Nota Kecil

Nota Kecil


Satun seperti P.Pinang ada Wifi Percuma

Posted: 04 Oct 2012 01:59 AM PDT

Seperti Pulau Pinang, Wilayah Satun dekat Thailand turut mempunyai perkhidmatan wifi secara percuma.

Satun ini adalah wilayah Islam. 75 peratus adalah Melayu Islam. Keseluruhan penduduk adalah lebih 400,000 Orang

Telo bahasa Orang Melayu di sini saling tak tumpah macam Orang Kelantan.

Sungguhpun Satun boleh dikatakan wilayah umat Islam, Urbanisasi di sini tidak pernah dipinggirkan oleh Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh orang kafir berbangsa Siam.

Satun terima wifi hasil pembangunan Kerajaan Pusat sungguhpun negeri itu dikatakan negeri alternatif atau pembangkang.

Di Malaysia, ada negeri pembangkang terang-terangan dipinggirkan. Lihat isu royalti Kelantan yang meledak di Putrajaya.

Lihat Satun dan Kerajaan Pusat Thailand yang diperintah oleh "kafir Siam", mungkin kita akan melihat trend pemimpin Umno BN perbodoh Melayu di Malaysia.


Zainulfaqar Yaacob
Pekan Satun | 3.30 petang waktu tempatan

Permuafakat bawa misi ekonomi umat ke Satun, Thailand.

Posted: 04 Oct 2012 12:30 AM PDT

Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang (Permuafakat) hari ini cuba menyambung budaya dua rumpun umat atas nama peniaga.

Presidennya Zulkiply Ishak, Mohd Naqi @ Mamu Rasyid (Setiausaha) disambut oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Satun (ADUN) Ustaz Mohd Amin Manjamin dan Yusof Anas (penggiat/pengerusi usahawan Melayu Thailand).

Secara umumnya, Permuafakat bercadang untuk menganjurkan perkampungan ekonomi Umat Islam Satun ke Pulau Pinang.

Itu juga hasrat Cikgu Azmi MAPIM untuk menatap upaya umat dalam ekspedisi kemanusiaan di bumi umat Rohingya dekat Arakan awak tahun depan.

Zainulfaqar Yaacob
Restoran Nagara, Pekan Setui atau Satun (ibu negara), Selatan Thai
2.30 petang waktu tempatan

Tujuh tanda tanya serlah Bajet 2013 untung kroni berbanding rakyat

Posted: 03 Oct 2012 03:08 PM PDT


LIM Guan Eng
KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng mengemukakan tujuh tanda tanya bagi menjelaskan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini lebih menguntungkan kroni berbanding rakyat terbanyak di negara ini.

Pertama, Guan Eng mempersoal wibawa syarikat Pembangunan 1Malaysia Berhad (1MDB) dan Jabatan Perdana Menteri dalam menguruskan kira-kira peruntukan RM400 juta bawah perbelanjaan pembangunan.

"Berapa banyak jumlah ini (peruntukan RM400 bilion juta kepada 1MDB) yang akan digunakan untuk menyelamatkan pihak yang mesra BN daripada konrak sedia ada.

"Sebagai contoh, pembelian aset tenaga Tanjong bernilai RMRM8.5 bilion dan RM2.3 bilion daripada Genting Sanyen telah dipersoal oleh para analis kerana kedua-dua syarikat itu mempunyai perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Tenaga yang akan luput pada tahun 2016," ujar beliau menerusi e-mel.

Kedua, beliau mempersoal kewajaran pentadbiran Najib memperuntukan RM582 juta untuk membayar pampasan kepada pengendali-pengendali tol di samping pembayaran RM343 juta berupa "one-off" atau sekali bayar sahaja.

"Ini bukan sahaja akan memanfaatkan syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan tol, tetapi memudaratkan rakyat kerana wang ini boleh digunakan untuk mengambil alih syarikat-syarikat pengendali tol dan menghapuskan tol, iaitu satu janji Pakatan Rakyat apabila kita sampai ke tampuk kuasa," katanya.

Ketiga, beliau mempersoal mengenai peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Memerangi Jenayah berjumlah RM272.5 juta kononnya demi "meningkatkan kepuasan orang ramai terhadap prestasi polis."

"Daripada membelanjakan wang rakyat untuk menambahbaik PDRM dan mengurangkan jenayah, BN lebih ingin memperuntukkan wang ini untuk tujuan perhubungan awam yang hanya akan memanfaatkan para perunding dan pengiklan yang mempunyai kabel politik.

"Dengan pemikiran sebegini, lagilah sukar untuk rakyat percaya bahawa kadar jenayah betul-betul menurun," ujar beliau.

Keempat, beliau mempersoal mengenai angka RM2.5 bilion yang diperuntukan kepada untuk "Kerjasama Awam-Swasta".

"Jumlah ini akan memanfaatkan projek-projek kroni seperti Projek Minyak dan Gas Tanjong Agas dan Taman Perindustrian Maritime yang terletak di Pekan, iaitu kawasan Perdana Menteri Najib sendiri.

"Sebanyak RM150 juta wang rakyat sudah pun disalurkan kepada projek ini dan PM Najib telah menjanjikan sebanyak RM300 juta lagi walaupun projek ini bersaing dengan Taman Perindustrian Gebeng yang berada di luar Kuantan, hab Minyak dan Gas Kerteh di Terengganu serta projek RAPID di Pengerang, Johor," ujar beliau.

Kelima, beliau mempersoal mengenai RM386 juta yang diperuntukan untuk menambah 57 lagi kedai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak.

"Peruntukan ini mungkin akan memberi manfaat kepada mereka yang mendapat kontrak untuk menjalankan kedai-kedai ini, iaitu Mydin...kedai KR1M berkemungkinan akan membuatkan peruncit-peruncit tempatan di Sabah dan Sarawak hilang pernigaan," ujar beliau.

Tambah beliau, Najib pada tahun tahun lepas mengumumkan pembangunan 85 kedai KR1M di semenanjung Malaysia dengan peruntukkan RM40 juta.

"Bermakna RM470,000 untuk setiap kedai. Pada 2013, Najib mengumumkan penubuhan 57 kedai KR1M di Sabah dan Sarawak dengan peruntukkan RM386 juta.

"Bermakna RM6.7 juta untuk setiap kedai. Ini menunjukkan kenaikkan kos sebanyak 15 kali ganda untuk satu kedai KR1M dalam tempoh satu tahun," beliau menambah.

Keenam, beliau berkata, RM300 juta diperuntukkan untuk penswastaan pengurusan sisa pepejal di seluruh negara yang dijangka memberi manfaat pada syarikat berkepentingan politik dengan kerajaan pusat seperti Alam Flora, Southern Waste Management & E-Idaman.

Ketujuh dan terakhir, beliau berkata, bajet ini memberikan insentif cukai untuk pemaju-pemaju yang mahu membina dan syarikat-syarikat yang mahu menempatkan syarikat mereka di Tun Razak Exchange yang dulunya dikenali sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) termasuklah pengecualian cukai buat pemaju hartanah, pengecualian cukai pendapatan 10 tahun untuk syarikat berstatus TRX, pengecualian duti stem, elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepatkan untuk syarikat berstatus TRX Marquee.

"Dengan Nilai Pembangunan Kasar RM26 bilion berserta anggaran kadar cukai 25%, bermakna RM6.5 bilion hasil akan dilepaskan oleh kerajaan," ujar beliau.

Tuntas itu, katanya, kira-kira RM10.9 bilion secara umum diperuntukan kepada kroni berwajib secara tidak langsung, manakala, RM4.2 bilion yang lain diagihkan kepada rakyat secara langsung melalui beberapa program yang didakwa seakan bermotif Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Tujuh perkara ini akan memberikan kita RM10.9 bilion, lebih daripada 2 ½ kali ganda RM4.2 bilion yang diperuntukkan Najib melalui pelbagai program pemberian dan gula-gula membeli undi," tegas beliau.-END

Pilihan raya PBT: Sebulan untuk SPR sebelum rujuk mahkamah - Kon Yeow

Posted: 03 Oct 2012 03:30 PM PDT

CHOW Kon Yeow (kanan) bersama-sama Lim Guan Eng menunjukkan surat maklum balas daripada SPR yang didakwa tidak menyatakan pendirian secara jelas sama ada bersedia melaksanakan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 atau sebaliknya.
KERAJAAN Negeri Pulau Pinang memberi masa selama sebulan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan sama ada suruhanjaya itu bersedia melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan atau sebaliknya.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu akan dirujuk ke mahkamah sekiranya suruhanjaya masih berdalih untuk melaksanakan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012 yang baru diwartakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini.

Malah, beliau berkata, Kerajaan Negeri akan cuba mendapatkan pengisytiharan Mahkamah  bahawa enakmen itu bukanlah bertentangan dengan perlembagaan (ultra vires) seperti yang digambaran oleh kerajaan pusat selain mengarahkan SPR supaya melaksanakan pilihan raya kecil di kedua-dua kerajaan tempatan berkenaan.

"Kita akan terus berusaha (tunggu jawapan balas SPR) dalam masa sebulan," kata Kon Yeow dalam satu sidang media bersama-sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng di Komtar, George Town.

Penegasan itu sebagai reaksi pada surat maklum balas SPR bertarikh 14 September lepas kepada Kerajaan Negeri yang memaklumkan bahawa suruhanjaya sedar mengenai enakmen yang diwartakan itu.

Terdahulu, Guan Eng dalam satu surat bertarikh 30 Ogos mendesak SPR melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan demi memenuhi tuntutan enakmen berwajib.

Desakan itu sebagai reaksi pada kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chow Chee Heung yang berdalih bahawa enakmen itu kononnya adalah bertentangan dengan perlembagaan atau "ultra vires".

Dalih Chee Heung lagi, inisiatif Kerajaan Negeri itu adalah bercanggah dengan peruntukan Seksyen 15 Akta 171 (Undang-Undang Persekutuan).

Chee Heung berdalih, pendirian Kerajaan Pusat itu adalah selaras dengan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut:

"Jika mana-mana undang-undang Negeri yang tidak diselaras dengan suatu undang-undang Persekutuan, undang-undang Persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri adalah tidak sah setakat tidak selaras itu.

"Tindakan Kerajaan Negeri meluluskan undang-undang itu tanpa berbincang dengan Masjid Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) jelas bertentangan dengan Perkara 95A (6) Perlembagaan Persekutuan," dalih beliau dipetik dari satu akhbar arus perdana.

Nada yang sama turut dipertegas oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad dilaporkan berkata, suruhanjaya berpendirian bahawa sebarang perkara membabitkan perubahan dasar dan perundangan mengenainya tertakluk kepada persetujuan MNKT seperti diperuntukkan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan dalih itu, katanya lagi, SPR selaku badan bebas yang mengendali pilihan raya di negara ini pernah diberi kuasa untuk mengendalikan pilihan raya bagi kerajaan tempatan, iaitu mengikut Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1960.

Namun, beliau berdalih, apabila akta itu dimansuh dan dihentikan kuat kuasanya mengikut Subseksyen 15(1) Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 10 akta sama (Akta 171) pula menetapkan keanggotaan sesuatu majlis PBT dibuat secara pelantikan oleh kerajaan negeri masing-masing.

"Oleh itu, berpandukan akta baru ini, SPR tidak boleh mengendalikan sebarang pilihan raya kerajaan tempatan kerana ketiadaan peruntukan yang memberi kuasa kepada suruhanjaya ini berbuat demikian mengikut undang-udang persekutuan (berkaitan pilihan raya kerajaan tempatan)," katanya dipetik dari satu akhbar arus perdana.

Pilihan raya kerajaan tempatan sungguhpun digambarkan bertentangan dengan perlembagaan, namun, insiatif ini pernah dilaksanakan di Pulau Pinang pada era 1960-an sebelum dihapuskan oleh kepemimpinan Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Negeri semasa waktu tersebut.

Pakatan Rakyat yang diberi mandat mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak Mac 2008, iaitu pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) lepas cuba untuk mengembalikan semula kuasa rakyat dengan mewujudkan pilihan raya kerajaan tempatan secara demokratik.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan bahawa inisiatif demokratik yang mahu direalisasikan oleh Kerajaan Negeri demi rakyat di negeri berkenaan seakan cuba dihalang oleh kerajaan pusat dan SPR sendiri. -END

No comments:

Post a Comment