tengok kereta kebal, apatah lagi kapal selam, jadi susah mereka nak bayangkan, bila susah nak bayangkan kapal selam tu, susah la faham kes nei.

Camni la, kes ni panas sebenarnya, ia juga dikatakan melinatkan punca kematian model mongol, Al-tantuya sharibu, jadi ade 2 nama telah dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes kapal selam ni di mahkamah perancis, iaitu najib dengan zahid hamidi.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Zahid pulak sebab tak mahu diusung ke mahkamah ( mane glamer menteri ke usung ke mahkamah ) mendakwa Suaram tidak bertindak untuk tujuan undang-undang tetapi mempunyai agenda politik untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

"Kementerian sentiasa telus dan mengikuti undang-undang, kita sudah beri jawapan, tetapi mereka masih mencipta isu. Jika kita hendak memuaskan hari semua orang, takkan ada penghujungnya," katanya zahid.

Kah..kah..kah, lawak betul la, memang la telus sangat sampai enjin jet pun boleh hilang dari hangar, terlalu telus sampai kapal selam tak mampu nak menyelam, ini agenda politik ke?, bila pulak suaram tu parti politik?, atau zahid memang guna alasan  kononnya ada motif politik untuk tutup sesuatu...

kata menteri pertahanan, tapi pegi mahkamah pun tak berani, kalau takut sangat naik mahkamah perancis tu, zahid sebagai menteri pertahanan boleh bawak 4 kereta kebal, 13 jet pejuang dan 50 bala tentera tolong temankan, Oh ya, jangan lupa bawak kapal selam sekali, kah..kah..kah.

Sibuk nak beli kapal selam, padahal land rover askar selalu rosak tengah jalan.

Logik la cikit takkan kes boleh dipadam macam tu saja, kalau tak bersalah, pegi je la. time ni konon baru nak cakap tak mahu membazir duit rakyat. takkan la hakim kat perancis tu bodoh, kalau setuju panggil najib dgn zahid hamidi jadi saksi.. mesti la ade "relevennya" mereka dipanggil.... apa raaaaaaaaaaaaaaa... Kak rosmah lagi berani tau..... kah.. kah.. kah...



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

BN Buat Komik Hina Beng Hock Pulak

Posted: 21 Apr 2012 03:34 PM PDT

Umno juara fitnah, tak lekang fitnah daru umno, sebab dengan bermain fitnah la umno masih boleh terus berkuasa, sepengetahuan "tukanglawan" umno setakat hari ini sudah menghasilkan 4 komik yang berunsur fitnah dan jilat sebelah.

Yang pertama, kalau tak silap "tukanglawan" komik 16 muka surat yg guna logo raja lawak, tapi didalam itu terdapat komik yang memfitnah Anwar Ibrahim, yang kedua komik transformasi, pelukis komik itu pasti mendapat bayaran tinggi kerana membodek najib, umno gunakan komik itu untuk berkempen pada budak sekolah.

Ketika mereka mengeluarkan komik besar-besaran untuk agihan di himpunan Lynas di kuantan tempoh hari, komik nipis itu dibuat dalam keadaan terdesak untuk sambung nyawa umno, malah yang terbaru satu lagi komik dihasilkan, tapi kali ini memang menunjukkan umno itu hanya untuk orang bodoh saja.

Exco Selangor Ean Yong Hian Wah mendakwa satu "komik fitnah" berkaitan bekas pembantunya Teoh Beng Hock yang meninggal dunia secara kontroversi kini beredar di pelbagai tempat di Selangor, terutamanya Seri Kembangan.

Komik 20 halaman dalam bahasa Mandarin dan Inggeris itu antaranya memburuk-burukkan imej mendiang dan pemimpin Pakatan Rakyat dan mengandungi kisah kematiannya yang diputarbelit.

"Ini merupakan satu lagi projek politik kotor yang dimainkan oleh pihak tertentu sebelum pilihan raya ke-13 untuk menjatuhkan maruah Teoh Beng Hock dan nama baik peminpin Pakatan," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Ean Yong juga berkata, komik itu melanggar Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984 kerana tidak meletakkan nama penerbitnya bersama.

"Jikalau apa yang terkandung dalam buku ini adalah benar, mengapa pihak penerbitan buku ini tidak berani untuk mendedahkan diri?" soalnya.

Biasa lah, umno memang suka guna cara begitu, tiada benda lain mereka boleh buat, modal yang ada diguna bayar pelukis murah maruah untuk tabur fitnah dan lukis karekter untuk jatuhkan musuh politik, tapi bila ajak berdebat demi kepentingan rakyat, tak berani, sampai demam -demma najib dibuatnya,.

Sudah-sudah la politik murahan cara begitu, nak bagi negara hancur ke, Umno kalau berani bertarung lah di gelanggang sama rata, bukan berlagak kuat tayangx2 keris tapi bapok...

Terfikir "tukanglawan" pegang keris tak semestinya jantan, jangan cemar simbol keris itu sebagai senjata warisan orang melayu dengan sikap pondan.... errr ...dengaar ada menteri pondan kan.. yang lelaki minat lelaki, yang perempuan macam jantan.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

No comments:

Post a Comment