"tukanglawan"

"tukanglawan"


Gempar, Najib Malu, Video Hangout Najib Di Privatekan.

Posted: 03 Oct 2012 08:36 AM PDT


Tak sampai sejam sesi hangout najib razak tamat, video tersebut yang sepatutnya masih boleh ditonton telah diprivatekan. (klik sini)

Video sesi hangout Anwar Ibrahim yang dirakamkan pada 17 ogos lepas peliknya masih boleh ditonton hingga sekarang, (sila klik sini)

Mungkinkah faktor terlalu banyak yang dislike dan komen-komen yang agak pedas telah membuatkan najib razak bersetuju untuk memprivatekan video tersebut?.

Baiklah, kita bezakan siapa lebih telus?, besar kemungkinan video najib akan diedit (dipotong-potong) dan dimuat semula bagi menutup peristiwa memalukan yang telah "tukanglawan" siarkan tadi. (klik sini untuk baca).


Ini bermakna, najib tidak dapat terima riaksi ramai yang jelas tidak memihak pada najib pada sesi selama 1 jam itu.

Untuk mengatakan memang siaran itu tidak dapat ditonton selepas sesi tamat itu mustahil kerana video Google hangout Anwar Ibrahim terus boleh ditonton sehingga kini tanpa perlu ada suntingan atau pengubahsuaian sebelum dinaik semula., semua yang disiarkan adalah rakaman semasa sesi itu berlangsung seharusnya boleh terus ditonton tanpa masalah..


 
Disini ketelusan 2 orang pemimpin dapat kita bezakan... najib cepatx2 padam video kerana terlalu ramai yang dislike, manakala Anwar tiada apa mahu disembunyikan kerana itu hangout Anwar masih boleh ditonton hingga sekarang.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 

 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

( Update) Hangout Najib Kene Dislike Dan Terima Komen Pedas

Posted: 03 Oct 2012 08:41 AM PDT

Kesian dekat najib ( buat muka kesian je la) sudah la belum sempat acara hangout yang disiarkan live di youtube najib sudah kene perli, ( baca sini ) tengah bersiaran pun kene lagi, kah..kah..kah.. memang kesian


Agaknya najib lupa nak hantar pencacai-pencacai upahan kaki bodek backup agaknya.. cuba tengok gambar bawah nei.. 



Ya betul, sesi hangout najib kene dislike, kira banyak la jugak berbanding jumlah keseluruhan yang tonton.

Sehingga detik tadi seramai 892 dah dislike, yang like tu ade la 525, kalau undi ni najib dah kalah dengan majoriti besar nei, yang dislike menang majoriti 2/3. kah..kah..kah

Namun tak sampai 15 minit dari screenshot pertama itu "tukanglawan sangat terkejut bila sekali lagi check jumlah dislike, jumlah itu sudah meningkat lebih dari 1250. lihat gambar dibawah


 



Disamping tu, najib kene perli kaw-kaw masa sesi nei.. sikit komen yang "tukanglawan" dapat petik dan kongsikan.

- Mengapa DS takut untuk berdebat dgn DSAI? Cakap sorang2 macam pahlawan

- Who is this loser???

- budget kroni. Hidup Umno. hidup melayu


- Saya cadangkan dato seri berdebat dengan ketua pembangkang. Terima kasih

- najib sembang lebat.. bahas dekat parlimen takut.. boooo!!!

- PALO BOTAK, BIBIR MERAH

- bosannye soklannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn,,,

- Rebat Untuk Smartphone: Najib Memperbodohkan Rakyat


- saya masih menunggu DSAI demam bila debat dgn Tuan PM,buktikan !Debat !Debat!Debat!


- Jibby awat tak datang parlimen aritu? mc ker?
 


Nampaknya najib makin hilang populariti, idea meniru sesi goggle hangout yang dilakukan Anwar Ibrahim akhirnya memalukan najib, sudah pasti dengan kayu ukur ini anda dapat mengagak antara najib dan Anwar siapa pilihan rakyat malaysia agaknya?

Tak apa lah, harap pencacai tolong segera tekan like dan letak komen membodek segera,  najib dalam keadaan tertekan sekarang. kah..kah..kah

P/s boleh lagi kalau korang nak komen. kah..kah..kah..... nak dislike ke like suka korang la..  klik sini





Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Najib Ni Pandai Mengira Ke Tak Pandai?

Posted: 03 Oct 2012 05:59 AM PDT

Sebanyak 57 buah kedai 1 Malaysia akan dibina di Sabah dan Sarawak dengan kos setiap 1 adalah sebanyak RM6.7 juta, melibatkan peruntukkan sebanyak RM386 juta

 Najib sebelum tu pulak mengumumkan pembinaan 85 kedai KR1M di Semenanjung Malaysia dengan peruntukkan berjumlah RM40 juta.

Macam mana najib buat kira-kira ni, 85 buah kedai di Semenanjung peruntukan pembinaan ialah RM40 juta,  yang nak dibina di Sabah dan Sarawak pulak hanya 57 buah, kurang dari Semenanjung, tapi kos RM386 juta.

Adoi, macam mana buat kira-kira matematik nei, takkan la barang pembinaan dekat Sabah dan Sarawak 10 kali ganda lebih mahal?. itu tak logik sama sekali.

Wajarlah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membangkitkan perkara ni, , katanya peruntukan yang secara puratanya RM6.7 juta itu 15 kali ganda lebih tinggi daripada di semenanjung yang hanya RM470,000 kos untuk sebuah kedai.

"Bolehkah BN menjustifikasikan perbelanjaan RM6.7 juta hanya untuk menubuhkan sebuah kedai KR1M yang menjual barangan keperluan asas seperti gula, beras dan garam?" soalnya.

Kah..kah..kah, menteri kewangan memang pandai kira,  ke nak bagi dekat kroni?, apasal kos bina kedai dan sumbat barang boleh mencecah sehingga RM6.7 juta setiap satu, ini kedai rakyat 1 malaysia ke hypermarket 1 malaysia. nampak sangat tak logik.

Najib memang pandai buat kira-kira.. sebab tu la dia tak berani nak debat, sebab dia terlalu pandai.. kah..kah..kah


  

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Diskaun 50% Tambang Feri Bukan Penyelesaiaan Masalah Sara Hidup Di Labuan.

Posted: 03 Oct 2012 04:36 AM PDT

Saudara Pengarang,

DARI AWAL tahun hingga ke penghujung tahun, ada sahaja harga barangan keperluan harian yang naik. Bagi mereka yang berpendapatan lumayan, kenaikan ini mungkin tidak begitu dirasa; tetapi malang bagi majoriti rakyat Labuan yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' sehingga mereka terpaksa 'mengikat perut' untuk meneruskan kelangsungan hidup di 'Pulau Bebas Cukai' ini.
Secara umumnya impak kenaikan tambang feri untuk kenderaan komersial yang mengangkut barang keperluan asas dan binaan ke Labuan akan menaikkan harga barangan kerana peningkatan kos akan disalurkan secara langsung kepada pengguna melalui harga barangan.
Dengan kata lain kenaikan harga barangan merupakan suatu implikasi yang pasti terhadap kenaikan kos pengangkutan/tambang feri.

Berbeza halnya dari segi impak terhadap penurunan tambang feri yang mungkin disebabkan oleh diskaun yang diberikan. Secara logiknya, Penjimatan kos yang dinikmati oleh pengusaha lori maupun pembekal atau peruncit melalui kos pengangkutan tidak akan menjamin penurunan harga barangan di Labuan kerana keuntungan yang diperolehi oleh pihak terbabit tidak semestinya akan turut disalurkan secara langsung kepada pengguna melalui penurunan harga barangan.

Apakah langkah memberikan diskaun 50% tambang feri untuk kenderaan komersial dapat dilihat sebagai solusi terbaik dalam menangani masalah barangan yang mahal di Labuan berbanding jika kerajaan memutuskan untuk menyalurkan subsidi secara langsung ke atas beberapa barang keperluan asas yang mahal di Labuan?

Perbelanjaan kerajaan untuk menampung 'Diskaun 50%' tambang feri untuk kenderaan komersial sepatutnya disalurkan kepada "subsidi barangan keperluan asas" yang lebih mahal sehingga 20% hingga 30% di Labuan berbanding Tanah Besar secara langsung jika kerajaan ikhlas dalam usaha mereka untuk memenuhi janji untuk mengurangkan beban kos sara hidup ke atas pengguna di Labuan.

Langkah ini seharusnya dilihat lebih menjamin keberkesanannya dalam membantu setiap lapisan masyarakat di Labuan dan sejajar dengan apa yang terkandung dalam Memorandum PKR Labuan bertarikh 13 Mac 2012 yang diserahkan kepada Pejabat Ahli Parlimen dan juga Pejabat Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Subsidi sepatutnya diberikan oleh kerajaan untuk mengurangkan masalah penduduk Labuan yang semakin tertekan akibat kenaikan harga barang keperluan asas. Penyelesaian jangka pendek ini harus dilihat sebagai satu tanggungjawab dan bukannya bebanan kepada kerajaan".

Salam Hormat,

PKR LABUAN



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

3 Calon Menteri Wanita, Jelas Wanita Umno Tak Seorang Pun layak

Posted: 02 Oct 2012 11:09 PM PDT

Najib razak merangkap Menteri Wanita disifatkan sebagai jahil dalam ucapannya bersempena Hari Wanita Peringkat Kebangsaan kerana mengatakan wanita tidak lagi memerlukan pergerakan wanita kerana hak wanita sudah diberikan sejak merdeka

Wanita Pakatan Rakyat dalam sidang media di lobi parlimen berpendirian bahawa lantikan Najib adalah satu kesilapan besar yang terpaksa ditanggung oleh seluruh wanita Malaysia.
Untuk itu Wanita Pakatan Rakyat mencadangkan tiga pimpinan NGO wanita yang jauh lebih layak untuk dilantik sebagai Menteri Wanita:

1.      Dr. Cecillia Ng Choon Sim (The PENITA Initiative)
2.      Puan Rabiah Omar (mantan CEO AWAM)
3.      Puan Ivy (CEO Women's Aid Organisation)

Ketua Wanita DAP kebangsaan Chong Eng, dalam mengulas tindakan jahil Najib itu berkata bahawa Menteri Wanita ini cuba merendahkan martabat serta peranan wanita dan juga peranan NGO wanita di Malaysia.

"Najib juga telah melantik dirinya sebagai Menteri Wanita dengan kejahilan ini telah mengaibkan wanita seluruh Malaysia".

"Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat, untuk belanjawan kali ini telah menerima belanjawan paling tercorot. Belanjawan tahun lepas, kementerian telah diberikan peruntukkan sebanyak RM182 juta berbanding tahun ini, kementerian hanya menerima peruntukan sebanyak RM48 juta," ujar Chong Eng.

Tambah Wanita Pakatan semasa sidang medianya, menurut The Global Gender Index Gap tahun 2011 Malaysia pada keseluruhannya tertinggal jauh dari Negara Asia Tenggara yang lain berbanding Singapura yang berada di kedudukan ke 57 daripada jumlah 135 negara.

"Dengan  Najib memegang jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak sudah pasti kedudukan pemberdayaan politik wanita dalam Gender Global Indeks akan menjunam jauh dari kedudukan 115 pada masa ini".

"Ini adalah satu penghinaan kepada wanita Malaysia seolah-olah wanita Malaysia menghala ke jalan buntu".

Kah..kah..kah, susah kalau ade seorang lelaki merasakan dia seorang wanita, sudah-sudah la najib, najib itu perempuan ke? kalau bukan,  tak perlu lah jadi menteri wanita. malu kalau orang luar tahu negara ini punya seorang menteri wanita yang jantina nya lelaki. 

