Nota Kecil |
Audit: RM138 juta lebihan kewangan 2011 P.Pinang diiktiraf terbaik! Posted: 23 Oct 2012 01:47 AM PDT LAPORAN Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mengiktiraf Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memperoleh RM138 juta lebihan kewangan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, jumlah itu sekaligus menunjukkan surplus Kerajaan Negeri meningkat sebanyak RM105 juta atau 312 peratus berbanding tahun 2010 yang berjumlah RM33 juta. Pentadbiran Guan Eng konsistan memperoleh lebihan kewangan sejak tahun 2008 yang berjumlah RM88 juta, diikuti, RM77 juta bagi tahun 2009. "Ini adalah lebihan surplas paling besar dalam sejarah Pulau Pinang dan inipun kali pertama kita pecah angka (lebihan kewangan) melebihan RM100 juta," ujar beliau baru-baru ini di Komtar, George Town. Tidak cukup dengan tu, beliau berkata, Kerajaan Negeri turut mencatatkan peningkatan dalam jumlah hasil, iaitu sebanyak RM603 juta bagi tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM411 juta. "Maka, peningkatan adalah sebanyak RM192 juta atau 47 peratus (daripada jumlah hasil 2010)," ujar beliau. Tambah beliau, perbelanjaan Kerajaan Negeri bagi tahun 2011 adalah sebanyak RM465 juta berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM377 juta. "Sungguhpun perbelanjaan pengurusan naik sebanyak RM87 juta atau 23 peratus, tetapi kita masih mencatatkan lebihan surplas paling tinggi iaitu sebanyak RM138 juta," ujar beliau lagi. Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut mengumumkan pemberian saguhati kepada empat Jabatan di bawah Kerajaan Negeri yang diiktiraf cemerlang serta menerima anugerah tertinggi empat bintang daripada Jabatan Audit Negara. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP), Jabatan Kewangan Negeri (JKN), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) masing-masing menerima saguhati RM10,000 daripada Kerajaan Negeri. Guan Eng berkata, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri memutuskan untuk memberi saguhati RM15,000 kepada mana-mana jabatan berwajib yang berjaya mendapat pengiktirafan yang sama daripada Jabatan Audit Negara bermula tahun depan. "Mulai tahun depan, Kerajaan Negeri akan beri RM15,000 sebagai galakan kepada semua jabatan untuk berusaha mencapai empat bintang," ujar beliau. Selain Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P.Ramasamy, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Phee Boon Poh dan Law Choo Kiang, Wong Hon Wai serta Danny Law Heng Kiang antara Exco Kerajaan Negeri turut hadir pada sidang media tersebut. Hadir bersama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rafizan Darus, Datuk Mokhtar Jait (Pegawai Kewangan Negeri) dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang Dipertua MAINPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir). -END |
You are subscribed to email updates from faqar To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment