Liang Lahad....

Liang Lahad....


ANWAR JAWAB ISU AIR SELANGOR.

Posted: 05 Aug 2012 10:41 AM PDT


Sabtu lepas..
selepas solat maghrib, ada sesi dialog dengan Anwar Ibrahim dan juga Exco Selangor,YB Dr. Yaakob Sapari di kediaman MB Selangor.

 Dalam sesi dialog itu, ada seorang peserta bertanyakan soalan mengenai isu air di selangor...

Soalan peserta tersebut telah dijawab oleh Anwar dan juga YB Yaakob Sapari..

Exco Selangor,YB Dr. Yaakob Sapari menjelaskan...

"Kerajaan negeri memutuskan bahawa keutamaan kita bukan
Langat 2..
keutamaan kita adalah distribution(pengedaran air) .."

"sepatutnya yang kita nak perbaiki ialah sistem pengedaran air-air terawat di seluruh Selangor dan juga perbaiki atau pun improve semua pusat-pusat treatment plan,tetapi kerajaan (pusat) insist nak bawa masuk Langat 2..",  jelas beliau.

Tambah beliau lagi...
"Langat 2 pun kalau masuk,ia akan sampai lagi tiga tahun atau 4 tahun dan kosnya 9.8 bilion...."

"Syabas tidak ada  cukup kewangan untuk menguruskan air, jadi jika tidak ada cukup kewangan,lebih baik kerajaan negeri yang uruskan,kerajaan negeri sedia untuk menyediakan dana sekurang-kurangnya RM500juta..", tambah YB Yaakob..

Kita semua sudah tahu bahawa Kerajaan BN telah menghalang  Kerajaan Selangor ambil alih Syabas.. 
malaysiakini
DSAI juga turut menjawab isu air ersebut...

Dato' Seri AnwarIbrahim menegaskan bahawa sekiranya Selangor bersetuju untuk laksanakan Projek Langat 2 seperti yang dikehendaki oleh UMNO..
maka rakyat terpaksa menampung kenaikan tarif air..

"hari ini (jika) Tan Sri Khalid sign terima Syabas (dalam hal Langat 2) ,esok kita kena bayar "plus" 70% melonjak naik harga air..", jelas Anwar.

Tetapi Anwar kata isu air ini boleh selesai..
"macam mana nak selesai..? kekalkan kerajaan Selangor,kita tawan Putrajaya,selesai masalah.."

Untuk lebih jelas..
sila tengok dua video ini..

Baca juga sini 

Video pertama penjelasan dari YB Yaakob Sapari..
Video kedua penjelasan dari Anwar Ibrahim..

BUKTI TARIF AIR AKAN NAIK JIKA BN PERINTAH SELANGOR

Posted: 05 Aug 2012 04:11 AM PDT

Memang benar seperti yang telah dijangkakan oleh rakyat..
sekiranya BN masih lagi mendapat mandat untuk memerintah pada Pilihanraya - 13 ini..
banyak barang keperluan yang akan naik harga...

Seperti mana pada PRU-12 dulu...
walaupun sebelum PRU-12 kerajaan BN telah berjanji petrol tidak akan naik harga, namun janji itu dimungkiri apabila hanya selepas 3 bulan dari tarikh PRU-12 diadakan, harga petrol dan diesel dinaikkan...

Dalam konteks negeri Selangor...

Air akan dinaikkan sekiranya BN mendapat kembali mandat untuk mentadbir Selangor...
ini bukanlah cakap-cakap kosong...

Kerana ianya telah diakui sendiri oleh Noh Omar...
Noh Omar adalah antara pemimpin UMNO yang berangan-angan untuk menjadi MB Selangor..
baca kenyataannya disini...


Tarif air di Selangor pasti naik melebihi 50% dari kadar semasa sekiranya BN berjaya mengambil alih kerajaan Selangor...
ini kerana BN tetap mahu melaksanakan projek Langat 2 yang menelan belanja sehingga RM9 bilion sekiranya mereka mentadbir Selangor...

Alasan BN untuk melaksanakan projek Langat 2 itu adalah beralasankan KONON-KONONNYA Selangor kini mengalami krisis air...
sedangkan semua tahu itu isu air yang tengah hangat sekarang ni hanyalah permainan agen UMNO iaitu Syabas...

Air empangan melimpah-limpah...
tetapi Syabas gagal sediakan air terawat yang mencukupi...

Aku nak buka minda sebagai begini...
sekiranyalah  BN tetap mahu jadikan kekurangan air terawat ini sebagai alasan untuk mendesak projek langat 2...

Aku nak tanya,....
jika dimulakan Langat 2 tu pada minggu depan...
adakah air terawat secara tiba-tiba akan mencukupi..?

Ini kerana Projek Langat 2 ini masih belum diluluskan pun...
dan jika dimulakan pada minggu depan pun,ianya hanya akan siap dalam tempoh 3 atau 4 tahun lagi...


Jadi jelas disini bahawa BN hanya fokus kepada keuntungan kroni-kroni sekiranya projek Langat 2 ini diluluskan..
mereka sebenarnya tidak kisah pasal tarif air akan naik sebanyak 70%...

Nampak sangat kekurangan air terawat ni benda yang sengaja diada-adakan...

No comments:

Post a Comment