Liang Lahad....

Liang Lahad....


KISAH UNCLE SEEKERS DAN RAFIZI - PEMBERI MAKLUMAT YANG BERISIKO DIPENJARA SELAMA 7 TAHUN!!

Posted: 06 Jul 2012 01:23 AM PDT

Uncle Seekers mendedahkan pelbagai maklumat tentang kerabat Johor di dalam blog beliau yang kebanyakannya boleh kita anggap sebagai "pendedahan berani mati"...

Ianya mengisahkan penceritaan berfakta yang melibatkan "perangai  dan sifat" kerabat Johor selama ini...

Sebagai rakyat malaysia yang tahu bahawa tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang maka apabila berlakunya pendedahan seperti ini sepatutnya pihak berkuasa menyiasat segala apa yang didakwa itu...


Uncle Seekers sepatutnya dipanggil ke balai bagi memberikan kenyataan dan segala bukti bagi menjalankan siasatan pada peringkat permulaan bukannya ditahan di dalam perjalanan dan digari...

Kena faham..!!
Uncle Seekers hanyalah pemberi maklumat...
bukannya pesalah jenayah...

Kisah yang sama juga berlaku kepada Rafizi Ramli...

Rafizi Ramli mendedahkan maklumat penyalahgunaan kuasa Najib ke atas pemilihan Kontraktor bagi Projek LRT Ampang [BACA SINI]

Apabila didedahkan perkara yang sedemikian...
apa yang digusarkan dan diutamakan oleh pihak PDRM adalah mengenai kebocoran maklumat yang membuktikan berlakunya penyalahgunaan kuasa...

Maklumat penyalahgunaan kuasa tersebut sikit pun PDRM tidak siasat...
yang dorang siasat macam mana Rafizi Ramli boleh dapat dokumen tersebut...
tak ker gila namanya..? 

Cipan (tenuk)
Kalau korang nak tahu tahap cipan daging tahap mana kes-kes yang sebegini...
Aku akan bagi contoh yang macam ni...

Katakanlah ada sebuah rumah telah dimasuki pencuri...
dah lah rumah kena pecah masuk... 
pencuri tu pulak merogol anak dara yang ada di dalam rumah tersebut..

Bila pencuri tu melarikan diri selepas mencuri dan merogol...
jiran sebelah ternampak kelibat pencuri tu dan nampaklah dia bentuk susuk tubuhnya..
jenis kereta yang dinaiki...
nombor plet kereta... 
dan sebagainya maklumat yang berguna yang memungkinkan pencuri tadi ditangkap..

TETAPI...
bila si jiran tadi beritahu polis yang beliau nampak perompak tu melarikan diri beserta dengan semua maklumat tadi... pegawai polis tu tahan dia pulak....
gari dia dan bawa ke balai...
masuk paper dan sebagainya....

Lalu,dia pun kena tahan reman 6 hari...
semata-mata polis nak tahu macam mana dia boleh nampak semua kejadian tu...
sebab polis nak dakwa dia kerana mengintai jiran sebelah...

Pencuri yang pecah rumah tadi...? = tak disiasat!
rumah yang kena pecah tadi..?       = tak disiasat!
anak dara yang kena rogol tadi..?  = sama jugak,tak disiasat...

Tapi yang kena tahan, yang kena siasat adalah si jiran tadi...

Tak ke bangang namanya tu..?

Berbalik kepada kes Uncle Seekers dan Rafizi tadi...
  • Uncle Seekers ditahan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun.

  • Rafizi Ramli disiasat mengikut Seksyen 8(1)(i) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan jika dapati melakukan kesalahan tersebut boleh didakwa di mahkamah dan ditahan penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih tujuh tahun... 
Bagaimana dengan Najib Razak...? 
bagaimana dengan Kerabat Johor..?
bebas sebebas-bebasnnya lepas bebas bahagia dan bergumbira...

Ini ker yang dikatakan tiada sesiapa yang berada di atas undang-undang..?

Aku kecewa...

No comments:

Post a Comment