Liang Lahad....

Liang Lahad....


ALI RUSTAM MINTA LIM KIT SIANG,MAT SABU DAN SEMUA MENTERI BESAR ISYTIHAR KOS MAJLIS KAHWIN MEREKA PULAK

Posted: 04 Oct 2012 04:39 AM PDT

Sambil mendakwa bahawa Pakatan Rakyat dengki dengan majlis perkahwinan anak beliau apabila beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mempertikaikan kos majlis perkahwinan tersebut yang dilihat melampaui kemampuan seorang Ketua Menteri..

Hari ini Ali Rustam minta Lim Kit Siang,Mat Sabu dan Menteri-Menteri Besar supaya isytiharkan kos belanja perkahwinan mereka pulak...



Apa lah Ali Rustam ni...
mungkin dia bengang agaknya bila rakyat jelata mula pertikaikan penglibatan jabatan-jabatan kerajaan Negeri Melaka yang terlibat sama dalan menguruskan majlis perkahwinan anak lelaki beliau,seolah-olah nak sambut merdeka lah pulak..

Rakyat sebenarnya tak ada nak dengki-dengki pun...
tapi majlis perkahwinan ni macam ada yang tak kena..


Mula-mula kata semuanya percuma kerana semuanya ditaja..
lepas tu Ali Rustam kata majlis perkahwinan anak lelaki dia murah jer,RM600 ribu jer... tak mahal mana pun...

Lepas tu..
tersebar pulak satu surat rasmi yang ditujukan kepada Yang Di Pertua Majlis di beberapa daerah bagi mengadakan satu mesyuarat khas untuk menguruskan majlis perkahwinan anak beliau...
boleh tengok sini surat tu..
[MESYUARAT KHAS PERKAHWINAN ANAK KETUA MENTERI]

Bila dah mengelabah mulalah cuba alih perhatian..
kalau Lim Kit Siang dan mat Sabu isytiharkan pun,dah tentulah kos nya tak semahal anak Ali Rustam tu...


KONSERT BERSIH 2.0 - ITO AJAK LEBIH RAMAI ARTIS SOKONG DAN SERTAI KONSERT BERSIH 2.0

Posted: 04 Oct 2012 12:41 AM PDT

Vokalis kumpulan Blues Gang,Ito menyeru artis-artis di Malaysia ini supaya tampil menyokong dan menyertai program tuntutan pro-reformasi sistem pilihanraya di negara kita ini seperti konsert BERSIH yang dijadualkan berlangsung dalam bulan ini....

"Pada tahun-tahun sebelum ini, saya sudah bermain dalam majlis kerajaan, kenapa tidak sekarang (untuk NGO)?

"Saya orang Malaysia. Peminat saya semua rakyat Malaysia, bukan sahaja parti politik.


"Sebab itu, kenapa ramai artis tidak ke hadapan? Sepatutnya benda-benda macam ni (konsert), lebih ramai artis ke hadapan... Kita pun bukan dibayar gaji pun sebelum ini," kata vokalis kumpulan Blues Gang itu.

Dalam sidang media berhubung penganjuran konsert BERSIH di Kuala Lumpur hari ini, Ito mengaku percaya seratus peratus terhadap tuntutan gabungan NGO itu.


Ramai artis yang semakin sedar akan hak demokrasi mereka dalam memilih perubahan sistem negara..

Tetapi tak kurang juga yang takut untuk kehadapan dan bersuara..
masing-masing nak jaga periuk nasi mereka sendiri...

Cuba bayangkan semua artis-artis bersatu dan bersatu menyokong perubahan di dalam sistem kepada yang lebih adil,adakah kerajaan akan "gam" semua artis..?



KOS UNTUK BUKA SEBUAH KEDAI 1MALAYSIA RM6.7 JUTA??

Posted: 03 Oct 2012 11:14 PM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa kos sebanyak RM6.7 juta diperlukan untuk membuka sebuah kedai runcit 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak sedangkan di Semenanjung ianya hanya memerlukan kos RM470, 000 bagi setiap kedai...
 

Menurut beliau,pada tahun lepas Najib memperuntukkan RM40 juta bagi membuka 85 buah kedai 1malaysia di seluruh semenanjung atau pun bersamaan dengan RM470, 000 bagi setiap kedai..

Tetapi,di dalam bajet 2013,Najib telah memperuntukkan sebanyak RM386 juta bagi membuka hanya 57 kedai 1Malaysia atau pun bersamaan dengan kos RM6.7 juta bagi setiap satu kedai di Sabah dan Sarawak...
 

Menurut Lim Guan Eng, "Ia adalah 15 kali mahal,"

FMT
 
Beliau mempersoalkan kos yang sebegitu mahal untuk membuka sebuah kedai yang hanya menjual barangan asas seperti beras, gula, dan garam.

"Atau adakah KR1Ms juga menjual barang-barang mewah seperti beg tangan berjenama, emas dan barang kemas berlian," soal Lim Guan Eng...




BARU DIBINA,BELUM DIBUKA DAN BELUM DIGUNAKAN LAGI,TAPI SUDAH PUN RETAK,BERSAMA BN NYAWA KITA BAHAYA!!!

Posted: 03 Oct 2012 10:29 PM PDT


Banyak projek yang dilakukan oleh kerajaan BN mengalami kerosakan..
ini mungkin disebabkan pembinaan yang tidak bermutu oleh syarikat kroni yang mahu mengaut keuntungan yang lebih sehingga sanggup mengabaikan tahap kualiti yang membahayakan nyawa pengguna...

Selepas masalah kegagalan struktur MRR2, Stadium Sultan Mizan yang runtuh, bumbung bangunan Perbadanan Putrajaya yang bernilai ratusan juta bocor...
kini pembinaan yang tidak berkualiti dan selamat kepada pengguna tetap diteruskan lagi..
kali ini di Parit Buntar Perak...

Sebuah projek pembinaan jalanraya bertingkat di pekan Baru,parit
Buntar,Perak yang baru saja dibina dan belum pun sempat dibuka kepada orang awam sudah pun mengalami keretakan pada strukturnya...


Persimpangan bertingkat ini sepatutnya telah dibuka kepada orang ramai sejak sebulan yang lalu...
dan cuba bayangkan sekiranya keretakan ini berlaku selepas ianya dibuka kepada orang ramai..?

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, "Penjelasan status pembinaan projek ini penting bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai memandangkan laluan jalan raya bertingkat bakal menjadi laluan utama penduduk Parit Buntar dan kawasan sekitarnya.

"Kita tidak mahu berlaku masalah kegagalan struktur pembinaan infrastruktur sebagaimana yang terjadi pada Projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kuala Lumpur sebelum ini .


"Saya berharap pihak terlibat meneliti semula masalah yang timbul dalam projek berkenaan dan hanya membukanya untuk kegunaan orang awam apabila ia benar-benar menjamin keselamatan pengguna," katanya lagi..

No comments:

Post a Comment