Liang Lahad....

Liang Lahad....


1MALAYSIA KENA TIPU - BUKAN ROBERT KUOK,TAPI TAIB MAHMUD LELAKI TERKAYA DI MALAYSIA.

Posted: 19 Sep 2012 10:33 AM PDT

Memang hidup rakyat di Malaysia ni 24 jam asyik kena tipu dengan pemimpin BN jer..

Kita selama ni iya-iya lah ingat Robert Kuok lelaki terkaya di Malaysia..
rupa-rupanya lelaki yang paling kaya adalah pemimpin BN sendiri...

Pemimpin di negerinya yang kaya dengan hasil bumi,tetapi tidak pula begitu keadaan hidup rakyatnya..

Dengan kekayaan dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.


Kekayaan keluarga beliau secara keseluruhannya dianggarkan sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).


Tengok sini kekayaan sanak keluarga...
agak-agak rakyat Sarawak tahu dak ni..?


Huh...
kalau rakyat Sarawak kaya raya belaka.. jutawan belaka..
aku tak kisah senarai keluarga dia ni...

SORANG KATA POTONG TANGAN,SORANG LAGI KATA JANGAN POTONG TANGAN - TUN M.

Posted: 19 Sep 2012 09:06 AM PDT

"Seorang kata potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan." 
Itulah kata-kata dari seorang yang pernah menghina Nabi... Mahathir.

Beliau memberi respon sebegitu dalam satu sesi dialog mengenai Pilihanraya Malaysia yang mana kemungkinan besar Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan selepas PRU 13 nanti..

Mahathir cuba mewujudkan persepsi seolah-olah Kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan berbalah sesama mereka...
sekaligus menurut beliau negara berada dalam risiko...

dan beliau memberikan contoh "soal hudud"...

Tahun 2008 dulu pun...
UMNO berkata dalam ceramah mereka di seluruh Selangor bahawa..
jika PR memerintah Selangor..
Selangor akan bangkrap dalam tempoh hanya 6 bulan sahaja..
pemberian 20 meter padu air percuma,akan menyebabkan Selangor muflis, dan projek pemberian air percuma itu dengan sendirinya akan gagal..

Itu kata UMNO..

Namun kini..
semua yang di"momok"kan UMNO itu,secara jelas semuanya tidak benar..
Selangor bukan sahaja tidak bangkrap,malah ada simpanan sebanyak RM2.1 bilion kini..
 
Andainyalah kita dengar dan terpengaruh dakyah UMNO itu semasa PRU -12 2008 dahulu..
pastilah sehingga sekarang kita tidak akan tahu kemampuan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat..
kita juga tidak akan ada kemudahan dan kebajikan-kebajikan yang telah disediakan untuk rakyat Selangor..

Nak sembang,panjang sangat nanti...
baca je kat laman web Merakyatkan Ekonomi Selangor ini..

Aku bagi satu contoh,baca ini GAJI GURU KAFA SELEPAS PR PERINTAH SELANGOR


Objektif Mahathir tu cuma satu..
beliau mahu rakyat berasa sangsi dengan Pakatan Rakyat dan seterusnya tetap dengan pilihan sejak tahun 1957 iaitu memilih BN bagi membolehkan tradisi pemimpin BN "mengkekah" harta negara secara berjemaah dapat diteruskan...

Berbalik kepada isu hudud seperti yang Mahathir katakan tu...
bagi aku isu hudud ini kita serah sahaja pada Allah...

Dalam Pakatan Rakyat..
  • Kita ada PAS yang benar-benar memperjuangkan Islam secara keseluruhannya termasuklah sistem perundangan Islam ke atas penganut agama Islam...
  • Kita juga ada Parti Keadilan Rakyat yang menitik berat isu keadilan didalam sistem negara,dan dalam soal hudud pula Keadilan tidak membantah perjuangan PAS,cuma menurut Ketua Umum parti itu,ianya perlu kepada kesepakatan bersama..
  • Kita juga ada DAP yang memperjuangkan hak semua kaum di negara ini mengikut acuan demokrasi, dan dalam soal hudud mereka membantah kerana DAP menekankan perkara yang disepakati diantara semua parti komponen PR berhubung isu hudud,iaitu meneruskan sistem perlembagaan undang-undang sedia ada tanpa hudud..
Perlu ingat..
DAP menolak hudud kerana ianya berbeza dengan perlembagaan negara yang mereka ketahui..
tetapi MCA dan UMNO menolak hudud siap dengan kata-kata cacian,hinaan dan memperlekehkan hudud dengan mengatakan hudud itu undang-undang yang zalim..

Baik..
bagi aku mudah...
jika kita berusaha untuk melaksanakan hudud..
dan Allah izinkan ianya terlaksana,
maka ianya pasti akan terlaksana..

Bagaimana..?
itu kita serah kepada Allah.. Allah Maha Mengetahui..

Mana tahu mungkin suatu hari nanti DAP dan rakyat Malaysia  keseluruhannya memahami konsep hudud yang mahu dilaksanakan adalah untuk yang beragama Islam sahaja...
sebagaimana wajibnya solat dan puasa bagi orang Islam tanpa mengganggu hak bukan Islam..

Tetapi jika kita telah berusaha..
dan Allah tidak izinkan atas sebab-sebab yang hanya Allah Maha Mengetahui..
maka kita berserah kembali kepada Allah..

Yang pentingnya kita berusaha..
bukan macam UMNO yang mana selama 55 tahun memegang tampuk pemerintahan negara,langsung sekali pun tidak pernah menganjurkan satu forum perbincangan sesama ulama' bagi mencari jalan melaksanakan hukum-hukum Allah..

Dalam membuat pemilihan...
kita kena fikir kembali konsep mudarat besar dan mudarat kecil...

Dalam Islam..
jika disaat isteri kita mahu melahirkan anak tetapi berdepan dengan masalah yang amat kritikal..
sehingga doktor meminta kita membuat satu pilihan akhir,samada mahu menyelamatkan nyawa anak yang bakal dilahirkan atau pun nyawa isteri..

  • Selamatkan anak,isteri akan meninggal..
  • Selamat isteri anak akan meninggal..
Doktor kata tiada jalan lain lagi untuk selamatkan kedua-duanya, (ini contoh)
jika begitulah keadaannya..
maka dalam Islam,kita wajib selamatkan nyawa isteri..

Sebab..
  • Menyelamatkan nyawa isteri dan menggugurkan anak adalah mudarat  kecil , berbanding 
  • Menyelamatkan anak dan membiarkan isteri mati adalah mudarat besar..
Sebabnya, jika isteri diselamatkan,dia masih boleh memberikan kita beberapa zuriat lagi dimasa hadapan dengan izin Allah..

Begitulah juga dengan negara kita..
kita ada BN..
kita ada PR..

Selama 55 tahun ini,kita telah lihat bagaimana khazanah negara dikaut oleh pemimpin BN dan kroni-kroninya..
bagaimana tender secara "direct nego" sesama mereka dilakukan..
sehinggakan kekayaan negara hanya berlegar sesama mereka sahaja..
sehinggakan ekonomi melayu yang dahulunya ditangga kedua,telah pun jatuh ketangga ketiga selepas Cina dan India..

Seorang suami menteri dapat tender ratusan juta walaupun dia tidak ada kepakaran dalam bidang tender yang dia dapat tu..

Banyak lagi kalau nak dibicarakan..
hakikatnya,memilih BN adalah satu kemudaratan besar kepada rakyat negara kita ini..

Bila didatangkan kepada kita sesuatu yang lebih baik ataupun mudarat yang lebih kecil,maka kita mestilah menolak kemudaratan yang besar tadi...


- Panjang lebar ler pulak...

SAMSENG TAPI BODOH,NAMA PARTI DI BAJU PUN TAK PADAMKAN SEPENUHNYA.

Posted: 19 Sep 2012 02:32 AM PDT

Memang lah UMNO ni sebuah parti yang suka menggunakan kaedah samseng dalam menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi mereka..

Mereka takut UMNO kalah - mereka guna samseng..
mereka takut Anwar jadi PM - mereka gunakan samseng..

Nak halau penduduk dari rumah pusaka mereka pun mereka gunakan samseng jugak...

Tapi dalam dok menyamar tu..
dalam dok nak menipu konon-kononnya mereka bukan dari pemuda UMNO...
baju yang kononnya dihitamkan logo dan nama UMNO..

tetap juga jelas kelihatan...

Malang sekali..
dah lah jadi samseng,tapi bodoh....


Berikut al kisahnya dari blog Anak Sungai Derhaka..


Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.

Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.



Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail juga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO.


Penduduk telah diusir oleh  bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor yang memiliki tanah tersebut melalui transaksi yang meragukan.

Malah laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak waris pemilik asal tersebut, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka...

Sebenarnya ini adalah antara ribuan ekar tanah Melayu yang dipindah milik menjadi milik pemimpin UMNO atau ahli UMNO tanpa disedari mereka.. Ada banyak lagi sebenarnya..

*******************************************

ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.


Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.

Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato' Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut. Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.

Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.

Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat 'kaveat pendaftar' pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis. Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato' Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas.

Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk.

Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.

Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam.

Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.

Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.
 
Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T'shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya.

Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.

Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana.


Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah 'injuksi' mahkamah sehingga 1 Oktober 2012.


Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.

Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi 'broker' menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.

Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.

Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.

Pemimpin Umno/BN usahlah bermain wayang.

*Kenyataan Media oleh YB Dato' Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Batu Maung pada 19 SEPTEMBER 2012*

INSPEKTOR DIHUKUM MENGALAHKAN KHIR TOYO!!

Posted: 19 Sep 2012 02:02 AM PDT


Setiap kali ada kes rasuah di negara ini..
setiap kali kes itu menerima penghukuman yang lebih dari 12 bulan...
setiap kali kes itu adalah rasuah yang lebih kecil dari RM3 juta...

Kita pasti teringatkan kes Khir Toyo...

Ini kerana..
Khir Toyo menerima rasuah mendapatkan hartanah yang bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta..
tapi dia dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan jer..



Jadi bila hari ini seorang Inspektor yang menerima rasuah RM5,000 dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan didenda RM25,000...
sudah pastilah kita terbayangkan betapa ringannya hukuman yang dikenakan ke atas Khir Toyo tu...

Kita tak kata Inspektor tu patut dapat hukuman lebih ringan dari Khir Toyo..
apa yang nak disampaikan adalah...
hukuman Khir Toyo tu sepatutnya lebih berat dari rasuah yang bernilai RM5,000 tu...

Rasuah RM3 juta dah tentulah lebih berat dari rasuah RM5,000..
tapi macam mana pulak hukuman pesalah rasuah RM3 juta jadi lebih ringan dari hukuman pesalah rasuah RM5,000..?


Hmmm...?
macam mana tu..?

NEGERI PR ATAU BN NI? - PELAJAR KOMA TERJATUH ELAK JALAN BERLUBANG!!

Posted: 19 Sep 2012 01:14 AM PDT


Ini satu berita sedih...
hanya disebabkan kecuaian pihak berkuasa tempatan gagal membaiki jalan yang sudah rosak..
seorang pelajar tingkatan enam kini koma selepas terjatuh daripada motosikalnya kerana beliau cuba mengelak lubang yang besar di tengah-tengah jalan...


Ini bukan berlaku di Shah Alam..
bukan di Klang...
bukan juga di Ampang...

Tetapi ini berlaku di Perak..
sebuah negeri yang ditadbir oleh kerajaan yang kerap mendabik dada bahawasanya merekalah pembuat jalan yang paling cekap dan pernah cuba mahu mengajar kerajaan Selangor untuk membaiki jalan-jalan di Selangor...

Itulah jadinya...
kena ingat bila satu jari telunjuk menunjuk cari salah orang lain...
empat lagi menunjuk ke diri sendiri...

Perbetulkan dulu jalan di Perak tu..

Sinar Harian
Mangsa jalan berlubang

SUNGAI SIPUT - Akibat mengelak laluan berlopak di tengah jalan raya, seorang pelajar tingkatan enam kini berada dalam keadaan koma selepas terjatuh daripada motosikalnya dalam kejadian di Taman Lintang Perdana, pagi Khamis lalu.

Mangsa, Nor Amirah Ghazali, 18, berasal dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Lasah dikatakan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Tok Muda Abdul Aziz dalam kejadian yang berlaku jam 7 pagi itu.

Nor Amirah yang mengalami pendarahan beku di kepala selain keadaan tengkuk yang retak teruk kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan masih dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga semalam.

Bapa mangsa, Ghazali Ismail, 59, berkata, anak bongsunya sudah menunjukkan beberapa perkembangan positif seperti mengerakkan tangan dan kaki.

Menurutnya, walaupun doktor mengesahkan sudah berjaya mengeluarkan darah beku itu, dia dan isteri, Khairul Bariah Mohd Noor, 54, berharap anak mereka pulih dan dapat bersekolah seperti sediakala.