Semua najib nak bolot, perdana menteri najib, menteri kewangan yang pengecut tak datang perbahasan belanjawan pun najib , menteri wanita pun najib jugak.. baik najib je jadi menteri.. orang lain tak payah. kah..kah..kah

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Tunggakan Royalti Minyak kelantan berjumlah RM10.4 Billion

Posted: 02 Oct 2012 09:38 PM PDT

Kerajaan Kelantan berhak membatalkan perjanjian antara kerajaan negeri itu dengan Petronas yang dibuat pada 1975 dan mengambil semua platfom minyak yang diusahakan syarikat petroleum dan gas itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, berdasarkan pengisytiharan undang-undang Akta Pembangunan Petroleum 1974, Petronas telah melanggar peruntukan perlembagaan persekutuan yang ditetapkan kepada setiap negeri berdaulat.

 
"Mahkamah dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tapi status kedaulatan negeri telah wujud. Akta (Pembangunan dan Petroleum) 1974 jika ditafsirkan telah mencabar kedaulatan negeri.

"Oleh itu, Kelantan berhak membatalkan perjanjian 1975 dan kembalikan semua platfom telaga minyak yang diusaha Petronas 100 peratus kepada Kelantan," katanya dalam ceramah sempena konvoi royalti minyak ke Putrajaya malam tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
 


Husam berkata lagi, beliau turut meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berfikir secara rasional dan bijak dalam membuat keputusan berhubung pemberian royalti minyak di Kelantan.

Jelasnya, sekiranya royalti masih tidak diberikan, bukan sahaja Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak boleh turut membatalkan perjanjian yang dilakukan antara Petronas dan kerajaan negeri masing-masing pada tahun 1975."Najib masih ada masa untuk berfikir secara rasional dan bijak. Kalau tidak, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan akan terburai. Petronas akan terkubur," katanya sambil menambah angka tunggakan bayaran royalti kepada Kelantan kini berjumlah RM10.4 bilion


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

25 Gambar Ceramah Konvoi R Ke Putrajaya Malam Tadi

Posted: 02 Oct 2012 08:19 PM PDT

Sedikit gambar ceramah malam tadi, dihadiri kira-kira 5,000 orang yang kebanyakannya peserta konvoi daripada Kelantan. 

Antara yang hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Sebanyak 500 kereta dari Kelantan dan 100 kereta dari negeri lain berkonvoi ke Dataran Kemerdekaan malam tadi dan seterusnya ke Putrajaya pada jam 8 pagi ini untuk ke Istana Kehakiman bagi menuntut hak negeri tersebut ke atas bayaran royalti minyak. 

Hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum pada jam 9 pagi ini di Putrajaya 






























Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Sapina Kes Kapal Selam Telah Diserahkan Pada Saksi Pertama

Posted: 02 Oct 2012 07:04 PM PDT

Salah seorang daripada 7 saksi yang dicadangkan oleh badan hak asasi manusia (suaram) untuk membantu siasatan kehakiman Perancis berhubung dakwaan tuduhan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene daripada syarikat pertahanan laut Perancis, DCNS. telah disapina.

"Siasatan itu sedang berjalan dan kami telah dibenarkan untuk memaklumkan kepada anda bahawa sepina pertama telah sampai kepada saksi pertama. 

"Tetapi buat masa ini, saya tidak boleh memberitahu anda siapakah saksi itu atau bila sepina itu diserahkan. Kami perlu mengikuti prosiding mahkamah dan hanya boleh memetik nota mahkamah," kata ahli sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel (kiri) di sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi. 

Ditanya selepas forum tersebut sama ada sepina kali ini diserahkan kepada Jasbir Singh Chahl yang diketahui sebagai salah seorang yang terlibat, Cynthia hanya tersenyum tetapi enggan mendedahkan identiti saksi tersebut.Enam lagi saksi yang dicadangkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak (kanan); Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian P Balasubramaniam; orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda; isterinya - Mazlinda Makhzan dan bapa Razak - Abdul Malim Baginda.

Suaram sebelum ini digeledah dipercayai bagi menghalang usaha meneruskan kes ini di mahkamah perancis selain dari cuba menjatuhkan reputasi Suaram.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment