Liang Lahad....

Liang Lahad....


SURAT BUKTI AGENSI KERAJAAN NEGERI MELAKA DIPERGUNAKAN BAGI MAJLIS KAHWIN ANAK ALI RUSTAM TERSEBAR!!!

Posted: 03 Oct 2012 09:45 AM PDT

Majlis perkahwinan anak Ali Rustam semakin panas...
kejap Ali Rustam kata murah je belanja kahwin tu..
lepas tu pulak setiausahanya kata semuanya free dan dibuat secara percuma oleh pengendali perkhidmatan yang terlibat...
lepas tu Ali Rustam kata perbelanjaan yang murah dimaksudkannya tu adalah  HANYA bernilai RM600,000 untuk 60,000 orang...
Ali kata satu kepala RM10 jer... tu yang dia kata murah sesangat tu...

Tapi sekarang ni...
tersebar pulak satu surat yang menunjukkan agensi kerajaan negeri Melaka
dipergunakan...

Surat tersebut adalah surat untuk memanggil pihak-pihak agensi kerajaan Negeri bagi mengadakan satu mesyuarat khusus untuk majlis perkahwinan anak lelaki Ali Rustam...

Perkara dalam tajuk surat tersebut ialah : "Mesyuarat Majlis Persiapan Hiasan Luaran, Kebersihan Dan Logistik Sempena Majlis Perkahwinan Anak YAB Ketua Menteri Melaka" 

Surat tersebut ditujukan kepada orang-orang penting agensi Kerajaan Negeri Melaka :-  
  • Tuan Haji Kamaruddin Mat Shah (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah)
  • Encik  Shahdan Othman (Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah) 
  • Tuan Haji Murad Bin Husin (Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Jasin)
  • Puan Ainu Nizla Kasman (Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin)
  • Ir. Haji Zainuddin Bin Abdul Samad  (Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal)
Anak lelaki Ali Rustam nak kahwin tapi agensi kerajaan negeri dipergunakan..?

Dan menurut satu pendedahan...
di dalam minit mesyuarat berkenaan juga menyatakan bahawa tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.

Anak lelaki Ali Rustam ni siapa..?


 

MARI KITA TENGOK ELAUN TUAN PENASIHAT YANG MENYEBABKAN MEREKA TIDAK KISAH GULA NAIK 20SEN!!!

Posted: 03 Oct 2012 07:19 AM PDT

Mari kita tengok elaun-elaun sebahagian Ahli Parlimen kita,yang sudah pastinya mereka ni tidak pernah rasa beban dengan kenaikan harga minyak petrol,kenaikan tarif letrik dan yang terbaru kenaikan harga gula sebanyak 20sen..

Ini baru hanya elaun mereka sebagai tuan penasihat dan duta...
tidak termasuk elaun-elaun lain lagi...

Dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana pemimpin kita kebal dari tekanan kenaikan harga barang... 
  • Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis =  RM27,227.20 sebulan. (Duta Khas Amerika Syarikat)
  • Datuk Seri S Samy Vellu =  RM27,227.20 sebulan. (Duta Khas ke India dan Asia Selatan)
  • Tan Sri Ong Ka Ting (bekas Presiden MCA) =  RM20,000 sebulan ( Duta Khas Perdana Menteri ke China)
  • Datuk Seri Dr Shahidan Kassim = RM24,022 .(Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)
  • Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin =  RM25,106 (Penasihat Agama kepada Perdana Menteri)
  • Tan Sri Syed Hamid Albar = RM20,000 (Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
  • Tun Abdullah Ahmad Badawi  = RM10,000 sebulan serta RM3,000 sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

Jamaluddin Jarjis terima elaun MP tertinggi

KUALA LUMPUR:  Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi iaitu sebanyak RM27,227.20 sebulan. 

Ahli Parlimen Rompin itu menerima jumlah elaun bulanan selaras dengan tugasnya sebagai Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai senarai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suruhanjaya, Perbadanan dan Lembaga yang melibatkan Ahli Parlimen atau bekas Ahli Parlimen serta jawatan dan elaun yang dibayar.

Dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan, Nazri berkata sebanyak 16 orang serta bekas Ahli Parlimen terlibat sebagai angota agensi kerajaan, GLC, Suruhanjaya, Perbadanan, dan Lembaga dalam pelbagai kapasiti di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Jamaluddin bagaimanapun menurut Nazri tidak menerima sebarang elaun dengan menjadi Pengerusi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Berhad.

Selain Jamaluddin, turut tersenarai bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam
bidang infrastruktur dengan menerima jumlah elaun bulanan yang sama.


Manakala bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Ahli Parlimen Kulai itu menerima elaun RM20,000 apabila dilantik sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China.

Selain itu, bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut dinamakan dengan menjadi Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dengan elaun RM24,022.

Turut tersenarai Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang memegang jawatan sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dengan pendapatan elaun RM25,106 sebulan.

Sementara itu, bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi turut tersenarai menerima elaun RM20,000 sebulan atas kapasitinya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tidak ketinggalan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) dengan pendapatan RM10,000 sebulan serta RM3,000 sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

FMT

WARGA ASING DAPAT MYKAD DALAM 3 BULAN - JINGGA 13 DESAK MENTERI DALAM NEGERI DAN SPR BERI PENJELASAN!!!

Posted: 03 Oct 2012 02:05 AM PDT

Daily Express
WARGA ASING DAPAT MYKAD DALAM MASA 3 BULAN : JINGGA13 DESAK PENJELASAN MENTERI DALAM NEGERI DAN SATU JAWATAKUASA KHAS PARLIMEN WAJAR DIBENTUK UNTUK SIASAT 

Akhbar berpengaruh di Malaysia Timur, Daily Express yang dipetik daripada laman sesawang rasmi akhbar itu bertarikh 4 April 2012  melaporkan kekecewaan seorang warga emas, En. Justin Emran apabila beliau menyaksikan sendiri ramai warga asing di daerah Keningau , Sabah memprolehi MyKad hanya dalam tempoh 3 bulan .

Satu dakwaan yang sangat serius , malah beliau juga menganggarkan

sejumlah 10,000 warga asing di kawasannya memiliki MyKad . 

Dakwaan tersebut tidak boleh dipandang ringan , bukannya dakwaan secara semborono tetapi disiarkan oleh sebuah akhbar harian berpengaruh di Malaysia Timur.


Menurut Harian Ekspress bertarikh 21 September 2011 berjudul " PTI miliki Maykad palsu kena setahun"  melaporkan  satu perbicaraan mahkamah di Kota Kinabalu  di mana seorang lelaki warga Filipina dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana menggunakan MyKad palsu . 


JINGGA 13 mendesak agar Menteri Dalam Negeri , YB Datuk Seri Hisamuddin Hussein memberikan penjelasan terhadap dakwaan En. Justin Emran yang ternyata serius dan ianya secara terbuka melalui akhbar harian tersebut serta ianya menjadi pengetahuan umum.

Bagaimana warga asing memperolehi hak kerakyatan sewenang-wenangnya , malah dalam tempoh 3 bulan mereka memperolehi MyKad ?

JINGGA 13 juga mendesak agar Jawatankuasa Khas Parlimen dibentuk bagi menyiasat isu yang sangat serius tersebut , malah boleh mengugat keselamatan dan kedaulatan negara . Isu tersebut sudah lama menjadi kebimbangan penduduk di Sabah .

JINGGA 13 juga berkeyakinan bahawa PATI yang memperolehi MyKad juga akan turut menjadi pengundi apabila mereka didaftarkan diri mereka di Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) .

Sedangkan warga Filipina , Salleh Shamsul yang disahkan oleh mahkamah memiliki MyKad PALSU dijatuhi hukuman penjara setahun pun tersenarai sebagai pengundi SAH di Parlimen Gelang Patah . 


Inikan pula PATI yang mendapat MyKad yang sah daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ).

JINGGA 13 juga medesak SPR memberikan penjelasan bagaimana perkara tersebut boleh berlaku . Adakah tidak ada koordinasi antara SPR dan JPN ? Ini membuktikan sistem SPR itu sendiri adalah LEMAH, sehinggakan pemilik MyKad Palsu pun boleh didaftarkan sebagai pengundi .

Ini ternyata wujud "Projek IC" , lantaran wujud kelemahan dlm sistem keselamatan pendaftaran SPR itu sendiri .

JINGGA 13 juga mengesa agar bersihkan SEGERA daftar pengundi dan memperkukuhkan sistem pendaftaran SPR yang ternyata sangat-sangat diragui dan tidak diyakini oleh majoriti rakyat Malaysia .

MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK ALI RUSTAM DITAJA? SIAPA YANG TAJA?

Posted: 02 Oct 2012 11:51 PM PDT


Ketua Menteri Melaka menjelaskan bahawa kos perkahwinan anak lelakinya tidaklah semewah mana..

Dia kata yang nampak mewahnya hanyalah jumlah kehadiran yang begitu ramai,sehingga dianggarkan 100,000 ribu hadirin... ada juga yang menganggarkan sehingga 130,000 orang yang hadir..

Itu adalah penjelasan dari Ali Rustam yang dia harap penjelasannya itu dapat diterima oleh penoreh getah,driver teksi dan makcik felda..

Ok lah...
tak kisah lah berapa orang yang datang pun..
tapi yang dikisahkan adalah dari mana datangnya wang untuk mengadakan majlis makan yang boleh menampung jumlah hadirin yang sebegitu ramai..?


Kita semua tahu kos pengendali makanan boleh cecah sehingga berpuluh-puluh ringgit satu kepala..(ikut menu yang ditempah)
tapi kita bagi contoh yang murah jer..
kita ambik satu kepala cuma Rm15 jer..

Jumlah hadirin pula kita cuma ambik 100,000 orang walaupun dikatakan 130,000..

  • Kos hidangan = RM15 (ingat,ini kos yang murah untuk majlis perkahwinan semacam ini)
  • Jumlah hadirin = 100,000 orang..

RM15.00 X 100,000  = RM1,500,000 juta.

Menurut setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan....
semua perkhidmatan...
termasuklah penyedia makanan dan perkhidmatan lain untuk majlis tersebut melakukannya secara percuma..

Malah seramai 500 orang sukarelawan yang bertugas di majlis perkahwinan anak lelaki Ali Rustam tu pun tidak dibayar walau sesen pun...
hmmm.. baik betulkan bebudak tu...

Baik..tolak tepi perkhidmatan yang lain-lain tu...
kita ambik kos makanan jer...
untuk makanan sahaja,"dalam perkiraan menu yang murah" sekali pun..
sudah mencecah RM1.5 juta...

Itu belum masuk lagi bab perkhidmatan-perkhidmatan yang lain yang konon-kononnya disediakan secara percuma tu...

Jadi..
persoalan yang perlu ditanya dan perlu dijawab oleh Ali rustam adalah...
berapakah kos keseluruhannya sebenarnya yang ditaja..?
dan siapa pula yang menaja..?

Sebab setiausaha Ali Rustam kata semua free.. jadi mestilah ada yang menaja..?
so.. siapa orang tu..?

Kita tanya dan kita beratkan soalan itu adalah kerana..
Ali Rustam merupakan seorang ketua Menteri di Malaka..
segala hal,tender,perniagaan,projek dan sebagainya adalah di bawah bidang kuasa beliau...

Ramai kontraktor,ahli-ahli perniagaan yang sememangnya mahu menjalinkan hubungan akrab dengan orang seperti Ali Rustam ni,

Jadi bila berlaku perbelanjaan yang sebegini besar,dan dikhabarkan pula ianya ditaja..
sudah tentu ianya menimbulkan persoalan dikalangan rakyat marhaen..

Peniaga makanan nak taja RM1.5 juta..?
kah..kah..kah...




YANG NAJIB PUNYA MURAH SIKIT SEBAB NAJIB PUNYA "TAK ADA TELUR"

Posted: 02 Oct 2012 09:28 PM PDT

Persatuan mamak kat Malaysia ni memang diketahui umum merupakan penyokong kuat BN dan UMNO..
kenapa mereka beriya-iya sangat menyokong UMNO tidaklah aku tahu...
sebab setahu aku UMNO ni ahlinya hanya Melayu dan Bumiputera jer...

Bagi menunjukkan ketaatan mereka dalam menyokong BN dan batang tubuh Najib,maka sebuah restoran mamak telah menamakan roti canai mereka
dengan "Roti Najib"...

Namun,roti Najib ni murah sikit berbanding dengan roti telur...
sebab roti "Najib tak ada telur"...



Memang sesuai sangatlah dengan status Najib sekarang ni apabila semakin ramai rakyat menggelar "Najib takde telur" sejak beliau takut terima tawaran debat dengan Anwar Ibrahim...

Malah apabila dicabar Anwar supaya hadir ke Dewan Rakyat bagi perbahasan bajet 2013,Najib sekali lagi menunjukkan "Najib tak ada telur" apabila tidak hadir ke perbahasan..

Patut le "Roti Najib" murah sikit...
sebab "Roti Najib tak ada telur"

No comments:

Post a Comment