"Kami sudah membuat satu laporan di Balai Polis Sungai Siput bagi membolehkan satu siasatan dibuat terutama berkaitan laluan tidak berturap itu sehingga mengundang kecederaan kepada anak saya.

"Selain itu, kami masih mempertimbangkan sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membiarkan laluan itu tidak diturap dengan baik sehingga mengundang kemalangan serius," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, kisah Nor Amirah turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar tingkatan enam itu.

Beliau yang ditemui di pejabatnya semalam meminta supaya pihak yang bertanggungjawab tampil menyelesaikan masalah jalan berlubang dan tidak berturap dengan segera.

"Keadaan jalan seperti itu amat membahayakan keselamatan penduduk terutama pada waktu malam.

"Penduduk juga sudah datang mengadu dan memohon agar jalan tersebut diturap namun sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan daripada pihak berkaitan.

"Saya turut melakukan perkara yang sama namun masih belum mendapat sebarang maklum balas mengenai perkara tersebut," katanya.

Ahamad Pakeh berkata, beliau tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak namun memohon agar mereka yang berkaitan supaya mengambil berat mengenai masalah tersebut kerana ia amat membahayakan pengguna jalan raya.

Tambahnya, jika terdapat jalan seperti itu, papan tanda dan kon amaran harus diletakkan bagi memberi peringatan kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati.

"Saya sudah melawat lokasi kejadian itu dan mendapati laluan berbahaya itu masih mendap dan rosak biarpun ia sudah diturap sementara dengan tar sehari selepas insiden itu.

"Selain itu, beberapa laluan lain di sekitar terutama di sepanjang Jalan Lintang turut berdepan masalah itu malah, ada sebahagiannya sudah diturap namun, masih berbahaya kepada pengguna jalan raya kerana ia tidak diturap sempurna dan tidak rata," katanya

BERGAJI RM5000 TAPI BERKERAS NAK BR1M,SUDAHNYA BN DISAMAN!!!

Posted: 18 Sep 2012 11:38 PM PDT


Mudah nak faham...
gaji RM5,000 sebulan...
tapi tetap jugak nak BR1M....

Kalau saman...
siapa yang menang...?

Tu sebab Khalid kata dia tak takut kena saman dengan 711 pengguna meter pukal yang tidak dapat air percuma kerana tidak mereka tidak menggunakan meter individu...

Bukan je dia tak takut...

malah Khalid kata saman yang macam ni sebenarnya bagi dia peluang untuk terangkan perkara berkaitan syarat untuk terima air percuma ni...

Bukan je dia tak takut...
bukan je dia nak terangkan....
malah dia jelaskan pulak syarat-syaratnya...
Khalid kata syarat-syarat bagi menerima 20 meter padu air percuma ni mestilah meter individu...

Betul jugak,kalau meter pukal macam mana nak beri air percuma untuk setiap sebuah rumah..

Kat bawah ni ada syarat-syaratnya yang diambil dari web Merakyatkan ekonomi Selangor


Khalid kata lagi...
Kerajaan BN bagi BR1M sebanyak RM500 pada rakyat Malaysia...
tapi bukan semua rakyat....
hanya rakyat yang berpendapatan isi rumah dibawah RM3000 sahaja yang layak terima BR1M tu...

Agak-agak boleh tak kalau yang bergaji RM5000 nak saman kerajaan pusat sebab dia tak dapat BR1M tu kerana gaji dia RM5000 dan melepasi syarat kelayakan...?

Kadang-kadang kalau kita tak bengapkan dorang..
dorang tak mau nak sedar-sedar...

Penting rupanya air percuma ni bagi 711 orang ni yer...
agak-agak yang Noh Omar kata tarif air akan dinaikkan jika BN memerintah Selangor tu...
711 orang ni nak sokong tak..?


Saman Isu Air Peluang Kerajaan Negeri Beri Penjelasan Terbuka

SHAH ALAM 18 SEPT: Isu tuntutan saman daripada 711 penghuni pangsapuri terhadap Kerajaan Negeri berhubung subsidi air percuma merupakan peluang terbaik untuk beri penjelasan secara terbuka di mahkamah kelak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ini kerana subsidi pemberian air percuma hanya diberikan kepada pangsapuri yang mempunyai meter individu sahaja.

Katanya, sejak 2008 keputusan pemberian air percuma hanya dilakukan sekiranya penghuni mengikut garis panduan syarat yang ditetapkan.

"Tuntutan saman merupakan hak individu, mana-mana individu yang mahu menikmati subsidi air itu hendaklah menukar kepada meter individu.

"Meter individu adalah sangat penting dalam pemberian subsidi ini dan senarainya ada di tangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Begitu juga senarai penghuni yang sudah menukar meter dan sudah menikmati pemberian ini," katanya.

Abdul Khalid ditemui pemberita sejurus selesai menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mereka bentuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru di sini.
Beliau juga memberitahu selepas 2006 Kerajaan Negeri tidak lagi menggunakan meter pukal bagi penempatan baru yang dibina.

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai perjumpaanya dengan penduduk, Abdul Khalid berkata perjumpaan itu hanya akan dilakukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri (LPHS).

"Bukan itu sahaja mereka boleh berjumpa dengan Adun, Ahli Parlimen, Exco sekiranya mahu berjumpa untuk berbincang mengenai isu ini atau isu lain," katanya.

BN DIUGUT - TENGGELAMKAN KAMPUNG, BN AKAN KAMI KARAMKAN PRU13 INI

Posted: 18 Sep 2012 10:00 PM PDT



Seramai 80% daripada 21,716 pengundi menentang projek pembinaan empangan  di kawasan Baram...

Dan jika mereka semua ini meluahkan marah mereka pada kertas undi..
pasti kerusi parlimen BN akan dikaramkan pada PRU 13 nanti..


Malaysiakini


Orang Asal Baram: Jangan tenggelamkan rumah kami

Sekumpulan kira-kira 50 Orang Asal dari Baram mengadakan protes di hadapan bangunan sekretariat negeri Sarawak di Kuching semalam, membantah projek mega empangan yang akan menenggelamkan rumah panjang mereka.

NONEMereka daripada 18 rumah panjang di Baram Hulu dan Tengah juga menyerahkan petisyen yang mengandungi lebih 1,000 tandatangan kepada Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Petisyen itu menyuarakan tentangan mereka terhadap rancangan membina empangan mega di Baram yang akan membanjiri kawasan tersebut seluas separuh saiz Singapura, serta menenggelamkan tanah nenek moyang mereka, rumah dan ladang-ladang di situ.

Dalam satu kenyataan semalam, Preiden Jaringan Orang Asal seMalaysia (Joas), Thomas Jalong, yang berasal dari Long Anap, Baram, berkata empangan itu akan menjejaskan kehidupan penduduk asal tempatan.

baram sarawak"Empangan akan pasti menenggelamkan tanah nenek moyang
dengan lebih 20,000 penduduk dan dalam proses itu,
ia akan mengakibatkan kami kehilangan rumah kita," katanya.

Dengan itu, katanya, mereka secara tidak adil akan kehilangan tanah mereka, sumber mata pencarian dan rezeki, dan menghadapi masa depan yang tidak menentu,

Menurutnya, tanah itu bukan semata-mata sahaja menjadi sumber ekonomi bagi komuniti Orang Asal tetapi penting kepada identiti sosial, kebudayaan, kerohanian dan politik mereka.

12 empangan mega dirancang

Sementara itu, Rangkaian Selamatkan Sungai Sarawak (Save Rivers), sebuah gabungan yang dibentuk untuk menentang pembinaan 12 empangan mega yang dirancang bagi Sarawak, berkata bantahan itu diadakan untuk mendesak kerajaan mematuhi Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal.

NONEPresidennya, Peter Kallang berkata kerajaan negeri Sarawak
perlu menghentikan semua kerja di atas jalan akses ke empangan kerana ia sudah pun menjejaskan masyarakat Orang Asal.

Malah, wakil Jawatankuasa Bertindak Lindungi Baram, Philip Jau berkata perancangan untuk pembinaan empangan Baram tidak pernah telus.

"Mereka tidak bertanya rakyat pandangan mereka mengenai rancangan membina empangan tetapi sebaliknya telah memulakan kerja mengukur jalan masuk ke projek itu," kata Philip.

PETANDA NAJIB RINDU PADA SHARIZAT

Posted: 18 Sep 2012 09:33 PM PDT

Najib ucap selamat....
mungkin Najib rasa rindu pada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mana jawatan itu kini disandang beliau...



Tak dapat belai Sharizat...
belai makhluk kesayangan suami sharizat pun jadi ler...

No comments:

Post a Comment